Saturday, October 23, 2010

Titah KDYMM di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2010

Image (c) Infofoto 2010


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-17 Tahun 2010 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada Hari Khamis, 13 Zulkaedah 1431 / 21 Oktober 2010


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta turut bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat hadir di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-17 pada hari ini.

Perkhidmatan Awam tidak diragukan lagi adalah sangat penting untuk kelicinan pentadbiran kerajaan. Ia berfungsi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan dan kualiti pentadbiran kerajaan.

Hari Perkhidmatan Awam yang kita sambut ini adalah merupakan wadah untuk menilai atau mengesan kemajuan dan kekurangan di dalam Perkhidmatan Awam itu.

Beta yakin, tuntutan ke atas Perkhidmatan Awam, sampai bila-bila pun tidak akan berkurangan, Lebih-lebih lagi dalam era pembangunan pesat seperti sekarang, tiada ruang untuk Perkhidmatan Awam itu tertinggal di belakang.

Beta suka mengingatkan bahawa apa pun rancangan untuk memajukan Perkhidmatan Awam, sama ada ia dalam bentuk pelan strategik atau pelan pembaikan berterusan, maka kita adalah mustahak untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan.

Di antara perkara-perkara tersebut ialah seperti kedatangan, komitmen, dedikasi, disiplin dan integriti. Jika perkara-perkara ini tidak ada atau kurang mantap, maka apa pun usaha untuk pembaharuan pengurusan dan teknologi, tidak akan berhasil.

Inilah nilai-nilai yang mesti dimiliki dengan sempurna. Kerana ia merupakan intipati pengurusan dan sumber tenaga manusia. Dalam melakar kemahiran dan kepakaran sumber tenaga manusia, nilai-nilai ini tidak dapat dipinggirkan atau cuma dijadikan pilihan sahaja.

Tidak ada maknanya usaha dan ilmu, jika pemiliknya lemah jati diri, seperti disiplin dan integriti. Kelemahan-kelemahan di sini, boleh membawa padah, menjadikan perkhidmatan kita buruk dan tidak berkesan.

Satu lagi nilai yang sangat-sangat diperlukan dalam perkhidmatan ialah sifat loyal atau setia. Sifat ini suci, tidak boleh dijual beli, walau dengan harga setinggi mana sekali pun. Ia mampu untuk mempengaruhi kerjaya seseorang menjadi indah dan disenangi.

Sama ada disedari atau tidak, dalam melaksanakan satu-satu tugas, orang kadang-kadang sanggup memilih jalan bengkok – tidak setia. Sebagai contohnya, kita ambil perkara berkaitan dengan Surat Pekeliling Kerajaan, misalnya Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan sekalian pegawai dan kakitangan supaya melakukan sesuatu di dalam masa bertugas, tetapi arahan itu tidak dipatuhi.

Bukankah ketidakpatuhan ini sama ertinya dengan ‘tidak setia’?

Beta berharap, perkara ini hendaknya janganlah berlaku. Kerana, selain ianya dilihat sebagai tidak amanah, juga boleh menjejaskan mutu perkhidmatan dan sekali gus, mencacatkan imej baik kerajaan sendiri.

Ini adalah persoalan jati diri. Tidak setia dan kurang integriti dalam perkhidmatan, adalah merupakan perkara yang tidak boleh dibiarkan. Kerana ia adalah penyakit, yang tidak sahaja boleh melemahkan perkhidmatan, malahan juga mungkin berisiko kepada pelakunya sendiri untuk menerima kerugian.

Selain kita perlu memperkasa sifat-sifat jati diri ini, warga Perkhidmatan Awam juga mustahak menguasai kemahiran-kemahiran pengurusan moden, seperti penggunaan scorecard, penggunaan teknologi maklumat, penyeliaan dan lain-lain.

Mengenai penggunaan teknologi maklumat, beta telah pun memperkenankan perlaksanaan Strategik E-Kerajaan semenjak dari tahun 2000 lagi, dengan budget sebanyak B$1 bilion. Namun penggunaannya pada setakat ini, masih sahaja di tahap yang rendah.

Begitu juga aplikasi IT, untuk kemudahan orang ramai berurusan dengan kerajaan, adalah masih sahaja belum dapat dianggap memuaskan, jika dibanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

Sementara Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) pula, perlu lebih diaktifkan perlaksanaannya, kerana ia adalah merupakan agenda kerajaan beta.

Ini juga mustahak dipastikan, sama ada perkhidmatan TPOR berjalan dengan lancar dan memuaskan ataupun masih di tahap yang lemah? Jika di tahap lemah, apakah puncanya? Mungkinkah berkaitan dengan kepimpinan?

Semua ini memerlukan kaji selidik atau penelitian semula.

Akhirnya, beta dengan ikhlas dan sukacita mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan pemenang-pemenang Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam bagi tahun 2010 di atas kejayaan mereka masing-masing.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




(Source: PressRoom, Information Department)

Titah KDYMM di Majlis Konvokesyen UBD 2010

Image (c) Infofoto 2010


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Brunei Darussalam Bagi Tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi bertempat di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam pada 30 September 2010.





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.




Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat sama-sama hadir di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Brunei Darussalam pada pagi ini.




Beta mula-mula sekali ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para graduan dan penerima sijil di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.




Beta berharap, semua para graduan akan dapat menyumbangkan ilmu mereka dapat kepada pembangunan negara. Mereka perlu turut menghadapi apa jua cabaran, sama ada di tahap nasional mahupun global.




Tahun 2010, adalah merupakan tahun penuh bermakna, kerana pada tahun ini UBD akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Beta gembira mengetahui, bahawa pencapaian graduan UBD bukan saja dalam bidang akademik, malahan juga dalam bidang kokurikulum. Ini dapat dilihat pada penglibatan para pelajar dan graduan ketika mewakili Negara Brunei Darussalam di dalam pelbagai pertandingan seperti sukan, pidato, mencipta robot dan tilawah Al-Qur'an di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penglibatan ini penting untuk melahirkan insan yang holistik.




Sejak penubuhannya, banyak perkembangan telah dicapai, terutama berkaitan dengan sumber tenaga manusia, lanskap pengajian, peningkatan tahap penyelidikan dan pertumbuhan infrastruktur. Sehubungan dengan kematangan usia UBD, ia sudah dapat dilihat menjadi universiti pilihan.




Satu titik perkembangan yang membanggakan, kerajaan beta telah memperkenankan satu skim biasiswa kompetitif yang baru, yang dipanggil Graduate Research Scholarship Scheme untuk membolehkan UBD menarik graduan tempatan dan luar negeri bagi mengikuti program lepasan ijazah mereka di UBD.




Kita mengambil kira, kecemerlangan sesebuah universiti itu perlu memenuhi piawaian antarabangsa. Kalau UBD ingin dilihat sebagi sebuah universiti bertaraf dunia, maka kualiti penyelidikan, penerbitan, pengajian serta pengajarannya mestilah setaraf dengan apa yang dihasilkan oleh universiti-universiti terkemuka di dunia.




Penyelidikan di UBD masih memerlukan peningkatan dan perluasan. Beta difahamkan, UBD sedang melangka ke arah ini, langkah-langkah sedang diambil untuk meningkatkan mutu penyelidikannya. UBD pada setakat ini telah berjaya membuat kolaborasi dengan IBM, iaitu salah sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka di dunia untuk menubuhkan Pusat UBD-IBM bagi meningkatkan lagi mutu penyelidikan di UBD. Beta berharap, supaya pusat ini juga akan turut menarik minat agensi kerajaan dan swasta untuk bekerjasama bagi menghasilkan penyelidikan yang cemerlang.




Menyebut tentang pengajian di UBD, semenjak penubuhannya sehingga sekarang, pengajian dan pembelajaran Islam turut menjadi inti dan teras di dalam struktur organisasi dan program-programnya. Beta mengambil maklum, bahawa tahun ini, adalah merupakan penganugerahan ijazah terakhir bagi graduan dari Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Namun, penganugerahan terakhir ini bukan bermakna pembelajaran Islam di UBD sudah berakhir. Ia masih saja wujud dan untuk penyesuaian dengan fungsinya, ia beta perkenankan untuk memiliki nama barunya, sebagai : Pusat Pengajian Islam Sultan Omar 'Ali Saifuddien atau Sultan Omar 'Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies di UBD. Ia akan menawarkan program-program lepasan ijazah dan penyelidikan, dengan harapan, ia juga akan turut melahirkan pakar-pakar Islam yang dapat menganalisis isu-isu semasa mengikut perspektif Islam.




Sehingga konvokesyen ke-22 ini, UBD telah berjaya melahirkan seramai lebih kurang 14,000 graduan. Ini adalah satu jumlah yang besar nisbah kepada penduduk Negara Brunei Darussalam. UBD akan terus bergerak ke hadapan demi mencapai visinya sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa.




Beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para graduan dan penerima sijil pada hari ini dan semoga maju jaya hendaknya sampai berterusan.




Akhirnya, beta juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, ahli akademik, pegawai-pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga Allah juga yang akan mengurniakan ganjaran-Nya berupa rahmat dan kesejahteraan.




Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




(Source: PressRoom, Information Department)

Thursday, October 21, 2010

His Majesty's Titah at Ministry of Health, 20th Oct 2010

His Majesty delivering his Titah at Ministry of Health after visiting RIPAS (pic below)


His Majesty visits the Surgical Intensive Care Unit (SICU) at RIPAS Hospital
(Images (C) Infofoto 2010)

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to visit the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, RIPAS Hospital in the capital on 20th October 2010. Present with His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister's Office, His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim and His Royal Highness Prince Abdul Malek.

His Majesty has underscored the extensive responsibility of the health authorities in providing various health facilities and services. This is in view of the prime importance of health in life and it cannot be regarded as a small matter. His Majesty was speaking during a visit to the Ministry of Health later in the afternoon. In his titah, His Majesty also posed such questions as to whether such commodities as medicines and vegetables imported into the country are analysed for any dangerous content, prior to being marketed to the public. His Majesty also underscored the importance for the relevant authorities to be more mindful in evaluating the expertise of prospective personnel to be recruited into the health services.
His Majesty went on to question whether the failure like the one resulting in death after the operation had ever been reviewed or its cause ever discussed. His Majesty said in other places such a matter would not have been kept quiet. The ruler suggested that it should have been investigated so as to identify the quality of the officer involved.
His Majesty also spoke on the need to review regulations on maternity leave, to be extended from the existing period, taking into account that the responsibilities of mothers are very heavy and challenging. His Majesty pointed out that mothers are the ones who bring about new generations. As such, it is only appropriate that their welfare be given due attention and managed without them having to voice it out and ask.

His Majesty in the titah, questioned whether such commodities as medicines, vegetables and fish, especially those imported analysed for any dangerious content prior to being sold at markets in the country. Food Safety - Vegetables need to be protected from hazardous toxic materials. They should meet the terms and conditions of standards for food products. Food Safety - Authorities are to ensure that fish are free from dangerous preservatives or chemicals.


Monday, October 4, 2010

40th anniversary of renaming Bandar Brunei

40 years ago, Bandar Seri Begawan, the capital town of Brunei Darussalam, was known as Bandar Brunei. On 4th October 1967, the late 28th Sultan of Brunei, Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien voluntarily abdicated in favour of his eldest son, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah.
After the abdication, Al-Marhum was then known as Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Muda Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Bandar Seri Begawan was named after the him on 4th October 1970, in recognition of his dedication as the Architect of Modern Brunei.
The area of Bandar Seri Begawan has now widened from 1,287 hectares to 10,036.24 hectares since 1st August 2007 onwards.
References:
Media Permata, 4hb Oktober 2010, ms 3.