Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Updates on allowances followed by His Majesty's Titah made on 15th July 2011 at Istana Nurul Iman:

1) changes to the provision of education allowance to officers and staff in the civil service especially for their children who are studying at private institutions recognised by the government, who are undertaking courses at tertiary level such as certificates, pre-diploma, diploma, higher diploma and degree. This education allowance for tertiary level is also extended to citizens and residents who are working in the private sector, who are active members of the Employees Trust Fund. This allowance will commence from January 1, 2012.

The circular (SK JPM bil. 09/2011) can be found here


2) change on passage allowance including extending it to all female officers and staff in the civil service. This change will take into effect by January 1, 2012, and as one of the benefits that is still extended to current members of civil service, this passage allowance will continuously be reviewed from time to time subject to the ability of government resources

The circular (SK JPM bil. 07/2011) can be found here


3) changes to Haj allowance

The circular (SK JPM bil. 08/2011) can be found here

4) Local Scholarship for Technical and Vocational Education at Private Academic Institution Scheme specifically for ‘O’ and ‘A’ school leavers who are qualified but do not obtain the limited opportunity to study at government’s technical and vocational institutions

Reference: Excerpts of Titah, 15th July 2011, by Information Department

Titah Perasmian Majlis Ilmu 1432H/2011M

Image (c) Infofoto 2011

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-65 Tahun pada 24hb Sya’ban, 1432 / 26hb Julai, 2011

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta amat menghargai Majlis Ilmu, kerana hidangan acaranya diyakini membawa berkat, berupa ilmu pengetahuan. Pada tahun ini sempena Hari Keputeraan Beta yang ke-65 tahun, Majlis Ilmu mengungkap tema : Pendidikan Membentuk Syaksiah Bangsa.

Beta menjangka, tema ini dipilih, ialah untuk mengingatkan kita semua, betapa mustahaknya sesuatu bangsa itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pembangunannya. Orang berilmu ialah orang yang tidak habis-habis menuntut, mendengar, melihat dan membaca, bagi memperolehi ilmu. Oramg seperti ini disebut oleh al-Qur’an sebagai orang yang diangkat darjatnya disisi Allah dan manusia.

Di manakah kita dalam perkara ilmu ini? Maksud Beta, dimana kita dalam perkara membaca, mendengar dan mutala’ah bahan-bahan ilmu?

Mengikut satu kajian, ada diantara negara membangun, mempunyai kadar penduduknya yang membaca, hanya satu baris dalam setahun, atau paling bnyak setengah mua surat setahun.

Diantara negara maju pula, kadar penduduknya yang membaca, ada yang satu muka surat dalam setahun. Dan kita pula, walaupun belum ada kajian, mungkin saja dibawah kategori satu baris setahun, atau tidak lebih dari satu beris setahun. Jika ini betul, maka pembudayaan membaca adalah satu perkara besar yang patut diutamakan di dalam program pembangunan negara kita.

Jadi kalau begitu, adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menjadikan penduduk negara ini betul-betul berilmu, dalam erti kata, menerima dan memperolehi ilmu itu melalui pendidikan dan pembacaan. Projek dan program kearah ini mestilah disediakan.

Pada hemat Beta, perkara penduduk berilmu ini boleh saja dilaksanakan. Kita boleh melakukannya segenap pelusuk tanahair, dengan mengadakan kegiatan-kegiatan belajar ilmu. Secara formal, sudah tentu ia menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Dan secara tidak formal pula, ia boleh dirangka dan dilaksankan oleh pelbagai agensi dan kelas dewasa, dengan diberikan nafas dan pradigma baru. Sementara para intelek dan cendekiawan, akan menyemarakkan kegiatan motivasi, ceramah di balai-balai, di surau-surau, di masjid-masjid, di tempat bekerja dan sebagainya.

Dengan erti kata lain, kita membudayakan majlis ilmu di rumah, di balai, di masjid, di tempat dan sebagainya, sehingga apabila bertukar generasi, maka generasi Brunei pada ketika itu ialah bangsa yang rajin membaca, dan budayanya pula ialah budaya ilmu.

Cita-cita ini sebenarnya ada di dalam gagasan Negara Zikir yang beta ‘azamkan. Negara Zikir menghendaki ilmu supaya diajar, ceramah disampaikan, pameran ditunjukkan, buku ditulis, perpustakaan disediakan untuk menggarap ilmu sebagai asas kehidupan bernegara. Bukankah ilmu itu diutamakan oleh Islam? Lihat saja ayat pertama yang mula-mula diturunkan oleh Allah, bukankah ayat ilmu?

Belajar sepanjang hayat bukanlag perkara asing bagi Islam. Ia telah menjadi doktrin dan malah roh di dalam misi nabi-nabi. Kerana itu, tidak perlu berkiblat ke mana-mana, ke timur atau ke barat, untuk kononnya memperolehi methodologi, konsep atau filosofi yang terbaik, kerana dalam Islam sudah ada semua itu. Tinggal saja lagi, kita kena berusaha. Kalau kita tidak tahu, tanyalah orang yang tahu, kalau tidak ada yang tahu, buat kajiannya. Ia mesti ada, kerana Islam sudah menyediakan semua itu.

Semua agensi dan orang-orang berilmu serta para intelek, perlu turut terpanggil untuk mangatur langkah ke kampong-kampong, baik di balainya, di suraunya, di masjidnya, di dewannya, di umah Penghulu dan sebagainya, untuk menyampaikan ilmu, memberi motivasi kepada penduduk supaya berilmu. Kita tidak wajar membiarkan penduduk tanpa didatangi ilmu, hanya kerana masjidnya tidak berupaya atau balainya tidak mempunyai kemudahan dan lain-lain alasan.

Maka dengan ini, Beta sukalah menyarankan supaya, para intelek khususnya, turun menyumbangkan tenaga, dan guru-guru pula membuat extra mile bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfa’at kepada penduduk, dengan misi : menuju masyarakat berilmu.

Mudah-mudahan Majlis Ilmu 2011, dengan temanya, Pendidikan Membentuk Syaksiah Bangsa pada tahun ini akan mencapai matlamatnya.

Dengan lafaz : Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahuma Shalli ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihee Washahbihee Ajma’een, Beta rasmikan Majlis Ilmu 2011.

Sekia, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.

Source: Press Room, Information Department

Saturday, July 16, 2011

Investiture Ceremony in conjunction with 65th Royal Birthday

Image (c) Infofoto 2011

In conjunction with His Majesty's birthday celebration this year, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to award Brunei Darussalam's State Decorations and Honorary Medals to 61 recipients.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam first awarded the Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang First Class, DPKT which carries the title Dato Paduka Seri to

  1. His Excellency Laksmana Agus Suhartono Penglima Tentera National Indonesia, and
  2. the Commissioner of Police, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin.


His Majesty also presented the Most Gallant Order of Pahlawan Negara Brunei, First Class, PSPNB, which carries the title Dato Seri Pahlawan to five recipients.

  1. Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Awang Muhd. Taweh bin Abdullah, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces;
  2. Brigedier Jeneral (D) Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman;
  3. Laksamana Pertama Awang Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah;
  4. Brigedier Jeneral (U) Awang Haji Jofri bin Haji Abdullah; and
  5. Laksamana Pertama Awang Abdul Aziz bin Mohd. Tamit.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam then awarded the Most Blessed Order of Setia Negara Brunei, First Class, PSNB, which carries the title Dato Seri Setia:

  1. Minister of Energy at Prime Mnister's Office, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Yasmin bin Haji Umar;
  2. Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman;
  3. Minister of Culture, Youth and Sports, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

His Majesty also awarded the Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, First Class, SPMB, which carries the title Datin Seri Paduka to
  1. Attorney-General, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh.

A total of 5 recipients have been awarded with The Most Distinguished Order of Paduka Seri Laila Jasa, DSLJ, Second Class, which carries the title, Dato Seri Laila Jasa:
  1. Mr. Peter Voser;
  2. Mr. Malcolm Brinded;
  3. Dr. Babu Sukumaran,;
  4. Dr. Lim Hoek Seng; and
  5. Profesor Uta Meyding Lamade.
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam then awarded The Most Honorable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, Second Class, DPMB, carrying the title, Dato Paduka to 13 recipients:

  1. Deputy Minister of Religious Affairs,Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar;
  2. Deputy Minister of Culture, Youth and Sports, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman;
  3. Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Awang Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad;
  4. Permanent Secretary (Energy) at Prime Minister's Office, Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw;
  5. Permanent Secretary (Monetary) at Ministry of Finance, Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud;
  6. Permanent Secretary (Fiscal) at Ministry of Finance, Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah
  7. Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
  8. 204 Kolonel Awang Haji Harith bin Haji Abdul Karim;
  9. Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abd. Hamid;
  10. Awang Haji Zakaria bin Haji Ismail;
  11. Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar;
  12. Profesor Madya Dr. Dayang Hajah Zaitun binti Haji Taha; and
  13. Matron Dayang Hajah Hadijah binti Haji Hassan.

5 people received the Most Eminent Order of Islam Brunei, Third Class, SSUB:
  1. Pengiran Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan;
  2. Awang Haji Mail bin Besar;
  3. Dayang Hajah Mahani binti Haji Musa;
  4. Dayang Hajah Seimah binti Haji Abdul Salam; and
  5. Dayang Hajah Rusma binti Haji Kepli.

His Majesty then consented to award The Most Blessed Order of Setia Negara Brunei Third Class, SNB to 25 recipients.
  1. Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad;
  2. Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof;
  3. Awang Yahya bin Haji Idris;
  4. Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin;
  5. 205 Kolonel Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail;
  6. Awang Haji Md. Yunos bin Bolhassan;
  7. Awang Haji Mohammad Alimin bin Haji Mohd. Tanjong,
  8. Awang Haji Daud bin Haji Duraman;
  9. Awang Poh Eng Hong;
  10. Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid;
  11. Awang Haji Ahmad bin Haji Tudin;
  12. Awang Haji Nasir bin Haji Damit;
  13. Awang Haji Othman bin Haji Judin;
  14. Awang Haji Ibrahim bin Mohd. Yusoff;
  15. Awang Haji Metussin bin Haji Mohammad;
  16. Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Ratna Seri Dato Setia Awang Haji Abdul Hapidz;
  17. Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman;
  18. Awang Haji Jabair bin Abdullah;
  19. Dayang Hajah Hartini binti Abdullah;
  20. Dr. Dayang Hajah Rahmah binti Haji Md. Said;
  21. Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim;
  22. Dayang Hajah Ainun binti Haji Abdullah;
  23. Sister Dayang Liang Swee Leng;
  24. Sister Dayang Teresa Wong Ng Moi; and
  25. Dayang Esther Linau Batang.
And 2 people received the The Most Distinguished Order of Paduka Seri Laila Jasa, SLJ, Third Class.
  1. Mr. Akinobu Nomura; and
  2. Dr. Haji Shaukat Zinna.

Extracted from on Pelita Brunei online, 16hb Julai 2011:

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 61 penerima sempena Hari Keputeraan baginda ke-65 tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini.

Mendahului penerima pengurniaan Bintang Kebesaran Negara ialah Panglima Tentera Nasional Indonesia, Tuan Yang Terutama Laksamana Agus Suhartono dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu yang menerima Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri.

Diikuti dengan pengurniaan Bintang Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B) yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan kepada lima penerima iaitu Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Awang Muhd. Taweh bin Abdullah; Brigedier Jeneral (D) Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman; Laksamana Pertama Awang Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah; Brigedier Jeneral (U) Awang Haji Jofri bin Haji Abdullah dan Laksamana Pertama Awang Abdul Aziz bin Mohd. Tamit.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Yasmin bin Haji Umar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka pula dikurniakan kepada Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh.

Seramai lima orang lagi penerima dikurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J) yang membawa gelaran Dato Seri Laila Jasa iaitu Mr. Peter Voser; Mr. Malcolm Brinded; Dr. Babu Sukumaran, Dr. Lim Hoek Seng dan Profesor Uta Meyding Lamade.

Manakala seramai 13 orang penerima pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Paduka.

Mereka ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Awang Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad; Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw; Setiausaha Tetap (Monetari) Kementerian Kewangan, Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap (Fiskal) Kementerian Kewangan, Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Juga menerima ialah 204 Kolonel Awang Haji Harith bin Haji Abdul Karim; Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abd. Hamid; Awang Haji Zakaria bin Haji Ismail; Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Profesor Madya Dr. Dayang Hajah Zaitun binti Haji Taha dan Matron Dayang Hajah Hadijah binti Haji Hassan.

Seramai lima orang menerima Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) iaitu Pengiran Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Awang Haji Mail bin Besar; Dayang Hajah Mahani binti Haji Musa; Dayang Hajah Seimah binti Haji Abdul Salam dan Dayang Hajah Rusma binti Haji Kepli.

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B) kepada 25 penerima iaitu Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof; Awang Yahya bin Haji Idris; Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin; 205 Kolonel Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail; Awang Haji Md. Yunos bin Bolhassan; Awang Haji Mohammad Alimin bin Haji Mohd. Tanjong, Awang Haji Daud bin Haji Duraman; Awang Poh Eng Hong; Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid dan Awang Haji Ahmad bin Haji Tudin.

Juga menerima Awang Haji Nasir bin Haji Damit; Awang Haji Othman bin Haji Judin; Awang Haji Ibrahim bin Mohd. Yusoff; Awang Haji Metussin bin Haji Mohammad; Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Ratna Seri Dato Setia Awang Haji Abdul Hapidz; Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman; Awang Haji Jabair bin Abdullah; Dayang Hajah Hartini binti Abdullah; Dr. Dayang Hajah Rahmah binti Haji Md. Said; Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim; Dayang Hajah Ainun binti Haji Abdullah; Sister Dayang Liang Swee Leng; Sister Dayang Teresa Wong Ng Moi dan Dayang Esther Linau Batang.

Bintang Kebesaran Negara yang terakhir pula dikurniakan kepada Mr. Akinobu Nomura dan Dr. Haji Shaukat Zinna yang menerima Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J).

Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


Link: Brunei Resources blog

Friday, July 15, 2011

Titah KDYMM sempena Hari Keputeraan Baginda ke-65 tahun

Image (c) Infofoto 2011

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-65 Tahun pada 13hb Sya’ban, 1432 / 15hb Julai, 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dengan rahmat dan izin Allah jua, dapatlah istiadat pada pagi ini berjalan dengan baik dan sempurna.

Mula-mula Beta dengan gembira merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para “tetamu khas” Beta yang sudi hadir diistiadat meraikan ulang tahun Hari Puja Usia Beta yang ke-65.

Beta juga merakamkan penghargaan yang sama, kepada mereka yang telah menghantarkan perutusan ucap selamat kepada Beta dan keluarga, bersempena dengan sambutan ini.

Kita menyedari bahawa usaha pembangunan di merata dunia berjalan dengan amat rancak. Ia ternyata memberi tekanan yang luar biasa pada sumber-sumber alam semula jadi yang terhad dan ekosistem.

Terdapat kesan negatif dari tekanan ini dialami oleh dunia. Antaranya, ada kaitan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, pemanasan global, kejadian banjir, kebakaran hutan, kemarau dan pencemaran alam yang mengancam.

Ini ditambah lagi dengan bencana alam lain seperti gempa bumi, tsunami dan tanah susur, di samping isu-isu kesihatan berupa penyakit-penyakit kronik dan epidemik.

Realitinya, dunia adalah benar-benar sedang menghadapi cabaran masa depan yang luar biasa.

Dalam keadaan yang sedemikian ini, pilihan kita adalah jelas, perlu meneruskan agenda pembangunan yang seimbang. Pertama, Rancangan Kemajuan Negara, (RKN) perlu mendasari kehendak strategik dengan perlaksanaan yang berkesan. Kedua, perancangan sumber tenaga manusia perlulah lebih tersusun. Dan ketiga, penggubalan rangkaian undang-undang dan peraturan yang secukupnya, juga diperlukan untuk menjaga kepentingan pembangunan.

Insya Allah, dengan cara ini, ekonomi kita akan terus tumbuh, dengan negara juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas kepada generasi muda, serta kedudukan kewangan negara bertambah mantap dan berdayatahan.

Sementara itu, pendekatan pembangunan kita akan diteruskan dengan amalan hidup bermuafakat dan sihat, ta’at berugama dan setia kepada Raja berlandaskan MIB atau Melayu Islam Beraja.

Bagi memantapkan pendekatan tersebut, kita perlu menyemai sikap suka membina diri, rajin dan gigih, berjimat-cermat dan melabur untuk masa depan.

Kerana itu kita mesti memberikan tumpuan kepada kemajuan pendidikan. Di bidang ini alhamdulillah, kita telah banyak mencapai kemajuan. Pelaburan dan infrastruktur pendidikan kita adalah antara yang terbaik. Secara relatif, peratus rakyat kita yang mempunyai pendidikan tinggi adalah antara yang tertinggi di dunia. Kadar celik huruf kita juga sangat tinggi.

Namun ini, tidaklah membenarkan kita untuk mendiamkan diri dari melihat mana-mana yang masih kedapatan lemah.

Sebagai misal, kadar keciciran penuntut di peringkat sekolah rendah dan menengah, adalah di tahap yang membimbangkan. Tidakkah ini menunjukkan, bahawa asas pendidikan kita masih perlu lagi diperbaiki?

Pada masa ini juga kita mengalami kekurangan calon-calon yang mempunyai kelulusan empat (4) kepujian GCE Peringkat ‘O’ atau lebih, untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu.

Ada pula setengah daripada mereka mempunyai kelayakan di peringkat ‘O’ atau ‘A’, tetapi tidak mencukupi untuk mendapat peluang mengikuti kursus di institusi-institusi teknikal dan vokasional Kerajaan yang terhad. Pada waktu yang sama, mereka juga tidak dapat melanjutkan pelajaran di institusi-intitusi sektor swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan kerana tidak mampu untuk membiayainya.

Beta berpendapat, golongan ini perlulah dibantu untuk menjalani latihan-latihan bersesuaian bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Maka, sebagai langkah segera untuk golongan ini, Beta telah memperkenankan tiga (3) skim dibawah Dana Sumber Manusia, untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Pertama ialah pembaikan ke atas Skim Latihan dan Pekerjaan yang berjalan sekarang dan memberikan insentif kewangan kepada anak-anak tempatan yang telah dilatih dengan kemahiran, asalkan mereka itu terus berkerja di sektor swasta.

Kedua, Skim Pembangunan Keupayaan Sumber Tenaga Di Sektor Swasta, iaitu berupa biasiswa untuk membolehkan anak-anak tempatan yang bekerja di sektor swasta melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negeri, bagi meningkatkan kelayakan dan kemahiran.

Ketiga, Skim Biasiswa Dalam Negeri bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Institusi Pengajian Swasta, khusus untuk penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’ atau ‘A’ yang layak, tetapi tidak mendapat peluang yang terhad untuk belajar di institusi-institusi teknikal dan vokasional Kerajaan.

Dan sebagai tambahan kepada skim-skim di atas, Beta juga memperkenankan perubahan elaun pelajaran kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, khusus untuk anak-anak mereka yang belajar di institusi-institusi swasta di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan, yang mengikuti kursus-kursus tertiary seperti persijilan, pre-diploma, diploma, diploma tertinggi dan ijazah.

Elaun Pelajaran bagi kursus peringkat tertiari ini juga dilaratkan kepada anak-anak rakyat dan penduduk tetap Negara ini yang berkerja di sektor swasta, yang menjadi ahli aktif Tabung Amanah Pekerja. Pemberian elaun ini akan bermula dari 1 Januari, 2012.

Beta berharap, langkah-langkah ini akan dapat meningkatkan kapasiti serta mengukuhkan lagi sektor swasta, terutamanya bagi menghasilkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Menyebut Perkhidmatan Awam pula, adalah penting, untuk mengetahui akan keperluan tenaga manusianya serta mempastikan keupayaannya sentiasa sejajar dengan keperluan semasa.

Ke arah ini, Beta mahu supaya perkhidmatan skim-skim dimantapkan. Mana-mana skim yang tidak lagi sejajar dengan dengan keperluan semasa perlulah direbiu, supaya ianya releven dan menepati kepeluan semasa. Sebagai sifatnya skim-skim perkhidmatan, ia perlu menekankan aspek-aspek kelayakan, kemahiran dan latihan-latihan. Skim juga perlu, untuk menunjukkan laluan-laluan kemajuan kerjaya, dengan pensyaratan yang perlu dipenuhi.

Di bidang perguruan dan perubatan, kita Alhamdulillah, telahpun menyediakan skim-skim perkhidmatan baru, yang bertujuan bagi prospek kerjaya, serta untuk menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat bagi menceburi bidang-bidang ini. Beta penuh yakin, skim-skim baru seperti ini akan menyumbang kepada kemajuan modal insan, dengan syarat, ia digunakan dengan baik dan tidak disalahgunakan.

Bagi tujuan penyelarasan keistimewaan kepada warga Perkhidmatan Awam, Beta telah memperkenankan perubahan keatas elaun tambang, termasuk melaratkannya kepada semua pegawai dan kakitangan perempuan di dalam perkhidmatan awam. Perubahan ini akan berkuasa pada 1 Januari, 2012. Dan sebagai salah satu keistimewaan yang masih lagi dihulurkan kepada warga perkhidmatan awam pada masa ini, elaun tambang ini juga akan terus direbiu dari masa kesemasa, tertakluk kepada kemampuan sumber Kerajaan.

Satu lagi faktor penting menuju pembangunan yang berdayatahan ialah, peningkatan produktiviti di dalam sektor awam dan swasta dengan penggunaan teknologi terkini dan pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi.

