(image from The Internet)
PENARIKAN BALIK KE ATAS PRODUK BISKUT BERJENAMA KHONG GUAN DAN KHIAN GUAN
(16 Ramadan 1429H / 17 Oktober 2008M)
KELUARAN NEGARA MALAYSIAKementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Khong Guan dan Khian Guan keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.
Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas produk-produk keluaran daripada kilang-kilang Biskut Khong Guan, Johor dan Khian Guan, Pulau Pinang yang mana didapati menggunakan agen penaik ammonium bicarbonate keluaran Negara China yang dicemari oleh melamine.
Agen penaik ammonia bicarbonate adalah bahan yang biasanya digunakan dalam pembuatan biskut dan dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1 Penggal 182). Memandangkan ianya dicemari oleh bahan melamine maka ianya tidak selamat digunakan.
Produk-produk terbabit adalah seperti berikut:
Khong Guan Biskut Soda keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Lemon Pof keluaran Negara Malaysia
Khong Guan Biskut Butter Cream keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Baby Fish keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Healthy Cracker keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Sandwich Oren keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Family Crackers keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Bentuk Binatang keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Tunjuk (Rokok) keluaran Negara Malaysia.
Khong Guan Biskut Mini Puff keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Creamy Chocolate keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Square Puff keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Jagung Puff keluaran Negara Malaysia.
Khian Guan Biskut Campuran (Party) keluaran Negara Malaysia
Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport produk berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit termasuk yang dijual bercurai atau bertimbang mahupun yang di bungkus semula dari pasaran. Disamping itu juga, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:
Para pengimport dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk tindakan lanjut; dan
Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.
Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraia (1subperenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:
Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313
Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10
Nombor Faksmili: 2 331107
Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn

No comments:
Post a Comment