Monday, March 30, 2009

Transfer & Appointment of Deputy Permanent Secretaries

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pertukaran dan perlantikan pegawai-pegawai berikut:

Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohd. Daud ditukar ke Kementerian Perhubungan menjadi Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.

Timbalan Setiausaha Tetap , Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof ditukar ke Jabatan Perdana Menteri menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara Pengarah Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan, Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.

Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai hari Isnin, 3 Rabiulakhir 1430 bersamaan 30 Mac 2009.

Source: Pelita Brunei online, 30 March 09

*******

View my complete list of Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries here

No comments: