It was very motivational to hear the Mutiara Titah this morning, 26th August 2008 around 7:20am. Some excerpts from the Mutiara Titah (it is repeated on the Nasional FM (RTB) after the news at 1pm, 5:30pm and 10:30pm):
Petikan Titah dari Titah Perayaan Ulang Tahun ke-24 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam:
Siapakah belia-belia ini, kalau bukan mereka yang kita panggil sebagai 'Tunas Bangsa’? Tunas Bangsa telah menjadi penjenayah. lnikah dia Tunas Bangsa itu?
Kita, janganlah hanya sedap dan seronok menyebut statistik-statistik jenayah, dan bermegah dengan slogan 'Tunas Bangsa', tetapi yang penting, kita mesti tumpaskan jenayah, apa pun bentuknya, untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk, serta juga supaya para pelancong dan pelabur tidak akan takut-takut untuk datang ke negara ini. Sementara para 'Tunas Bangsa' pula mestilah betul-betul menjadi tunas yang sihat, yang turut berusaha mewujudkan Negara Brunei Darussalam yang bebas jenayah.
lnilah patriotisme sejati, di mana kita semua - sepatutnya - sama-sama menjadi penyelamat.
Di samping memberikan perhatian kepada hal ehwal dalaman, kita juga akan
terus meningkatkan hubungan baik dan persefahaman dengan negara-negara sahabat, serta bekerjasama pada mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial sejagat.
Kita juga insya-Allah, akan terus aktif dalam menjadikan rantau ASEAN sebagai sebuah rantau yang dinamik dan kompetitif, di samping turut menjanjikan kualiti hidup yang tinggi bagi penduduknya.
Kita mahu belia yang cergas, kreatif, dinamik dan progresif bagi membawa Negara ke mercu kejayaan, menjadi belia yang tahan lasak, berdisciplin serta sanggup membuat pengorbanan apa saja untuk kebaikan bangsa dan Negara yang tercinta - Brunei Darussalam.
(c) RTB
No comments:
Post a Comment