Saturday, August 9, 2008

Usongan Diraja



Usongan adalah satu daripada kebesaran Diraja digunakan sebagai tempat persemayaman Sultan dan keluarga Baginda dalam sesuatu keberangkatan beristiadat seumpama Istiadat Berpuspa atau Istiadat Perkahwinan Diraja atau sebagainya. Bentuknya menurut penyesuaian yang diaturkan oleh adat istiadat, iaitu mengandungi tempat persemayaman (tempat duduk) yang berpenyandaran dan berkundang. Lazimnya Usongan ini diusung di bahu oleh 40 orang Pengiran Kebanyakan yang khas keturunannya. Untuk menyesuaikan dengan keadaan masa, sekarang ia dibuat beroda supaya mudah ditarik oleh pihak yang diaturkan.

Usongan is a Royal gilded carriage. It is used to transport the Sultan and the Royal Family during a particular ceremony such as the Coronation Ceremony or the Royal Wedding Ceremony. As determined by the customs and traditions, the Usongan will have special seatings with props and cloth-spread. The carriage is carried by 40 Pengirans. At present, the Royal carriage has wheels to enable it to be drawn easily by selected personnel.

(Source: p96, Perkahwinan Diraja - Royal Wedding, 1996, Jabatan Pusat Sejarah)


Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Ogos 1968 Hari Khamis bersamaan dengan 6 Jamadilawal 1388


Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta pada 5 Oktober 1992

Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta pada 5 Oktober 1992

Istiadat Berkhatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada 3 Ogos 1989

Istiadat Berkhatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada 3 Ogos 1989

Istiadat Pemasyhuran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menjadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota pada 10 Ogos 1998

Istiadat Pemasyhuran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Menjadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota pada 10 Ogos 1998

Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pada 9 September 2004

Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim pada 18 Ogos 1996

Istiadat Perkahwinan Diraja 1996

Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil pada 10 Jun 2007

References:
25 Tahun di atas Takhta dengan Adil Makmur Laila Bahagia, 1992, Jawatankuasa Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
Buku Rancangan Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, 1992.
Brunei Darussalam Newsletter, Aug 1996, Jbt Penerangan.
Brunei Today, Vol. 2, No. 3, December 1989, Jbt Penerangan.
Brunei Today, December 1992, Jbt Penerangan.
Brunei Today, Vol. 7, No. 4, 1994, Jbt Penerangan.
Brunei Today, Vol. 9, No. 3, 1996, Jbt Penerangan.
Istiadat Perkahwinan Diraja, 1997, Jbt Penerangan.

No comments: