Dua lagi dilantik SUT JPMBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Disember.- Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa baginda telah mengurniakan titah perintah bagi pertukaran dan pelantikan empat pegawai kanan kerajaan.
Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat ditukar ke Kementerian Pertahanan sebagai Setiausaha Tetap I Kementerian Pertahanan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Sa Bali bin Abas dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai Pentadbir Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan, Kementerian Perhubungan Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan dilantik menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis, 27 Zulhijjah 1429 bersamaan 25 Disember 2008.
Source: Pelita Brunei, 25hb Disember 2008
Link to full list of Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries at http://jennifermok.blogspot.com/2008/04/permanent-secretary-at-prime-ministers.html
No comments:
Post a Comment