Melalui penyelidikan dan inovasi, banyak gagasan dan pemikiran boleh dimajukan. Kerana itu, penyelidikan dan inovasi ini, biarlah ia bertapak kukuh untuk mendasari ekonomi kita, selaras dengan saiz penduduk kita yang kecil.

Kita mesti mengukuhkan institusi dan infrastruktur yang diperlukan. Ke arah ini, Kerajaan adalah sedang menyediakan perlindungan undang-undang hakcipta, dalam bentuk, Perintah Patent atau Hakcipta, yang insya Allah akan dikuatkuasakan tidak berapa lama lagi. Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan kewangan yang bersesuaian dalam Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang, untuk tujuan penyelidikan dan inovasi.

Bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, penggunaan sumber-sumber negara akan tetap dilaksanakan secara berhemat.

Pada misalnya, penggunaan gas asli tempatan sebagai bahan bakar adalah sentiasa meningkat. Penggunaan tenaga per kapita negara juga, adalah yang paling tinggi di ASEAN. Dalam waktu yang sama, tunggakan pembayaran elektirk bagi sektor rumah kediaman dan perniagaan juga terus meningkat.

Sementara subsidi Kerajaan keatas produk petroleum telah meningkat lebih dari 45% pada tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya.

Maka oleh itu, negara adalah perlu untuk menjimatkan sumber-sumber asli tersebut, sebagai usaha mengelakkan dari terjejasnya pendapatan negara dari ekspot dan penggunaan untuk industri hiliran.

Ini, termasuklah meningatkan effisiensi pemakaian tenaga meneroka penggunaan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui atau ‘renewable’.

Dalam perkara ini, Kerajaan Beta sedang meneliti satu tarif baru, yang antara lain bertujuan, untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, dan dalam masa yang sama, untuk mendorong orang ramai supaya mengelakkan pembaziran. Tarif baru ini, insya Allah akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2012.

Bagi mengatasi masalah tunggakan pula, Beta telahpun memperkenankan bagi penggantian post-paid meter kuasa elektrik kepada pre-paid meter di rumah-rumah persendirian, yang akan dilaksanakan secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Ini sama juga dengan perumahan untuk rakyat. Program pembinaan, bukan sahaja dilaksana dengan lebih cepat, tetapi juga ‘sustainable’ dari segi penggunaan tanah, kos pembinaan dan pemberian subsidi Kerajaan, serta
keupayaan pemilik untuk membayarnya.

Mengenai keupayaan pemilik ini, Beta telahpun memperkenankan satu pengkajian dijalankan untuk mengenalpastikan satu sistem tabungan, dimana pemohon perumahan akan dapat menabung untuk perumahan seawal yang boleh. Insya Allah sistem tabungan ini akan dikenalkan sebaik-baik sahaja pengkajian selesai nanti.

Beralih kepada bidang kesihatan, kita tidak ada pilihan melainkan menukarkan fokus perkhidmatan daripada rawatan (cure) kepada pencegahan (prevention) supaya ianya dapat berdayatahan dalam jangka panjang.

Ini dapat dilaksanakan dengan cara meningkatkan kesedaran orang ramai, betapa pentingnya mengamalkan cara hidup sihat secara inklusif atau “Health in All Policies” di dalam semua tindak-tanduk mereka seharian, sebagai sifatnya kunci kepada pencengahan yang efektif.

Di bidang kemasyrakatan, alhamdulillah, Beta sangat gembira dan menghargai sikap prihatin di kalangan rakyat dan penduduk dalam sama-sama membantu kumpulan-kumpulan orang-orang berkeperluan khas melalui usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs).

Bagi membolehkan NGOs tersebut memberikan sumbangan yang lebih berkesan, Beta telah memeperkenankan satu bantuan khas kepada NGOs dalam bentuk penyediaan tapak tanah, rekabentuk dan kebenaran untuk mereka membina bangunan dan kemudahan-kemudahan utama bagi kebajikan termasuk infrastruktur yang tidak bertentangan dengan peraturan.

Di samping itu, Beta juga memperkenankan bantuan kewangan tahunan pada jumlah yang bersesuaian untuk menampung sebahagian kos operasi masing-masing.

Dalam ehwal antarabangsa, kita akan terus mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan negara-negara luar dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. Hubungan antarabangsa yang sudah kita jalin, insya Allah akan tetap dipelihara dan diperkukukan.

Khusus di dalam pakatan ASEAN, kerjasama untuk mewujudkn dan menjaga kestabilan serantau adalah salah satu keutamaan. Kestabilan ini penting, bagi membolehkan kerjasama meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi diantara negara-negara ahli, dan menjadikan ASEAN sebuah pakatan serantau yang disegani dunia, lebih-lebih lagi rakan dialog.

Kerajaan, adalah tidak sekali-kali akan mengabaikan hal-ehwal keselamatan. Kerajaan sangat peka dengan cabaran-cabaran keselamatan, tradisional dan bukan tradisional, Kita akan terus mengukuhkan kemajuan institusi keselamatan di dalam negara dan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarbangsa untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan semua.

Akhirnya di saat yang berbahagia ini, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, meliputi warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan sekalian yang hadir ataupun tidak, atas sumbangan dan sokongan serta khidmat bakti mereka kepada Kerajaan Beta. Penghargaan yang setinggi-tingginya juga Beta ucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan, diperingkat daerah dan kebangsaan, atas segala khidmat usaha yang gigih pada menjayakan peryaan ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas dengan limpah rahmat-Nya kepada mereka.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ’Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: website of Information Department

Thursday, July 14, 2011

Official website of 65th Royal Birthday


Official website of 65th Royal Birthday of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam hosted by the Information Department, Prime Minister's Office:
http://www.royalbirthday.org.bn/

Wednesday, March 30, 2011

Titah KDYMM di Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Da'wah Islamiah bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 24 Rabiulakhir 1432 / 29 Mac 2011

Image (c) Infofoto 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajmaeen, Waba’du.
Alhamdulillah, syukur kehadrat allah subahanahu wata’ala di atas limpah rahmat-Nya kepada kita, sehingga dengannya, dapatlah kita berkumpul pada pagi ini di dalam suasana yang kudus lagi selesa.

Beta gembira dengan 'usaha besar' Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama menganjurkan seminar ‘Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah ini. Pertama kerana penyempenaannya dengan jubli perak Pusat Dakwah sendiri, dan kedua pemilihan topik ‘aqidah adalah sangat sesuai dengan keperluan semasa.

Beta masih ingat, diawal penubuhannya 25 tahun dahulu Pusat Dakwah juga telah mengadakan seminar yang sama, di mana Beta sendiri merasmikannya. Dan selepas 25 tahun berlalu, peristiwa yang sama berulang lagi, suatu sejarah yang amat bermakna bagi dakwah islamiah di Negara ini.

Topik ini penting bagi memberikan kefahaman yang betul kepada masyarakat. Kerana bukan tidak ada suara-suara yang sumbang mengenai ’aqidah pernah didengar atau dibawa ke negara ini, tetapi dengan adanya ’pegangan rasmi’ kita (’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah), maka segala yang sumbang itu dapat ditolak atau ditangani.

’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah telah dikenal pasti sebagai bersumber daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, Ia teradun dan terbina daripada nas-nas dan dalil-dalil syara’ yang sahih. Ia juga terbukti sebagai dasar dan pegangan berugama yang berjaya, sehingga mampu menjadikan ummah dan negara benar-benar bahagia dan sejahtera.

Maka oleh itu, bagi tujuan untuk mengukuhkan lagi ‘aqidah ini di Negara Brunei Darussalam, Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan 'Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaa’ah' di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kerana ia amatlah penting dipelajari, difahami dan dipegang kuat-kuat, supaya masyarakat kita terus selamat.

'Aqidah ini adalah merupakan satu pohon yang besar lagi rindang. Ia membenihkan cabang-cabang yang banyak, dan dari cabang-cabang itu keluarlah buah yang berkhasiat lagi lazat. Maka oleh itu, hendaklah ia dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya, supaya terus sihat dan subur, tidak mudah dijangkiti oleh sebarang musuh perosak.

Namun kita tidah usah lupa, bahawa dari pengalaman, Negara Brunei Darussalam juga adalah tidak terlepas dari turut berhadapan dengan usaha-usaha penyibaran ajaran atau fahaman yang bertentangan dengan ’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah.

Maka kerana itu, Kerajaan Beta sangat-sangat mengambil berat, melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama khasnya, dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain, supaya sama-sama berhati-hati dan tidak terlepas pandang terhadap anasir-anasir penyeleweng ’aqidah, kerana mereka itu amatlah berpotensi untuk menggugat keharmonian serta sekaligus mengancam kestabilan negara.

Kita tidak mahu virus-virus perosak itu merosakkan fahaman yang sudah berakar umbi di negara ini.

Oleh itu Beta berharap seminar ini akan membincangkan dengan besungguh-sungguh, bagaimana sepatutnya langkah-langkah disiapkan untuk membentengi masyarakat dan negara daripada virus-virus tersebut.

Pada hemat Beta, benteng-benteng itu perlulah menyeluruh, meliputi sudut-sudut perundangan, pendidikan, penyeldidikan, dan tidak terkecuali juga gerakan-gerakan dakwah islamiah sendiri dikehendaki lebih berkesan dan berterusan.

Semua pihak yang berkenaan itu diminta agar bersatu padu dalam usaha murni ini. Kerana apabila kita menampakkan perpaduan, maka itulah sebenar-benarnya benteng yang kukuh, yang membuatkan anasir-anasir berundur dari mendekati kita.

Beta sangat optimis, seminar ini, berupaya untuk menjelmakan kejayaan memperkuat ’aqidah, disamping membentengi negara dari anasir-anasir perosak ’aqidah.

Maka dengan lafaz Alhamdulillah, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Rasulillah serta bertabrruk dengan kalimat suci Bismillaahir Rahmaanir Raheem, Beta rasmikan "SEMINAR ANTARABANGSA 'AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMA'AH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PUSAT DAKWAH ISLAMIAH".

Sekian wabillahit taufeq walhidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Source: PressRoom, Information Department

Wednesday, March 23, 2011

Dissolution of LegCo

Image (c) Infofoto 2011

It was announced on the radio and television news last Monday (21 March 2011) that the Legislative Council has been dissolved with effect from 15th March 2011. The Press Release from the Department of Councils of State reads:

Pemasyhuran Pembubaran Majlis Mesyuarat Negara [ Perkara 55 (1) ]

Dengan ini dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Majlis Mesyuarat Negara telahpun dibubarkan mulai mengikut hari Selasa, 10 Rabiulakhir 1432H bersamaan 15 Mac 2011 mengikut Pemasyhuran Pembubaran Majlis Mesyuarat Negara di bawah Fasal (1) Perkara 55 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959.


From the RTB News:

The Department of the Legislative Council has informed the public that the State Legislative Council has been dissolved as from Tuesday, 10 Rabiulakhir 1432H corresponding to 15th March 2011.

In press release issued today, the Department of the Legislative Council informed that the dissolution is in accordance with the Declaration of the Dissolution of the State Legislative Council, under Clause (1) Article 55 from Brunei Darussalam Constitution 1959.


Source: RTB News, 21 Mac 2011.

note: It should be Department of Councils of State (Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat), not the Department of Legislative Council as reported by RTB.

Wednesday, March 2, 2011

Titah KDYMM di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-7 Majlis Mesyuarat Negara


Photos (c) Infofoto 2011

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-7 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari Selasa 27 Rabiulawal 1432 / 1 Mac 2011

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhamaddin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan kita dapat berkumpul di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ketujuh Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini.

Beta terlebih dahulu, ingin mengucapkan tahniah kepada Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim di atas perlantikannya sebagai Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negara yang baru.

Beta berharap semoga Yang Dipertua akan dapat menjalankan tugas dan kewajipan dengan sebaik-baiknya, demi mempertingkatkan lagi martabat Majlis Mesyuarat Negara, sebagai sebuah institusi yang sama-sama berperanan untuk kepentingan negara.

Di kesempatan ini juga, beta ingin merakamkan penghargaan beta kepada Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin di atas khidmat bakti, tenaga dan buah fikiran yang telah disumbangkannya selama menjadi Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negara.

Beta gembira mengikuti perkembangan persidangan yang telah berjaya memainkan peranannya untuk membincang dan membahas isu-isu utama pembangunan semasa.

Namun kita belum dapat berpuas hati, kerana setiap hari kita terus berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran untuk menguji kecekapan dan kewaspadaan kita. Sebagai contoh, baru saja ekonomi dan kewangan dunia sedikit pulih daripada cengkaman krisis yang dramatik, tiba-tiba giliran inflasi pula mula membebankan kehidupan sejagat, sehingga menggugat keharmonian dan kestabilan beberapa negara di dunia.

Alhamdulillah, kita di negara ini masih terpelihara dari tekanan inflasi tersebut, berkat adanya dasar dan usaha kerajaan untuk terus membantu rakyat dan penduduk melalui subsidi-subsidi dalam beberapa keperluan asasi. Kita hanyalah dikehendaki bersyukur dan mengelakkan sebarang pembaziran serta penyalahgunaan ke atas subsidi-subsidi yang dihulurkan itu.

Ingat, sebarang penyalahgunaan, seperti penyeludupan keluar barang-barang subsidi itu, hukumnya adalah haram dan satu jenayah. Maka oleh itu, semua agensi penguat kuasa bagi pencegahan adalah berkewajipan menanganinya.

Lain lagi isu bayaran yang tertunggak bagi kemudahan dan utiliti-utiliti yang disubsidi itu. Jumlahnya bukanlah sedikit, tetapi sehingga beratus juta ringgit.

Di samping membawa kerugian kepada kerajaan, ia juga turut melibatkan soal tabiat yang tidak baik, yang perlu diubah dan dikikis.

Beberapa bulan kebelakangan, fenomena bencana alam berlaku di beberapa bahagian dunia. Ada yang sampai mengakibatkan kerosakan-kerosakan besar, kesusahan dan juga nyawa terkorban.

Di negara kita juga turut mengalami banjir di beberapa tempat bahagian yang rendah, terutama kawasan-kawasan pendalaman. Namun alhamdulillah, kejadian-kejadian tersebut telah dapat ditangani dengan usaha dan semangat padu di kalangan agensi kerajaan dan orang ramai.

Sungguhpun begitu, beta tetap berharap, akan adanya rancangan dan tindakan oleh agensi-agensi berkenaan bagi mengurangkan kemungkinan banjir yang berulang-ulang.

Menyebut lagi tentang ekonomi dan kewangan. Walaupun pendapatan banyak, namun ia bukanlah jaminan bagi kestabilan dan kekukuhan kewangan, andainya ia tidak diurus dengan cekap dan berhemah.

Ini, dapat diambil iktibar daripada krisis hutang yang dialami oleh beberapa negara di dunia, yang berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan besar di luar kemampuan, pembaziran, rasuah dan lain-lain.

Untuk kelangsungan ekonomi dan kewangan, kita juga perlu meningkatkan produktiviti, yang bersinonim dengan peningkatan kapasiti. Oleh itu, kerajaan beta tetap mengutamakan peningkatan kapasiti (capacity building), demi menyedari, akan hebatnya saingan dari arus deras globalisasi. Ia juga penting untuk mengisi sebarang kehendak dan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Maka untuk itu, kerajaan beta, secara berterusan telah menyediakan peruntukan yang bersesuaian kepada kementerian dan jabatan, bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja masing-masing, malahan juga dapat diambil peluang oleh belia-belia yang sedang mencari pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Sehubungan itu beta juga gembira melihat latihan-latihan bersepadu yang diberikan kepada anak-anak muda untuk meningkatkan kemahiran perniagaan mereka. Penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional yang dikuatkan oleh Kementerian Pendidikan adalah bertepatan pada masanya.

Kerajaan juga sedang menjana iklim perniagaan yang lebih kondusif. Pada misalnya, baru-baru ini beta telah memperkenankan penubuhan Jawatankuasa Pandu ‘Ease of Doing Business’ bagi tujuan untuk memudah cara business di negara ini, dan juga untuk meningkatkan kedudukan negara dalam indeks pencapaian ‘Ease of Doing Business’.

Beta berharap, semua lapisan rakyat dan penduduk, khasnya pihak swasta dan para belia, akan dapat sama-sama bergiat lebih progresif untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara ini. Kita janganlah terlepas peluang atau tertinggal di belakang disebabkan oleh sikap banyak menunggu atau asyik menonton sahaja.

Akhirnya beta menyeru kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat supaya dapat meneruskan serta melipatgandakan usaha masing-masing dalam memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan pendalaman. Apa jua permasalahan itu kita tangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding dan hati yang terbuka dalam dewan yang mulia ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Source: Press Room, Information Department

Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-27, 2011

Photo (c) Infofoto 2011


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-27 pada 23hb Februari, 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Semua perkara adalah berpunca daripada Allah. Nikmat daripada Allah dan musibah juga daripada Allah. Semua ini berlaku dengan hikmah dan sebab-sebab yang tersendiri.

Kerana itu sayugia diingat, dalam apa pun perkara, kita jangan melupakan Allah, termasuk ketika menyambut dan merayakan ulang tahun Hari Kebangsaan.

Tidakkah kita ingin mengimbas kembali detik bersejarah perisytiharan kemerdekaan, di mana kita telah membesarkan Allah di dalamnya? Kita telah pun sama-sama melafazkan ‘Allahu Akbar’, dengan tujuan, untuk mendapatkan restu Allah serta keberkatan dan pemeliharaan-Nya jua.

Alhamdulillah, tujuan ini tercapai, dengan kemerdekaan yang telah berumur 27 tahun itu sedang membuahkan nikmat dalam bentuk pelbagai kemajuan di semua bidang.

Namun, di samping menerima buah kemerdekaan dengan lebatnya, kita juga tidak lupa terhadap tanggungjawab memelihara kemerdekaan itu dengan amalan-amalan berhemah yang berpaksikan syukur.

Di antaranya, kita sekarang dalam langkah membudayakan amalan berjimat cermat dan berbelanja menurut kemampuan, sebagai salah satu usaha ke arah mengatur kewangan kita melalui perancangan kewangan atau financial planning.

Tujuan yang tersirat ialah untuk melakar perubahan sikap dan mentaliti menyeluruh, supaya rakyat terbiasa dengan cara sederhana serta tahu pula menghargai nilai.

Misalnya dalam menghargai subsidi kerajaan, kita perlu bersikap dan berfikiran seimbang, dengan berterima kasih di samping pandai memanfaatkannya melalui amalan mengelak pembaziran dan penyalahgunaan.

Ini, meliputi semua jenis subsidi, terutama keperluan-keperluan utama, seperti perubatan, pendidikan, jalan raya serta juga komoditi asasi, seperti perumahan, air elektrik, minyak, beras dan gula.

Kesemua perkhidmatan dan keperluan ini amatlah penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pada realitinya, semua ini adalah bergantung kepada ekonomi dan kemampuan kewangan negara, yang pada setakat ini banyak bersandar kepada hasil minyak dan gas.

Maka dalam kedudukan ini, kerajaan sangatlah berhajat untuk mempelbagaikan ekonomi negara, agar pada masa hadapan, kita tidak hanya semata-mata bergantung kepada minyak dan gas sahaja.

Dengan negara mempunyai pelbagai ekonomi dan pandapatan yang lebih luas, serta ditambah pula dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, maka peluang kita untuk terus makmur dan mewah adalah cerah.

Untuk mencapai matlamat inilah, kerajaan beta sangat menitikberatkan kemajuan pendidikan bagi tenaga-tenaga muda kita. Bagi sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang sedikit, kita sangat memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran strategik.

Tidak cukup dengan pendidikan tinggi semata-mata, anak-anak muda kita juga perlu memiliki sahsiah daripada calak Melayu Islam Beraja (MIB) dan jiwa murni daripada asuhan sempurna.

Untuk inilah, kita mengadakan sekolah, pusat latihan dan pengajian tinggi, tanpa mengabaikan juga pemberian biasiswa kepada lebih ramai penuntut yang berkelayakan sebagai pelaburan utama dalam memajukan human capital.
Turut menjadi utama ialah Perkhidmatan Awam. Ia adalah jentera dan pemudah cara untuk kerajaan melakar kemajuan. Pada masa ini sahaja, skop dan tahap hajat orang ramai terus meningkat, di mana Perkhidmatan Awam perlu menyediakan ruang yang luas, termasuk penyediaan dasar-dasar dan pelaksanaan yang cepat lagi berkesan.
Perkhidmatan Awam berkewajipan mengenal pasti sebarang kelemahan yang ada, serta menyediakan mekanisme bagi mengatasinya. Kelambatan atau kegagalan melaksanakan program-program kerajaan, sepatutnya tidak boleh berlaku, kerana ia berisiko tinggi boleh menjadikan persaingan kita lemah untuk menarik pelaburan asing.
Dari faktor-faktor semula jadi, kita sudah memiliki kekuatan-kekuatan tersendiri, di antaranya faktor ketenteraman dan kestabilan politik, ditambah lagi dengan asas ekonomi yang kukuh yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ini semua menjadi aset penting untuk lebih menarik lagi pelabur asing ke negara ini. Tinggal sahaja lagi, kita perlu pandai memelihara dan mempertahankannya.

Maka untuk itu, semua pihak, dari sektor awam dan swasta, perlulah meningkatkan lagi kesedaran mereka dalam usaha mengekalkan aset yang berharga ini.

Dengan itu nanti, insya-Allah, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur asing, malahan juga mampu untuk mengekalkan kemakmuran negara.

Akhirnya, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat serta penduduk negara ini termasuk semua peringkat, ahli Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara.
Beta juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-27 Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga kita dan negara akan sentiasa terpelihara dan mendapat perlindungan daripada Allah Taala jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Source: Press Room, Information Department