Photo (c) Infofoto 2011 (Masri) 6th January 2011 -- His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to bestow the name of his new granddaughter, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Her Royal Highness Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah delivered the new princess on Sunday, 2nd January 2011, 10.47pm.
From the Pelita Brunei:
Berkenan mengurniakan nama cucunda baginda
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Januari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain, mengumumkan bahawasanya:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda yang telah selamat diputerikan pada hari Ahad, 28 Muharam, 1432 bersamaan 2 Januari 2011 jam 10.47 malam dengan nama:
YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN ANAK MUNEERAH MADHUL BOLKIAH BINTI DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan selamatnya meluaran tersebut.
No comments:
Post a Comment