Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Tuesday, November 18, 2008

Hari Perkhidmatan Awam (HPA)

Rasional Sambutan Hari Perkhidmatan Awam

1. Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam tidak terlepas dari berbagai rangkaian cabaran ekoran gelombang perubahan yang dibawa bersama arus globalisasi dan ledakan teknologi (ICT)

2. Diantara cabaran ini ialah harapan dan ekspektasi orang ramai yang kian meningkat terhadap pemberian perkhidmatan awam (public service delivery);

3. Sehubungan itu adalah perlu untuk pihak Kerajaan meningkatkan lagi usaha khusus dalam pemberian perkhidmatan awam kearah pencapaian harapan dan ekspektasi orang ramai ini.

4. HPA adalah acara tahunan yang diwujudkan dan disambut sebagai satu platform yang menjana dan mengiktiraf usaha dan pencapaian warga perkhidmatan awam dan organisasi kerajaan dalam meningkatkan lagi pemberian perkhidmatannya kepada orang ramai;

5. Melalui HPA ini kita berharap ianya akan menjadi inspirasi setiap individu dan kumpulan dalam perkhidmatan awam pada keseluruhannya;

6. Dalam hal ini juga HPA diharapkan akan memberi kesefahaman kepada orang ramai bahawa pihak Kerajaan adalah bergiat meningkatkan lagi kelancaran dan keberkesanan pemberian perkhidmatan awamnya melalui berbagai proses peningkatan dan jaminan kualiti kerja dalam perjalanan kita kearah kecemerlangan dalam perkhidmatan;

7. Melalui Sambutan HPA, seluruh pegawai dan kakitangan Kerajaan akan membaharui ikrar dan azam mereka sebagai warga perkhidmatan awam yang:

a. Sentiasa taat kepada Raja selaku pemimpin;

b. Patuh melaksanakan kehendak dan dasar-dasar Kerajaan, undang-undang negara, peraturan dan arahan kerja;

c. Sentiasa memelihara dan meningkatkan martabat kewibawaan, kecemerlangan dan kebolehharapan Perkhidmatan Awam;

d. Sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja;

e. Berkhidmat berasaskan keadilan serta amanah untuk Agama, bangsa, Kerajaan dan Negara;


Kenapa 29 September:

29hb September sebagai Hari Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam mengambil sempena detik bermulanya perlembagaan bertulis Negara ini.

Source: website of
Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD)