Tuesday, June 26, 2012

Titah KDYMM sempena Sambutan Isra' Mi'raj tahun 1433H / 2012M

Photo (c) Infofoto 2012

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Ahad, 27 Rejab 1433 bersamaan 17 Jun 2012.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalaamu,
‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dapat hadir bagi memperingati serta membesarkan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Peristiwa Israk dan Mikraj, diketahui melalui Al-Qur’an dan Al-Hadits. Ia adalah mukjizat, di antara mukjizat-mukjizat besar Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Di antara agenda paling penting dalam peristiwa ini ialah, pensyariatan sembahyang lima waktu kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia diterima secara langsung oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Allah Subhanahu Wata’ala sendiri, iaitu suatu isyarat jelas, bahawa ibadat sembahyang itu adalah ibadat paling utama di sisi Allah.

Ia bukan saja jadi jaminan untuk memperolehi keberuntungan di akhirat, malahan juga sebagai alat bagi menghias kehidupan dengan akhlak yang baik lagi terpuji, lawan kepada keji dan mungkar, sebagaimana terungkap dalam ayat 45 Surah Al-‘Ankabuut, tafsirnya “Baca dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Qu’ran dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."

Ibadat sembahyang tidaklah lapok dalam peranannya. Jika 1,400 tahun lebih yang lampau, ia dikatakan sebagai pencegah perbuatan keji dan mungkar, maka sampai kinipun, sehingga Hari Kiamat, ia akan tetap berfungsi demikian itu juga.

Peranan itu terus kekal, selaras dengan keperluan.

Fenomena di sepanjang zaman menambahkan lagi keperluan itu. Lihat sajalah kepada krisis-krisis moral di mana-mana, seperti saja dunia ini sudah tidak mempunyai ruang lagi untuk kemuliaan dan keluhuran bertapak, selain ianya sedang dicemari oleh kekejian dan kemungkaran belaka.

Maka di dalam keadaan atau kedudukan seperti ini, tidakkah ibadat sembahyang itu lebih-lebih lagi diperlukan untuk mengubati penyakit keji dan mungkar tersebut? Dan umat Islam yang sembahyang adalah penyumbang utama untuk itu.

Bayangkan, umat Islam yang berjumlah 2.1 bilion sekarang, jika mereka itu benar-benar melaksanakan ibadat ini dengan konsisten, tidaklah diragukan lagi, mereka adalah penyumbang kebajikan yang tidak ada taranya kepada dunia, kerana bukankah dengan berlakunya sembahyang orang Islam itu, kekejian dan kemungkaran dengan sendirinya akan turut tercegah dan menipis, berdasarkan isyarat daripada Allah di dalam firman-Nya di atas tadi.

Ertinya, kesan dari sembahyang orang-orang Islam itu, adalah mampu untuk turut mengundangkan kekejian dan kemungkaran daripada merebak dan bermaharajalela di dunia.

Agama Islam tidak syak lagi, adalah kaedah yang terbaik dengan ibadat sembahyang pula adalah sebagai terapinya.

Kehebatan dan kebenaran ibadat ini sebagai pencegah mungkar, telah terungkap dalam sebuah riwayat hadis : Bahawa Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah didatangi
oleh seseorang dan orang itu berkata : "Wahai Rasulullah, sifulan sembahyang pada sepanjang malam, tetapi di siang hari dia mencuri."

Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya : “Sembahyangnya akan mencegahnya (dari perbuatan mungkar itu).” - Hadis riwayat Ahmad dan Al-Bazzar.

Dari maksud hadis ini, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tetap menekankan bahawa hanya sembahyang jua yang mampu untuk menjadi ubat, dalam makna yang tersirat, si pencuri ini mestilah terus sembahyang, sambil membaiki dan menyempurnakan lagi sembahyangnya itu, insya-Allah kemungkaran akan lungsur dari dirinya.

Oleh itu, sayangilah sembahyang dan jangan ia dicuaikan. Mencuaikan sembahyang bermakna menolak rahmat, sedang rahmat itu amatlah mahalnya, sehingga tiada sebarang angka yang dapat menganggarkannya.

Pastikan dalam tiap-tiap rumah tangga kita, semua orang adalah sembahyang : ibu bapa sembahyang, suami isteri sembahyang, anak-anak sembahyang, sampailah kepada pembantu-pembantu kita pun, semuanya sembahyang.

Jangan ada, walau seorang pun dari anggota keluarga yang tidak sembahyang.

Menyebut tentang 'keluarga' ini, kita baru-baru ini telah pun menyambut 'Hari Keluarga'. Tetapi sedikit pelik, semua acara, tidak adapun yang mengimbas, berkaitan dengan ibadat satu-satu keluarga, misalnya bagaimana sesebuah keluarga itu dilihat sedang sembahyang berjemaah di rumah atau di masjid, melainkan semuanya hanya bercorak hiburan dan permainan semata-mata.

Apakah ini memang calak bagi tiap-tiap keluarga di Brunei? Beta rasa bukanlah begitu.

Tetapi kelemahan kita, kita mungkin saja kurang peka dengan perkara-perkara besar, sebaliknya telah terbiasa untuk memilih jalan mudah suka berseronok.

Untuk ini, beta ingin mengingkatkan, supaya kita lebih serius dalam apa jua perkara yang menyangkut dengan kehidupan beragama, bernegara dan berkeluarga.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room, Information Department, 17 June 2012

New Telephone Directory 2012 is here!


Latest list of Permanent Secretaries and their Deputy

Permanent Secretaries at the Prime Minister's Office
  1. Yang Mulia Pengiran Haji Abdul Haris bin Pengiran Haji Shahbuddin (eff 25 September 2009)
  2. Yang Mulia Awang Haji Mohd 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam (eff from 15 September 2010)
  3. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (eff from 1 December 2010)
  4. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud (eff from 6 October 2011)
  5. Yang Mulia Awang Haji Yahya bin Haji Idris (eff from 11 Disember 2011)
  6. Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Yahya (eff from 1 March 2012)
  7. Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Julaihi (eff from 1 March 2012)

Deputy Permanent Secretaries at the Prime Minister's Office
  1. Yang Mulia Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd Samad (eff 22 July 2010)
  2. Yang Mulia Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli (eff 24 Julai 2012)
  3. Yang Mulia Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria (eff from 20 April 2011)
  4. Yang Mulia Awang Haji Mohamad Juanda bin A. Rashid (eff from 13 Februari 2012)

Permanent Secretary at the Ministry of Defence
  1. Yang Mulia Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar (eff from 15 September 2010)
  2. Yang Mulia Kolonel Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad @ Mohamed (eff 16 May 2012)

Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Defence
  1. Yang Mulia Awang Mohd Sahrip bin Othman (eff from 01 March 2008)
  2. Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad (eff from 24 July 2012)

Permanent Secretaries at the Ministry of Finance
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah (eff from 10 June 2010)
  2. Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad (eff from 1 March 2012)
  3. Yang Mulia Dayang Hajah Ning-Lela binti Dato Paduka Haji Mohammad (eff 24 May 2011)

Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Finance
  1. Yang Mulia Awang Haji Abu Bakar Haji Ibrahim (eff from 23 September 2011)


Permanent Secretaries at the Ministry of Foreign Affairs and Trade
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Shofry bin Haji Abdul Ghafor (eff 9 July 2005)
  2. Yang Mulia Dato Paduka Awang Lim Jock Hoi (eff 8 May 2006)
  3. Yang Mulia Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof (eff from 23 August 2008)
  4. Yang Mulia Pengiran Datin Paduka Hajah Masrainah binti Pengiran Haji Ahmad (eff from 4 November 2010)
  5. Yang Mulia Datin Paduka Tan Bee Yong (eff from 15 Dec 2010)

Deputy Permanent Secretaries at the Foreign Affairs and Trade
  1. Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohammed Nor bin Haji Jeludin (eff 1 March 2006)
  2. Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Yunos bin Pengiran Haji Mahmud (eff from 01 Nov 2008)
  3. Yang Mulia Pengiran Haji Alihashim bin Pengiran Haji Yussof (eff from 18 Dec 2008)
  4. Yang Mulia Awang Mohammad Alias bin Serbini (eff 13 February 2012)
  5. Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Mohd Jaafar

Permanent Secretaries at the Ministry of Education
  1. Yang Mulia Haji Mahrub bin Awang Haji Murni (eff 07 April 2011)
  2. Yang Mulia Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman (eff from 07 April 2011)

Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Education
  1. Yang Mulia Awang Haji Suhaila bin Haji Abdul Karim (eff from 04 May 2008)
  2. Yang Mulia Awangku Abdullah bin Pengiran Haji Tengah (eff from 07 April 2011)

Permanent Secretary at the Ministry of Health
  1. Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor (eff 16 May 2012)

Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Health
  1. Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Md. Jaafar (eff from 19 August 2010)
  2. Yang Mulia Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil (eff 19 May 2011)

Permanent Secretaries at the Ministry of Development
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (eff from 15 Dec 2010)
  2. Yang Mulia Awang Muhammad Lutfi bin Abdullah (Administration and Finance) (eff from 6 October 2011)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Development
  1. Yang Mulia Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny (eff 19 May 2011)


Permanent Secretary at the Ministry of Communications
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohammad Taha (eff 26 January 2008)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Communications
  1. Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Yusof (eff from 15 September 2010)

Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources
  1. Yang Mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Hj Mohd Jamil Al-Sufri (eff from 17 September 2011)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources
  1. Yang Mulia Awang Md Reza bin Dato Paduka Hj Md Yunos (eff from 15 September 2010)
  2. Yang Mulia Dayang Hajah Hasnah Ibrahim (eff from 17 September 2011)

Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs
  1. Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof (eff from 1 December 2010)
  2. Yang Mulia Dato Paduka Awang Sa Bali bin Abas (eff 16 May 2012)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs
  1. Yang Mulia Awang Ustaz Haji Harun bin Haji Juned (eff from 15 Dec 2010)

Permanent Secretaries at the Ministry of Home Affairs
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Majid bin Mangarshah (eff from 3 July 2010)
  2. Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Awang Abidin (eff from 26 May 2011)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Home Affairs
  1. Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja'ah (eff from 14 July 2010)
  2. Yang Mulia Awang Ustaz Haji Ismail bin Haji Abd. Manaf (eff from 15 Dec 2010)
Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports
  1. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar (eff from 15 January 2010)
  2. Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos (eff from 6 October 2011)

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports
  1. Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim (eff from 15 September 2010)


    (This list was last updated on 24 July 2012. Any changes will be updated as soon as I heard the announcement in the news.)

Appointment of new Solicitor General


BY command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Prime Minister's Office hereby announces that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented for Yang Mulia Dayang Naimah Binti Md.Ali , Deputy Permanent Secretary (Law and Welfare) at the Prime Minister's Office to be transferred to the Attorney General's Chambers as Solicitor General with a status equivalent to Deputy Permanent Secretary.


The date of the transfer of the said officer will take effect from Tuesday, 6th of Syaaban, 1433 Hijrah corresponding to 26th of June, 2012.

Source: RTB News, 26/06/2012