Thursday, June 2, 2011

Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-50




Photo (c) Information Department, Prime Minister's Office

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-50 Tahun pada Hari Selasa 27hb Jamadilakhir 1432 / 31hb Mei 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala diatas limpah rahmat-Nya mengurniakan kita keamanan dan kesejahteraan.

Setiap negara berkewajipan untuk menjaga keamanan, kerana ia adalah segala-galanya.

Di antara asas keamanan dan keselamatan itu, turut di pegang oleh pihak-pihak yang berkenaan dengannya, terutama oleh Angkatan Bersenjata kita. Perlu diketahui, bahawa Pasukan Askar Melayu Diraja Brunei telahpun ditubuhkan pada 31 haribulan Mei 1961.

Lima puluh tahun penubuhannya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah melalui pelbagai pengalaman dan perkembangan. Ia tidak syak lagi, merupakan tonggak keamanan yang sebenar-benarnya.

Oleh itu, pada kesempatan ini, Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga tentera, sama ada mereka masih berkhidmat ataupun tidak, diatas segala sumbangan mereka kepada negara.

Segala khidmat dan sumbangan ini perlulah berterusan, bukan sahaja untuk kelangsungan keamanan itu sendiri, malahan juga untuk pembangunan ekonomi. Kerana pembangunan dan ekonomi yang mantap tidak mungkin tercapai, kecuali dengan adanya keamanan.

Lihat sahajalah setengah negara di dunia, yang tidak dapat membangun, atau lambat membangun, kerana menghadapi gangguan-gangguan keamanan. Mereka lebih fokus keapda menangani suasana daripada usaha-usaha ekonomi dan pembangunan.

Begitulah besarnya sumbangan keamanan itu.

Oleh itu, pastikan pertahanan kita sentiasa siapsiaga, dan pastikan juga, keupayaan sentias “relevan” dengan cabaran-cabarab semasa.

Semua persediaan mesti diatur dan dirancang untuk kepentingan negara. Kepentingan ini mencakup soal-soal perhubungan antarabangsa, keselamatan sejagat, perdagangan, alam-sekitar dan seumpamanya.

Ia juga menyangkut proses kerjasama serantau mahupun antarabangsa.

Maka untuk itu, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, perlulah membina kerjasama dua-hala dan pelbagai hala dengan negara-negara lain dalam konsep Diplomasi Pertahanan.

Kerjasama serantau dalam rangka ASEAN, dan antara ASEAN dengan rakan dialog, adalah penting bagi Brunei untuk aktif, terutama apabila Negara menjadi pengerusi kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan ADMM-Plus pada tahun 2013.

Begitu juga, selaras dengan keupayaan kita, penglibatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam misi-misi pengaman luar negara, seperti penyertaan Negara dalam misi IMT di Filipina dan UNIFIL di Lubnan, telah banyak memberi pendedahan terhadap keselamatan antarabangsa serta cabarannya.

Dalam bidang pertahanan, kita alhamdulillah telah agak banyak juga membuat perkembangan. Misalnya melalui usaha-usaha terkini, kita juga mampu memaksimakan kesan tindak balas dari keupayaan tentera yang ada dengan kaedah operasi bersepadu atau jointery dan joint planning operation. Matlamat ini dicapai, dengan memanfaatkan rangkain C41 dan tertubuhnya Markas Angkatan Bersama.

Begitu juga melalui peranan dan khidmat yang diberikan oleh unit-unit khusus, seperti Rejimen Pasukan Khas dan Unit CBRE atau Chemical, Biological, Radiological and Explosive yang mempunyai keupayaan dalam misi-misi tertentu.
Aspek capacity building juga turut memainkan peranannya dalam mempercekapkan lagi proses membuat keputusan dan
meningkatkan kualiti ketenteraan.

Beta juga telah memperkenankan penubuhan beberapa institusi selaku pelengkap matlamat. Ia termasuk Jabatanarah Perkembangan Keupayaan Tentera, Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi, dan Akademi Pertahanan.

Namun, berikutan dengan perkembangan ini, kita juga adalah diperlukan untuk mengisi kekurangan-kekurangan tenaga yang ada.

Untuk mendapatkan sumber tenaga manusia, pengambilan agresif adalah diperlukan, disamping, turut juga penting ialah kesediaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi menawarkan struktur kerjaya yang menarik serta jaminan masa depan yang baik.

Maka ke arah itu, Beta dengan sukacita memperkenankan pembaharuan ke atas Syarat-Syarat Perkhidmatan dan Struktur Perkembangan Kerjaya bagi semua peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Dan Beta juga sukacita memperkenankan perubahan ke atas pakej remunerasi bagi lain-lain peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pembaharuan dan perubahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2011.

Beta berharap, perubahan-perubahan ini akan meningkatkan lagi mutu daan kualiti kecemerlangan profession ketenteraan serta juga akan dapat memberikan nilai tambah kepada anggota-anggota.

Sebagai Angkatan Bersenjata yang kecil, kita perlu mengimbangi sebarang kekurangan, dengan penguasaan teknologi dan kekuatan berganda, atau ‘force multiplier’. Matlamat ini hanyalah boleh dicapai dengan menghargai peranan kepimpinan dan kemahiran tenaga kerja.

Selain kepimpinan berwibawa dan profesional, operasi abad kini juga memerlukan inovasi, kreativiti dan kebijaksanaan bagi semua peringkat ‘soldiers’, siapa yang memikul tugas-tugas yang amat mencabar ini.

Sebagai pelengkap, langkah-langkah ‘regimentation’, penguatkuasaan undang-undang tentera dan didikan kerohanian juga adalah perlu.

Beta sangat berhasrat untuk melihat Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus berkembang serta mampu, untuk mengisi jurang keupayaan yang ada ketika ini.

Khusus dari sudut rohani, Beta difahamkan, penerapan keagamaan yang bersistematik telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Ini, amatlah menggembirakan sekali.

Beta juga berharap, setiap lapisan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dapat menangkis segala anasir yang tidak diingini untuk kebaikan mereka sendiri dan juga negara. Ingatlah, nikmat keamanan, atau apa juga nikmat, bukanlah kita yang menciptanya sendiri, melainkan daripada Allah jua. Kalau agama-Nya kita pelihara dalam diri kita, dalam masa bertugas atau di luar tugas, maka insya Allah, nikmat itu akan berpanjangan.

Mengambil sukut majlis ini, Beta dengan amat sukacita, mengurniakan Pingat Jubli Emas kepada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sedang berkhidmat. Ini adalah satu pengiktirafan di atas kecemerlangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selama 50 tahun.

Akhirnya, Beta dengan penuh bangga mengucapkan syabas kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perbarisan raksaksa pada pagi ini. Mereka sungguh kelihatan segak dan gagah dengan pakaian kombat yang baru, yang menterjemahkan satu pembaharuan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikim Warahmatullahi Wabarakatuh.


Source: Press Room, Information Department

Wednesday, June 1, 2011

new Legislative Council members effective 1 June 2011

The newly appointed members of the Legislative Council effective 1 June 2011 are as follow:-

English version (from RTB News, 31st May 2011):-

By command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, following the dissolution of the Legislative Council, it is hereby announced that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to the appointment of new members of the Legislative Council, as follows:

Speaker - The Honourable Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim.

A) Ex-Officio Members (Prime Minister and Ministers) according to Section 1 Subsection (a) (i) of the Second Schedule of Article 24 Sub Article (1)

1) His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Prime Minister, Minister of Defence and Minister of Finance

2) His Royal Highness Crown Prince Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Senior Minister at the Prime Minister's Office

3) His Royal Highness Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Minister of Foreign Affairs and Trade

4) The Honourable Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Doctor Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Minister of Education

5) The Honourable Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Minister of Health

6) The Honourable Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Minister of Development

7) The Honourable Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Minister of Communications

8) The Honourable Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Minister of Industry and Primary Resources

9) The Honourable Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Second Minister of Finance at the Prime Minister's Office

10) The Honourable Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng, Second Minister of Foreign Affairs and Trade

11) The Honourable Pehin Datu Singamanteri Retired Colonel Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Minister of Energy at the Prime Minister's Office

12) The Honourable Pengiran Dato Seri Setia Doctor Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Minister of Religious Affairs

13) The Honourable Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Home Affairs

14) The Honourable Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Minister of Culture, Youth and Sports


B) Titled Persons according to Section 1 Subsection (a) (ii) of the Second Schedule of Article 24 Sub Article (1)

15) Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Doctor Haji Mohd. Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim

16) The Honourable Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal

17) The Honourable Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal

C) Persons Who Have Achieved Distinction according to Section 1 Subsection (a) (iv) of the Second Schedule of Article 24 Sub Article (1)

18) The Honourable Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin

19) The Honourable Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking

20) The Honourable Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman

21) The Honourable Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar

22) The Honourable Awang Haji Morsidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman

23) The Honourable Awang Haji Zulkifli bin Haji Abd Hamid

24) The Honourable Datin Paduka Dayang Hajah Zasia binti Sirin

D) District Representatives according to Section 5 Subsection (1) of the Second Schedule of Article 24 Sub Article (1)

25) The Honourable Awang Haji A. Ahmad bin Hussin, Penghulu Mukim Berakas 'A', Brunei and Muara District

26) The Honourable Awang Haji Gapor @ Haji Mohd. Daud bin Karim, Ketua Kampong Belimbing, Mukim Kota Batu, Brunei and Muara District

27) The Honourable Awang Haji Tahamid bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A' Brunei and Muara District

28) The Honourable Awang Haji Jumat bin Akim, Ketua Kampong Putat, Mukim Lumapas, Brunei and Muara District

29) The Honourable Awang Haji Mohd Shafiee bin Ahmad, Ketua Kampong Lumut 1, Mukim Liang, Belait District

30) The Honourable Awang Haji Mohd Yusof bin Dulamin, Ketua Kampong Mumong, Mukim Kuala Belait, Belait District

31) The Honourable Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abd Rauf, Penghulu Mukim Keriam, Tutong District

32) The Honourable Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai, Tutong District

33) The Honourable Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ketua Kampong Belingos, Mukim Bangar, Temburong District

E) Clerk to The Legislative Council

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Awang Judin bin Haji Asar.

The date of the appointment of new members of the Legislative Council is effective from Wednesday, 28th of Jamadilakhir, 1432 corresponding to 1st of June, 2011.

Malay version (from Pelita Brunei, 1st June 2011):-

Pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Negara yang baru

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 31 Mei. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berikutan dengan pembubaran Majlis Mesyuarat Negara, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Negara yang baru, seperti berikut:-

Yang Di-Pertua
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim.

A) Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan (Perdana Menteri dan Menteri-Menteri) menurut Ceraian1 (a) (i) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1):-

1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.

2) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

3) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

4) Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

5) Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.

6) Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

7) Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

8) Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

9) Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

10) Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng.

11) Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

12) Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

13) Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

14) Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

B) Orang-Orang Bergelar Menurut Ceraian 1 (a) (ii) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1):-

15) Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim.

16) Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

17) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal.

C) Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan Menurut Ceraian 1(a)(iv) dari Jadual Kedua Perkara 24(1):-

18) Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin.

19) Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking.

20) Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman.

21) Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar.

22) Yang Berhormat Awang Haji Morsidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

23) Yang Berhormat Awang Haji Zulkifli bin Haji Abd. Hamid.

24) Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Zasia binti Sirin.

D) Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah menurut Ceraian 5 (1) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1):-

25) Penghulu Mukim Berakas 'A', Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Awang Haji A. Ahmad bin Hussin.

26) Ketua Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Awang Haji Gapor@Haji Mohd. Daud bin Karim.

27) Penghulu Mukim Gadong 'A', Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Awang Haji Tahamid bin Haji Nudin.

28) Ketua Kampung Putat, Mukim Lumapas, Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim.

29) Ketua Kampung Lumut 1, Mukim Liang, Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.

30) Ketua Kampung Mumong, Mukim Kuala Belait, Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Yusof bin Dulamin.

31) Penghulu Mukim Keriam, Daerah Tutong, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abd. Rauf.

32) Penghulu Mukim Telisai, Daerah Tutong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

33) Ketua Kampung Belingos, Mukim Bangar, Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

E) Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara:-

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Awang Judin bin Haji Asar.

Tarikh lantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baru itu berkuat kuasa mulai hari Rabu, 28 Jamadilakhir 1432 Hijriah bersamaan 1 Jun 2011 Masihi.


Sources:
English version - RTB News, 31st May 2011, available at http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=21001
Link
Malay version - Pelita Brunei, 1st June 2011, available at http://www.pelitabrunei.gov.bn