Monday, November 3, 2008

Titah Majlis Konvokesyen ke-20 UBD

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Brunei Darussalam pada Hari Khamis, 30 Oktober 2008 / 29 Syawal 1429 bertempat di Dewan Chanselor, Universiti Brunei Darussalam

(c) Infofoto 2008

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI MAJLIS
KONVOKESYEN KE-20
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PADA
HARI KHAMIS, 30 OKTOBER 2008/29 SYAWAL 1429

BERTEMPAT

DI DEWAN CANSELOR
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’inu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhamadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Aj’maeen, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan ‘inayah-Nya jua kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Brunei Darussalam. Pada kesempatan ini, beta dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah kepada para graduan dan penerima-penerima sijil di atas usaha gigih mereka sehingga berjaya memperolehi kejayaan masing-masing.

Lanskap sektor pengajian tinggi negara telah melalui pelbagai perkembangan dan perubahan, di mana kini, negara telah mempunyai tiga buah universiti dan sebuah kolej universiti. Dengan kedudukan ini, rakyat dan penduduk telah mempunyai lebih banyak peluang untuk memperolehi ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Langkah ini adalah sejajar dengan Wawasan Brunei 2035 yang menjadikan kualiti sebagai teras utamanya.

Sebagai pusat pengajian premier, Universiti Brunei Darussalam perlu memegang peranan selaku universiti pelopor di kalangan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dengan penampilan keupayaan bersaing yang lebih tinggi serta saling melengkapi.

Beta dalam perkara ini, amatlah ghairah untuk melihat UBD mengambil langkah-langkah berpatutan ke arah memperkukuhkan lagi keupayaannya, supaya membolehkannya bergerak, sejajar dengan perancangan strategiknya.

Banyak usaha boleh dibuat untuk mencapai perkara ini, termasuklah mewajarkan struktur organisasi UBD berkeadaan lebih mantap mengikut keperluan.

Beta sukacita menyarankan supaya UBD menawarkan program-program yang lebih inovatif, pelbagai disiplin dan ‘broad-based’, di samping menjadikan bidang penyelidikan dan pengkajian yang sedia ada lebih berfokus, di mana hasilnya kelak boleh menyumbang untuk menyelesaikan isu-isu yang berkepentingan dengan negara.

Kerjasama rapat dengan jentera-jentera kerajaan beta mahupun pihak swasta, juga sangat elok diteruskan, malah mustahak dikembangluaskan.

Beta amatlah gembira apabila mengetahui bahawa kepakaran-kepakaran yang terdapat di UBD telah dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Ianya meliputi hasil usaha penyelidikan dan pengkajian di bidang biodiversiti, keselamatan pemakanan dan tenaga. Beta percaya, aktiviti-aktiviti ini boleh diperluaskan lagi skopnya.

Kekuatan utama UBD turut terletak pada kewibawaan dan kaliber pegawai-pegawai serta ahli-ahli akademiknya. Maka untuk itu, wajarlah bagi UBD memastikan yang mereka itu adalah benar-benar berkelayakan serta prominent dalam bidang masing-masing. UBD perlu memikirkan tatacara atau menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian untuk dijadikan penggalak atau tarikan agar pakar-pakar atau ahli-ahli akademik itu benar-benar mahu terlibat memilih untuk berkhidmat di UBD.

Beta yakin, dengan adanya penerbitan yang bermutu dan bertaraf antarabangsa serta pemilikan pakar-pakar yang prominent di kalangan ahli-ahli akademiknya, maka imej UBD, baru akan menyerlah serta lebih meyakinkan pihak-pihak antarabangsa selaku sebuah institusi pengajian tinggi pilihan pertama (a first choice university).

Sebelum ini beta pernah menyebut mengenai usaha kerajaan beta untuk terus komited membisaikan lagi kemudahan-kemudahan pendidikan kita termasuk melipatgandakan usaha mempertingkatkan persekitaran pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan riadah ke tahap yang lebih kondusif, mengikut perkembangan pendidikan UBD sendiri.

Akhirnya, kepada para graduan, sekali lagi beta mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya dalam apa juga bidang yang akan diceburi. Beta juga mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Naib Canselor, pegawai-pegawai utama, pegawai dan kakitangan di atas sumbangan dan perkhidamatan mereka yang tulus ikhlas.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room of Informatiom Department

Saturday, November 1, 2008

The Commonwealth

(image from homepage of Commonwealth Secretariat)

(image from Wikipedia)



Extracted from the official website of The British Monarchy:


After nearly 60 years of its existence, the Commonwealth is a remarkable organisation which remains a major force for change in the world today.


