TITAH KDYMM DIMESYUARAT KHAS MAJLIS BENCANA KEBANGSAAN
ISNIN - 13.07.2009
Alhamdulillah, buat julung-julung kali beta dapat duduk bersama-sama dengan ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan. Majlis ini sebenarnya berperanan amat penting, ia bukan setakat untuk menerima dan mendengarkan laporan-laporan daripada ahli-ahli sahaja tetapi seharusnya juga memikir dan melakar apa-apa yang patut dibuat berbangkit dengan kejadian-kejadian atau isu-isu semua yang berlaku. Inilah peranan Majlis Bencana Kebangsaan. Bahkan pada hemat beta ia juga patut lebih kehadapan lagi untuk melihat apa-apa yang belum berlaku tetapi mungkin berlaku pada bila-bila masa, boleh berlaku seperti misalnya kalau berlaku keganasan, terrorism, berlaku tsunami atau gempa bumi kepada Brunei. Semoga dijauhi oleh Allah. Apa langkah yang patut dirangka, apa persediaan kita. Kita jangan ketawakan perkara ini. Di Brunei jarang berlaku banjir besar tetapi baru-baru ini berlaku. Air sampai naik kekawasan-kawasan yang belum dinaiki sebelumnya. DiBrunei tidak pernah berlaku tanah susur, tetapi baru-baru ini berlaku banyak rumah dan bangunan yang rosak, malah ada nyawa yang terkorban. Semua ini meminta kewaspadaan kita, jangan tunggu berlaku baru hendak kakai-kakai, itu tidak betul. Kita sekarang dilanda oleh pendamik Influenza A H1N1, suatu musibah global yang menakutkan, kerananya banyaklah aktiviti sosial turut terganggu. Diantaranya majlis-majlis perayaan dan sambutan hari keputeraan beta juga terpaksa di tangguhkan. Namun kita percaya semangat 15 Julai tetap hangat dan berkobar-kobar.
Menyebut tentang hari keputeraan ini, beta amat berterima kasih pada semua pihak yang turut terlibat mengadakan persiapan-persiapan sambutan dan perayaan didalamnya. Sambutan dan perayaan adalah biasa diungkayahkan oleh kerajaan, swasta mahu pun pihak-pihak persendirian. Beta amatlah menghargai usaha semua pihak tersebut.Cuma disini ingin beta mengulas sedikit tentang inisiatif dipihak kerajaan. Adalah tidak semuanya menggembirakan. Ia kelihatan seperti banyak membebankan kepada masyarakat. Jawatankuasa perayaan akan membuat rancangan besar tetapi dengan melobi secara bersungguh-sungguh orang ramai supaya menderma yang target terutamanya ialah syarikat besar. Siapa yang tampil menderma akan diberikan publisiti, akan diadakan majlis bagi menerima derma-derma tersebut dan tidak habis setakat itu keluar pula beritanya didalam media, akhbar dan televisyen. Yang muncul menerima derma adalah menteri atau pegawai tinggi yang lain, seolah-olah hari keputeraan itu dijadikan medan untuk melobi derma. Yang beta persoalkan adakah cara ini wajar atau pun tidak iaitu melobi dan berkempen supaya orang berlumba-lumba menderma untuk hari keputeraan. Dalam makna hari keputeraan itu dijadikan sebab, dijadikan alat untuk menarik orang supaya menderma supaya berduyun menderma. Beta yakin dengan menggunakan nama hari keputeraan memanglah boleh belurih. Tetapi soalnya, adakah ia wajar, adakah semua orang ikhlas atau pun terpaksa. Ini semua perlu dilihat dan dihalusi bukan terus-terus saja laju jadikannya routine dan trend, kekal pada setiap tahun. Terus terang saja beta tidak gemar hari keputeraan dijadikan alat untuk menarik derma untuk melonggok-longgok derma. Apa tidak cukupkah sumber peruntukkan yang ada? Hendak cari meriah macam mana lagi. Hendak cari besar macam mana lagi? Beta bukan suruh membazir. Bukan suruh menyusahkan rakyat yang penting bagi beta, sambutan berjalan dengan sempurna, cukup. Ini kita sampai berabis. Buat rancangan besar-besar ada masanya kita buat dulu, peruntukan kemudian kira. Apabila projek sudah jalan maka syarikat pun minta dibayar. Tetapi ada yang tidak terbayar. Akhirnya kerajaan juga diminta membayar, bukan bencanakah ini namanya?Bencana membebankan kerajaan dan sekali gus menyusahkan rakyat.
Berbalik kepada Influenza A H1N1, W-H-O pada 11hb. Jun 2009 telah mengisytiharkan Influenza A H1N1 ini sebagai pandemik yang menghendaki semua negara supaya mengambil langkah-langkah berwaspada daripada penularan jangkitan. Kita di Brunei tidak terkecuali dari menyahut saranan itu. Kita dari masa kesemasa telah dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan namun kes terus meningkat dan terdapat satu kematian.
Usaha mencegah kita lebih menjurus pada nasihat-nasihat belaka seperti menjaga kebersihan, mengurangkan aktiviti sosial, kuaratin 7 hari bagi rakyat yang baru balik daripada luar negeri. Namun itu semua cuma nasihat umum. Ada pun langkah yang diyakini, langkah yang paling penting seperti menegah buat sementara rakyat daripada ......... negeri-negeri yang terjejas, lebih-lebih lagi yang terjejas teruk tidak pernah dibuat atau difikirkan sehingga keluar surat-surat keliling JPM bilangan 4/2009 tarikh 7 July 2009. Tetapi sebelum ini ada kementerian-kementerian atau jabatan masih terus menghantar pegawai-pegawai keluar negeri termasuk negeri-negeri yang terjejas walaupun ada diantara pegawai itu kabar-kabarnya yang memberi pandangan jangan dulu menghantar kerana disamping boleh membahayakan diri pegawai-pegawai sendiri juga apabila balik kelak akan membahayakan juga orang lain seperti kawan-kawan sepejabat dan lebih-lebih lagi keluarga dirumah masing-masing.Namun jawapan daripada ketua pejabat tidak boleh, mesti pergi juga selama mana JPM belum mengeluarkan surat keliling mengenainya. Ini yang beta tidak gemar mendengarnya, ketua-ketua pejabat yang ada bekerja macam robot, tidak ada budi bicara langsung. Semua tahu arahan semata-mata. Kalau tidak ada arahan tidak membuat, walau pun didalam peraturan mereka ada mandat membuat pertimbangan-pertimbangan tertentu dan mengambil langkah-langkah munasabah lebih-lebih lagi yang berkaitan keselamatan dan kebajikan anak buah disamping kita menangani wabak ini dengan cara-cara biasa yang dipandu oleh pihak kesihatan. Kita selaku bangsa yang yang bertauhid juga menangani dengan doa, dengan Qunut Nazilah dan sembahyang hajat. Kita semua tahu cara ini kerana itulah kita membuatnya. Ia merupakan senjata kerohanian yang sangat-sangat digalakkan oleh ugama. Lagi banyak doa, banyak berzikir dan banyak sembahyang hajat, lagi baik. Lebih-lebih lagi setelah kita seperti kehilangan daya upaya dimana kawalan berbentuk fizikal seakan-akan tidak berkesan langsung dengan kes terus bertambah, maka bukankah wajar kalau usaha kerohanian itu lebih kita gandakan lagi tetapi apa yang beta lihat tidak ada usaha peningkatan kearah ini. Sembahyang hajat dimasjid-masjid pada hari Jumaat tidak sehangat yang diharapkan. Qunut Nazilah juga cuma cuma tahan-tahan pada hari Jumaat saja. Pada hal ia boleh dibuat pada lain-lain waktu sembahyang fardhu juga tidak ada pimpinan dan galakkan pada orang ramai untuk membaca doa dan zikir banyak-banyak.
Pegawai-pegawai ugama sangat ramai tetapi seorang pun tidak muncul untuk mengendalikan rancangan khas di radio dan di televisyen bagi memberitahu dan memimpin orang ramai tentang kepentingan doa dan berzikir sebagai usaha melindungi negara daripada wabak.Jenuh beta menunggunya padahal kementerian cukup besar mampu untuk membuatnya tetapi tidak dibuat. Kita tidak juga mendapati di kaca-kaca tv sebarang pengetahuan atau pemberitahuan misalnya do wirid dan ini zikir bagus untuk dibaca pada masa ini da seumpamanya. Apakah ini mahu menunggu beta juga. Akhir sekali sekolah-sekolah sekarang mula buka. Tapi belum kedangaran satu initiatif untuk membawa kanak-kanak sekolah sebelum mereka itu memasuki kelas untuk membaca atau mengaminkan doa memohon supaya dihindarkan dari bencana wabak. Apa susah sangatkah perkara ini dibuat. Padahal orang-orang ugama, beta percaya sedia mengetahui bahawa kanak-kanak yang belum berdosa doa mereka sangat mustajab. Apakah perkara ini pun tidak terpikir, beta ingin menyebut contoh kekurangan besar yang barangkali jarang terfikir iaitu bencana kekurangan bahan makanan. Siapakah yang terfikir ini, siapakah yang tampil dengan memikirkan dengan serious berapa lama sudah merdeka tapi hasil sara siri bahkan makanan asasi cuma 3.12 peratus saja seperti tidak ada apa dibuat. Dan yang pernah menyebut tentang 3.12 peratus ini. Siapakan yang pernah menghighlight angka keramat ini dikalangan menteri-menteri, tidak ada. Mengapa tidak pernah dihighlight? apakah kerana kita takut untuk merancang dan membuat sehingga beta sendiri yang terpaksa menyebutnya berulang kali dan dengan kehendak Allah tiba-tiba berlaku pula krisis makanan dunia sedang kita masih hanya cuma 3.12 peratus saja hasil makanan sendiri. Bayangkan pehak-pehak pembekal tidak mahu membekal disebabkan krisis ini atau lain-lain sebab. Beta terpaksa menyebut negara jiran sebagai contoh bahawa negara tersebut walaupun sudah ada didalam tanganya tujuh puloh peratus tetapi masih saja terus merancang sampai ketahap seratus peratus betapa kita cuma ada 3.12 peratus ini. Selepas beta berkali-kali menyebut perkara ini, kementerian yang berkenaan pun baru bangun menyahutnya. Dan alhamdulillah sajuk jua hati mendangar apa bila diberitahu pada tahun 2010, kita akan capai tahap sara diri dua puloh peratus, manakala menjelang 2015 akan meningkat ketahap enam puloh peratus. Inilah cara bagaimana kita bersiap-siap untuk menolak bencana kekurangan makanan dengan beginilah hendaklanya kita mesti melihat sesuatu dengan vision dan kerja keras bukan semata-mata main tunggu dan lihat saja.
