Tuesday, June 23, 2009

Kibarkan bendera mulai 1 Julai ini



BERSEMPENA dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.

Dalam hubungan ini, Pengiran-pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.


(Source: Pelita Brunei Online)


No comments: