Showing posts with label deputy ministers. Show all posts
Showing posts with label deputy ministers. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Poster of Cabinet Minister (updated Nov 10)

This is the latest poster of the cabinet minister of Brunei Government released by the Information Department, Prime Minister's Office. This is to replace the existing poster (29 May 2010) with two noticeable updates:

(1) The appointment of Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong as the Deputy Minister at the Prime Minister's Office, with effect from 18th November 2010 (who previously was the deputy minister of development).

(2) The Datoship (DPMB) conferred to Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (Deputy Minister of Finance) on 15th July 2010.

Copies of poster can be obtained from the Information Department during office hours (Mon-Thu & Sat, 7.45am - 12.15pm; 1.30pm - 4.30pm). While the soft copy is available online at http://www.information.gov.bn/VER2/images/Book/Poster_Menteri_-_Menteri_Nov10.jpg

click to enlarge

(Source: Information Department, Prime Minister's Office)

Sunday, June 20, 2010

Official Poster of Cabinet Ministers 2010 - 2015

The official poster of Cabinet Ministers of Brunei Darussalam for the term 2010 to 2015 published by the Department of Information, Prime Minister's Office, Brunei Darussalam. The hard copy poster was distributed through the Official Newspaper Pelita Brunei on the 2nd June 2010 issue.

This soft copy is extracted from the Department's official website, under "Publications":
http://www.information.gov.bn/VER2/images/Book/Poster_Menteri_-_Menteri_Mei10.gif


(click on image to enlarge, and save)

Sunday, May 30, 2010

New Cabinet Ministers for 2010 - 2015

Posters from The Brunei Times extracted from Brunei Resources:

Titah Pengumuman Khas Rombakan Menteri-Menteri Kabinet Baru

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru

Image (c) Infofoto 2010

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Awal kalam, kita wajib bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas kemurahan-Nya mengurniakan kita pelbagai nikmat dan kelebihan.

Keadaan negara yang aman lagi makmur adalah segala-galanya. Tidak ada yang lebih dihajati daripada ini, kerana ia merupakan pintu kepada semua kebajikan.

Manakala negara, apabila berada dalam keadaan aman dan makmur, semua pembangunan akan berjalan lancar. Ditambah lagi dengan jentera kerajaan yang baik, akan membolehkan harapan semakin tinggi untuk melihat kejayaan.

Namun ini bukanlah datang bergolek begitu saja, tetapi perlu didahului dengan usaha dan kerja keras.

Tanpa usaha dan kerja keras, kita tidak akan kemana-mana.

Siapakah yang lebih wajar untuk mendepani usaha dan kerja keras itu? Jawabnya ialah barisan para pemimpin. Merekalah ikon rakyat untuk dicontohi, dan selaku contoh, mereka juga perlu memiliki personaliti dan syakhsiah yang hebat.

Kehebatan disini turut merangkumi sikap bersih, berkebolehan dan berwawasan, termasuk juga sanggup berbasah dan berkering, sehingga diri sendiri tidak lagi penting, berbanding pengorbanan untuk ugama, raja, bangsa dan negara.

Jika kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang seumpama itu, maka kitalah orang yang paling beruntung, kerana rakyat dan penduduk boleh berkongsi kehebatan dengan mereka.

Inilah yang Beta harapkan, dan ini juga tema perombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan beberapa lantikan baru, seperti berikut:

1. Beta sendiri selaku Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan juga Menteri Kewangan.

2. Paduka Anakda Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

3. Paduka Adinda Duli Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

4. Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Pendidikan.

5. Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof sebagai Menteri Kesihatan.

6. Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sebagai Menteri Pembangunan.

7. Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar sebagai Menteri Perhubungan.

8. Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar sebagai Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

9. Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim sebagai Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri.

10. Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).

11. Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar sebagai Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri.

12. Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.

13. Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

14. Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

15. Dato Paduka Awang Haji Abd Wahab bin Juned sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

16. Dato Paduka Awang Haji Mustappha bin Haji Sirat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

17. Awang Haji Bahrin bin Abdullah sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

18. Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

19. Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.

20. Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

21. Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; dan

22. Datin Hajah Adina binti Othman sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Perlantikan ini bermula dari hari ini, hari Sabtu, 15 haribulan Jamadilakhir tahun 1431 bersamaan dengan 29 haribulan Mei tahun 2010 bagi tempoh selama 5 tahun.

Beta dengan ini juga sukacita memaklumkan bahawasanya jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara mulai hari ini adalah sebagai jawatan bertaraf Menteri.

Lantikan-lantikan ini adalah amanah, dan amanah itu pula sangatlah berat. Jika kita berjaya menjalankannya, maka kitalah orang yang berbahagia, sebaliknya kalau kita gagal, maka penyesalan jua akan menunggu kita.

Lantikan juga bererti tugas, kewajipan dan kuasa. Ia mesti digunakan sejujurnya dengan penuh taat lagi setia.

Janganlah ada yang ingin mencipta haluan sendiri-sendiri untuk kepentingan yang terhad, tetapi bantulah raja untuk mencapai wawasan negara dengan keadilan.

Kita buktikan bahawa keadilan tidak mati di Brunei, tetapi ia hidup dan malah subur dari apa yang dijaja di mana-mana.

Akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak lagi dilantik, di atas khidmat dan jasa mereka yang disumbangkan selama ini, semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan kebajikan dan kebahagiaan.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalaamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Last Updated ( Saturday, 29 May 2010 )

Extracted from Pressroom, Information Department

Saturday, April 19, 2008

Ministers & Deputy Ministers of Brunei Government

Prime Minister, Minister of Defence and Minister of Finance


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam


Senior Minister at the Prime Minister's Office


Duli yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah


Minister of Foreign Affairs and Trade


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah


Minister of Education


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib

Minister of Religious Affairs


Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin


Minister of Industry and Primary Resources


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar (eff from 22 August 2008)



Minister of Communication


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong


Minister of Home Affairs


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof


Minister of Health


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman


Minister of Development


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar


Minister of Culture, Youth and Sports

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat (eff from 22 August 2008)



Minister of Energy at Prime Minister's Office

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud (eff from 22 August 2008)




Minister of Finance II


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim


Minister of Foreign Affairs and Trade II


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng



Deputy Minister at Prime Minister's Office


Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Eusoff Agaki bin Haji Ismail

Deputy Minister of Defence


Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar


Deputy Minister of Education


Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman

Deputy Minister of Religious Affairs


Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman


Deputy Minister of Industry and Primary Resources


Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdillah bin Haji Abdul Wahab


Deputy Minister of Comunication

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Hamid


Deputy Minister of Home Affairs


Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim


Deputy Minister of Health

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila DIraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah


Deputy Minister of Development


Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd. Hussein