Pakej Wakaf Buku Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan
Pendahuluan
Dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan bagi memberi peluang umat Islam di semua peringkat untuk berwakaf dan beramal jariah, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri kini menyediakan Pakej Wakaf Buku Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Skim ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.Matlamat
Memberi peluang beramal dengan niat kerana Allah.
Menyediakan peluang berwakaf dan beramal jariah bagi semua lapisan umat Islam dalam bentuk buku (ilmu), kepada institusi-institusi masjid, sekolah dan pusat-pusat rujukan awam.
Sebagai langkah Jabatan Mufti Kerajaan ke arah memandu masyarakat Islam pada sama-sama mengembang dan menyebarkan ilmu Islam yang lebih luas skop dan bentuknya.
Cara Pengendalian
Isi borang yang disediakan
Pilih Pakej Wakaf yang dikehendaki
Tentukan tempat berwakaf yang dikehendaki
Bayar tunai atau masukkan ke akaun Tabung Jabatan Mufti Kerajaan.
Hantar borang yang telah lengkap diisi ke Bahagian Penerbitan dan Penerangan , JMK dan fax ke 2237699 atau 2235120
Keterangan lanjut, hubungi :
Bahagian Penerbitan dan Penerangan,
Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
DarulIfta Brunei Darussalam,
Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja,
Negara Brunei Darussalam.Email:
mufti@brunet.bn
fatwa@brunet.bn
penerbitanjmk@netkad.com.bn
.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment