Image (c) Infofoto 2010Tuesday, December 14, 2010
Titah KDYMM sempena Awal Tahun Hijrah 1432
Image (c) Infofoto 2010Friday, November 26, 2010
Titah KDYMM di Majlis Perasmian Maktab Turus ABDB
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Perasmian Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada Hari Khamis, 18 Zulhijah 1431 / 25 November 2010
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saturday, October 23, 2010
Titah KDYMM di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2010
Image (c) Infofoto 2010Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, beta turut bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat hadir di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-17 pada hari ini.
Perkhidmatan Awam tidak diragukan lagi adalah sangat penting untuk kelicinan pentadbiran kerajaan. Ia berfungsi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan dan kualiti pentadbiran kerajaan.
Hari Perkhidmatan Awam yang kita sambut ini adalah merupakan wadah untuk menilai atau mengesan kemajuan dan kekurangan di dalam Perkhidmatan Awam itu.
Beta yakin, tuntutan ke atas Perkhidmatan Awam, sampai bila-bila pun tidak akan berkurangan, Lebih-lebih lagi dalam era pembangunan pesat seperti sekarang, tiada ruang untuk Perkhidmatan Awam itu tertinggal di belakang.
Beta suka mengingatkan bahawa apa pun rancangan untuk memajukan Perkhidmatan Awam, sama ada ia dalam bentuk pelan strategik atau pelan pembaikan berterusan, maka kita adalah mustahak untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan.
Di antara perkara-perkara tersebut ialah seperti kedatangan, komitmen, dedikasi, disiplin dan integriti. Jika perkara-perkara ini tidak ada atau kurang mantap, maka apa pun usaha untuk pembaharuan pengurusan dan teknologi, tidak akan berhasil.
Inilah nilai-nilai yang mesti dimiliki dengan sempurna. Kerana ia merupakan intipati pengurusan dan sumber tenaga manusia. Dalam melakar kemahiran dan kepakaran sumber tenaga manusia, nilai-nilai ini tidak dapat dipinggirkan atau cuma dijadikan pilihan sahaja.
Tidak ada maknanya usaha dan ilmu, jika pemiliknya lemah jati diri, seperti disiplin dan integriti. Kelemahan-kelemahan di sini, boleh membawa padah, menjadikan perkhidmatan kita buruk dan tidak berkesan.
Satu lagi nilai yang sangat-sangat diperlukan dalam perkhidmatan ialah sifat loyal atau setia. Sifat ini suci, tidak boleh dijual beli, walau dengan harga setinggi mana sekali pun. Ia mampu untuk mempengaruhi kerjaya seseorang menjadi indah dan disenangi.
Sama ada disedari atau tidak, dalam melaksanakan satu-satu tugas, orang kadang-kadang sanggup memilih jalan bengkok – tidak setia. Sebagai contohnya, kita ambil perkara berkaitan dengan Surat Pekeliling Kerajaan, misalnya Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan sekalian pegawai dan kakitangan supaya melakukan sesuatu di dalam masa bertugas, tetapi arahan itu tidak dipatuhi.
Bukankah ketidakpatuhan ini sama ertinya dengan ‘tidak setia’?
Beta berharap, perkara ini hendaknya janganlah berlaku. Kerana, selain ianya dilihat sebagai tidak amanah, juga boleh menjejaskan mutu perkhidmatan dan sekali gus, mencacatkan imej baik kerajaan sendiri.
Ini adalah persoalan jati diri. Tidak setia dan kurang integriti dalam perkhidmatan, adalah merupakan perkara yang tidak boleh dibiarkan. Kerana ia adalah penyakit, yang tidak sahaja boleh melemahkan perkhidmatan, malahan juga mungkin berisiko kepada pelakunya sendiri untuk menerima kerugian.
Selain kita perlu memperkasa sifat-sifat jati diri ini, warga Perkhidmatan Awam juga mustahak menguasai kemahiran-kemahiran pengurusan moden, seperti penggunaan scorecard, penggunaan teknologi maklumat, penyeliaan dan lain-lain.
Mengenai penggunaan teknologi maklumat, beta telah pun memperkenankan perlaksanaan Strategik E-Kerajaan semenjak dari tahun 2000 lagi, dengan budget sebanyak B$1 bilion. Namun penggunaannya pada setakat ini, masih sahaja di tahap yang rendah.
Begitu juga aplikasi IT, untuk kemudahan orang ramai berurusan dengan kerajaan, adalah masih sahaja belum dapat dianggap memuaskan, jika dibanding dengan negara-negara lain di rantau ini.
Sementara Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) pula, perlu lebih diaktifkan perlaksanaannya, kerana ia adalah merupakan agenda kerajaan beta.
Ini juga mustahak dipastikan, sama ada perkhidmatan TPOR berjalan dengan lancar dan memuaskan ataupun masih di tahap yang lemah? Jika di tahap lemah, apakah puncanya? Mungkinkah berkaitan dengan kepimpinan?
Semua ini memerlukan kaji selidik atau penelitian semula.
Akhirnya, beta dengan ikhlas dan sukacita mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan pemenang-pemenang Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam bagi tahun 2010 di atas kejayaan mereka masing-masing.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Titah KDYMM di Majlis Konvokesyen UBD 2010
Image (c) Infofoto 2010Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Thursday, October 21, 2010
His Majesty's Titah at Ministry of Health, 20th Oct 2010
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to visit the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, RIPAS Hospital in the capital on 20th October 2010. Present with His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister's Office, His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim and His Royal Highness Prince Abdul Malek.
Monday, October 4, 2010
40th anniversary of renaming Bandar Brunei
Thursday, September 30, 2010
Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2010
Image (c) Infofoto 2010Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa ‘Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur kerana dapat sama-sama meraikan sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam kali yang ke-20.
Mula-mula, beta ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di seluruh negara. Sambutan ini akan memarakkan lagi semangat dan keazaman para guru bagi melahirkan model insan cemerlang, sesuai dengan tema sambutan: ‘Guru Gemilang Pelajar Cemerlang’.
Kegemilangan disandarkan kepada guru yang berkualiti, berkemahiran dan berketrampilan. Pengetahuannya luas, bijak menyampaikan ilmu serta memiliki akhlak yang mulia.
Sementara pelajar cemerlang pula ialah pelajar yang berjaya. Pelajar diasuh untuk berjaya, sebelum bangkit membina bangsa.
Lagi mengenai guru gemilang, banyak dilihat kepada peranannya. Jika peranan itu dimainkan sebaik mungkin, maka itulah tandanya gemilang. Peranan guru menuangkan ilmu kepada anak didik serta sekali gus membawa perubahan bermakana kepada mereka.
Apabila angin perubahan diterima oleh pelajar, maka akan lahirlah individu-individu progresif yang sangat berguna kepada negara.
Ini adalah hukum alam, setiap perubahan itu akan membawa perkembangan.
Kerana itu, usaha mestilah digiatkan untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru yang baik, melalui program-program latihan perkembangan dan kemahiran yang ada disediakan.
Ke arah mengekalkan guru berkualiti ini, beta difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan telah pun mewujudkan Standard Guru Brunei iaitu Brunei Teachers’ Standard yang menggariskan kriteria dan standard am guru serta kompetensi profesional yang patut dicapai oleh seseorang guru.
Beta yakin, kepelbagaian usaha yang dilaksanakan dalam pelaburan pendidikan awal kanak-kanak, yang salah satu agenda utama kementerian ini, akan dapat meraih pulangan tinggi untuk Wawasan Brunei 2035. Beta percaya, kecermelangan kanak-kanak di peringkat ini, penajanya, adalah guru-guru yang gemilang.
Akhirnya, kepada penerima-penerima Anugerah Hari Guru pada tahun ini, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Semoga anugerah ini turut mampu untuk menyuntik semangat para guru bagi meningkatkan lagi kegemilangan mereka dalam semua aspek pendidikan.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(Source: Press Room, Information Department)
Wednesday, September 29, 2010
Civil Service Day
From the RTB news,
With the theme of the Civil Service Day being "Together towards achieving the Brunei 2035 Vision," the Civil Service is being reminded to always be proactive in fulfilling the needs and wishes of the public as they are the actual stakeholders to the Civil Service.
Civil Service Day was first introduced in 1994 and is observed on every 29th of September to commemorate the glorious history of the Constitution Day that was regarded as the turning point in the country's history. Civil Service Day is celebrated in showing recognition and appreciation to the civil service community as well as the role played by the Civil Service itself as a facilitator, policy implementer, and security guardian towards prosperity, well-being and peace.
The Civil Service Day also intends to remind the civil service community of their pledge of loyalty in implementing all the government policies, directives, and regulations towards excellence.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in the titah during the Audience and Presentation of State Decorations and Honorary Medals Ceremony in conjunction with His Majesty's 64th birthday, underscored the need for further improvement in the civil service in terms of productivity and work ethics. His Majesty wished that the Civil Service would continuously evaluate its strength and weaknesses based on the Key Performance Indicators. In such a way, the country could measure how best the civil service could execute its reponsibility towards fulfilling the hopes of the nation and the public in line with the key reqirements.
According to the Civil Service Statistics, up to the 31st of August 2010, 45 thousand 769 people have been working in the civil service. Out of the number, 30 thousand 227 were permanent staff, 9 thousand 641 were serving on a month-to-month basis, 1 thousand 274 on contract, while 5 thousand 627 served on open vote.
Every civil service staff member is required to abide by all regulations and directives enforced from time to time. These regulations and directives are intended at producing a civil service community that is clean, honest, efficient and trustworthy in line with the moral principles and work ethics of the civil service. The regulations and directives include the regulations for government officers pertaining to moral conduct and courtesy, Section 83 of the Civil Service Commission Act, the Prime Minister's Office Circular and the Civil Service Department's Notice.
The Ministries and Government Departments play a very challenging role in giving high-quality services. At the same time, the internal and external challenges in this era of gobalisation require every ministry and department to act with their maximum force of energy and efficiency to achieve their vision of delivering excellent, high-quality, charismatic and competitive services.
Sunday, September 19, 2010
Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat meraikan Aidilfitri Al-Mubarak 1431/2010. Lebih-lebih lagi kita meraikannya dalam suasana yang aman lagi selesa. Kita merasa bertuah dikurniakan nikmat ini.
Bagaimanapun, kita turut bersimpati dengan nasib sebilangan warga dunia yang ditimpa musibah-musibah berat, yang tentunya membawa kesengsaraan kepada mereka. Di antara mereka itu – dalam jumlah yang besar – ialah umat Islam.
Dalam perspektif Islam, musibah juga dikaitkan dengan kelakuan dan perbuatan manusia sendiri, seperti disebut oleh Al-Quran Surah Ar-Ruum, ayat 41, tafsirnya: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab perlakuan tangan-tangan manusia…”
Perlakuan-perlakuan itu meliputi perbuatan maksiat secara peribadi dan perbuatan melanggar perintah, atau undang-undang, atau hukum-hakam Allah Taala.
Maka sehubungan ini, beta turut gembira dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun ini, menampilkan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada agensi-agensi penguatkuasaan awam, yang memegang peranan memantau dan mengawal semua undang-undang dan peraturan di negara ini.
Mereka tidak syak lagi, adalah tunggak kerukunan dan benteng kesejahteraan yang sebenar-benarnya.
Peraturan dan undang-undang adalah ‘jiwa’ kepada masyarakat. Tanpa peraturan dan undang-undang,masyarakat akan lemah dan tidak dihormati. Oleh itu jentera penguatkuasaan mestilah kuat, tidak boleh lemah. Kerana jika ia lemah, negara dan masyarakat akan terjejas teruk.
Ada peraturan dan undang-undang sahaja belumlah cukup. Ibarat qalam atau pensil, tanpa tangan yang menjalankannya, qalam dan pensil itu tidak berguna apa-apa. Maka demikian itulah dengan peraturan dan undang-undang, mesti ada tangan dan kuasa melaksanakannya, barulah ia berguna. Jika tangan atau kuasa itu lemah, maka akan jadilah ibarat qalam tanpa dakwat, atau pensil yang patah, tidak akan membawa makna apa-apa.
Pada masa ini atau akhir-akhir ini, perbuatan melangkahi peraturan atau undang-undang adalah lumrah. Kerana itu, pihak penguatkuasa tidaklah boleh cuai atau berlonggar-longgar dengan peraturan atau undang-undang yang ada. Mereka perlu lebih tegas dan berani, asal saja jangan bertindak di luar batas kuasa yang sah.
Ambillah perhatian di semua aspek yang mungkin berlaku, seperti penggunaan logo-logo palsu, penyelewengan, penyeludupan, pelanggaran akta berkaitan tanah dan lain-lain oleh pihak-pihak tertentu. Tangani semuanya dengan peraturan atau undang-undang secara berhemah dan profesional. Jangan biarkan ada yang terlepas, kerana mereka adalah kudis berjangkit yang perlu dirawat.
Di akhir-akhir ini, jenayah rompak dan mengikat mangsa juga berlaku. Tangani pelaku yang terlibat dengan undang-undang tanpa tolak ansur. Pastikan mereka berhadapan dengan undang-undang dan mahkamah. Mereka jangan sekali-kali diberi peluang untuk mengulangi lagi perbuatan keji itu bagi kedua kalinya. Jika mereka itu berasal dari luar Brunei, maka pastikan supaya mereka faham, bahawa di Brunei tidak ada tempat bagi orang-orang yang seperti itu.
Pihak penguatkuasa keselamatan, tidak ada peluang lagi untuk memperlahankan langkah, tetapi perlu lebih ligat dan cepat untuk menumpas dan mencegah jenayah yang terkutuk itu.
Beta berharap, orang ramai juga kenalah lebih berhati-hati serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang padu kepada pihak-pihak penguatkuasa, tanpa perlu didesak-desak atau diminta.
Ingatlah, tanggungjawab kepada negara dan undang-undang adalah tanggungjawab bersama.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wednesday, September 15, 2010
Transfer & Appointment of Perm Sec & Deputy Perm Sec
Dato Paduka Sa Bali Abas, permanent secretary (Corporate Affairs Division and Civil Administration) at the Prime Minister's Office has been transferred to the Ministry of Home Affairs as permanent secretary.
Hj Mohammad 'Abdoh Dato Seri Setia Hj Abdul Salam, permanent secretary at Ministry of Home Affairs, is now the permanent secretary (Corporate Affairs Division and Civil Administration) at the Prime Minister's Office.
Hjh Suriyah Hj Umar, permanent secretary I at the Ministry of Industry and Primary Resources, has been transferred to the Ministry of Defence as permanent secretary.
Hj Matsatejo Sokiaw, plant manager at Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG), has been seconded and appointed as permanent secretary (Energy) at the Prime Minister's Office.
Hj Ismail Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Hj Hashim, deputy permanent secretary at the Prime Minister's Office has been transferred to the Ministry of Culture, Youth and Sports as deputy permanent secretary.
Abdul Mutalib Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohd Yusof, deputy permanent secretary (IT and E-government) at the Prime Minister's Office has been transferred to the Ministry of Communications as deputy permanent secretary.
Hj Azhar Hj Ahmad, director of E-Government National Centre, has been promoted as the deputy permanent secretary (IT and E-government) at the Prime Minister's Office.
The Ministry of Industry and Primary Resources' Director of Agriculture and Agrifood Hjh Normah Suria Hayati Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Hj Mohd Jamil Al-Sufri has been appointed as deputy permanent secretary of the same ministry.
Md Riza Dato Paduka Hj Md Yunos, acting director of Land Transport Department at the Ministry of Communications, has been appointed as deputy permanent secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources.
All transfers and appointments of the said officials will take effect today. — Susan Shim
Source: The Brunei Times, 15 September 2010
Tuesday, September 14, 2010
Titah KDYMM sempena Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010M
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wabihie Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayidina Muhammad Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Kita, zaman dan keadaan terus saja berubah, tetapi agama tidak berubah. Jika seribu lebih tahun dahulu, umat Islam menyambut Aidilfitri, maka sekarang pun ia terus disambut.Itulah agama. Ajarannya tidak mengalami sebarang perubahan. Jika seribu lebih tahun dahulu orang menyambutnya dengan takbir, maka sekarang pun kita menyambutnya dengan takbir juga dan malah, ungkapan takbir itu tidak berubah.
Kalau seribu lebih tahun dahulu diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah, maka sekarang pun hukum itu berjalan terus.
Inilah namanya ketentuan hukum syarak. Mari kita amalkan ia, dengan semangat ketaatan yang tidak pernah padam.
Hanya sekarang saja kita ada peluang untuk beramal, iaitu sementara hayat dikandung badan. Jika sudah datang ajal, maka peluang itu tidak akan ada lagi.
Janganlah mogok dari melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala.
Ada orang, menjadikan Hari Raya penuh dengan kegiatan-kegiatan anti taat, seperti tidak atau cuai untuk melakukan sembahyang, disebabkan oleh terlampau sibuk dengan aktiviti-aktiviti hiburan dan seumpamanya. Atau setengahnya itu, ada yang sampai berbelanja dengan berlebihan sehingga ke tahap boros atau membazir.
Ini semua bukanlah Hari Raya, tetapi hari mengundang dosa.
Ingatlah, kita baru saja keluar dari 'perjuangan besar' selama sebulan genap. Kita telah berjaya menundukkan musuh besar kita yang bernama hawa nafsu. Kita juga telah dijanjikan dengan pahala berlipat ganda dari perjuangan ini, tetapi kemudian, mengapakah kita harus mengakhirinya dengan menghadiahkan kemenangan percuma kepada musuh yang telah ditewaskan itu?
Ubaya-ubaya, para iblis syaitan sekarang sudah bebas semula setelah sebulan dibelenggu. Mereka itu dengan hati yang amat sakit menyaksikan kita mengaut pahala dengan berpuasa, membaca Al-Qur'an dan bertarawih. Lalu apabila mereka bebas, tidakkah kerja tradisi mereka akan bermula pula untuk memperdaya umat Islam supaya menderhakai Allah?
Penderhakaan itu boleh saja berlaku dengan mudahnya, khasnya apabila kita terlampau asyik atau leka dengan bersuka ria.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Mari kita sama-sama berdoa, semoga ibadat kita di sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala, serta juga lain-lain ibadat di luar Ramadan.
Hanya inilah saja harapan kita untuk bekalan ke akhirat.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Untuk dunia yang fana ini pula, kita juga sentiasa bergantung kepada rahmat Allah, semoga dengan kemurahan-Nya jua, kita dan negara, akan terus dilimpahi dengan nikmat dan inayah-Nya berupa keamanan, keselamatan dan kemakmuran.
Diharapkan juga, kita semua, akan berterusan kekal beroleh kekuatan dan petunjuk, supaya dapatlah kita mempertahan dan memelihara segala kurniaan yang ada.
Akhirnya, dengan hati yang tulus ikhlas, beta dan keluarga beta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak kepada sekalian rakyat jelata dan penduduk, khasnya mereka yang beragama Islam, di mana juga mereka berada.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wednesday, September 8, 2010
Brunei's Public holidays in 2011
1st January 2011, Saturday - New Year
3rd February 2011, Thursday - Chinese New Year
15th February 2011, Tuesday - Prophet Muhammad (PBUH)'s birthday
23rd February 2011, Wednesday - Brunei Darussalam's 27th National Day
31st May 2011, Tuesday - Royal Brunei Armed Forces Day
29th June 2011, Wednesday - Isra Mikraj *
16th July 2011, Saturday (in substitution for Friday, 15th July 2011) - 65th birthday of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
1st August 2011, Monday - 1st Day of Ramadhan 1432 *
17th August 2011, Wednesday - Revelation of Al-Quran *
30th August 2011, Tuesday and 31st August 2011 - Hari Raya Aidilfitri *
7th November 2011, Monday - Hari Raya Aidiladha *
28th November 2011, Monday - New Year Hijrah 1433 (1st Muharram 1433)
26th December 2011, Monday (in substitution for Sunday, 25th December 2011) - Christmas Day
* Subject to changes
Download the original circular at http://www.jpm.gov.bn:81/images/download/circulars/circulars2010/jpmsk09-2010.pdf.
photos of British monarchy on Flickr
from the official press release:
The account includes:- A “Latest news and diary” gallery showing the latest photographs from royal engagements.
In total at launch there are over 600 photographs, and this figure will increase as the Flickr account is continuously updated with photos from Royal engagements and events.
- Collections from The Queen’s recent visit to Canada and New York, and Holyrood Week.
- A “Queen and Commonwealth” section, which includes pictures of Royal visits to Commonwealth realms and related engagements.
- Specially commissioned photographs for the exhibition The Queen’s Year at Buckingham Palace Summer Opening taken during The Queen’s programme of engagements over the past twelve months (including a State Banquet, a military review, diplomatic credentials and a Garden Party).
- Photography by Roger Fenton, Julia Margaret Cameron and other pioneering practitioners of the medium. These were collected by Queen Victoria and Prince Albert, who lent their enthusiastic support to the new art form.
- Photographs of two generations of royal children, taken by Marcus Adams from 1926 to 1956, including images of The Queen and The Prince of Wales as babies.
Happy explore!
Wednesday, September 1, 2010
Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an 1431H/2010M
Image (c) Infofoto 2010Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, keberkatan Ramadan terus kita nikmati. Di bulan inilah Al-Qur’an turun, yang disebut sebagai ‘Nuzul Al-Qur’an’.
Al-Qur’an adalah kepala mukjizat. Mukjizat bererti perkara luar biasa, kurniaan daripada Allah kepada para Nabi dan Rasul. Adapun Al-Qur’an ialah kurnia Allah kepada Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sifat mukjizat terlalu hebat. Ia tidak mampu dicabar atau dikalahkan oleh sebarang yang lain. Khasnya Al-Qur’an, walaupun cuma sepotong ayat yang pendek, tiada siapa yang dapat mencipta sepertinya, mentelah pula untuk mengalahkannya.
Itulah dia Al-Qur’an.
Tidakkah ini satu tanda jelas, bahawa kita selaku pemiliknya, adalah umat yang paling beruntung di antara lain-lain umat. Kerana Al-Qur’an bukan sahaja hebat tidak dapat dikalahkan, malahan juga ia suluh, perbendaharaan dan penyelamat kita, di dunia dan di akhirat.
Suluh, kerana ia mengandungi segala pedoman dan peraturan. Semuanya datang dari Allah, bukan dari siapa-siapa.
Perbendaharaan, kerana ia adalah santapan rohani, ubat dan rahmat serta sumber rezeki berupa pahala. Barangsiapa yang membacanya, akan memperolehi semua ini tanpa diragukan lagi.