The Commonwealth is a voluntary association of 53 independent countries, almost all of which were formerly under British rule.


The origins of the Commonwealth come from Britain's former Empire. Many of the members of the Commonwealth were territories which had historically come under British rule at various times by settlement, conquest or cession. The administration of such colonies evolved in different ways, to reflect the different circumstances of each territory.


After achieving independence, India was the first of a number of countries which decided that, although they wished to become republics, they still wanted to remain within the Commonwealth.


To reconcile these aims, the 1949 London Declaration recognised the British Sovereign as a symbol of association between independent member nations and as Head of the Commonwealth. George VI was the first to hold this title.

Today, member countries remain entirely responsible for their own government and policies, but choose to consult and co-operate in certain areas such as strengthening democracy, promoting human rights and working for the social and economic development of poorer countries.


A lot of the strength of the Commonwealth is derived from its non-governmental and informal links, such as teacher-training schemes, youth ministries, distance education, science and environmental projects, shared sports and arts festivals. This means that it is as much a commonwealth of peoples as of governments.


Since the beginning, membership of the Commonwealth has been open to any independent state which was once ruled or administered by Britain or other Commonwealth countries, and which recognises The Queen as Head of the Commonwealth. The exception is Mozambique, a former Portuguese colony, which joined the Commonwealth in 1995.


Almost all countries, when they became independent of the United Kingdom, have chosen to join the Commonwealth but, since the link is entirely voluntary, any member can withdraw at any time. The Republic of Ireland did so in 1949, as did South Africa in 1961 (rejoining in 1994), and Zimbabwe in 2003.


After nearly 60 years of its existence, the Commonwealth is a remarkable organisation which remains a major force for change in the world today.

--------------
FACT FILE

There are 53 countries in the Commonwealth.

1.8 billion people in the world are a member of a Commonwealth country. That's over 30% of the world's population.

Over 50% of the Commonwealth are aged under 25.
---------

To see the members of Commonwealth: http://www.royal.gov.uk/output/Page4906.asp
and http://www.thecommonwealth.org/Internal/142227/members/

To visit the official website of Commonwealth: http://www.thecommonwealth.org/

Wednesday, October 29, 2008

Hot, Flat and Crowded

A new book on Geo-Greenism by Thomas L Friedman released last September:


Hot, Flat, and Crowded

Why We Need a Green Revolution - And How it Can Renew America

Thomas L. Friedman's no. 1 bestseller The World Is Flat has helped millions of readers to see globalization in a new way. Now Friedman brings a fresh outlook to the crises of destabilizing climate change and rising competition for energy—both of which could poison our world if we do not act quickly and collectively. His argument speaks to all of us who are concerned about the state of America in the global future.

Friedman proposes that an ambitious national strategy—which he calls "Geo-Greenism"—is not only what we need to save the planet from overheating; it is what we need to make America healthier, richer, more innovative, more productive, and more secure.

As in The World Is Flat, he explains a new era—the Energy-Climate era—through an illuminating account of recent events. He shows how 9/11, Hurricane Katrina, and the flattening of the world by the Internet (which brought 3 billion new consumers onto the world stage) have combined to bring climate and energy issues to Main Street. But they have not gone very far down Main Street; the much-touted "green revolution" has hardly begun. With all that in mind, Friedman sets out the clean-technology breakthroughs we, and the world, will need; he shows that the ET (Energy Technology) revolution will be both transformative and disruptive; and he explains why America must lead this revolution—with the first Green President and a Green New Deal, spurred by the Greenest Generation.

Hot, Flat, and Crowded is classic Thomas L. Friedman—fearless, incisive, forward-looking, and rich in surprising common sense about the world we live in today.


-----

This book is selling for USD 27.95 on Amazon, currently on offer, online purchase for USD 15.37.
I'm waiting for Best Eastern to order it, then only I can have a browse before I purchase it. :p
At the moment, they only carry the previous title, "The World is Flat", selling at B$28.80.

Tuesday, October 28, 2008

Amendment to Customs Order, 2008

Customs (Amendment) Order, 2008

To curb the growing incidences of smuggling of subsidised goods, namely fuel and rice, it is hereby notified that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam has consented for amendments to the Customs Order, 2006 which are to take effect from the 1st of November 2008.

The new Customs (Amendment) Order, 2008 provides higher penalties for any person who is in any way concerned with smuggling prohibited goods specified in the Schedule which are –

  1. Rice, paddy and products thereof
  2. Premium gasoline
  3. Regular gasoline
  4. Diesoline
  5. Kerosene

Any person convicted under the amended law will be subject to-
  1. for the first offence, to a fine of not less than $1,000 and not exceeding $500,000, imprisonment for a term not exceeding 3 years or both; and
  2. for a second or subsequent offence, to a fine of not less than $20,000 and not exceeding $500,000, imprisonment for a term of not less than 6 months and not exceeding 5 years or both.

Sultan-Sultan Brunei

How much can you remember the Sultans of Brunei? Here's the list of Sultans of Brunei:

  1. Sultan Muhammad Shah (1363 - 1402)
  2. Sultan Ahmad (1408 - 1425)
  3. Sultan Sharif Ali (1425 - 1432)
  4. Sultan Sulaiman (1432 - 1485)
  5. Sultan Bolkiah (1485 - 1524)
  6. Sultan Abdul Kahar (1524 - 1530)
  7. Sultan Saiful Rijal (1533 - 1581)
  8. Sultan Shah Brunei (1581 - 1582)
  9. Sultan Muhammad Hassan (1582 - 1598)
  10. Sultan Abdul Jalilul Akbar (1598 - 1659)
  11. Sultan Abdul Jalilul Jabbar (1659 - 1660)
  12. Sultan Haji Muhammad Ali (1660 - 1661)
  13. Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661 - 1673)
  14. Sultan Muhyiddin (1673 - 1690)
  15. Sultan Nasruddin (1690 - 1710)
  16. Sultan Husin Kamaluddin (1710 - 1730) (1737 - 1740)
  17. Sultan Muhammad Alauddin (1730 - 1737)
  18. Sultan Omar Ali Saifuddin I (1740 - 1795)
  19. Sultan Muhammad Tajuddin (1795 - 1804) (1804 - 1807)
  20. Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804)
  21. Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807 - 1826)
  22. Sultan Muhammad Alam (1826 - 1828)
  23. Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828 - 1852)
  24. Sultan Abdul Momin (1852 - 1885)
  25. Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1885 - 1906)
  26. Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906 - 1924)
  27. Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950)
  28. Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien III (1950 - 1967)
  29. Sultan Haji Hassanal Bolkiah ( 1967 - present)
(Source: Pusat Sejarah Brunei)

Aegean Sea

(image from the internet)


爱琴海(Aegean Sea 希腊语Αιγαίο Πέλαγος)是地中海的一部分,位于希腊半岛小亚细亚半岛之间,南北长610公里,东西宽300公里。爱琴海的东北部经达达尼尔海峡马尔马拉海相连。


关于爱琴海名称的起源有各种解释:源于古爱琴城;源于一位名叫爱琴的亚马逊女王,她葬身于海中;源于忒修斯王子的父王爱琴斯,他误以为忒修斯死了,心碎地跳海自尽。一个可能的词源是Αιγ- ,意思是波浪,因此αιγιαλός的意思是波浪起伏的海。


爱琴海是克里特岛米诺斯文明伯罗奔尼撒半岛迈锡尼文明的发祥地。之后又出现了以雅典斯巴达等城邦为代表的希腊文明。爱琴海后来又陆续成为波斯帝国罗马帝国拜占庭帝国威尼斯共和国塞尔柱突厥帝国奥托曼帝国的领海。爱琴海是民主的发源地,也是地中海东部各种文明进行接触和交流的地方。


爱琴海海岸线非常曲折,港湾众多,共有大小约2,500个岛屿。爱琴海的岛屿可以划分为七个群岛:色雷斯海群岛东爱琴群岛, 北部的斯波拉提群岛基克拉泽斯群岛萨罗尼克群岛(又称阿尔戈-萨罗尼克群岛), 多德卡尼斯群岛克里特岛。爱琴海的很多岛屿或岛链实际上陆地上山脉的延伸。一条岛链延伸到了希奥岛,另一条经埃维厄岛延伸至萨摩斯岛,还有一条从伯罗奔尼撒半岛经克里特岛至罗德岛, 正是这条岛链将爱琴海和地中海分开。许多岛屿具有良港,不过在古代,航行于爱琴海并不是很安全。许多岛屿是火山岛,有大理石和铁矿。克里特岛是海中最大的 一个岛屿,面积8000多平方公里,东西狭长,是爱琴海南部的屏障。克里特岛上有大面积的肥沃耕地,但是其它岛屿就比较贫瘠了。爱琴海岛屿的大部分属于西 岸的希腊,一小部分属于东岸的土耳其


from Wikipedia Chinese http://zh.wikipedia.org/wiki/%E7%88%B1%E7%90%B4%E6%B5%B7

Monday, October 27, 2008

New English words


You might have tried to look for some funky English words in your dictionary but it just doesn't have that entry? Words like "Phishing"?? "Wi-Fi"?? "Smirt"?? "D'oh"??

You can find some of these new words at the BBC Learning English homepage:
http://www.bbc.co.uk/worldservice/learningenglish/radio/specials/1720_uptodate4/index.shtml

Links:

Saturday, October 25, 2008

more product recall

More food products are being recalled due to the contamination with melamine, some of them are my favourites. :-(





And this list was released last Tuesday, 21 October 2008:
http://www.moh.gov.bn/news/20081021a.htm

Wednesday, October 22, 2008

Titah sempena Majlis Sambutan Hari Guru ke-18

TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KE-18
TAHUN 1429 HIJRAH/2008 MASIHI

PADA
HARI SABTU 17 SYAWAL 1429/18 OKTOBER 2008

BERTEMPAT
DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS


(c) Infofoto 2008


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen. Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammaddin Wa’ala Alihie Wasahbihie Ajmaeen. Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua dapatlah kita berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang ke-18. Pada kesempatan ini, beta ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru.

'Guru Pembentuk Tunas Bangsa' adalah tema sambutan pada kali ini. Tema ini mencerminkan betapa besarnya peranan guru itu selaku tunggak bangsa.

Menjelang Januari 2009, kita akan melaksanakan suatu sistem yang dipanggil ‘Sistem Pendidikan Negara Abad 21’. Ke arah perlaksanaan sistem ini, para guru menjadi pemegang amanah yang utama untuk menjayakannya. Merekalah yang akan berada paling hadapan untuk menghadapi pelbagai tuntutan di bawah sistem ini.

Tuntutan terpenting ialah ‘perubahan-perubahan besar’ yang menjanjikan kualiti kehidupan kepada generasi-generasi mendatang. Ia bukan hanya terbatas kepada kelompok-kelompok yang terhad, seperti mereka yang berkaitan dengan alam pendidikan sahaja, malahan mencakupi semua peringkat dan kepentingan di dalam negara.


Sebelum menyukat kemampuan pihak-pihak lain, keupayaan para guru hendaklah lebih dahulu diberikan perhatian. Kerana itu, beta turut gembira mengetahui, bahawa Kementerian Pendidikan sekarang sedang aktif mempergiatkan pembangunan profesionalisme guru.

Pendekatan ini tidaklah mengenepikan aspek hal-ehwal kesejahteraan bagi guru, seperti kenaikan pangkat yang pernah beta sebut sebelum ini.

Bermula 1 Jun 2008, beta telah pun memperkenalkan satu skim perkhidmatan yang baru bagi guru-guru, yang dipanggil Skim Perkhidmatan Perguruan. Melalui skim ini, guru-guru yang berkaliber akan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke tingkat yang lebih tinggi dan sekali gus akan terus kekal bertugas di sekolah.


Selain daripada soal kenaikan pangkat, isu penguasaan ilmu juga merupakan satu keutamaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan. Kerana ilmu adalah menjadi sukat-sukat kualiti guru. Oleh itu, inginlah beta melihat supaya latihan-latihan guru, sama ada di dalam negeri mahupun melalui Latihan Dalam Perkhidmatan luar negara dijadikan sebagai salah satu agenda utama oleh Kementerian Pendidikan. Beta yakin usaha ini akan dapat kita jalankan dengan sebaik-baiknya.

Menyebut mengenai perubahan besar dalam perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21, tenaga guru adalah penggerak paling utama. Kerana itu, untuk sampai kepada matlamat, maka tenaga guru yang mencukupi tidaklah boleh dipandang ringan dengan pandangan sebelah mata sahaja.


Beta turut mengambil maklum, bahawa Kementerian Pendidikan telah membuat perancangan untuk mengatasi perkara ini. Tetapi pada hemat beta, bagi jangka pendek, kita belumlah ada pilihan lain, melainkan terus mengambil tenaga daripada luar negara.


Bagaimanapun, langkah ke arah meningkatkan jumlah guru tempatan bagi tempoh jangka panjang, mestilah terus dirancang.


Dalam pada itu, perancangan yang kemas dan tepat jangan pula diabaikan, khasnya perancangan untuk melahirkan tenaga-tenaga peringkat tertinggi dan profesional, hendaklah dilihat dari sudut umur dan keperluan jangka panjang, bukannya setakat untuk mendapatkan pemegang ijazah semata-mata, sedang masa dan peluang untuk mereka berkhidmat tidak lagi panjang atau sangat terhad.


Oleh itu, wajarlah calon-calon bagi peringkat tertinggi dan profesional ini, akan dipilih dari tenaga-tenaga muda. Sementara tengah kita menunggu mereka itu membawa kejayaan, adalah satu perkara biasa jika kita mendapatkan khidmat tenaga luar terlebih dahulu.


Selaras dengan perkembangan, beta telah memperkenankan bagi Institut Teknologi Brunei (ITB) dinaikkan tarafnya kepada sebuah universiti dengan mengekalkan namanya ITB. Beta juga memperkenankan bagi sebuah politeknik baru ditubuhkan, dan memperkenankan Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah ditempatkan di Institut Perubatan Universiti Brunei Darussalam serta dijadikan sebuah Jabatan Penjagaan Kesihatan.


Akhirnya, kepada penerima-penerima Anugerah Hari Guru pada tahun ini, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Negara adalah berharap agar anugerah ini akan dapat memberikan motivasi dan sumber inspirasi kepada semua guru untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di dalam semua aspek pendidikan. Semoga para guru kita akan terus mendapat pemeliharaan serta bimbingan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Amin.


Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source:
PressRoom, Information Department)

Monday, October 20, 2008

Food Recall due to melamine contamination

Updates from the Food Safety and Quality Control, Ministry of Health's website, http://www.moh.gov.bn/news/20081017a.htm

(image from The Internet)

PENARIKAN BALIK KE ATAS PRODUK BISKUT BERJENAMA KHONG GUAN DAN KHIAN GUAN
KELUARAN NEGARA MALAYSIA

(16 Ramadan 1429H / 17 Oktober 2008M)

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Khong Guan dan Khian Guan keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.


Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas produk-produk keluaran daripada kilang-kilang Biskut Khong Guan, Johor dan Khian Guan, Pulau Pinang yang mana didapati menggunakan agen penaik ammonium bicarbonate keluaran Negara China yang dicemari oleh melamine.

Agen penaik ammonia bicarbonate adalah bahan yang biasanya digunakan dalam pembuatan biskut dan dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1 Penggal 182). Memandangkan ianya dicemari oleh bahan melamine maka ianya tidak selamat digunakan.

Produk-produk terbabit adalah seperti berikut:

  1. Khong Guan Biskut Soda keluaran Negara Malaysia.

  2. Khong Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.

  3. Khong Guan Biskut Lemon Pof keluaran Negara Malaysia

  4. Khong Guan Biskut Butter Cream keluaran Negara Malaysia.

  5. Khong Guan Biskut Baby Fish keluaran Negara Malaysia.

  6. Khong Guan Biskut Healthy Cracker keluaran Negara Malaysia.

  7. Khong Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.

  8. Khong Guan Biskut Sandwich Oren keluaran Negara Malaysia.

  9. Khong Guan Biskut Family Crackers keluaran Negara Malaysia.

  10. Khong Guan Biskut Bentuk Binatang keluaran Negara Malaysia.

  11. Khong Guan Biskut Tunjuk (Rokok) keluaran Negara Malaysia.

  12. Khong Guan Biskut Mini Puff keluaran Negara Malaysia.

  13. Khian Guan Biskut Creamy Chocolate keluaran Negara Malaysia.

  14. Khian Guan Biskut Lemon Puff keluaran Negara Malaysia.

  15. Khian Guan Biskut Square Puff keluaran Negara Malaysia.

  16. Khian Guan Biskut Cocoa Puff keluaran Negara Malaysia.

  17. Khian Guan Biskut Jagung Puff keluaran Negara Malaysia.

  18. Khian Guan Biskut Campuran (Party) keluaran Negara Malaysia

Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport produk berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit termasuk yang dijual bercurai atau bertimbang mahupun yang di bungkus semula dari pasaran. Disamping itu juga, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:

  • Para pengimport dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk tindakan lanjut; dan

  • Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.

Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraia (1subperenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313
Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10
Nombor Faksmili: 2 331107
Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn