Pada menunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei memaklumkan bahawa umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan memulakan ibadat puasa pada hari Selasa, 2hb September, 2008.
Ini berikutan penglihatan anak bulan Ramadan di tempat-tempat yang ditentukan iaitu di Bukit Shahbandar, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait yang sabit tidak kelihatan pada petang hari Ahad, 31hb Ogos, 2008.
Rombongan melihat anak bulan Ramadan terdiri daripada pegawai dari Jabatan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Kehakiman Negara; Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.
Pengumuman itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Metussin bin Haji Baki melalui Radio dan Televisyen Brunei ke seluruh negara malam tadi.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri dalam Surat Kelilingnya Bilangan 8/2008 bertarikh 20 Ogos 2008 telah memaklumkan bahawa waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1429H/2008M ialah dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sementara itu, masa bekerja bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.

No comments:
Post a Comment