Saturday, August 21, 2010

New Delhi metallo-beta-lactamase-1 (NDM-1) superbugs


By Michelle Roberts Health reporter, BBC News

Experts have warned that a new type of drug-resistant superbug is emerging in UK hospitals.

Q: What is NDM-1?
New Delhi metallo-ß-lactamase-1, or NDM-1 for short, is a gene carried by bacteria that makes the strain resistant to carbapenem antibiotics. This is concerning because these antibiotics are some of the most powerful ones, used on hard-to-treat infections that evade other drugs.

Q: Why is this a problem?
NDM-1 (or more precisely the DNA code for this enzyme) can easily now jump from one strain of bacteria to another.

Experts are worried that it may end up in another bacterium which is already resistant to many other antibiotics.

Ultimately, it could produce dangerous infections that would spread rapidly from person to person and be almost impossible to treat.

Q: Can it be treated?
Other treatment options are available to fight these infections but they present major challenges for clinicians and will often demand combinations of antibiotics are used.

Scientists have identified some strains that have been resistant to all known antibiotics.

Q: How would I know if I had it?
So far, many of the UK cases have been in patients who have recently travelled to India or Pakistan for medical treatment and who caught the infection while there.

But, some of these patients have passed the infection on to others in UK hospitals upon their return.

The infections have ranged from mild to severe - and some have been fatal.

Two types of bacteria have been host to NDM-1: the gut bacterium E.coli and another that can invade the lungs called Klebsiella pneumonia. Both can lead to urinary tract infections and blood poisoning.

Infections such as these would usually be spotted in patients by medics.

Q: Can its spread be stopped?
Experts say the way to stop it is through surveillance, rapid identification and isolation of any hospital patients who are infected.

Normal infection control measures, such as disinfecting hospital equipment and doctors and nurses washing their hands with antibacterial soap, can stop the spread.

NDM-1 is already widespread in the Indian subcontinent and has also reached countries including the US, Canada, Australia and the Netherlands. Scientists believe it has the potential to become a global public health issue.

And they say we now need new drugs to treat resistant strains.

To read the complete report, click here
http://www.bbc.co.uk/news/health-10930031

Tuesday, August 10, 2010

Office hours for Government during Ramadhan

According to the PMO circular SK JPM bil 8/2010 dated 3 August 2010, the office hours for the Government ministries and departments during the month of Ramadhan 1431H/2010M is as follows:

Monday to Thursday and Saturday is 8am to 2pm.

The original text:
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu-waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun Hijrah 1431/2010 Masihi adalah seperti berikut:-

Hari Isnin hingga Khamis dan Hari Sabtu
Jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang

2. Bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa sementara penentuan memulakan kerja terserahlah kepada budi bicara Kementerian/Jabatan masing-masing.

Source:
Circular

Happy fasting...

Tuesday, August 3, 2010

Titah KDYMM sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Belia Kebangsaan bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada Hari Isnin, 21 Syaaban 1431/2 Ogos 2010



Image (c) Infofoto 2010


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.




Sempena Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini, beta ingin mengucapkan tahniah kepada semua golongan belia di negara ini, terutama mereka yang turut terlibat menyumbang kepada pembangunan dalam apa pun bidang, khasnya bidang keusahawanan.




Masa depan negara tidak syak lagi, banyak bergantung kepada golongan belia. Kerana itu mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran, semangat jati diri serta aqidah yang mantap.




Beta melihat, golongan belia kita perlu dirancang, bagaimana untuk menjadikan mereka itu berjiwa besar dan bercita-cita tinggi bagi pembangunan sosial dan ekonomi yang berjaya.




Penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan perlu terus digalakkan melalui latihan-latihan atau pendidikan, sama ada yang bersifat formal ataupun tidak, yang telah kerajaan beta sediakan.




Kefahaman yang mendalam mengenai bidang keusahawanan ini sangatlah penting, kerana daripadanya akan tercetus pelbagai kegiatan keusahawanan dan sekali gus mampu untuk mengurangkan pengangguran di kalangan belia.




Bidang ini bukanlah mudah, ia termasuk salah satu bidang yang penuh dengan saingan dan cabaran. Oleh itu, untuk mencapinya, para belia perlu mempunyai kekuatan dalaman, iaitu ‘jiwa yang besar’.




Jiwa besar ini akan mendorong mereka lebih rajin berusaha, sanggup ‘berbasah berkering’ dan ‘tahan lasak’. Inilah belia yang kita dan negara impikan. Belia seperti ini, tidak akan melihat kesukaran sebagai penghalang kejayaan, malah sebaliknya akan menjadikannya lebih gigih dan berdaya saing.




Ke arah itu, belia-belia perlu kita bekalkan dengan kemahiran bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi persaingan dan cabaran ini.




Sebab itulah, beta sering menekankan supaya program-prigram latihan belia khususnya di bidang keusahawanan perlulah diperkukuhkan terutamanya dalam bidang-bidang pengurusan perniagaan dan kewangan, teknikal dan juga pemasaran.




Hanya dengan kemahiran ini, belia-belia akan dapat berdikari tanpa mengharapkan sebarang bantuan dari pihak-pihak tertentu.




Ini adalah selaras dengan Dasar Belia Negara yang inginkan para belia menyertai segala macam kegiatan, khasnya kegiatan-kegiatan ekonomi. Semua ini dihasratkan, untuk kita sama-sama dapat menjana pembangunan ekonomui yang lebih dinamik, sehingga tercapainya Wawasan 2035.




Dalam pada itu, jangan lupakan garis panduan syarak, yang terimbas di dalam etika keusahawanan dan perniagaan Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda itu menangani semua ini dengan penuh tabah, berani dan amanah, yang dengannya, menjadikan perusahaan dan perniagaan Baginda berjalan bersih mendapat kejayaan.




Etika ini, sama sekali jangan diabaikan, barulah Allah Subhanahu Wataala akan membantu kita dengan rahmat kurnia-Nya berupa pahala dan keuntungan, insya-Allah.




Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalmu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Source: Pressroom, Information Department

Sunday, August 1, 2010

Titah KDYMM sempena Upacara Perbarisn Diraja

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Upacara Perbarisan Diraja Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bertempat di Perkhemahan Sungai Akar pada hari Khamis 17 Syaaban 1431/29 Julai 2010


Image (c) Infofoto


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Terlebih dahulu beta ingin mengucapkan tahniah di atas persembahan kawat yang telah dipersembahkan tadi a very good drill, syabas.

Beta ingin menyampaikan rasa gembira atas berjayanya para Pegawai Kadet Pengambilan Ketiga menamatkan latihan mereka selama 42 minggu di Sekolah Pegawai Kadet, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sovereign’s Parade Pengambilan Ketiga pada pagi ini adalah mercu tanda pencapaian bagi semua Pegawai Kadet serta turut menjadi kebanggaan para ibu bapa dan keluarga mereka. Ia juga dikongsi sama oleh seluruh warga Sekolah Pegawai Kadet.

Beta amatlah bangga dan besar hati menyaksikan ketangkasan dan kebolehan mereka menguasai disiplin dengan sebaik-baiknya, yang menjadikan mereka bertambah hebat lagi serta lebih diyakini untuk berjaya memikul semua tugas yang berat-berat. Maka untuk itu, beta dengan ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka.

Inilah detik permulaan bagi kepimpinan setiap pegawai tentera.

Mereka adalah benteng pertahanan negara, penjaga dan pengamal keamanan serta penyelamat di saat-saat menghadapi musibah.

Inilah cabaran dan tanggungjawab pemimpin tentera. Kerana itu mustahak ditanam kepada mereka nilai-nilai murni, serta dilengkapi dengan ilmu-ilmu ketenteraan.

Hubungan di antara ketua dan mereka yang dipimpin turut menjadi asas kepimpinan yang berkesan.

Walaupun setakat memberi salam kepada orang bawahan pun sudah menunjukkan kepimpinan terhadap anak buah.

Inilah namanya kepimpinan, bukan keistimewaan. Ia datang daripada pegawai atasan itu sendiri.

Melalui sikap yang baik, akan dapat dijalin hubungan yang mesra di antara pegawai dan anggota tentera pada keseluruhannya. Ini sudah tentu akan menambahkan lagi imej baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada umum.

Dalam hubungan ini, beta ingin mengingatkan semua Pegawai Kadet dan anggota tentera amnya, supaya terus memelihara imej dan nama baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Dengan imej dan nama yang baik itulah, ia layak dihormati dan juga layak untuk menjadi tunggak kepada kedaulatan agama, raja, tanah air dan bangsa.

Di sinilah beta melihat, peranan Sekolah Pegawai Kadet untuk menanam nilai-nilai yang baik bagi penyediaan corps pegawai masa depan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pada pengambilan kali ini, untuk julung kalinya, empat orang Pegawai Kadet Wanita akan menceburi bidang baru bagi mereka, selaku naval officer dalam Tentera Laut Diraja Brunei.

Kementerian Pertahanan, sesungguhnya tidak pernah berhenti dari berusaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang-bidang ketenteraan dan pertahanan.

Dengan bermulanya Joint Command and Staff Course pada bulan November nanti, akan terbukalah lembaran perkembangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam bidang latihan dan pembelajaran, khusus bagi pegawai-pegawai peringkat tinggi.

Di samping itu beta juga telah memperkenankan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi Pertahanan yang akan memainkan peranannya bagi perancangan strategik dan pemodenan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Dengan tertubuhnya pusat ini, Kementerian Pertahanan akan maju setapak lagi dalam pembangunan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara komprehensif dan seimbang.

Beta ingin menekankan kepada pihak yang berkenaan, supaya tahap pemberian latihan sentiasa dijaga dan juga termasuk melakukan review process bagi memastikan standard Sekolah Pegawai Kadet ini setaraf dengan institusi-institusi yang lain.

Kepada para ibu bapa dan keluarga Pegawai-pegawai Kadet, peristiwa ini adalah merupakan kejayaan bagi mereka juga. Kesabaran, doa dan sokongan mereka amat dihargai, demi kejayaan dan perjuangan suci anak-anak mereka.

Akhirnya beta turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, dalam menjayakan Sovereign’s Parade Pengambilan Ketiga, terutama Komandan, Pegawai Pemerintah, Colour Sergeant dan pegawai-pegawai daripada Sekolah Pegawai Kadet.

Dengan kalimat yang penuh berkat, Bismillahir Rahmanir Rahim, beta dengan sukacita mengurniakan tauliah sebagai Pegawai Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada 32 orang Pegawai Kadet Pengambilan Ketiga.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Pressroom of Information Department, Prime Minister's Office

Thursday, July 29, 2010

Sapphire Wedding Anniversary

Today marks the 45th wedding anniversary of His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (29th July 2010). May Allah bless Their Majesties with happiness, prosperity and longevity. Amin.


Photos (c) Information Department, Prime Minister's Office

Design (c) Just Wanna Share

Tuesday, July 27, 2010

Titah KDYMM di Perasmian Majlis Ilmu 2010

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-64 pada Hari Isnin, 14 Syaaban 1431/26 Julai 2010

Image (c) Infofoto 2010

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim


Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta sangat sukacita, yang Majlis Ilmu kekal menjadi salah satu acara utama Perayaan Sambutan Hari Keputeraan beta. Dalam penelitian beta, sejak beberapa tahun Majlis Ilmu diungkayahkan, perayaan ini semakin bermakna dan cantik.

Ini dapat difahami, kerana objektif Majlis Ilmu itu ialah untuk menjulang ilmu, sedang ilmu, memanglah ia indah dan malah agung.

Beta difahamkan, pada tahun ini, Majlis Ilmu berjaya menghimpunkan lebih ramai lagi para ilmuan daripada dalam dan luar negara, untuk membincang dan bercakap mengenai ‘Melayu’.

Ini wajar, selaras dengan situasi dalaman dan persekitaran, yang meminta kita untuk berfikir dan bercakap mengenai siapakah Melayu itu?

Dengan ilmu, jawapan akan kita perolehi. Berdasarkan daripada jawapan itu pula, pengetahuan kita tentang bangsa dan tentang sejarahnya akan dapat dikenal pasti.

Ini adalah penting.

Sejarah adalah lidah kebenaran: lidah yang paling petah. Kita tidak boleh kunci lidah ini, melainkan, biarkan saja ia berkata-kata, kerana kata-katanya itu sangat telus dan amat berharga.

Sejarah tidak boleh dibisukan. Bangsa yang membisukan sejarahnya adalah pengecut. Oleh itu, wajar bagi kita menjadi bangsa yang berani: berani menyoal serta menyuluh ke dalam diri sendiri.

Ini caranya kita belajar dari sejarah dan berguru kepada sejarah. Bangsa yang suka berguru kepada sejarah adalah bangsa besar.

Daripada sejarah kita bermula, dan daripada sejarah juga kita melakar nama. Demikianlah hebatnya sejarah itu.

Sejarah Brunei Darussalam, sedia terisi dengan satu ‘nilai besar’, Melayu Islam Beraja (MIB). Ia bukanlah pilihan tetapi anugerah. Anugerah daripada Allah Subhanahu Wataala. Selaku anugerah, nilainya tentulah lebih tinggi daripada apa yang dihasilkan oleh tangan sendiri.

Ia menuntut kepada tanggungjawab, dan tanggungjawab itu pula bernama ‘amanah’.

Siapakah yang bertanggungjawab itu? Jawabnya ialah kita semua, selaku bangsa dan rakyat. Kita jawat anugerah ini, dan berikutnya kita pelihara ia, kita pakai dan kita pupuk terus, sebagai kebanggaan dan warisan.

Jangan biarkan ia pudar atau dipudarkan oleh sebarang pengaruh, sama ada pengaruh ideologi atau sistem, MIB, mungkin saja ada yang tidak sebulu.

MIB jiwa raga Brunei. Ia tidak boleh dilihat dengan kaca mata biasa, tetapi perlu ditanggapi dengan kefahaman dan kesedaran.

Setiap orang perlu faham dan sedar, bahawa MIB bukan ‘jalan sempit’, tetapi sebuah lebuh raya yang panjang dan luas. Ia menjanjikan keselesaan dan kebajikan untuk semua.

Beta berharap, Majlis Ilmu, dengan program-program ilmunya, akan turut mengubah sebarang kefahaman sempit tentang MIB itu.

Dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat dan salam ke atas Penghulu sekalian Nabi dan Rasul, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, beta rasmikan Majlis Ilmu 2010.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room of Information Department

Thursday, July 22, 2010

new Dato's and Datin in the Brunei Government

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer datoship in the Investiture Ceremony at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, 15th July 2010
Image (c) Infofoto 2010


Among the recipients of datoship awarded by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam on his 64th birthday, most of them serve in the Brunei Government:






  1. Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin - Commander of the Royal Brunei Armed Forces


  2. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah - Deputy Minister of Finance


  3. Yang Mulia Dato Paduka Awang Mahadi bin Haji Ibrahim - Auditor General, Audit Department, Prime Minister's Office


  4. His Excellency Dato Paduka Awang Haji Abd Ghafar bin Haji Ismail - Brunei High Commissioner to Singapore


  5. His Excellency Dato Paduka Awang Haji Sidek bin Ali - Brunei High Commissioner to India


  6. His Excellency Dato Paduka Awang Janin bin Erih - Permanent Representative of Brunei Darussalam at Geneva, Switzerland


  7. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Murni bin Haji Mohamed - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  8. Yang Mulia Dato Paduka Awang Sa Bali bin Abas - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  9. Yang Mulia Dato Paduka Haji Omar bin Haji Abd Rahman - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  10. Yang Mulia Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yussof - Permanent Secretary at the Ministry of Foreign Affairs and Trade


  11. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Daud bin Haji Mahmud - Permanent Secretary at the Ministry of Education


  12. Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd Taha - Permanent Secretary at the Ministry of Communications


  13. Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah - Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources


  14. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman - Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs


  15. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Rosli bin Haji Mustafa - Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Health


  16. Yang Mulia Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin - Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources


  17. Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Omar bin Haji Khalid - Vice Chancellor of Institut Teknologi Brunei (ITB)


  18. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu - Deputy Commissioner of Police, Royal Brunei Police Force, Prime Minister's Office


Note: When one is conferred with 1st class The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang or Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.), the title awarded is Dato Paduka Seri.

For 2nd class The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei or Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.), he or she will be addressed as Dato Paduka (for male) or Datin Paduka (for female).





Reference: Senerai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, by Jabatan Adat Istiadat Negara

Nisfu Syaaban

[Islamic content]
I was searching for info on Nisfu Syaaban (15 Syaaban), and came across with this article "Kelebihan bulan Syaaban" in Menuju Keredaan Allah column, Pelita Brunei, 29th July 2009 issue. There are some interesting tips on how to benefit from this special occassion, which is just 5 days away:
  • Pengertiaan Syaaban = Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak dan Cahaya.
  • Antara peristiwa utama yang berlaku di dalam bulan Syaaban adalah pertukaran kiblat untuk menunaikan sembahyang daripada Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis kepada Kaabah di Mekah.
  • Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Yusuf Alaihissalam di dalam Syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti Nabi Ayub Alaihissalam dan Nabi Daud Alaihissalam. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah keaibannya di Hari Kiamat dan diwajibkan Syurga baginya."
  • "Syaaban adalah bulan-Ku dan Ramadhan adalah bulan umat-Ku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
  • Disebutkan di dalam Kitab Iqna' bahawa Malaikat Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa pada Malam Nisfu Syaaban enam orang:
  1. Orang yang kekal minum arak.
  2. Orang yang derhaka kepada dua ibu bapanya.
  3. Orang yang kekal dalam zina.
  4. Orang yang banyak berkelahi.
  5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
  6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
[Source: Pelita Brunei online.]
So, to all the Muslims out there, please grab this golden opportunity to earn extra pahala by fasting [Puasa Sunat], reading the holy Quran, zikir, taubat and berdoa. :-)

Monday, July 19, 2010

interesting terms in name & title

Extracted from the book "Adat Istiadat Diraja Brunei" published by the Jabatan Adat Istiadat Negara (2002) (launched 31st March 2009), page 704, I found the following terms (which are part of the title of our Sultan and members of the Royal Family) are worth knowing:
Mu'izzaddin Waddaulah - orang yang memuliakan dan mengukuhkan ugama Islam dan Negara.
Sa'adul Khairi Waddien - kebahagian bagi kebajikan dan ugama Islam.
Sahibul Himmah Wal-Waqar - yang mempunyai cita-cita dan kerajinan, kehormatan dan kesopanan serta kehebatan.
Permaisuara - Raja yang tinggi, orang yang didengar, diikut cakap atau perintahnya; suara yang indah atau merdu; dalam bahasa Dalam bermaksud kata-kata yang diambil berat untuk diikut.
Sahibul Irshad - yang mempunyai panduan dan petunjuk.
Sahibul Kahar - yang mempunyai kegagahan.
Sahibul Karib - yang mempunyai hubungan dekat.
Sahibul Mal - yang mempunyai (menguasai) harta.
Sahibul Najabah - yang mempunyai asal keturunan bangsawan dan mempunyai kecerdikan sejati, serta perangai yang terpuji.

Saturday, July 17, 2010

Titah KDYMM sempena Hari Keputeraan Baginda Yang ke-64 tahun

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64 Tahun pada Hari Khamis 3hb Sya’aban, 1431 15hb Julai, 2010

image (c) Infofoto 2010
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, istiadat pada pagi ini, dapat berlangsung dengan baik dan sempurna.


Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu khas Beta, yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang Ke-64.



Kita juga bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepada negara dan rakyat serta penduduk dengan pelbagai nikmat, berupa keamanan dan kemakmuran.



Ini semua, memerlukan kita menanai dan memeliharanya dengan konsisten.



Bagaimanakah kita menanai dan memelihara itu? Tentu saja dengan berusaha, demi kelangsungan dan kemantapannya.



Keamanan yang bertahan lama dan mantap adalah segala-galanya. Demikian juga kemakmuran yang berterusan adalah menjadi idaman kepada semua.



Kedua-dua ini adalah asasi, akan menentukan rebah-bangun negara. Negara yang aman adalah negara yang selesa : selesa untuk berkembang dan membangun. Ditambah lagi kalau ia makmur, akan menjadikannya lebih mudah pula untuk melakar kemajuan.



Inilah rahasia keamanan. Kerana itu, adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk menggambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula, hendaklah memberikan kerjasama yang padu.



Didalam usaha untuk mengekalkan kemakmuran pula, kita boleh memakai dasar dan kaedah-kaedah biasa. Kalau orang lain bersaing, kita pun juga bersaing. Orang lain melabur, kita juga melabur. Orang lain mempelbagaikan ekonomi, kita juga mempelbagaikan ekonomi. Pendeknya, kita boleh saja mengharung apa jua cara yang sesuai untuk kelangsungan kemakmuran itu.



Tetapi dalam pada itu, elakkan cara dan tabi’at yang tidak sihat, seperti tabi’at suka berhutang, tanpa menghiraukan risiko bebanan hutang.



Tahukah kita, ada kajian menunjukkan, bahawa krisis kewangan dunia turut dilihat sebagai berpunca daripada bebanan hutang. Satu fenomena yang menggerunkan telah dapat dikesan, bahawa bukan saja individu, keluarga dan syarikat perniagaan menanggung beban hutang, malah terdapat juga negara yang membuat pinjaman berlebihan, sehingga menjadikan kestabilan ekonomi dan kewangan negara tersebut tergugat, dan bahkan kestabilan ekonomi dan kewangan dunia juga.



Menyedari lebih awal akan bahaya inilah, makanya Kerajaan Beta semenjak beberapa tahun kebelakangan lagi, telah pun mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat didalam berbelanja, dengan menekankan value for money serta menabung lebihan pendapatan kerajaan, demi, agar kemakmuran yang ada sekarang dapat terus dinikmati oleh generasi demi generasi.



Alhamdulillah, satu berita memberangsangkan berdasarkan The World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report 2008-2009, negara kita telah menduduki tempat teratas dari sudut pengurusan hutang kerajaan, dengan mengambil kira negara ini tidak mempunyai hutang awam. Sementara itu, negara juga menempati kedudukan kedua daripada 134 buah negara dari aspek kekukuhan makroekonomi.



Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal kewangan, dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang digelar Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011. Badan ini akan bertanggungjawab, termasuk keatas dasar-dasar monetari, pengawalseliaan institusi kewangan dan pengurusan matawang.



Di arena antarabangsa, kita akan terus mengamalkan dasar saling hormat menghormati serta bekerjasama bagi kebaikan semua pihak.



Di peringkat ASEAN, komitmen kita adalah dipandu oleh halatuju Piagam ASEAN sendiri. Sementara diperingkat lebih jauh melalui keahlian kita didalam pertubuhan antarabangsa yang lain, termasuk APEC, OIC, Commonwealth dan lain-lain, kita juga akan mengekalkan peranan membina di dalamnya.



Beralih kepada perkara yang tidak kurang utamanya, iaitu Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan peningkatan, baik disegi produktiviti mahu pun etika kerjanya. Beta mahu Perkhidmatan Awam itu, secara berterusan, akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasaskan Key Performance Indicators yang telah ditetapkan.



Dengan cara ini, dapatlah kita menyukat setakat mana Perkhidmatan Awam itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya pada memenuhi harapan negara dan orang ramai.



Sejajar dengan keperluan-keperluan utama, Kerajaan Beta telah dan sedang menangani, bagaimana untuk mempercepatkan lagi penyediaan perumahan awam yang bersesuaian. Kearah ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, akan menetapkan sasaran dan langkah untuk memenuhi pemintaan, termasuk rancangan pembinaan rumah-rumah yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei. Melalui langkah-langkah berkesan, Beta berharap pengagihan perumahan itu akan lebih dapat dipercepatkan.



Kita juga bergerak dalam pembangunan yang lebih kondusif bagi pelaburan, dengan meningkatkan pemeliharaan alam sekitar dan kualiti kehidupan. Sehubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengungkayahkan pembangunan Bandar Seri Begawan melalui penyediaan Plan Induk Bandar Seri Begawan.



Di bidang perkhidmatan kesihatan, Kementerian yang berkaitan amatlah perlu untuk mengukuhkan lagi dasar-dasarnya, menilai sistem dan pengurusan kesihatan, khasnya kapasiti dan kualiti sumber tenaga kedoktoran dan professional lain. Kita tidak mahu rumahsakit kita menjadi bayang-bayang yang menakutkan, hanya kerana doktor-doktor selalu gagal dalam memberikan khidmat mereka.



Di bidang permakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, akan terus melipatgandakan usaha, untuk menghampiri sasaran sara diri yang kita cita-citakan itu. Disamping jangan juga lupa tentang keselamatan makanan, sama ada yang bersumber daripada dalam, mahu pun luar negara.



Langkah-langkah penilaian dan kawalan perlu dipastikan, meliputi semua aspek : kehalalan, kebersihan dan keselamatan makanan. Walaupun hanya bahan-bahan, yang biasanya dianggap selamat, seperti sayur mayur dan ikan, namun kita juga pernah mendengar tentang sayur mayur yang beracun dan ikan yang diawit dengan bahan pengawit yang memudaratkan.



Ini belum lagi bahan-bahan daging yang tidak halal, yang dibawa masuk melalui jalan penyeludupan dan lain-lain.



Ini semua turut menjadi tanggungjawab kita memedulinya.



Bidang paling utama lagi mencabar pula, ialah pendidikan. Kementerian berkenaan, melalu system pendidikan, akan menangani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah-kaedah baru yang maju, tetapi bukanlah dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan besar nasional, Subjek-subjek teras dan pengisiannya hendaklah terus diutamakan.



Ini juga turut menyangkut pendidikan ugama dibawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kita mesti melihat kepentingan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama selaku keperluan dan tuntutan zaman.



Keperluan disini ialah untuk menjadikan semua anak-anak orang Islam dinegara ini celik ugama.


Bagaimanakah caranya?



Tentu saja melalui system pendidikan yang dominan mendaulatkan ugama.



Di mana tempatnya? Bukanlah di rumah atau dilain-lain tempat, tetapi di Sekolah Ugama itu sendiri.



Kita melihat ini bukanlah untuk masa setahun dua, tetapi bagi jangka panjang, demi survival bangsa. Kerana tanpa ugama atau lemah ugama, akan menghumbankan kita kepada bencana.



Lihat saja kepada beberapa episod permasalahan dalam masyarakat, yang menjangkiti banyak peringkat, terutama peringkat muda mudi dan juga anak-anak sekolah. Mereka terjerumus kedalam pelbagai kancah, seperti kancah pergaulan bebas, jenayah dan dadah, sehingga ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di negara asing kerana terlibat dengan sindiket dadah.



Ini tidak boleh dipandang sepi. Selaku bangsa yang sedar, kita mestilah mengubatinya, dan satu-satunya ubat itu ialah ugama.



Akhirnya, Beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta, yang telah memberikan pelbagai khidmat dan sumbangan mereka kepada Kerajaan dan negara.



Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan disemua peringkat, atas usaha padu mereka menjayakan perayaan Hari Ulang Tahun Beta ke-64 ini. Semoga Allah memberkati semua. Amin.



Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Source: Pressroom of the Information Department