Pertukaran Menteri Kabinet
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis,21 Ogos.- Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan bahawa baginda telah mengurniakan titah perintah bagi pertukaran beberapa orang Menteri Kabinet seperti berikut:
1) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama ditukar menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
2) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ditukar menjadi Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri.
3) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Awang Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri ditukar menjadi Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
Pertukaran itu berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 20 Syaaban 1429 bersamaan dengan 22 Ogos 2008.
(extracted from http://www.pelitabrunei.gov.bn/)
my updated list of Ministers and Deputy Ministers can be found here.

No comments:
Post a Comment