Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-15 ‘Ke Arah Wawasan Negara, Kecemerlangan dan Kemakmuran’
SABDA
DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,
MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI
(c) Infofoto 2008
DI MAJLIS SAMBUTAN
HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-15
‘KE ARAH WAWASAN NEGARA,
KECEMERLANGAN DAN KEMAKMURAN’
BERTEMPAT
DEWAN PLENARY
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS
PADA
HARI SELASA 12 ZULKAEDAH 1429/11 NOVEMBER 2008
DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,
MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI
(c) Infofoto 2008DI MAJLIS SAMBUTAN
HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-15
‘KE ARAH WAWASAN NEGARA,
KECEMERLANGAN DAN KEMAKMURAN’
BERTEMPAT
DEWAN PLENARY
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS
PADA
HARI SELASA 12 ZULKAEDAH 1429/11 NOVEMBER 2008
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asdyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah rahmat dan izin-Nya, sekali lagi kita dapat berhimpun di pagi ini, bagi menyambut Hari Perkhidmatan Awam kali ke-15.
Di majlis ini, sewajarnya kita menghargai jasa sumbangan bakti yang telah dicurahkan oleh semua warga Perkhidmatan Awam, termasuk juga mereka yang telah bersara dan yang tidak bersama kita lagi. Jasa-jasa mereka sentiasa dikenang selama mana negara kita ini akan terus wujud sebagai negara merdeka, berdaulat, makmur dan sejahtera.
At today’s function, it is appropriate for us to appreciate the deeds and contributions by all members of Civil Service including those who have retired and no longer with us. Their deeds will always be remembered for as long as our country remains as a nation that is independent, sovereign, prosperous and peaceful.
Perkhidmatan Awam adalah jentera kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan rakyat dan negara. Kerajaan paduka ayahanda memperuntukkan perbelanjaan yang sangat besar untuk terus meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam. Kita telah membangunkan berbagai bentuk prasarana dan kemudahan. Kita juga terus mengimbangi usaha ini dengan menggembleng kerahan tenaga semua warga Perkhidmatan Awam semata-semata untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan pemedulian.
The Civil Service represents the machinery of government that plays an important role in the development and progress of our people and country. The Government of His Majesty has provided for a significant amount of expenditure in order to continue enhancing the quality of the Civil Service. We have developed various forms of infrastructure and facilities. We also continue to augment these efforts by strengthening the capability of the Civil Service in order to provide effective and caring services.
Dengan tujuan untuk menjamin masa depan, kerajaan tidak kendur-kendurnya menggubal dan menyemak dasar sosioekonomi sebagai landasan kepada agenda pembangunan negara. Demi memenuhi keperluan rakyat, kita sudah mula mengatur rancangan dalam usaha-usaha ke arah kemajuan jangka panjang negara melalui Wawasan 2035.
With the aim of securing our future, the government will not cease in formulating and revising our socio economic policy as a basis for our nation’s development agenda. In order to fulfill the requirements of our citizens, we have already begun to formulate plans for the long term development of our nation through the National Vision 2035.
Wawasan tersebut menekankan tiga objektif utama, iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat dan penduduk; memaksimakan sumber-sumber bagi meningkatkan ekonomi negara dan memajukan industri-industri bukan minyak.
The vision emphasises three main objectives, namely, to improve the quality of life of the citizens, to maximise the use of resources in developing the country’s economy and to develop non-oil and gas industries.
Kita tidak ketandusan idea bagi mencetuskan dasar-dasar yang jelas dan terarah bagi membolehkan jentera kerajaan untuk terus bergerak cepat dan maju. Namun demikian, untuk merealisasikan dasar-dasar tersebut ia memerlukan warga Perkhidmatan Awam yang dedikasi dan efisien. Jika tidak, dasar hanya akan tinggal sebagai dasar sahaja.
We do not lack for ideas in formulating clear and defined policies that enable the machinery of government to function rapidly and progressively. Nonetheless, in order to realise these policies, we require a Civil Service community that is dedicated and efficient. Without this, policy will merely remain as just policy.
Ke arah mencapai wawasan tersebut, kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan bermacam karenah dan liku-liku politik, sosial dan ekonomi serta tekanan dari dunia luar. Sekarang saja kita sudah merasakan kesan-kesan realiti dunia global dan persaingan ekonomi dan sumber tenaga yang semakin mencabar.
In achieving this vision, we must be ready to face various political, social and economic trials and tribulations as well as pressure from the outside world. Even at this time we are feeling the effects of the reality of a globalised world and the increasingly challenging competition for economic and energy resources.
Menyedari berbagai cabaran yang dihadapi, kita harus bersyukur bahawa kerajaan sentiasa peka untuk menangani semua ini dengan sebaik-baiknya. Antara perkara yang banyak menjadi perhatian ialah ketelusan dan kecekapan dalam meproses permohonan untuk memulakan perniagaan.
In realising the various challenges we face, we should be grateful that the government has always been prepared to do it’s best to overcome them. Amongst the issues that have received much attention is the transparency and efficiency in processing applications to start a business.
Sehubungan dengan ini kerajaan melalui kerjasama antara beberapa kementerian dan jabatan yang terlibat sedang berusaha untuk memudahkan proses permohonan, termasuk mengadakan sistem lesen perniagaan secara ‘online’.
In this regard, the government through cooperation between the relevant ministries and departments is working to better facilitate the application process including the establishment of an ‘on line’ business license system.
Saya yakin dengan tercapainya inisiatif ini akan memperbaiki kedudukan negara ke tahap yang lebih tinggi dalam memudahcarakan perniagaan yakni ‘Ease at Doing Business’ dan meningkatkan lagi keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.
I am confident that achieving this initiative will help to raise the country’s status to a higher level in the facilitation of business or in terms of ‘Ease of Doing Business’ and thereby enhance the confidence of investors to invest in this country.
Kementerian dan jabatan yang terlibat mestilah komited dengan peranan masing-masing untuk menjayakan pencapaian tujuan ini melalui perundingan, penyelarasan dan yang penting sekali ialah semangat kerjasama yang sebenar-benarnya.
The ministries and departments concerned must be committed to their respective roles in order to successfully achieve this goal through consultation, coordination and most importantly a true spirit of cooperation.
Di sebalik berbagai perancangan yang hendak dicapai, kita juga mesti akur akan berbagai cabaran yang sering menguji kemampuan kita. Sebagai misal pada tahun ini sahaja dunia berhadapan dengan cabaran-cabaran yang berpunca dari krisis kewangan, bencana alam, penyakit berjangkit dan krisis kekurangan makanan global.
In addition to the various plans that we wish to achieve, we must also be prepared to answer various challenges that will constantly test our capabilities. For instance during this year alone, the world has been confronted by challenges arising from the financial crisis, natural disasters, infectious diseases and the global food shortage crisis.
Makanya kita perlu bersedia untuk menilai semula langkah-langkah tindakan untuk membuat perubahan dan peningkatan. Anggota Perkhidmatan Awam mestilah dinamik dan berpandangan jauh ke hadapan. Ini kerana cabaran yang kadang-kadang dihadapi tidak statik dan kerap kali terjadi di luar jangkaan justeru mendesak kemampuan kita menanganinya.
Consequently, we must be ready to reevaluate the steps taken to bring about change and improvement. Members of the Civil Service must be dynamic and much more forward looking. This is because the challenges that we face intermittently are not static and often occur unexpectedly thereby stretching our capabilities in handling them.
Di antara perkhidmatan asas dan penting yang disediakan oleh kerajaan bagi kesejahteraan rakyat yang berterusan ialah memastikan perbekalan air bersih dan perkhidmatan perbekalan tenaga letrik.
Amongst the basic and vital services provided by the government for the continual well being of the people are to ensure the supply of clean water and the supply of electricity.
Kita mengetahui di antara cabaran yang menjejaskan perkhidmatan dan bekalan tersebut ialah keadaan cuaca yang boleh menyebabkan hujan yang berlarutan, banjir dan kesan hakisan tanah. Keperluan bekalan letrik juga meningkat tinggi pada musim tertentu yang boleh mengakibatkan gangguan bekalan.
We are aware that among the challenges that jeopardise such services and supplies are weather conditions that can cause continuous rains, flooding and impacts of soil erosion. The demand for electricity also peaks during certain periods and this can lead to disruption of supply.
Gangguan sedemikian bukan saja mengakibatkan ketidakselesaan, malah boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha-pengusaha perniagaan.
Such disruption causes not only inconvenience but also may result in losses to business operators.
Oleh yang demikian persediaan hendaklah terancang dan boleh menjangka sebarang kemungkinan, bukannya bertindak setelah maklumat didedahkan oleh pihak-pihak tertentu.
As such, preparations must be comprehensive and able to anticipate all possible scenarios and not only acted upon after the disclosure of information by certain entities.
Natijahnya, warga Perkhidmatan Awam itu perlu progresif untuk memenuhi ekspektasi pelanggan, sentiasa peka dan bersedia menangani apa jua kemungkinan dengan perancangan yang terarah serta perlaksanaan yang berkesan.
Consequently, members of the Civil Service must be progressive in fulfilling the expectations of their customers, always sensitive and ready to manage any situations with proper planning as well as effective implementation.
Akhir sekali, saya ingin menekankan komitmen kita sebagai warga dalam Perkhidmatan Awam untuk menjalankan tugas dengan integriti dan disiplin yang tinggi, jujur dan bersih. Amalan nilai-nilai murni adalah di antara asas yang amat penting dalam menjayakan agenda negara yang berpegang kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti.
Finally, I would like to emphasise on our commitment as members in the Civil Service to carry out tasks with the utmost integrity and discipline, honest and unsullied. The observance of honourable values is amongst the most crucial fundamentals for achieving success in the agenda of a nation that adheres to principles of transparency and accountability.
Dalam perkara ini paduka ayahanda telah menitahkan bahawa, “Warga Perkhidmatan Awam menunjukkan contoh sebagai pengurus dan pentadbir yang betul-betul bersih. Manakala mereka itu bersih, bermakna kerajaan juga adalah bersih.”
In this regard, His Majesty has said, “Members of the Civil Service portray themselves as managers and administrators that are truly unsullied. For them to be unsullied, would also mean that the government is unsullied.”
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Source: Press Room of Information Department
No comments:
Post a Comment