It will resume this Monday, 8th March at all vaccination centres.
From the Ministry of Health's website:
Kementerian Kesihatan sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa program suntikan vaksin Influenza A H1N1 adalah kini dibukakan semula kepada orang ramai pada 6 Mac 2010
Penilaian keatas semua kumpulan vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalkan ke Negara Brunei Darussalam telah pun dijalankan. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalkan adalah memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan. Syarikat pembuat vaksin berkenaan juga telah memberikan jaminan kualiti vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalnya ke Negara Brunei Darussalam.
Vaksin Influenza A H1N1 yang digunakan di Negara Brunei Darussalam masih terus digunakan di 19 negara-negara lain. Agensi regulatori ubat-ubatan di luar negeri juga mengesahkan mengenai keselamatan vaksin Influenza A H1N1 yang mana sehingga kini, sebanyak tujuh puluh lima (75) juta dos vaksin Influenza A H1N1 yang sama telah digunakan di seluroh dunia dengan selamat. Di Negara Brunei Darussalam sendiri sejak program suntikan dimulakan, sebanyak 40,000 dos vaksin Influenza A H1N1 telahpun diberikan kepada rakyat dan penduduk negara ini dengan selamat.
Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mendapatkan suntikan vaksin Influenza A H1N1 di pusat-pusat suntikan yang telah ditetapkan pada waktu-waktu pejabat, iaitu:
Daerah Brunei Muara
Pusat vaksinasi Stadium Tertutup, Berakas (juga dibuka pada hari kelepasan awam)
Pusat vaksinasi - Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan, Jalan Ong Sum Ping
Pusat Kesihatan Berakas “A”, Kg Anggerek Desa
Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong
Hospital RIPAS
Daerah Belait
Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait
Pusat Kesihatan Sg Liang
Daerah Tutong
Hospital PMMPMHAMB
Daerah Temburong
Hospital PIHM
Hotline: 145(office hours) or 7180991
No comments:
Post a Comment