Enam bulan yang lalu beta telah menghadir majlis ugama beta telah timbulkan perkara baki wang zakat. Zakat itu sampai mencecah lebih sertus lebih juta ringgit yang beta muskil bagaimanakah berlebih sampai begitu banyak. Apa makna baki atau lebih ini metilah maknanya wang lebih yang tinggal sesudah ianya sempurna diagihkan kepada asnaf-asnaf yang berhak atau dalam makna lain ia dipanggil baki itu adalah kerana tidak ada lagi asnaf yang berhajat sebab itulah ia berbaki dan sampai disimpan dengan jumlah yang sangat besar didalam bank atau dilaburkan adakah betul asnaf yang masih berhajat yang berhak menerima zakat dalam perkara ini beta telah menumpukan perhatian kepada tiga asnaf yang penting iaitu fakir, miskin dan penanggung hutang al-Gharimin. Apa benarkah tidak terdapat lagi asnaf fakir miskin dan al-gharimin di Brunei ini. Jawapanya mereka itu masih saja ujud. Jadi kalau masih ujud bagaimana baki atau lebihan zakat itu boleh ada dan malah dalam jumlah yang banyak pula.
Mengapa beta timbulkan perkara ini ialah kerana disamping berbangkit perkara ...zakat wajib diberikan kepada yang berhak dan tidak boleh ditahan-tahan juga adalah kerana mengingatkan bahawa kemiskinan kalau silap-silap akan boleh membawa seseorang kepada bencana. Tidakah pernah kita mendengar orang melakukan berbagai jenayah kerana kemiskinan orang membunuh diri kerana kemiskinan dan malah orang menukarkan ugama kerana kemiskinan apakan ini bukan musibah besar begitu juga orang berhutang macam-maca perkara boleh berlaku keatas mereka sebab itu lah mengapa hikmah mengapa Allah memasukan mereka kedalam asnaf yang berhak menerima zakat alhamdulillah zakat ini majlis ugama islam baru saja meluluskan untuk melunaskan tunggakan hutang bagi seramai seratus sembilan puluh orang al-gharimin saja dibawah skim rangcangan perumahan negara, skim kurnia rakyat jati, skim perumahan kampong sungai bunga dan skim perumahan yayasan sultan haji hassanal bolkiah sebanyak dua juta tiga ratus tujuh puluh tujuh ribu lima ratus tujuh puluh lima dan lima puluh empat sen hanya dua juta lebih. Orang-orang sepatutnya menerima boleh jadi diBrunei al-gharimin yang mana duit yang tinggal pada masa ini masih ada lima puluh juta lagi jadi kita jangan silap tentang tafsiran bencana itu, bencana bukan saja banjir, bukan saja tanah susur, bukan saja flu babi malah macam-macam lagi. dalam bidang pentadbiran dan pengurusan baru-baru ini majlis ugama islam telah membuat keputusan yang bagus lagi penting memutuskan satu garispandu menghantar pegawai-pegawai dan kakitangan keluar negeri, keputusan diambil kerana terdapat disebahagian kementerian atau jabatan yang tidak peka dengan kebajikan anak buah mereka apa bila menghantar pegawai dan kakitangan mereka keluar negeri, mereka menghantar pegawai dan kakitangan itu berseorangan seorang diri bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat atau seminar dan seumpamanya perkara ini hanya terkena kepada pegawai bawahan manakala kalau pengarah keatas terutama jika menteri dan timbalan menteri mereka itu pasti akan disertai oleh ramai pegawai dan kakitangan dan boleh jadi ditangani dengan kakitangan kedutaan. Apa tujuan beramai-ramai ini ialah untuk mendangani untuk membantu jika ada keperluan.
Dan juga untuk dibawa berunding itu alasan bagi ketua-ketua itu membawa pegawai dan kakitanganya. jadi pegawai-pegawai bawahan apakah tidak ada keperluan seperti ini maknanya mereka kita arahkan dengan sewenang-wenangnya untuk belayar seorang diri saja bila tida diketahui oleh kedutaan-kedutaan apakah betu kenyataan ini. Matangkah idea-idea ketua-ketua membuat keputusan seperti ini. Beta rasa iadalah idea yang tidak matang bahkan tidak syak lagi idea yang mementingkan diri idea tidak perihatin kepada anak buah idea kurang pemedulian dan tidak berstatus pemimpin. Beta tidak nampak rasional menghantar seorang diri itu berbanding dengan resiko buruk yang mungkin wujud . Cuba kita lihat kalau dia itu perlu bantuan-bantuan yang akan membantunya, kalau dia perlu berunding siapakah yang akan membawanya berunding kalau dia susah siapa yang akan turut mengirakan kesusahan dan kalau ia sakit bagaimana pula?. Itu dia diantara bencana-bencana yang mungkin menimpa kepada pegawai-pegawai atau kakitangan yang dihantar berseorangan dan dari segi kerugian kepada pehak kerajaan pula.
Jika pegawai misalanya dihantar untuk sesuatu persidangan, seminar dan lain-lain maka siapakah dia akan dapat merujuk bertukar fikiran terutama jika berbangkit perkara-perkara dasar atau polisi kerajaan tidak terlintaskah perkara ini seperti ini dikepala pentadbir dan pengurus-pengurus kita yang berpangkat tinggi itu sesuatu perkara satu lagi kalau yang dihantar itu seorang diri itu ialah pegawai atu kakitangan perempuan atau dihantar dua orang beradik seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai perempuan yang bukan muhrim ini lebih teruk lagi dari segi ugama. Dimanakah Brunei selaku sebuah negara yang kuat ugama tidak mustahil trend yang semacam ini adalah ibarat anai-anai yang merosakan kehidupan rumahtangga sesorang yang bolah menyebabkan orang bercerai berai atau sekurang-kurang memporak perandakan rumah tangga mereka yang terlibat tidak terlintas kepada kepala pentadbir dan pengurus yang bijak sana. Beberapa bulan yang lepas kita sebok dengan sambutan pendidikan negara abad ke 21 SPN 21 macam-macam pendekatan orang mengenainya termasuk yang memujuinya tetapi apabila beta teliti terdapat satu kepincangan yang ketara beta didapati subjek teras compulsory core ada empat semuanya bahasa melayu, bahasa ingeris, mathematic dan sains. Beta cari mana dia subjek Ugama IRK rupa-rupanya ia duduk bersama dalam satu kelompok denga subjek-subjek lain terutama subjek music dan ugama subjek-subjek ini diberi status sebagai wajib pelengkap compulsory complimentary sungguh mengejutkan. Subjek ugama di duduk bersama-sama subjek musik dan drama mengapa ia tidak bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematic dan Sains sebagai teras mengapa bahasa melayu subjek teras barangkali kerana ia disebut dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi kalau inda alasanya apakah kurangnya ugama islam ia juga rasmi dalam pelembagaan malah hemat beta ia lebih patut jadi teras kerana ia adalah ugama bangsa ugama dari allah yang wajib dipelajari oleh seluruh orang islam jika tidak dipelajarinya jadi dosa kepada mereka dan jadi tanggungan kepada negara. Satu lagi bencanaya subjek ugama disamakan dengan subjek music dan drama ia akan dipelajari kalau dirujuk kepada psychology manusia subjek music dan drama akan lebih kalau lebih diminati dan lebih laku lebih diminati dan lebih dihayati yang lain-lain sementara subjek ugama pula pasti akan ketinggalan dibelakang tidak kah ini munasabah dan musibah yang lain. Tidakah ini musibah tidak akan ada pilihan bagi semua orang melainkan mesti belajar music dan drama tidak kira anak siapa juga ...orang ugama atau pun bukan mesti belajar music dan drama dan natijahnya masa depan Brunei akan jadilah ia pentas music dan drama. Dinegara lain belum pernah terjumpa... jadi ada satu dua yang mana mewajibkan music dan drama tidak kah ini satu bencana atau ...Dimanakah wawasan kita untuk melahirkan generasi al-quran kalau digangu dengan teruknya oleh music dan drama..sekian.
Source: official website of the Prime Minister's Office http://www.jpm.gov.bn/
No comments:
Post a Comment