Ya Allah
Lanjutkanlah Usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil Berdaulat Menaungi Nusa
Memimpin Rakyat Kekal Bahagia
Hidup Sentosa
Negara dan Sultan
Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam
Lagu: Haji Awang Besar bin Awang Sagap
Senikata: Yura Halim
Sususan Muzik: Mejar (B) Awang Haji Manaf bin Haji Kamis
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, the Minister of Home Affairs, detailed this in his book "Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam", 2010:
Pertama: Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda dalam 'inayah dan perlindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Kedua: Semoga baginda kekal memerintah dalam keadaan bahagia, sihat sejahtera dan aman sentosa.
Ketiga: Semoga baginda dilanjutkan usia, sentiasa berusaha bagi kebajikan sekalian kakitangan dan pegawai kerajaan, rakyat dan negara, disampaikan hajat murni ke arah jalan yang lurus.
Keempat: Semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa makmur, maju jaya, selamat, adil pemerintahannya, berkebajikan, berkeberkatan, mewah dan aman, meliputi rakyat jelata (demikian juga negara-negara lainnya).
Kelima: Semoga baginda dijauhkan daripada bala bencana, wabak dan segala penyakit.
Keenam: Semoga baginda dan rakyat baginda sentiasa saling mendukung, terlepas daripada curiga-mencurigai terhadap satu sama lain.
Pada realitinya, kita dapati Negara Brunei Darussalam itu sekarang ini:
- Aman makmur.
- Rakyat menikmati rezeki dan hasil mahsul negeri.
- Berpemerintahan yang adil, berkebajikan.
- Raja dan rakyat sama mentaati Allah Subhanahu Wata'ala, tidak zalim, tidak derhaka, tidak mengingkari agama Allah Subhanahu Wata'ala.
References:
Badaruddin Othman, 2010, Ilahi Selamatkan Brunei Darussalam, Pusat Dakwah Islamiah.
(Rencana) 'Kita cinta Brunei - kita mendoakannya' Bahagian 1, 6 Julai 2011, Pelita Brunei, Jabatan Penerangan.
No comments:
Post a Comment