Showing posts with label national day. Show all posts
Showing posts with label national day. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-27, 2011

Photo (c) Infofoto 2011


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-27 pada 23hb Februari, 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Semua perkara adalah berpunca daripada Allah. Nikmat daripada Allah dan musibah juga daripada Allah. Semua ini berlaku dengan hikmah dan sebab-sebab yang tersendiri.

Kerana itu sayugia diingat, dalam apa pun perkara, kita jangan melupakan Allah, termasuk ketika menyambut dan merayakan ulang tahun Hari Kebangsaan.

Tidakkah kita ingin mengimbas kembali detik bersejarah perisytiharan kemerdekaan, di mana kita telah membesarkan Allah di dalamnya? Kita telah pun sama-sama melafazkan ‘Allahu Akbar’, dengan tujuan, untuk mendapatkan restu Allah serta keberkatan dan pemeliharaan-Nya jua.

Alhamdulillah, tujuan ini tercapai, dengan kemerdekaan yang telah berumur 27 tahun itu sedang membuahkan nikmat dalam bentuk pelbagai kemajuan di semua bidang.

Namun, di samping menerima buah kemerdekaan dengan lebatnya, kita juga tidak lupa terhadap tanggungjawab memelihara kemerdekaan itu dengan amalan-amalan berhemah yang berpaksikan syukur.

Di antaranya, kita sekarang dalam langkah membudayakan amalan berjimat cermat dan berbelanja menurut kemampuan, sebagai salah satu usaha ke arah mengatur kewangan kita melalui perancangan kewangan atau financial planning.

Tujuan yang tersirat ialah untuk melakar perubahan sikap dan mentaliti menyeluruh, supaya rakyat terbiasa dengan cara sederhana serta tahu pula menghargai nilai.

Misalnya dalam menghargai subsidi kerajaan, kita perlu bersikap dan berfikiran seimbang, dengan berterima kasih di samping pandai memanfaatkannya melalui amalan mengelak pembaziran dan penyalahgunaan.

Ini, meliputi semua jenis subsidi, terutama keperluan-keperluan utama, seperti perubatan, pendidikan, jalan raya serta juga komoditi asasi, seperti perumahan, air elektrik, minyak, beras dan gula.

Kesemua perkhidmatan dan keperluan ini amatlah penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pada realitinya, semua ini adalah bergantung kepada ekonomi dan kemampuan kewangan negara, yang pada setakat ini banyak bersandar kepada hasil minyak dan gas.

Maka dalam kedudukan ini, kerajaan sangatlah berhajat untuk mempelbagaikan ekonomi negara, agar pada masa hadapan, kita tidak hanya semata-mata bergantung kepada minyak dan gas sahaja.

Dengan negara mempunyai pelbagai ekonomi dan pandapatan yang lebih luas, serta ditambah pula dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, maka peluang kita untuk terus makmur dan mewah adalah cerah.

Untuk mencapai matlamat inilah, kerajaan beta sangat menitikberatkan kemajuan pendidikan bagi tenaga-tenaga muda kita. Bagi sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang sedikit, kita sangat memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran strategik.

Tidak cukup dengan pendidikan tinggi semata-mata, anak-anak muda kita juga perlu memiliki sahsiah daripada calak Melayu Islam Beraja (MIB) dan jiwa murni daripada asuhan sempurna.

Untuk inilah, kita mengadakan sekolah, pusat latihan dan pengajian tinggi, tanpa mengabaikan juga pemberian biasiswa kepada lebih ramai penuntut yang berkelayakan sebagai pelaburan utama dalam memajukan human capital.
Turut menjadi utama ialah Perkhidmatan Awam. Ia adalah jentera dan pemudah cara untuk kerajaan melakar kemajuan. Pada masa ini sahaja, skop dan tahap hajat orang ramai terus meningkat, di mana Perkhidmatan Awam perlu menyediakan ruang yang luas, termasuk penyediaan dasar-dasar dan pelaksanaan yang cepat lagi berkesan.
Perkhidmatan Awam berkewajipan mengenal pasti sebarang kelemahan yang ada, serta menyediakan mekanisme bagi mengatasinya. Kelambatan atau kegagalan melaksanakan program-program kerajaan, sepatutnya tidak boleh berlaku, kerana ia berisiko tinggi boleh menjadikan persaingan kita lemah untuk menarik pelaburan asing.
Dari faktor-faktor semula jadi, kita sudah memiliki kekuatan-kekuatan tersendiri, di antaranya faktor ketenteraman dan kestabilan politik, ditambah lagi dengan asas ekonomi yang kukuh yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ini semua menjadi aset penting untuk lebih menarik lagi pelabur asing ke negara ini. Tinggal sahaja lagi, kita perlu pandai memelihara dan mempertahankannya.

Maka untuk itu, semua pihak, dari sektor awam dan swasta, perlulah meningkatkan lagi kesedaran mereka dalam usaha mengekalkan aset yang berharga ini.

Dengan itu nanti, insya-Allah, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur asing, malahan juga mampu untuk mengekalkan kemakmuran negara.

Akhirnya, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat serta penduduk negara ini termasuk semua peringkat, ahli Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara.
Beta juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-27 Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga kita dan negara akan sentiasa terpelihara dan mendapat perlindungan daripada Allah Taala jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Source: Press Room, Information Department

Saturday, February 27, 2010

Pesta Buku 2010


The annual Book Fair (in conjunction with National Day celebration) is still going on until next Tuesday, so far I have visited 5 times and each visit I have gained something from it. I would say the book fair is predominantly religious books, which I personally think it is a response to His Majesty's call for strengthening religious education (26th Jan 2010) and Maulidur Rasul celebration as well. I love this book fair as I have always been eager to buy kid's religious books, Quran & Iqro software and religious songs.

Besides, there are some dictionaries at good bargain. I've got a new Oxford English-English-Malay Dictionary (2007) at B$10 only (Orig price B$20) from Pustaka Remaja, and a Kamus Bahasa Melayu Brunei at B$13.50 (Orig price B$15) from Dewan Bahasa dan Pustaka. Not only the local bookstores are participating, there are ASEAN publishers, our government agencies such as State Mufti Dept, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei History Centre, Museums Dept, etc.

Quoting from Islamia, Brunei Times, 29th January, 2010 issue:
Prophet Muhammad (pbuh) called on Muslims to obtain and then share the knowledge they have obtained: "Acquire knowledge, for he who acquires it in the way of Allah performs an act of piety; he who speaks of it, praises the Lord; he who seeks it, adores Allah; he who dispenses instruction in it, bestows alms; and he who imparts it to others, performs an act of devotion to Allah." (Sahih Bukhari and Muslim)

If you haven't visited the book fair, it's highly recommended that you should grab this golden opportunity. 4 more days...


click on the image to enlarge

(scanned) Images from
official website of 26th National Day of Brunei Darussalam.

For more activities or events on National Day celebration, click on www.nationalday.org.bn

Tuesday, February 23, 2010

Titah KDYMM sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD ke-26

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-26 pada Hari Selasa 9hb Rabiulawal, 1431 bersamaan 23hb Februari, 2010


(c) Infofoto 2010



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua, atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-26 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Kesyukuran kita ini adalah sebagai respon kepada peringatan Allah, ayat 7 surah Ibrahim, tafsirnya:

“Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”

Ni'mat ini, semoga berkekalan, sehingga kegenerasi demi generasi. Itulah harapan kita.

Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini berbunyi: “Negaraku Brunei Darussalam.”

Ramai orang beranggapan, tema seperti ini, hanyalah tertentu untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara semata-mata. Kalau inilah saja, maka ianya belum lengkap lagi.

Turut lebih penting lagi ialah, apakah sumbangan kita untuk 'mengekalkan' ni'mat Allah, yang dikurniakan-Nya selama ini kepada kita dan negara?

Patriotisme dan cintakan negara, sering dilihat orang dari kulitnya saja, berupa ikrar-ikrar dan upacara-upacara kesukaan. Jarang orang melihatnya sampai ke lubuk-lubuk rahsia : bahawa ni'mat itu ditanai dengan syukur dan digilap dengan kerja-kerja takwa kepada Allah. Jika ini ada, maka barulah ada harapan untuk ni'mat itu berkekalan, sebagaimana janji Allah Subhanahu Wata'ala sendiri.

Maka bersukut dengan sa'at bersejarah ini, marilah kita sama-sama menghayati amal syukur dan amal takwa itu.

Selebihnya, kita adalah memerlukan prestasi perlaksanaan yang berterusan. Kita mahu, apa yang dirancang itu dilaksanakan dengan menepati jadual, bukan sekadar rancangan di atas kertas saja. Dan adapun anak kunci kepada semua ini, ialah “cara” kita melaksanakannya.

Diantara cara paling efektif ialah, perundingan yang berkesan diantara agensi-agensi berkaitan, misalnya ada rancangan untuk membangun sekolah atau masjid, kadang-kadang yang dijadikan alasan mengapa 'lambat', ialah, kerana ada halangan berkaitan dengan syarat-syarat tanah, atau tanah belum digezit dan seumpamanya.

Jika inilah alasannya, bukankah semua itu dari kerajaan jua? Sepatutnya kalau kerajaan sendiri yang berkehendak, tentu saja masalah itu tidak akan jadi sukar lagi. Tetapi kelambatan tetap juga berlaku, mengapa? Adakah kita betul-betul serius ataupun tidak? Jika lambat diperingkat bawah, adakah peringkat atas mahu turun padang berunding? Inilah masalah kita.

Dan inilah makanya mekanisme penyukat prestasi (key performance indicators) telah dibentuk untuk dipakai sebagai panduan oleh setiap agensi kerajaan.

Satu lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara ialah keadaan alam sekitar. Tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk. Kerana kita juga terus memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar. Kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita menyegerakan penggubalan undang-undang atau peraturan bagi pembangunan lebih terkawal. Pada misalnya kita perlu menguatkuasakan mekanisme 'Environmental Impact Assesment' dan lain-lain seumpamanya bagi projek-projek pembangunan.

Turut penting juga untuk disebut ialah hal ehwal kewangan. Baru-baru ini Kerajaan Beta telah melaksanakan peraturan pengawalan penggunaan kad kredit. Langkah ini menarik perhatian pelbagai pihak dan menjadi satu perkara yang diperkatakan ramai.

Tujuan Kerajaan ialah supaya kita sama-sama memahami, bahawa kemewahan hidup yang disandarkan kepada hutang yang bertumpuk-tumpuk merupakan kemewahan yang rapuh, dan malah, akan banyak mendatangkan kerugian pada jangka panjang.

Walaupun pada peringkat awalnya, perkara ini mungkin sedikit sebanyak mempersulit sebilangan rakyat atau institusi yang mempunyai kepentingan, namun pihak Kerajaan adalah percaya, tindakan ini sungguh tepat, demi menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini pada jangka waktu yang jauh.

Ini, adalah satu dari strategi kita dalam menjadikan ekonomi sebagai salah satu dari 3 tiang utama Wawasan Brunei 2035.

Negara memerlukan dasar-dasar ekonomi yang lebih teratur, mantap dan menarik, serta juga iklim pelaburan yang kondusif yang berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perekonomian secara keseluruhan.

Demikian juga, usaha-usaha adalah perlu, bagi membolehkan kita mengimbangi kekurangan dalam pasaran domestik, serantau mahupun global, serta menukarkannya kepada situasi yang lebih positif dan menguntungkan.

Pada akhirnya, Beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat serta penduduk negara ini termasuk semua peringkat, ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara.

Ucapan yang sama juga Beta tujukan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-26 Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Marilah kita sama-sama menadah tangan dan memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, supaya negara dan kita semua, sentiasa dilimpahkan dengan berkat dan rahmat-Nya, amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalaamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Source: Press Room, Information Department

Monday, February 22, 2010

Huraian Tema Hari Kebangsaan 2010, "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM"


Huraian Tema Hari Kebangsaan ke-26, 2010 NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM

Definisi negara Masyarakat atau kelompok sosial yang menduduki wilayah tertentu yang mempunyai sistem pemerintahan politik dan kedaulatannya sendiri untuk menentukan arah tujuan kebangsaannya;

Wilayah yang mempunyai sempadan geografi dan politik yang terletak di bawah kekuasaan kerajaan (pemerintah) tertentu: iaitu. Negara Brunei Darussalam


Tema ini menekankan rasa kepunyaan rakyat terhadap negara disamping memperlihatkan sesuatu pengakuan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah negara kita. Rasa kepunyaan terhadap negara merangkumi seluruh yang berhubungan dengan negara termasuklah pemimpinnya, kerajaannya, perlembagaannya, undang-undangnya, warisan budayanya, khazanahnya dan falsafahnya. Oleh itu, dengan pengakuan bahawa negara ini adalah negara kita, dan setiap milik negara ini kita rasakan milik kita juga, maka adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk :

a. mentaati raja
b. mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup

c. memelihara warisan budaya bangsa
d. memelihara dan mempertahankan kedaulatan

e. Menghormati perlembagaan

f. Mematuhi undang-undang

g. Memelihara kestabilan politik

h. Meningkatkan kemajuan ekonomi

i. Meningkatkan taraf sosial penduduk

j. Menjaga maruah

k. Menjaga imej
l. Mengamalkan dan menghayati falsafah
m. Menjaga keamanan dan kesejahteraan

n. Mengekalkan kesepaduan dan keharmonian


Tema ini mengajak semua rakyat negara ini tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama bagi sama-sama menunaikan tanggung jawab di atas agar negara ini akan sentiasa aman, sejahtera dan makmur serta kekal sebagai negara Melayu Islam Beraja.

Oleh sebab tanggung jawab di atas merupakan tanggung jawab berpanjangan maka dicadangkan agar tema ini dikekalkan saja secara berterusan sehinggalah tiba masanya difikirkan untuk ditukar dengan tema yang lain.

Source: website of KKBS

Sunday, March 1, 2009

first posters of Merdeka 1984



These precious posters can still be seen at the Information Department, Tutong branch.

Thursday, February 26, 2009

Commemorative coins

In conjunction with the Silver Jubilee of National Day, the Brunei Currency and Monetary Board issues special commemorative coins - Gold, Silver and Cupronickel:



Gold coin A: B$2,000 each (only 200 sets)
Silver coin B: B$300 each (only 200 sets)
Cupronickel coin C: B$150 each (only 200 sets)

A set of 3 coins (A,B & C): B$2,500 each (only 170 sets)


To see the detailed poster:

On sale at Brunei Currency and Monetary Board, Ministry of Finance, Commonwealth Drive from 26th February 2009.

Link: National Day Commemorative Coins Out, The Brunei Times, 23rd Feb 09

Tuesday, February 24, 2009

Commemorative stamps

My very own commemorative stamps collection.

I pasted the souvenir sheet with photos from 1st Jan 1984 where His Majesty proclaimed the Independence of Brunei Darussalam:


I used decorative papers with silver borders (to commemorate the silver jubilee of our National Day). Photos from signing of Brunei Constitution 1959 (on the left) and Amendment to Constitution 1959 signed on 1971 (on the right)


and lastly with the logos of current and previous National Day celebrations:

Sunday, February 22, 2009

Titah KDYMM sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan NBD

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL
KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


SEMPENA MENYAMBUT PERAYAAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


27HB SAFAR, 1430
23HB FEBRUARI, 2009

(c) Infofoto 2009


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen Wabihie Nastaeenu ‘Ala Umuriddunya Waddien, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’ala Alihie Wasahbihie Ajmaeen. Waba’du.

Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-25 dalam suasana aman dan sejahtera. Alhamdulillah kita masih saja menjalani kehidupan yang rukun damai, bersama keluarga dan sahabat handai di Negara yang tercinta ini.

Beta mengambil maklum akan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini: Kedewasaan Bernegara.

Sudah suku abad kita merdeka, menandakan, bertapa pantasnya masa bergerak. Dalam masa sepanjang itu, pelbagai kemajuan telah dicapai untuk menambahkan lagi kualiti hidup rakyat.

Pembangunan di negara kita adalah merupakan satu proses panjang yang akan berjalan berterusan. Ia sudah lama bermula, lebih dari 25 tahun sebelum merdeka.

Ianya, telah dan sedang berlangsung di Bumi Permai Darussalam, iaitu sebuah Negara Melayu Islam Beraja, yang dengan izin Allah jua, akan selama-lamanya kekal berdaulat, merdeka lagi demokratik.

Hala tuju pembangunan negara telah dibentuk oleh wawasan, pemikiran serta usaha gigih para negarawan dan cendikiawan negara. Al-Marhum Paduka Ayahnda, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, adalah contoh seorang negarawan ternama sehingga dikenali sebagai Arkitek Brunei Moden.

Salah satu jasa besar Al-Marhum ialah melancarkan Rancangan Kemajuan Negara 5 Tahun Yang Pertama pada tahun 1953. Pelaburan awal, sejumlah $100 juta, adalah merupakan formula yang berupaya mengangkat program pemodenan Brunei dalam skala besar dan skop yang luas.

Pada waktu itu, keseluruhan jalan raya cuma kurang 160 kilometer panjang. Bilangan rumah sangat kecil. Bilangan sekolah sedikit. Hospital ada sebuah, dan belum ramai lagi orang pandai membaca dan menulis.

Al-Marhum dengan budi bicara dan wawasan tersendiri telah menumpukan usaha bagi memenuhi bebrapa keperluan asasi, seperti kemudahan kesihatan dan pelajaran, pembinaan rumah, jalan raya, janakuasa elektrik, sistem perhubungan dan pengembangan industri minyak, pertanian dan perikanan. Rancangan Kemajuan Negara pada keseluruhannya berjaya memberikan kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat serta penduduk negara ini.

Kesinambungan dari usaha-usaha pembangunan itu, sampai ke era merdeka, telah melakar kemajuan lebih meluas. Ia membawa makna ‘pencapaian lengkap’, apabila kita juga turut memasuki bidang hubungan antarabangsa.

Brunei Darussalam dengan izin Allah, telah menjalinkan hubungan dengan banyak negara di dunia dalam keadaan mesra dan berpesefahaman tinggi.

Kita juga alhamdulillah, telah mempunyai beberapa institusi pendidikan tinggi, turut menikmati telekomunikasi termoden dan lain-lain lagi kemajuan.

Namun untuk merangsang pertumbuhan selanjutnya, kita juga masih perlu untuk mempertingkat usaha bagi perubahan minda dan sikap serta memperkukuh asas-asas moral dan etika yang baik, kearah mencapai prestasi dan kecemerlangan bernegara.

Seperti kita sedia maklum, baru-baru ini negara mengalami bencana agak luar biasa, dimana sebahagian kawasan dilanda banjir, tanah susur, gangguan bekalan eletrik dan sistem perhubungan. Ini, tidak syak lagi, adalah satu cabaran untuk menjadikan sebagai peringatan dan pembelajaran, bagaimana langkah-langkah perlu diambil serta dipersiapkan, bagi sekurang-kurangnya, mengurangkan kesan-kesan kejadian tersebut.

Dasar belajar dan mengenali punca hendaklah dihidupkan terus. Jangan memadai setakat membuat kerja-kerja rutin sahaja, tetapi mesti dicari jawapan-jawapan tepat mengapa ia terjadi, dan kemudian bagaimana mengatasinya?

Satu soalan mudah, misalnya: Mengapakah dahulu tidak berlaku dan sekarang berlaku? Dahulu, dikawasan-kawasan tertentu tidak pernah banjir tetapi sekarang banjir besar? Dahulu tidak berbangkit tanah susur tetapi sekarang banyak tempat yang berlaku tanah susur?

Ini semua, memerlukan jawapan-jawapan tepat yang berfakta, bukannya setakat teori semata-mata.

Berasaskan kedewasaan yang telah kita capai, adalah penting untuk kita mempunyai azam dan persediaan bagi melakukan pembaharuan dan perubahan-perubahan jitu didalam pendekatan mahu pun tindakan.

Kita sedang ingin melihat, diantaranya, pertumbuhan industri bukan minyak meningkat, kemiskinan ditangani, pengeluaran padi dan beras bertambah dengan pertambahan yang melonjak, disamping peranan perkhidmatan awam yang terus menyerlah dan berkesan.

Setiap langkah pembaharuan dan perubahan itu diasaskan kepada Wawasan Brunei, dengan mengambil kira, bukan sahaja kedudukan di dalam negara, malahan juga tren sejagat.

Wawasan turut mengenal pasti keperluan sumber manusia yang berilmu. Ini juga penting, nisbah kita sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk, yang juga amat kecil. Sumber manusia berkualiti adalah faktor penentu kepada keupayaan negara untuk menikmati kemajuan secara berpanjangan.

Kerana itu, kita tidak pernah mengabaikan pendidikan. Dasar kita jelas, iaitu ingin melahirkan seberapa ramai para ilmuan, yang mempunyai kemahiran dipelbagai disiplin ilmu, dimana daripada sini, kita mengharapkan juga dapat menyaksikan kemunculan golongan-golongan pemimpin, pemikir dan pengusaha yang berwibawa.

Dalam pada itu, Beta ingin mengingatkan, dasar dan sistem pendidikan kita, tidaklah boleh sama sekali membelakangi nilai-nilai kita yang murni iaitu ugama maha suci serta adat resam bangsa yang luhur.

Akhir sekali, Beta ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan Brunei Darussalam terhadap negara-negara sahabat, yang sentiasa memberikan kerjasama mereka, khasnya, semenjak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuhnya, dan juga sama-sama berganding bahu menyumbangkan apa sahaja perkara yang berfaedah diperingkat serantau mahu pun antarabangsa.

Beta tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta ahli-ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Hari kebangsaan, yang berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Beta juga dengan ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua lapisan rakyat, penduduk dan pemimpin yang terlibat, termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, kerana sumbangan mereka terhadap keamanan dan pembangunan negara. Kerjasama rakyat dan keprihatinan Kerajaan, dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua, telah membawa kemakmuran dan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source: Press Room of Information Department)

Link: Official Website of 25th Anniversary of National Day of Brunei Darussalam
http://www.nationalday.org.bn/index.php?option=com_content&view=article&id=182&Itemid=205

Friday, February 20, 2009

National Day logos & themes

This is a latest publication of Information Department in conjunction with 25th Anniversary of National Day of Brunei Darussalam. All the 24 previous logos and themes of National Day celebration are all here. And it is free of charge!!!






Monday, February 16, 2009

Ikrar Hari Kebangsaan

(image scanned from Buku Program Sambutan Hari Kebangsaan NBD ke-1 tahun, 1985)

Dengan bersyukur di atas limpah dan kurnia Allah Subhanahu Wataala yang mentakdirkan kami bernegara merdeka penuh berdaulat, iaitu Negara Brunei Darussalam maka kami berikrar akan:

  • Bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Mempertahankan dan menjunjungnya dengan setia sebagai negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang lengkap;
  • Berbakti dan rela berkorban pada mempertahankan maruah dan kedaulatannya serta memelihara keamanan dan keselamatannya;
  • Mendukung nilai-nilai akhlak yang sempurna, serta taat dan menjunjung keluhuran undang-undangnya;
  • Bekerja dengan gigih, jujur lagi amanah pada meningkatkan kemajuan dan kemakmurannya yang diredai oleh Allah.

Saturday, February 14, 2009

Commemorative 25th National Day stamps

(image scanned from Pelita Brunei, 11th February 2009)

In conjunction with the silver jubilee of Brunei's independence, the postal services will be issuing commemorative stamps and official first day envelopes during the national day celebration on Feb 23.

Fourteen post office branches nationwide will be open on Feb 23 for the public to buy special issues.

Eight stamp designs will be issued at 25 cents each and two envelope designs priced at 45 cent each.

One mini edition priced at $25 each and one special mini edition at $25 each will also be issued.

The branches open on Feb 23 will be Stamp Gallery, BSB, Mail and Packages Processing, Seri Kompleks, Muara, Sengkurong, LTAB, Kiulap, Kuala Belait, Seria, Telisai, Lumut, Tutong and Bangar.

The services will be open from 8am to 3pm.

Sales will also be held at Hassanal Bolkiah National Stadium from 6.30am until the event ends.

Sales will also be held at the Giant Shopping complex in Rimba from 9am to 4pm. Order forms will be distributed to all post office branches starting today.


Extracted from Borneo Bulletin, 12th February 2009, reported by: Azaraimy HH

Tuesday, February 10, 2009

Information on 25th anniversary of National Day celebration

To check the daily activities and events of 25th anniversary of National day celebration, you can go to this official website launched by the Information Department, Prime Minister's Office, http://www.nationalday.org.bn/



Also, the website of Ministry of Culture, Youth and Sports provide lots of information on National Day too, from the Huraian logo & tema, past Royal Speeches (Titah-Titah), and patriotic songs:
http://www.kkbs.gov.bn

Sunday, February 8, 2009

Flag hoisting

image from PMO online portal




Hoist our flag at our residence or offices from today 8th February to 26th February 2009, in conjunction with the celebration of 25th Anniversary of National Day of Brunei Darussalam.



Extracted from the public notice from Prime Minister's Office:




"...bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita rakyat dan penduduk negara ini sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Ahad, 12 Safar 1430 bersamaan 8 Februari 2009 hingga hari Khamis, 1 Rabiulawal 1430 bersamaan 26 Februari 2009.




Dalam hubungan ini, pengiran-pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam."