Saturday, August 22, 2009

Public holidays in 2010

Hari-hari Kelepasan Awam
Negara Brunei Darussalam 2010

PADA menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dimaklumkan bahawa hari-hari dan tarikh-tarikh yang berikut diisytiharkan sebagai Hari-hari Kelepasan Awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 2010.

- Awal Tahun Masihi - hari Sabtu, 16 Muharram 1430 bersamaan 2 Januari 2010 (sebagai ganti hari Jumaat 15 Muharram 1430 bersamaan 1 Januari 2010)

- Tahun Baru Cina - hari Isnin, 1 Rabiulawal 1431 bersamaan 15 Februari 2010 (sebagai ganti hari Ahad, 29 Safar 1431 bersamaan 14 Februari 2010)

- Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 - hari Selasa, 9 Rabiulawal 1430 bersamaan 23 Februari 2010

- Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam - hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1430 bersamaan 27 Februari 2010 (sebagai ganti hari Jumaat, 12 Rabiulawal 1430 bersamaan 26 Februari 2010)

- Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei - hari Isnin, 17 Jamadilakhir 1431 bersamaan 31 Mei 2010

- *Israk Mikraj - hari Sabtu, 27 Rejab 1431 bersamaan 10 Julai 2010

- Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-64 - hari Khamis, 3 Syaaban 1431 bersamaan 15 Julai 2010

- *Awal Ramadan (Puasa) - hari Rabu, 1 Ramadan 1431bersamaan 11 Ogos 2010

- *Memperingati Nuzul Al-Qur'an - hari Sabtu, 18 Ramadan 1431 bersamaan 28 Ogos 2010 (sebagai ganti hari Jumaat, 17 Ramadan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010)

- *Hari Raya Aidilfitri - hari Sabtu, 2 Syawal 1431 bersamaan 11 September 2010 (sebagai ganti hari Jumaat, 1431 bersamaan 10 September 2010) dan hari Isnin, 4 Syawal 1431 bersamaan 13 September 2010

- *Hari Raya Aidiladha - hari Selasa, 10 Zulhijjah 1431 bersamaan 16 November 2010

- Awal Tahun Hijriah 1432 - hari Selasa, 1 Muharram 1432 bersamaan 7 Disember 2010

- Hari Krismas - hari Sabtu, 19 Muharram 1432 bersamaan 25 Disember 2010

*Tertakluk kepada perubahan

(Source: www.pelitabrunei.gov.bn)

No comments: