BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Ogos.- Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berikut;
Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Jamain bin Momin ditukar menjadi Pegawai Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Idris bin Haji Ali dilantik menjadi Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sementara Pegawai Daerah Belait, Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohamad bin Haji Abdul Rahman ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Pentadbir Kanan dan Pengarah Penerbangan Awam, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan, Pengiran Haji Abd. Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan.
Monday, August 25, 2008
Pertukaran dan Pelantikan Pegawai JPA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment