Showing posts with label istana. Show all posts
Showing posts with label istana. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

PENGUMUMAN KHAS

A special announcement broadcast live on Radio Televisyen Brunei, 16th June 2010, 20:00 hours by the Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

image (c) RTB News



Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa baginda atas sebab-sebab yang khas, dipandu dan ditentukan oleh Hukum Syarak dalam perkara perkahwinan dan perceraian, dan juga dengan menepati maksud ayat suci Al-Qur'an Surah Al Baqarah, dari sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (ma'aruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan), maka pada petang Rabu, 16 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab 1431 telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar.

Titah perintah baginda itu diumumkan dalam sabda oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei pada jam 8.00 malam semalam.


Yang Amat Mulia dalam pengumuman tersebut juga menyabdakan bahawa pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai tarikh tersebut, terasul dan gelaran serta Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu adalah ditarik balik.


Berikut dimuatkan teks penuh sabda pengumuman berkenaan :-


Bismillahir Rahmanir Rahim.


Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyarafil Mursaleen, Wa'Alaa Aalihihie Wassahbihie Ajma'een.


Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa baginda atas sebab-sebab yang khas, dipandu dan ditentukan oleh Hukum Syarak dalam perkara perkahwinan dan perceraian, dan juga dengan menepati maksud ayat suci Al-Quran surah Al-Baqarah, dari sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (ma'aruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan), maka pada petang Rabu, 3 Rejab 1431 bersamaan 16 Jun 2010 telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar.


Maka sehubungan dengan ini, pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai tarikh tersebut, terasul dan gelaran serta Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu adalah ditarik balik.

Text extracted from Pelita Brunei online, 17hb Jun 2010


Watch the video on RTB News http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094

Thursday, October 9, 2008

visiting the Istana Nurul Iman

(c) Infofoto 2008

(c) Jennifer Mok 2008


The Istana Nurul Iman received 101,890 Hari Raya Aidilfitri well-wishers from 2 to 4 Syawal 1429 when the palace was opened to the public.

First day of open = 19,336 (morning) + 22,813 (afternoon) = 42,149

Second day of open = 23,110 (morning) + 10,846 (afternoon) = 33, 956

Third day of open = 17,464 (morning) + 8,321 (afternoon) = 25,785

Total = 101, 890 people


Source: RTB News

Saturday, September 27, 2008

Istana Nurul Iman opens to members of public for 3 days from 2nd day of Hari Raya



By Command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, the Grand Chamberlain announces that in conjunction with Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah, the Istana Nurul Iman will be opened to members of the public for three days starting from the 2nd day of Hari Raya.

This is to allow the public to personally extend Hari Raya greetings to members of the royal family from ten in the morning to noon and again from two until four in the afternoon.

(extracted from RTB News online, 27th Sept 2008)

Photos (c) Information Department, 2006