Lagi banyak orang membacanya, lagilah kaya orang itu.
Penyelamat pula, tidakkah Al-Qur’an itu penawar, pelindung dan pemberi syafaat? Di alam barzakh dan Hari Kiamat kelak, ia akan menjadi syafaat kepada mereka yang membacanya.
Jadi apakah lagi yang tidak ada pada Al-Qur’an itu? Semuanya sudah cukup dan sempurna.
Tidakkah kita patut bersyukur selaku pewaris Al-Qur’an? Tidakkah kita wajar sibuk dengan Al-Qur’an, dengan memberi penumpuan bagi mempelajari dan membacanya?
Inilah kewajipan kita terhadap Al-Qur’an.
Beta sungguh gembira dan bersyukur, kerana baru-baru ini, kerajaan beta telah memperkenalkan Kursus Diploma ‘Aaliah Qira-aat yang diungkayahkan oleh Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pengajian ini tidak syak lagi, adalah merupakan satu cabang dari ilmu Al-Qur’an dan menjadi fardu kifayah kepada kita.
Sehubungan itu, terdapat petanda baik dalam bidang kemajuan pembacaan Al-Qur’an. Ini dapat dilihat dari kegiatan-kegiatan bertadarus di sepanjang bulan Ramadan, yang turut disertai oleh segenap peringkat masyarakat Islam di negara ini.
Baru-baru ini pula, qariah negara nyaris-nyaris menduduki tempat teratas di dalam Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia.
Namun menjadi naib johan juga adalah masih unggul, nisbah perbezaan markah tidaklah seberapa, cuma kita ketinggalan 0.91 mata sahaja.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada qariah negara di atas kejayaan itu.
Ini semua adalah bukti pencapaian Brunei dalam bidang pembacaan Al-Qur’an itu.
Ditambah lagi, kita juga sejak akhir-akhir ini sudah berupaya tampil dalam pertandingan-pertandinga menghafaz Al-Qur’an peringkat serantau dan dunia, iaitu sesuatu yang belum pernah terjadi dalam tempoh dua tiga dekad yang lalu.
Pendeknya, Brunei setakat ini sedang menikmati perkembangan yang menggalakkan di bidang Al’Qur’an.
Beta berharap, supaya Brunei terus meningkat dan janganlah sekali-kali kita berhenti dari memperkaya diri dengan ilmu-ilmu Al-Qur’an. Bukan hanya untuk tujuan pertandingan semata-mata, tetapi lebih penting lagi, pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian mesti terus dikuatkan.
Kita garap Brunei, Negara Ziki, dengan kekuatan Al-Qur’an. Biar ia jadi nadi dalam kehidupan kita, supaya terjelmalah satu ‘sejarah besar’ untuk bangsa.
Ini bukan retorik atau propaganda, tetapi satu azam bangsa yang bertuhan, yang mempercayai mukjizat dan keberkatan Al-Qur’an.
Dengan berkat Al-Qur’an, semua cita-cita kita yang baik, insya-Allah akan menjadi kenyataan.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Source: PressRoom, Information Department
---------------------------------
Intisari Titah
- Al-Qur'an adalah suluh, perbendaharaan dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat.
- Umat yang memiliki Al-Qur'an adalah umat yang paling beruntung di antara lain-lain umat di dunia ini.
- Al-Qur'an adalah mukjizat yang luarbiasa kurniaan daripada Allah kepada Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.
- Ia mengandungi segala pedoman dan peraturan yang datang daripada Allah Subhanahu Wata'ala, bukan daripada siapa-siapa.
- Sebagai perbendaharaan sebagai santapan rohani, ubat dan rahmat serta sumber rezeki berupa pahala tanpa diragukan. Lagi banyak orang membacanya, lagi kayalah orang itu.
- Penyelamat umat kerana Al-Qur'an sebagai penawar, pelindung dan pemberi syafaat di dunia dan di alam Barzakh dan hari kiamat.
- Kita selaku pewaris Al-Qur'an patut bersyukur dikurniakan Al-Qur'an. Dan kita berkewajipan memberi penumpuan dengan mempelajarinya dan membacanya, kerana Al-Qur'an adalah cukup sempurna.
- Kerajaan telah memperkenalkan Kursus Diploma Aaliah Qiraat yang diungkayahkan oleh Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
- Perkembangan negara dalam bidang Al-Qur'an, bukan sahaja untuk tujuan pertandingan malah di peringkat pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian mesti terus dikuatkan.
- Kita garap Brunei, Negara Zikir, dengan kekuatan Al-Qur'an, biar ia jadi nadi dalam kehidupan kita, supaya terjelmalah satu 'sejarah besar' untuk bangsa.
- Ia bukan retorik atau propanganda, tetapi satu azam bangsa yang bertuhan, yang mempunyai mukjizat dan keberkatan Al-Qur'an.
new acting Commissioner of Police
The appointment took effect from Monday 19 Ramadhan 1431 corresponding to 30 August 2010 until such date to be notified.
Source: RTB News
Saturday, August 21, 2010
New Delhi metallo-beta-lactamase-1 (NDM-1) superbugs
By Michelle Roberts Health reporter, BBC News
Experts have warned that a new type of drug-resistant superbug is emerging in UK hospitals.
Q: What is NDM-1?
New Delhi metallo-ß-lactamase-1, or NDM-1 for short, is a gene carried by bacteria that makes the strain resistant to carbapenem antibiotics. This is concerning because these antibiotics are some of the most powerful ones, used on hard-to-treat infections that evade other drugs.
Q: Why is this a problem?
NDM-1 (or more precisely the DNA code for this enzyme) can easily now jump from one strain of bacteria to another.
Experts are worried that it may end up in another bacterium which is already resistant to many other antibiotics.
Ultimately, it could produce dangerous infections that would spread rapidly from person to person and be almost impossible to treat.
Q: Can it be treated?
Other treatment options are available to fight these infections but they present major challenges for clinicians and will often demand combinations of antibiotics are used.
Scientists have identified some strains that have been resistant to all known antibiotics.
Q: How would I know if I had it?
So far, many of the UK cases have been in patients who have recently travelled to India or Pakistan for medical treatment and who caught the infection while there.
But, some of these patients have passed the infection on to others in UK hospitals upon their return.
The infections have ranged from mild to severe - and some have been fatal.
Two types of bacteria have been host to NDM-1: the gut bacterium E.coli and another that can invade the lungs called Klebsiella pneumonia. Both can lead to urinary tract infections and blood poisoning.
Infections such as these would usually be spotted in patients by medics.
Q: Can its spread be stopped?
Experts say the way to stop it is through surveillance, rapid identification and isolation of any hospital patients who are infected.
Normal infection control measures, such as disinfecting hospital equipment and doctors and nurses washing their hands with antibacterial soap, can stop the spread.
NDM-1 is already widespread in the Indian subcontinent and has also reached countries including the US, Canada, Australia and the Netherlands. Scientists believe it has the potential to become a global public health issue.
And they say we now need new drugs to treat resistant strains.
To read the complete report, click here http://www.bbc.co.uk/news/health-10930031
Tuesday, August 10, 2010
Office hours for Government during Ramadhan
Monday to Thursday and Saturday is 8am to 2pm.
The original text:
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu-waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun Hijrah 1431/2010 Masihi adalah seperti berikut:-
Hari Isnin hingga Khamis dan Hari SabtuJam 8.00 pagi hingga 2.00 petang
2. Bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa sementara penentuan memulakan kerja terserahlah kepada budi bicara Kementerian/Jabatan masing-masing.
Source: Circular
Happy fasting...
Tuesday, August 3, 2010
Titah KDYMM sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010
.jpg)




