Showing posts with label recall. Show all posts
Showing posts with label recall. Show all posts

Saturday, October 25, 2008

more product recall

More food products are being recalled due to the contamination with melamine, some of them are my favourites. :-(





And this list was released last Tuesday, 21 October 2008:
http://www.moh.gov.bn/news/20081021a.htm

Monday, October 20, 2008

Food Recall due to melamine contamination

Updates from the Food Safety and Quality Control, Ministry of Health's website, http://www.moh.gov.bn/news/20081017a.htm

(image from The Internet)

PENARIKAN BALIK KE ATAS PRODUK BISKUT BERJENAMA KHONG GUAN DAN KHIAN GUAN
KELUARAN NEGARA MALAYSIA

(16 Ramadan 1429H / 17 Oktober 2008M)

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Khong Guan dan Khian Guan keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.


Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas produk-produk keluaran daripada kilang-kilang Biskut Khong Guan, Johor dan Khian Guan, Pulau Pinang yang mana didapati menggunakan agen penaik ammonium bicarbonate keluaran Negara China yang dicemari oleh melamine.

Agen penaik ammonia bicarbonate adalah bahan yang biasanya digunakan dalam pembuatan biskut dan dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1 Penggal 182). Memandangkan ianya dicemari oleh bahan melamine maka ianya tidak selamat digunakan.

Produk-produk terbabit adalah seperti berikut:

  1. Khong Guan Biskut Soda keluaran Negara Malaysia.

  2. Khong Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.

  3. Khong Guan Biskut Lemon Pof keluaran Negara Malaysia

  4. Khong Guan Biskut Butter Cream keluaran Negara Malaysia.

  5. Khong Guan Biskut Baby Fish keluaran Negara Malaysia.

  6. Khong Guan Biskut Healthy Cracker keluaran Negara Malaysia.

  7. Khong Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.

  8. Khong Guan Biskut Sandwich Oren keluaran Negara Malaysia.

  9. Khong Guan Biskut Family Crackers keluaran Negara Malaysia.

  10. Khong Guan Biskut Bentuk Binatang keluaran Negara Malaysia.

  11. Khong Guan Biskut Tunjuk (Rokok) keluaran Negara Malaysia.

  12. Khong Guan Biskut Mini Puff keluaran Negara Malaysia.

  13. Khian Guan Biskut Creamy Chocolate keluaran Negara Malaysia.

  14. Khian Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.

  15. Khian Guan Biskut Square Puff keluaran Negara Malaysia.

  16. Khian Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.

  17. Khian Guan Biskut Jagung Puff keluaran Negara Malaysia.

  18. Khian Guan Biskut Campuran (Party) keluaran Negara Malaysia

Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport produk berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit termasuk yang dijual bercurai atau bertimbang mahupun yang di bungkus semula dari pasaran. Disamping itu juga, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:

  • Para pengimport dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk tindakan lanjut; dan

  • Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.

Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraia (1subperenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313
Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10
Nombor Faksmili: 2 331107
Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn

Monday, September 29, 2008

Food Recall



(images from the website of Ministry of Health, Brunei Darussalam)

A number of dairy products and confectionery has been recalled following the China melamine-tainted milk incident. The Ministry of Health of Brunei Darussalam took stringent ban on the sale and distribution of these tainted products. To check on the list of recalled food products, click here
http://www.moh.gov.bn/news/20080925a.htm
and
http://www.moh.gov.bn/news/20080927a.htm .

Under Chapter 9 cap (1) sub paragraph (i) of the Public Health Act (Food) (Section 182), whoever prepares, sells or imports food that are hazardous to health can be imprisoned for five years, fined or both.

The Quality Control & Food Safety Division, Ministry of Health can be reached at its hotline 2331300/5/6/8/9/10 for further enquiry.