Monday, September 28, 2009

Transfer of Permanent Secretaries & new appointed Deputy PS

By command of His Mejesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Prime Minister's Office announced that His Majesty has consented to the transfer and appointment of the following officers:

Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Osman bin Pengiran Haji Patra, Permanent Secretary at the Prime Minister's Office has been transferred to the Ministry of Foreign Affairs and Trade as Permanent Secretary, Ministry of Foreign Affairs and Trade.

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, Permanent Secretary, Ministry of Finance has been transferred to the Prime Minister's Office as Permanent Secretary, Prime Minister's Office.

Yang Mulia Pengiran Abdul Haris bin Pengiran Haji Shahbudin, Permanent Secretary, Ministry of Home Affairs has been transferred to the Prime Minister's Office as Permanent Secretary, Prime Minister's Office

Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Awang Haji Murni, Director of Radio and Television Brunei has been appointed as Deputy Permanent Secretary, Prime Minister's Office.

The transfer and appointment of the officers will take effect from Friday, 5th Syawal, 1430 corresponding to September 25, 2009.

His Majesty has also consented to appoint Yang Mulia Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, Deputy Director (Research), Internal Security Department as Acting Director of Internal Security Department to replace Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Eussoff Agaki bin Haji Ismail with effect from Friday, 5th of Syawal, 1430 corresponding to September 25, 2009.

With the above appointment, Dato Seri Paduka Awang Haji Eusoff Agaki bin Haji Ismail is no longer holding the post of the Director of Internal Security Department to allow him to focus fully on his duties and responsibilities as Deputy Minister in the Prime Minister's Office.

new guideline for travelling overseas for duty in civil service

New Guideline released on 17 September, for sending civil servants overseas to attend meetings, courses, conferences, or training programmes.

Surat Keliling JPM - 11/2009

Garispanduan Tambahan bagi Penghantaran ke Luar Negeri Untuk:
a) Dihantar bertugas atau menghadiri persidangan / mesyuarat
b) Menghadiri program yang berupa latihan jangka pendek.


(from Prime Minister's Office, www.jpm.gov.bn )

Thursday, September 10, 2009

last 10 nights in Ramadhan

from Pelita Brunei, "Menuju Keredaan Allah", 9hb September 2009:

SEPULUH MALAM TERAKHIR

DI BULAN Ramadan yang mulia ini ramai umat Islam melipatgandakan usaha mereka untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala bagi mendapatkan keampunan dan keberkatan-Nya kerana bulan Ramadan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya. Di antara malam-malam bulan Ramadan itu terdapat satu malam yang istimewa yang mana ianya lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Malam itu dipanggil dengan Malam Lailatulqadar.

Lailatulqadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan dan keberkatan yang amat besar dan ianya adalah lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam tersebut umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang mengerjakan ibadat akan dikurniakan kemuliaan, kerahmatan, kesejahteraan dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala kerana melakukan ibadat pada malam itu akan memperolehi pahala yang berlipat ganda. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qadr ayat 3 yang tafsirnya:


"Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan."


Berlakunya Lailatulqadar tidak dapat diketahui kedudukannya yang tepat bilakah ia akan terjadi tetapi umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amalan ibadat pada setiap malam di bulan Ramadan agar dapat diketemukan dengan malam tersebut dan tidak akan hanya beribadat pada malam tertentu sahaja. Sebahagian ulama berpendapat Lailatulqadar itu berlaku pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan di mana besar kemungkinan ianya berlaku pada malam berangka ganjil iaitu sama ada pada malam ke 21, 23, 25, 27 atau pada malam ke 29. Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari A'isyah Radiallahuanha, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:


"Carilah Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan."


Pada malam itu juga, Jibril Alaihissalam turun ke dunia disertai dengan para malaikat yang lain untuk memberikan penghormatan kepada umat Islam yang melakukan ibadat serta memberikan salam sejahtera kepada penduduk bumi. Allah Subhanahu Wata'ala memberi pengampunan kepada setiap orang yang bertaubat dan dibuka pintu langit bermula dari terbenam matahari hingga ia terbit kembali. Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:


"Barangsiapa berdiri dengan sembahyang dan ibadat pada Malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab iaitu dengan keyakinan yang sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjaran-Nya nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."


Adapun tanda berlakunya Lailatulqadar itu ialah keadaan malam itu menjadi sunyi sepi yang dipenuhi dengan ketenangan serta bercahaya. Suasananya segar, tidak panas dan tidak pula sejuk tetapi dalam keadaan sederhana. Keadaan tersebut berterusan sehingga terbit fajar. Manakala tanda pada waktu pagi pula iaitu matahari akan naik berwarna putih, tidak memancarkan cahaya atau sinar yang terik. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi daripada Ubai bin Ka'ab Radiallahuanhu ia berkata yang bermaksud:


"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengkhabarkan kepada kami : Sesungguhnya Malam Lailatulqadar itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah)."


Umat Islam yang ditakdirkan untuk bertemu dengan Lailatulqadar itu digalakkan agar memperbanyakkan doa memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala daripada segala dosa yang telah dilakukan sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi dari Sayidatuna A'isyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:


"Aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah pandangan tuan hamba sekiranya aku mengetahui suatu malam itu ialah Lailatulqadar, apakah yang aku katakan (doa) pada malam itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, katakanlah (berdoalah): Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosaku, Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah aku."


Pada malam ke dua puluh satu Ramadan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lebih mempertingkatkan amalan Baginda kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan menghidupkan malam-malam tersebut dengan penuh ketakwaan dan keimanan. Baginda juga membangunkan ahli keluarga Baginda untuk mengerjakan sembahyang, beriktikaf di masjid dan sebagainya. Ini juga menjelaskan bahawa Baginda sendiri juga benar-benar berusaha untuk memperolehi Malam 'Lailatulqadar' itu kerana melakukan ibadat pada Malam 'Lailatulqadar' itu sangat besar ganjarannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu yang bermaksud:


"Barangsiapa mengerjakan ibadat di Malam Lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredaan-Nya, nescaya diampunilah dosanya yang telah lalu."


Oleh yang demikian itu, umat Islam digalakkan untuk mempertingkatkan amalan ibadat pada malam-malam bulan Ramadan agar tidak membiarkan Malam 'Lailatulqadar' berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk merebut peluang yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kerana keuntungan bagi orang yang melakukan amalan ibadat pada Malam 'Lailatulqadar' itu sangat besar keuntungannya dan tidak ternilai harganya.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qadr ayat 1 hingga 5 yang tafsirnya:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an ini pada Malam 'Lailatulqadar'. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam 'Lailatulqadar' itu?. Malam 'Lailatulqadar' lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat d an Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang (ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."


(Source: "Menuju Keredaan Allah", Pelita Brunei, 9hb September 2009)


Tuesday, September 8, 2009

Titah KDYMM di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1430H



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Ngara Bunei Drussalam sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1430 Hijrah pada hari Ahad Malam Isnin 17 Ramadan 1430/6 Septembber 2009 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN
PERINGKAT NEGARA TAHUN 1430 HIJRAH



PADA

HARI AHAD MALAM ISNIN
17 RAMADAN 1430/6 SEPTEMBBER 2009

BERTEMPAT

DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, sekali lagi kita berada dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di bulan inilah Al-Qur’an mulai turun kepada Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kita bersyukur kerana tergolong di dalam golongan orang-orang yang mengimani Al-Qur’an. Kita mempercayainya dan mempercayai segala berita mahupun pengajarannya. Kita terima apa-apa yang dihalal dan diharamkannya. Yang halal membawa kebaikan, sementara yang haram, menjadi punca keburukan dan bencana.

Pendeknya, Al-Qur’an bagi kita, adalah segala-galanya. Ialah teman, ialah sahabat, ialah guru, malah ia juga adalah santapan, pakaian dan perhiasan kita.

Orang berdamping dengan Al-Qur’an adalah orang yang reda dengan Allah. Dia menerima tanpa ragu-ragu akan segala berita dan pengajaran yang dibawa oleh Al-Qur’an itu, selaku Kitabullah.

Lari daripada Al-Qur’an, bererti lari daripada Allah. Sama juga lari daripada hukum-hakam-Nya.

Sejarah sudah merakamkan bukti, bahawa melanggar ketentuan dan hukum-hakam Allah, biasanya akan membawa padah. Ini dapat dilihat dari kisah umat-umat dahulu kala yang disebutkan oleh Al-Qur’an.

Semuanya itu berstatus iktibar, dan juga sekali gus, merupakan amaran bagi umat-umat yang terkemudian, tidak terkecuali juga kita, umat di akhir zaman ini.

Manusia bukanlah tidak mahu belajar daripada semua itu, tetapi oleh kerana sifat-sifat buruk dan hawa nafsu menguasai mereka, maka mereka pun lupa kepada iktibar yang sangat penting ini.

Lalu, akibat dari tangan-tangan manusia sendiri memperlekehkan hukum-hakam Allah Taala, dengan terus-menerus melanggar ketentuan-ketentuan halal haram di dalam pemakanan, pergaulan dan seumpamanya, maka berlakulah kemurkaan Allah, dengan menimpakan azab-Nya, berupa pelbagai bentuk, seperti bencana-bencana alam, huru-hara, kekurangan makanan, wabak-wabak penyakit dan lain-lain.

Itulah makanya, kita di negara ini, akan terus konsisten dengan cara kita sendiri. Kita bekerja dan membangun dengan petunjuk Allah dan Rasul. Kita yakin, tidak ada pembangunan yang lebih baik dari pembangunan yang berteraskan hukum dan petunjuk Allah. Pembangunan seperti ini tidak syak lagi mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya.

Kerana itu, ke arah tujuan ini, pendidikan ugama perlulah mantap dan menyerlah di dalam kehidupan.

Sepatutnya, ia bukan lagi satu pilihan, tetapi adalah kemestian.

Jika ini berlaku, maka barulah berasas, bahawa kita ini memang layak dan mampu untuk menjadi bangsa yang celik Al-Qur’an dan ugama tanpa perlu lagi merasa bimbang akan adanya pihak-pihak yang tercicir.

Beta, sangatlah mengimpikan perkara ini untuk negara kita, Brunei Darussalam.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room, Information Department, Infofoto Gallery (photos)

Monday, September 7, 2009

knowledge

Quote from The Brunei Times, 7th September 2009, page 6, editorial:

Sayyidina Ali (karramallahu wajhah) once said: "There are three advantages of knowledge over wealth. First, knowledge will take care of us, while we got to take care of our wealth. Second, knowledge will increase if we share it, while our wealth will decrease if we share it with others. Third, knowledge cannot be stolen, while wealth can."

Saturday, September 5, 2009

Surah Al-Qadr

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Surah Al-Qadr
****************
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Verily, We have sent it (this Qur'an) down in the night of Al-Qadr (Decree).
And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?
The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
Therein descend the angels and Jibril by Allah's Permission with all Decrees.
(All that night), there is Peace (and Goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.

---

Narrated `Aishah: Allah's Messenger said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten nights of Ramadan." (Sahih Al-Bukhari, Vol 3, Hadith No 234)

(Source: Translation of the meanings of The Noble Qur'an in the English Languange, by Dr Muhammad Taqi-ud-Din al-Hilali and Dr Muhammad Muhsin Khan, Madinah, 1426H)