Saturday, September 27, 2008

Commemorative stamp

from Media Permata, 27th Sept, 2008:

13 cawangan pos kena serbu peminat setem

Oleh Hasrulraizan

Kalangan penggemar setem dan sampul surat hari pertama bersama kedua-dua cenderahati kenangan yang dibeli.

Pengiran Haji Muhammad (kiri) bersama penggemar lain sedang memilih pemegang kunci kenangan yang hendak dibeli.

Sekitar suasana kesibukan di kaunter Galeri Setem Pejabat Pos Bandar Seri Begawan.

Setem dan sampul surat hari pertama yang dipamerkan di Galeri Setem Pejabat Pos Bandar Seri Begawan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Penggemar dan pengumpul setem dan sampul surat hari pertama tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan setem dan sampul surat hari pertama keluaran khas sempena sambutan Jubli Emas Masjid Omar 'Ali Saifuddien hari ini.


Jabatan Perkhidmatan Pos membuka 13 cawangan pejabat pos mereka khas bagi penjualan kedua-dua cenderamata itu iaitu tujuh cawangan di daerah Brunei dan Muara, empat cawangan di daerah Belait dan masing-masing sebuah di daerah Tutong dan Temburong yang beroperasi dari pukul 8.15 hingga 11 pagi.


Semua cawangan itu ialah Pejabat Pos Bandar Seri Begawan, Pusat Memproses Mel dan Bungkusan Berakas, Pejabat Pos Seri Kompleks, Pejabat Pos Muara, Pejabat Pos Sengkurong, Pejabat Pos Lapangan Terbang Antarabangsa, Pejabat Pos Kiulap, Pejabat Pos Belait, Pejabat Pos Seria, Pejabat Pos BSP, Pejabat Pos Lumut, Pejabat Pos Tutong dan Pejabat Pos Bangar.


Sehubungan itu Media Permata sempat meninjau suasana di Pejabat Pos Bandar Seri Begawan yang mula dikunjungi penggemar setem dan sampul surat hari pertama.


Seorang penggemar yang ditemu bual adalah Pengiran Haji Muhammad Pengiran Haji Tengah, 62, yang menyatakan mula mengumpul setem dan sampul surat hari pertama sejak tahun 60-an lagi iaitu ketika masih di bangku sekolah.


Setem dan sampul surat hari pertama yang paling beliau minati ialah mengenai keberangkatan lawatan Queen Elizabeth II ke Brunei pada tahun 1972 iaitu ketika beliau menuntut di Sekolah Menengah Pertama.


Beliau menceritakan minatnya timbul setelah mendapat galakan daripada guru yang pada ketika itu gemar mengumpul setem dan sampul surat hari pertama dan nyatanya kegemaran berkenaan berbaloi kerana menurutnya melaluinya kita dapat mengetahui sejarah penting yang berlaku di negara ini.


Menyentuh mengenai perbezaan setem dulu dan sekarang, beliau lebih gemar kepada setem dulu kerana unik iaitu hasil lukisan seorang pelukis yang tidak ramai suatu ketika dulu berbanding sekarang yang boleh digubah dengan menggunakan komputer melalui gambar yang sedia ada, namun tetap menghormati idea pencipta setem dulu dan sekarang yang sangat kreatif.


"Jika dulu hanya pejabat pos di Bandar Seri Begawan yang menjadi tumpuan namun, alhamdulillah kini sudah banyak cawangan pejabat pos di negara ini yang lebih memudahkan pelanggan," katanya.


Beliau berharap lebih ramai anak muda terutama pelajar menceburi bidang pengumpulan setem dan sampul surat hari pertama sepertinya kerana kegemaran sedemikian bukan saja boleh membantu mereka mengingati sejarah penting negara ini malah nilainya pula semakin tinggi dari sehari ke sehari dan bukannya berkurangan.


Sebanyak empat reka bentuk setem berkaitan dengan Masjid Omar 'Ali Saifuddien dikeluarkan dengan harga 50 sen sekeping ataupun $2 bagi satu set yang mengandungi keempat-empat reka bentuk.


Sampul surat hari pertama pula berharga 45 sen sekeping, manakala yang bersetem keempat-empat reka bentuk dijual pada harga $2.65 satu set, lembaran mini pula berharga $2 sekeping dan lembaran mini khas dijual pada harga $50 satu set.


Selain itu mug kenangan yang mempamerkan tiga gambar berbeza turut dijual dengan harga $10 seunit dan juga pemegang kunci yang mempamerkan empat reka bentuk berbeza dijual pada harga $2 setiap satu.

-------

My personal collection of commemorative stamps in conjunction with the Golden jubilee celebration of Omar 'Ali Saifuddien mosque:


the First Day Cover


miniature sheet with the special display card





the Mosque in 1958 (scan from 1959 Brunei Annual Report)

the Mosque in Sept 2008



No comments: