Wednesday, July 29, 2009

BRIDEX 2009 ticket sale


Tickets for public visitors are on sale from 1st July to 3rd August 2009 at B$5.00 per entry. You can get the tickets from the ticket sales counter at The Mall (1st floor), Seri Kenangan (Kiulap) and Brunei International Airport (31st July - 3rd Aug only).

Although BRIDEX is held from 12 - 15 August 2009, the exhibition will only open to public visitors on 14th Aug (Fri, 2pm to 5pm) and 15th Aug (Sat 9am to 5pm). According to the ticketing officers, Saturday show is more worth your money because you can spend one whole day there and stay back for lunch.

the new BRIDEX exhibition centre (image from www.bridex2009.com)

Public visitors are to park their vehicles at Jerudong Park Playground and shuttle buses will be provided to the BRIDEX 2009 Exhibition Centre. Personal transportation is not allowed.

For more info, click on their official website www.bridex2009.com

Tuesday, July 21, 2009

Partial solar eclipse in Brunei tomorrow

Information on the Partial Solar Eclipse from Astronomical Society of Brunei Darussalam:
www.bruneiastronomy.org

It is expected to begin at 8:48am (GMT +8h), and if the weather conditions permit, the eclipse will last for 1 hour 34 minutes.

Go to the website www.bruneiastronomy.org for the diagrams of the eclipse.

Saturday, July 18, 2009

Solar Eclipse 22nd July 2009

I am very very looking forward to the Solar Eclipse this Wednesday, 22nd July 2009 at 10:37am Brunei time.


Reproduced From Solar Eclipse Glasses (http://www.eclipseglasses.co.uk/):

On Wednesday 22 July 2009 a Total Eclipse will be visible from the Arabian Sea just off the west coast of India at sunrise, Nepal, Bhutan, Myanmar, China, Japanese Islands, near Kiribati and Gilbert Islands, near French Polynesia, mid-Pacific at sunset. This will be an extremely long Total Solar Eclipse - 6 minutes 39 seconds.

A Total Eclipse beginning in India will be visible on Wednesday 22 July 2009. The path of the eclipse then crosses Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar and China. From mainland Asia, the total eclipse crosses Japan's Ryukyu Islands and the Pacific Ocean. With the duration of totality reaching a maximum of 6 minutes 39 seconds this is the longest total eclipse anyone will see for over hundred years.

Major towns and cities from which to see the total eclipse are:
  • Bangladesh : Rangpur
  • Bhutan : Thimphu
  • China : Changzhou, Chengdu, Chongqing, Hangzhou, Jiaxing, Nanchong, Neijiang, Ningbo, Shanghai, Suzhou, Wuhan, Wuhu, Wuxi
  • India : Bhopal, Indore, Jabalpur, Patna, Shiliguri, Surat, Vadodara, Varanasi
  • Nepal : Biratnagar


For anyone in the following parts of eastern Asia and Indonesia there will be a partial eclipse visible:


Afghanistan, American Samoa, Bangladesh, Brunei, Cambodia, China, Fiji, Guam, India, Indonesia, Japan, Kazakhstan, Kiribati, North Korea, South Korea, Kyrgyzstan, Laos, Malaysia, Marshall Is., Micronesia, Mongolia, Myanmar, Nauru, Nepal, New Caledonia, Niue, Norfolk I., Northern Mariana Is., Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Philippines, Russian Federation, Samoa, Singapore, Solomon Is., Sri Lanka, Taiwan, Tajikistan, Thailand, Tokelau, Tonga, Turkmenistan, Tuvalu, Hawaii, Uzbekistan, Vanuatu, Vietnam, Wallis and Futuna Is.


----

Meanwhile, I am still waiting for more details from the official website of the Astronomical Society of Brunei Darussalam.

Friday, July 17, 2009

Titah KDYMM sempena Hari Keputeraan ke-63 tahun

Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-63 Tahun.

Titah Perutusan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-63 Tahun.

Photo (c) Infofoto 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Alameen Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umurid Dunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita sama-sama menyambut Hari Keputeraan beta yang ke-63 tahun.

Walaupun semua majlis, kecuali Majlis Membaca Doa Kesyukuran di masjid-masjid telah ditangguhkan, namun beta dapat merasakan, semangat 15 Julai adalah tetap hangat dan segar, sebagaimana juga biasanya pada setiap tahun.

Beta tidaklah lupa menghargai semangat ini dan mengucapkan rasa penghargaan yang amat tinggi kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di atas dukungan mereka itu.

Beta juga dengan sukacita merakamkan penghargaan yang sama kepada semua pihak yang telah menghantar perutusan ucap selamat mereka kepada beta dan keluarga bersempena dengan sambutan ini.

Kita di Brunei, sayugia bersyukur, kerana negara terus menikmati suasana aman dan tenteram.

Ini hendaknya menjadikan kita lebih beriltizam lagi untuk meningkatkan usaha memelihara kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan dengan izin Allah.

Walaupun kesan dari krisis kewangan global masih dirasakan oleh kebanyakan negara, tidak terkecuali juga negara kita sendiri, namun alhamdulillah, dalam keadaan yang demikian itu, ekonomi negara masih sahaja mampu bertahan, kerana adanya usaha-usaha kita yang konsisten dalam mengukuh dan mengembangkan asas ekonomi yang dilakukan dari sejak krisis kewangan pada tahun 1997 lagi.

Ini disokong oleh laporan positif IMF baru-baru ini yang menyatakan negara telah mengamalkan dasar makroekonomi yang mantap, serta pengurusan sumber-sumber minyak dan gas yang berkesan dan bijak.

Beta amatlah menghargai penglibatan semua pihak, khasnya mereka yang sama-sama menghulurkan bantuan, termasuk sumbangan tenaga dalam menangani pemulihan.

Dengan semangat ini, beta yakin, akan menambah lagi kebajikan dan keutuhan negara.

Selain kita telah mengalami ujian bencana alam, banjir dan tanah susur, negara juga sekarang turut dilanda pandemik Influenza A H1N1.

Sebagai bangsa yang bertauhid, kita tidak hanya menanganinya dengan cara biasa sahaja, malahan juga menambah dengan membaca doa, Qunut Nazilah dan Sembahyang Hajat.

Apa pun yang berlaku, negara insya-Allah, akan terus bergerak kepada pembangunan. Rancangan Kemajuan Negara, RKN 2007 - 2012 adalah merupakan satu pakej yang membolehkan ekonomi negara berkembang, infrastruktur dibina dan pembangunan sosial ditingkatkan.

Maka berbangkit dari itu, RKN 2007 - 2012 telah menyediakan 9.5 bilion ringgit Brunei untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

Melalui RKN, kerajaan mengambil langkah untuk mempelbagaikan lagi ekonomi negara.

Sebanyak 1.1 bilion ringgit Brunei disediakan untuk kemajuan perindustrian dan perdagangan. Tumpuan juga diberikan untuk memudahkan lagi kegiatan-kegiatan perindustrian serta untuk melahirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang dinamik lagi progresif.

Manakala dalam sektor perniagaan, beta mengambil maklum bahawa usaha-usaha sedang dibuat oleh pihak-pihak tertentu kerajaan bagi memudah cara proses memulakan perniagaan yang lebih efisien serta setanding dengan 'standard' di negara-negara lain.

Baru-baru ini kerajaan beta telah meluluskan beberapa inisiatif, seperti ‘land strata title’, penurunan kadar yuran tawaran negara dan terus meneroka kemampuan teknologi infokomunikasi (ICT), bagi memudah dan memajukan lagi perindustrian dan perniagaan.

Sejak beberapa tahun lalu, beta telah menekankan betapa pentingnya meningkatkan tahap jaminan sekuriti makanan.

Maka sehubungan itu, baru-baru ini, telah pun dilancarkan satu inisiatif bagi mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beras kepada 20 peratus pada tahun 2010, dan 60 peratus menjelang tahun 2015.

Alhamdulillah, pada bulan April yang lalu, penanaman padi yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan menggunakan padi berhasil tinggi, telah pun dimulakan.

Insya-Allah, rakyat akan mula berpeluang untuk menikmati hasilnya di musim menuai pada bulan depan nanti.

Seiring itu, lebih banyak kawasan baru akan ditawarkan kepada sektor swasta, dari dalam dan luar negara, bagi penanaman padi secara komersial, dan menjadikannya sebagai satu perusahaan yang ‘viable’.

Berhubung isu kemiskinan pula, kerajaan beta akan terus meningkatkan usaha sejajar dengan masa dan keadaan.

Sebagai contoh ialah pelaksanaan projek bantuan perumahan bagi golongan dha’if, fakir dan miskin.

Projek ini melibatkan usaha sama dan kerjasama beberapa agensi kerajaan, badan korporat dan orang ramai iaitu selaku penyumbang dana melalui penunaian kewajipan zakat.

Menyebut tentang zakat, beta masih menunggu apa yang dibuat oleh pihak berkenaan mengenai beberapa perkara yang telah beta timbulkan di dalam Persidangan Majlis Ugama Islam enam bulan yang lalu.

Salah satu dasar pengukuhan ekonomi ialah amalan jimat cermat dan budaya suka menabung. Kerajaan amatlah menggalakkan perkara ini. Kerana itu, beta berharap supaya institusi-institusi kewangan akan dapat menyediakan banyak lagi peluang dan cara, untuk orang ramai boleh menabung dengan pulangan yang baik.

Selain itu, undang-undang atau peraturan juga perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan rakyat dari diperdayakan oleh kegiatan-kegiatan yang salah, seperti skim cepat kaya.

Di antara komitmen penting kerajaan beta untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan rakyat, beta bersama dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pada awal tahun ini, telah menandatangani ‘Exchange of Letters’ mengenai dengan penghadan sempadan laut negara ini dengan Malaysia.

Melalui persetujuan tersebut, Negara Brunei Darussalam akan mempunyai hak kedaulatan ke atas pentas benua dan 200 batu nautikal zon eksklusif ekonomi.

Beta percaya negara akan menikmati hasil, yang nantinya dapat diperolehi daripada eksploitasi ‘hydrocarbon’ dan sumber-sumber maritim yang lain.

Peluang-peluang bermanfaat akan terbuka luas termasuk pelaburan, perniagaan dan pekerjaan, terutama yang memerlukan kepakaran.

Dari sudut tenaga, Negara Brunei Darussalam patutlah bersyukur kerana menjadi pengeluar minyak dan gas. Namun begitu, kita tidaklah lalai dari memberikan perhatian, agar sumber tenaga itu digunakan secara efisien, sambil mengelak pembaziran.

Beta berpendapat, masanya juga sudah tiba untuk agensi-agensi kerajaan menggubal dasar dan mengemukakan langkah-langkah bagi mencapai matlamat penggunaan tenaga secara efisien dan mengelakkan pembaziran.

Misalnya, pada setiap tahun agensi-agensi kerajaan menggunakan kuasa elektrik sehingga $68 juta setahun.

Kalau pembaziran 10 peratus dapat dielakkan, bererti kita boleh menjimatkan sehingga $6.8 juta setahun.

Pendekatan negara-negara tertentu seperti Jepun, selaku pengguna tenaga yang sangat efisien, amatlah elok ditauladani.

Satu lagi isu ekonomi yang lumrah ialah pengangguran. Beta sungguh menghargai sumbangan syarikat-syarikat swasta yang turut memenuhi tanggungjawab mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di negara ini.

Beta difahamkan, proses untuk mengisikan jawatan di sektor kerajaan - pada tahun lepas - telah mengambil masa di antara enam ke lapan bulan, sehingga menyebabkan kekosongan jawatan-jawatan baru dan persaraan meningkat kepada lima ribu jawatan.

Pada hemat beta, jika proses ini dapat dipendekkan, maka jumlah itu dengan sendirinya akan berkurangan, serta pemohonan-pemohonan tidaklah perlu menunggu begitu lama.

Mengenai kebajikan untuk tenaga manusia dalam perkhidmatan, kerajaan beta tidaklah memandang ringan terhadap hari-hari persaraan, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Maka untuk itu, sukacita diumumkan, bahawa kerajaan beta akan memperkenalkan satu skim persaraan tambahan yang digelar "Skim Persaraan Caruman Tambahan" atau Supplemental Contributory Pension (SCP). Skim ini dihasratkan sebagai tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang ada sekarang.

Dengan Skim ini, insya-Allah, para pesara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (annuity) sesudah mereka mencapai umur persaraan mandatori kelak. Skim (SCP) ini juga dilengkapkan dengan perlindungan ‘survivorship’ bagi menjamin tanggungan peserta, sekiranya mereka meninggal dunia sebelum persaraan mandatori.

Seperti Skim TAP, Skim SCP ini jua akan meliputi untuk semua rakyat dan penduduk tetap yang bekerja di sektor awam dan swasta. Malah juga akan dilaratkan kepada sektor informal.

Setiap peserta dan majikan, mereka masing-masing akan dimestikan secara undang-undang untuk membuat caruman bulanan yang ditentukan, dan sebahagian caruman pula akan digunakan sebagai bayaran sumbangan perlindungan, ‘survivorship’.

Bagaimanapun, untuk tidak membebankan pihak majikan, terutama syarikat-syarikat perniagaan, perkiraan jumlah caruman yang ditanggung oleh mereka, akan dihadkan kepada jumlah yang berpatutan.

Bagi peserta Skim TAP yang tidak sempat membuat caruman yang mencukupi sebelum bersara mandatori, juga akan menerima manfaat daripada Skim SCP ini. Untuk itu, beta telah pun memperkenankan supaya kerajaan memberikan bantuan tambahan kepada kumpulan ini dalam bentuk ‘catch-up’ atau caruman secara kebelakangan yang ditetapkan.

Insya-Allah, skim ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010. Satu akta akan digubalkan bagi maksud pelaksanaannya.

Sehubungan itu, beta juga sukacita mengambil peluang mengisytiharkan bahawa mulai 1 Januari 2010, umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap negara ini, yang menyertai Skim TAP dan SCP ialah genap 60 tahun.

Beralih kepada arena antarabangsa, kita akan terus-menerus mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama dengan negara-negara luar.

Keahlian Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa, merupakan usaha sama kita dalam mendukung komitmen-komitmen antarabangsa.

Kita juga memainkan peranan membina dalam hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, seperti penyertaan kita dalam misi-misi pengaman di Selatan Filipina, Lubnan dan Aceh, dan juga menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang dilanda malapetaka bencana-bencana alam.

Selaras dengan kemampuan negara, penyertaan melalui misi-misi seperti ini akan sentiasa dipertimbangkan dari masa kesemasa.

Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, meliputi warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan mereka yang berkhidmat di sektor swasta, atas sokongan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada kerajaan beta.

Begitu juga beta tidak lupa merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh ahli jawatankuasa sambutan, sama ada di peringkat daerah atau kebangsaan, atas usaha mereka yang gigih pada menjayakan Sambutan Hari Ulang Tahun beta ke-63 tahun ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas dengan limpah rahmat-Nya kepada mereka.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source: Press Room, Jabatan Penerangan)

Titah KDYMM Di Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan Isnin - 13.07.2009

TITAH KDYMM DIMESYUARAT KHAS MAJLIS BENCANA KEBANGSAAN
ISNIN - 13.07.2009

Alhamdulillah, buat julung-julung kali beta dapat duduk bersama-sama dengan ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan. Majlis ini sebenarnya berperanan amat penting, ia bukan setakat untuk menerima dan mendengarkan laporan-laporan daripada ahli-ahli sahaja tetapi seharusnya juga memikir dan melakar apa-apa yang patut dibuat berbangkit dengan kejadian-kejadian atau isu-isu semua yang berlaku. Inilah peranan Majlis Bencana Kebangsaan. Bahkan pada hemat beta ia juga patut lebih kehadapan lagi untuk melihat apa-apa yang belum berlaku tetapi mungkin berlaku pada bila-bila masa, boleh berlaku seperti misalnya kalau berlaku keganasan, terrorism, berlaku tsunami atau gempa bumi kepada Brunei. Semoga dijauhi oleh Allah. Apa langkah yang patut dirangka, apa persediaan kita. Kita jangan ketawakan perkara ini. Di Brunei jarang berlaku banjir besar tetapi baru-baru ini berlaku. Air sampai naik kekawasan-kawasan yang belum dinaiki sebelumnya. DiBrunei tidak pernah berlaku tanah susur, tetapi baru-baru ini berlaku banyak rumah dan bangunan yang rosak, malah ada nyawa yang terkorban. Semua ini meminta kewaspadaan kita, jangan tunggu berlaku baru hendak kakai-kakai, itu tidak betul. Kita sekarang dilanda oleh pendamik Influenza A H1N1, suatu musibah global yang menakutkan, kerananya banyaklah aktiviti sosial turut terganggu. Diantaranya majlis-majlis perayaan dan sambutan hari keputeraan beta juga terpaksa di tangguhkan. Namun kita percaya semangat 15 Julai tetap hangat dan berkobar-kobar.

Menyebut tentang hari keputeraan ini, beta amat berterima kasih pada semua pihak yang turut terlibat mengadakan persiapan-persiapan sambutan dan perayaan didalamnya. Sambutan dan perayaan adalah biasa diungkayahkan oleh kerajaan, swasta mahu pun pihak-pihak persendirian. Beta amatlah menghargai usaha semua pihak tersebut.Cuma disini ingin beta mengulas sedikit tentang inisiatif dipihak kerajaan. Adalah tidak semuanya menggembirakan. Ia kelihatan seperti banyak membebankan kepada masyarakat. Jawatankuasa perayaan akan membuat rancangan besar tetapi dengan melobi secara bersungguh-sungguh orang ramai supaya menderma yang target terutamanya ialah syarikat besar. Siapa yang tampil menderma akan diberikan publisiti, akan diadakan majlis bagi menerima derma-derma tersebut dan tidak habis setakat itu keluar pula beritanya didalam media, akhbar dan televisyen. Yang muncul menerima derma adalah menteri atau pegawai tinggi yang lain, seolah-olah hari keputeraan itu dijadikan medan untuk melobi derma. Yang beta persoalkan adakah cara ini wajar atau pun tidak iaitu melobi dan berkempen supaya orang berlumba-lumba menderma untuk hari keputeraan. Dalam makna hari keputeraan itu dijadikan sebab, dijadikan alat untuk menarik orang supaya menderma supaya berduyun menderma. Beta yakin dengan menggunakan nama hari keputeraan memanglah boleh belurih. Tetapi soalnya, adakah ia wajar, adakah semua orang ikhlas atau pun terpaksa. Ini semua perlu dilihat dan dihalusi bukan terus-terus saja laju jadikannya routine dan trend, kekal pada setiap tahun. Terus terang saja beta tidak gemar hari keputeraan dijadikan alat untuk menarik derma untuk melonggok-longgok derma. Apa tidak cukupkah sumber peruntukkan yang ada? Hendak cari meriah macam mana lagi. Hendak cari besar macam mana lagi? Beta bukan suruh membazir. Bukan suruh menyusahkan rakyat yang penting bagi beta, sambutan berjalan dengan sempurna, cukup. Ini kita sampai berabis. Buat rancangan besar-besar ada masanya kita buat dulu, peruntukan kemudian kira. Apabila projek sudah jalan maka syarikat pun minta dibayar. Tetapi ada yang tidak terbayar. Akhirnya kerajaan juga diminta membayar, bukan bencanakah ini namanya?Bencana membebankan kerajaan dan sekali gus menyusahkan rakyat.

Berbalik kepada Influenza A H1N1, W-H-O pada 11hb. Jun 2009 telah mengisytiharkan Influenza A H1N1 ini sebagai pandemik yang menghendaki semua negara supaya mengambil langkah-langkah berwaspada daripada penularan jangkitan. Kita di Brunei tidak terkecuali dari menyahut saranan itu. Kita dari masa kesemasa telah dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan namun kes terus meningkat dan terdapat satu kematian.

Usaha mencegah kita lebih menjurus pada nasihat-nasihat belaka seperti menjaga kebersihan, mengurangkan aktiviti sosial, kuaratin 7 hari bagi rakyat yang baru balik daripada luar negeri. Namun itu semua cuma nasihat umum. Ada pun langkah yang diyakini, langkah yang paling penting seperti menegah buat sementara rakyat daripada ......... negeri-negeri yang terjejas, lebih-lebih lagi yang terjejas teruk tidak pernah dibuat atau difikirkan sehingga keluar surat-surat keliling JPM bilangan 4/2009 tarikh 7 July 2009. Tetapi sebelum ini ada kementerian-kementerian atau jabatan masih terus menghantar pegawai-pegawai keluar negeri termasuk negeri-negeri yang terjejas walaupun ada diantara pegawai itu kabar-kabarnya yang memberi pandangan jangan dulu menghantar kerana disamping boleh membahayakan diri pegawai-pegawai sendiri juga apabila balik kelak akan membahayakan juga orang lain seperti kawan-kawan sepejabat dan lebih-lebih lagi keluarga dirumah masing-masing.Namun jawapan daripada ketua pejabat tidak boleh, mesti pergi juga selama mana JPM belum mengeluarkan surat keliling mengenainya. Ini yang beta tidak gemar mendengarnya, ketua-ketua pejabat yang ada bekerja macam robot, tidak ada budi bicara langsung. Semua tahu arahan semata-mata. Kalau tidak ada arahan tidak membuat, walau pun didalam peraturan mereka ada mandat membuat pertimbangan-pertimbangan tertentu dan mengambil langkah-langkah munasabah lebih-lebih lagi yang berkaitan keselamatan dan kebajikan anak buah disamping kita menangani wabak ini dengan cara-cara biasa yang dipandu oleh pihak kesihatan. Kita selaku bangsa yang yang bertauhid juga menangani dengan doa, dengan Qunut Nazilah dan sembahyang hajat. Kita semua tahu cara ini kerana itulah kita membuatnya. Ia merupakan senjata kerohanian yang sangat-sangat digalakkan oleh ugama. Lagi banyak doa, banyak berzikir dan banyak sembahyang hajat, lagi baik. Lebih-lebih lagi setelah kita seperti kehilangan daya upaya dimana kawalan berbentuk fizikal seakan-akan tidak berkesan langsung dengan kes terus bertambah, maka bukankah wajar kalau usaha kerohanian itu lebih kita gandakan lagi tetapi apa yang beta lihat tidak ada usaha peningkatan kearah ini. Sembahyang hajat dimasjid-masjid pada hari Jumaat tidak sehangat yang diharapkan. Qunut Nazilah juga cuma cuma tahan-tahan pada hari Jumaat saja. Pada hal ia boleh dibuat pada lain-lain waktu sembahyang fardhu juga tidak ada pimpinan dan galakkan pada orang ramai untuk membaca doa dan zikir banyak-banyak.

Pegawai-pegawai ugama sangat ramai tetapi seorang pun tidak muncul untuk mengendalikan rancangan khas di radio dan di televisyen bagi memberitahu dan memimpin orang ramai tentang kepentingan doa dan berzikir sebagai usaha melindungi negara daripada wabak.Jenuh beta menunggunya padahal kementerian cukup besar mampu untuk membuatnya tetapi tidak dibuat. Kita tidak juga mendapati di kaca-kaca tv sebarang pengetahuan atau pemberitahuan misalnya do wirid dan ini zikir bagus untuk dibaca pada masa ini da seumpamanya. Apakah ini mahu menunggu beta juga. Akhir sekali sekolah-sekolah sekarang mula buka. Tapi belum kedangaran satu initiatif untuk membawa kanak-kanak sekolah sebelum mereka itu memasuki kelas untuk membaca atau mengaminkan doa memohon supaya dihindarkan dari bencana wabak. Apa susah sangatkah perkara ini dibuat. Padahal orang-orang ugama, beta percaya sedia mengetahui bahawa kanak-kanak yang belum berdosa doa mereka sangat mustajab. Apakah perkara ini pun tidak terpikir, beta ingin menyebut contoh kekurangan besar yang barangkali jarang terfikir iaitu bencana kekurangan bahan makanan. Siapakah yang terfikir ini, siapakah yang tampil dengan memikirkan dengan serious berapa lama sudah merdeka tapi hasil sara siri bahkan makanan asasi cuma 3.12 peratus saja seperti tidak ada apa dibuat. Dan yang pernah menyebut tentang 3.12 peratus ini. Siapakan yang pernah menghighlight angka keramat ini dikalangan menteri-menteri, tidak ada. Mengapa tidak pernah dihighlight? apakah kerana kita takut untuk merancang dan membuat sehingga beta sendiri yang terpaksa menyebutnya berulang kali dan dengan kehendak Allah tiba-tiba berlaku pula krisis makanan dunia sedang kita masih hanya cuma 3.12 peratus saja hasil makanan sendiri. Bayangkan pehak-pehak pembekal tidak mahu membekal disebabkan krisis ini atau lain-lain sebab. Beta terpaksa menyebut negara jiran sebagai contoh bahawa negara tersebut walaupun sudah ada didalam tanganya tujuh puloh peratus tetapi masih saja terus merancang sampai ketahap seratus peratus betapa kita cuma ada 3.12 peratus ini. Selepas beta berkali-kali menyebut perkara ini, kementerian yang berkenaan pun baru bangun menyahutnya. Dan alhamdulillah sajuk jua hati mendangar apa bila diberitahu pada tahun 2010, kita akan capai tahap sara diri dua puloh peratus, manakala menjelang 2015 akan meningkat ketahap enam puloh peratus. Inilah cara bagaimana kita bersiap-siap untuk menolak bencana kekurangan makanan dengan beginilah hendaklanya kita mesti melihat sesuatu dengan vision dan kerja keras bukan semata-mata main tunggu dan lihat saja.


Enam bulan yang lalu beta telah menghadir majlis ugama beta telah timbulkan perkara baki wang zakat. Zakat itu sampai mencecah lebih sertus lebih juta ringgit yang beta muskil bagaimanakah berlebih sampai begitu banyak. Apa makna baki atau lebih ini metilah maknanya wang lebih yang tinggal sesudah ianya sempurna diagihkan kepada asnaf-asnaf yang berhak atau dalam makna lain ia dipanggil baki itu adalah kerana tidak ada lagi asnaf yang berhajat sebab itulah ia berbaki dan sampai disimpan dengan jumlah yang sangat besar didalam bank atau dilaburkan adakah betul asnaf yang masih berhajat yang berhak menerima zakat dalam perkara ini beta telah menumpukan perhatian kepada tiga asnaf yang penting iaitu fakir, miskin dan penanggung hutang al-Gharimin. Apa benarkah tidak terdapat lagi asnaf fakir miskin dan al-gharimin di Brunei ini. Jawapanya mereka itu masih saja ujud. Jadi kalau masih ujud bagaimana baki atau lebihan zakat itu boleh ada dan malah dalam jumlah yang banyak pula.

Mengapa beta timbulkan perkara ini ialah kerana disamping berbangkit perkara ...zakat wajib diberikan kepada yang berhak dan tidak boleh ditahan-tahan juga adalah kerana mengingatkan bahawa kemiskinan kalau silap-silap akan boleh membawa seseorang kepada bencana. Tidakah pernah kita mendengar orang melakukan berbagai jenayah kerana kemiskinan orang membunuh diri kerana kemiskinan dan malah orang menukarkan ugama kerana kemiskinan apakan ini bukan musibah besar begitu juga orang berhutang macam-maca perkara boleh berlaku keatas mereka sebab itu lah mengapa hikmah mengapa Allah memasukan mereka kedalam asnaf yang berhak menerima zakat alhamdulillah zakat ini majlis ugama islam baru saja meluluskan untuk melunaskan tunggakan hutang bagi seramai seratus sembilan puluh orang al-gharimin saja dibawah skim rangcangan perumahan negara, skim kurnia rakyat jati, skim perumahan kampong sungai bunga dan skim perumahan yayasan sultan haji hassanal bolkiah sebanyak dua juta tiga ratus tujuh puluh tujuh ribu lima ratus tujuh puluh lima dan lima puluh empat sen hanya dua juta lebih. Orang-orang sepatutnya menerima boleh jadi diBrunei al-gharimin yang mana duit yang tinggal pada masa ini masih ada lima puluh juta lagi jadi kita jangan silap tentang tafsiran bencana itu, bencana bukan saja banjir, bukan saja tanah susur, bukan saja flu babi malah macam-macam lagi. dalam bidang pentadbiran dan pengurusan baru-baru ini majlis ugama islam telah membuat keputusan yang bagus lagi penting memutuskan satu garispandu menghantar pegawai-pegawai dan kakitangan keluar negeri, keputusan diambil kerana terdapat disebahagian kementerian atau jabatan yang tidak peka dengan kebajikan anak buah mereka apa bila menghantar pegawai dan kakitangan mereka keluar negeri, mereka menghantar pegawai dan kakitangan itu berseorangan seorang diri bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat atau seminar dan seumpamanya perkara ini hanya terkena kepada pegawai bawahan manakala kalau pengarah keatas terutama jika menteri dan timbalan menteri mereka itu pasti akan disertai oleh ramai pegawai dan kakitangan dan boleh jadi ditangani dengan kakitangan kedutaan. Apa tujuan beramai-ramai ini ialah untuk mendangani untuk membantu jika ada keperluan.

Dan juga untuk dibawa berunding itu alasan bagi ketua-ketua itu membawa pegawai dan kakitanganya. jadi pegawai-pegawai bawahan apakah tidak ada keperluan seperti ini maknanya mereka kita arahkan dengan sewenang-wenangnya untuk belayar seorang diri saja bila tida diketahui oleh kedutaan-kedutaan apakah betu kenyataan ini. Matangkah idea-idea ketua-ketua membuat keputusan seperti ini. Beta rasa iadalah idea yang tidak matang bahkan tidak syak lagi idea yang mementingkan diri idea tidak perihatin kepada anak buah idea kurang pemedulian dan tidak berstatus pemimpin. Beta tidak nampak rasional menghantar seorang diri itu berbanding dengan resiko buruk yang mungkin wujud . Cuba kita lihat kalau dia itu perlu bantuan-bantuan yang akan membantunya, kalau dia perlu berunding siapakah yang akan membawanya berunding kalau dia susah siapa yang akan turut mengirakan kesusahan dan kalau ia sakit bagaimana pula?. Itu dia diantara bencana-bencana yang mungkin menimpa kepada pegawai-pegawai atau kakitangan yang dihantar berseorangan dan dari segi kerugian kepada pehak kerajaan pula.

Jika pegawai misalanya dihantar untuk sesuatu persidangan, seminar dan lain-lain maka siapakah dia akan dapat merujuk bertukar fikiran terutama jika berbangkit perkara-perkara dasar atau polisi kerajaan tidak terlintaskah perkara ini seperti ini dikepala pentadbir dan pengurus-pengurus kita yang berpangkat tinggi itu sesuatu perkara satu lagi kalau yang dihantar itu seorang diri itu ialah pegawai atu kakitangan perempuan atau dihantar dua orang beradik seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai perempuan yang bukan muhrim ini lebih teruk lagi dari segi ugama. Dimanakah Brunei selaku sebuah negara yang kuat ugama tidak mustahil trend yang semacam ini adalah ibarat anai-anai yang merosakan kehidupan rumahtangga sesorang yang bolah menyebabkan orang bercerai berai atau sekurang-kurang memporak perandakan rumah tangga mereka yang terlibat tidak terlintas kepada kepala pentadbir dan pengurus yang bijak sana. Beberapa bulan yang lepas kita sebok dengan sambutan pendidikan negara abad ke 21 SPN 21 macam-macam pendekatan orang mengenainya termasuk yang memujuinya tetapi apabila beta teliti terdapat satu kepincangan yang ketara beta didapati subjek teras compulsory core ada empat semuanya bahasa melayu, bahasa ingeris, mathematic dan sains. Beta cari mana dia subjek Ugama IRK rupa-rupanya ia duduk bersama dalam satu kelompok denga subjek-subjek lain terutama subjek music dan ugama subjek-subjek ini diberi status sebagai wajib pelengkap compulsory complimentary sungguh mengejutkan. Subjek ugama di duduk bersama-sama subjek musik dan drama mengapa ia tidak bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematic dan Sains sebagai teras mengapa bahasa melayu subjek teras barangkali kerana ia disebut dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi kalau inda alasanya apakah kurangnya ugama islam ia juga rasmi dalam pelembagaan malah hemat beta ia lebih patut jadi teras kerana ia adalah ugama bangsa ugama dari allah yang wajib dipelajari oleh seluruh orang islam jika tidak dipelajarinya jadi dosa kepada mereka dan jadi tanggungan kepada negara. Satu lagi bencanaya subjek ugama disamakan dengan subjek music dan drama ia akan dipelajari kalau dirujuk kepada psychology manusia subjek music dan drama akan lebih kalau lebih diminati dan lebih laku lebih diminati dan lebih dihayati yang lain-lain sementara subjek ugama pula pasti akan ketinggalan dibelakang tidak kah ini munasabah dan musibah yang lain. Tidakah ini musibah tidak akan ada pilihan bagi semua orang melainkan mesti belajar music dan drama tidak kira anak siapa juga ...orang ugama atau pun bukan mesti belajar music dan drama dan natijahnya masa depan Brunei akan jadilah ia pentas music dan drama. Dinegara lain belum pernah terjumpa... jadi ada satu dua yang mana mewajibkan music dan drama tidak kah ini satu bencana atau ...Dimanakah wawasan kita untuk melahirkan generasi al-quran kalau digangu dengan teruknya oleh music dan drama..sekian.

Source: official website of the Prime Minister's Office http://www.jpm.gov.bn/

Wednesday, July 15, 2009

Lagu Hari Keputeraan


Love those Hari Keputeraan songs played on radio and TV? Mr. Brunei Resources is so thoughtful that he made these songs downloadable at his website:

http://www.bruneiresources.com/music.html

My favourite Hari Keputeraan songs are Dirgahayu; Selamat Hari Keputeraan; Menjunjung Kasih, and many more.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!!!

Titah KDYMM di Mesyuarat NDMC 13hb Julai 2009

Image by Infofoto (c) 2009

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has told the National Disaster Council to anticipate events which have not yet occurred in the country, but may still hit Brunei Darussalam, such as terrorism, tsunamis and earthquakes. The council's role, His Majesty pointed out, stretched beyond merely receiving and listening to reports from it's members but covers the drawing up of preparation plans in the contingency of a disaster, which His Majesty in his Titah said, may bring calamities. The monarch was addressing a Special Meeting of the National Disaster Council about containing the A H1N1 Influenza pandemic in the country. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, Chairman of the National Disaster Council was present at the meeting held Monday at the Fire and Rescue Department in Berakas. In the thirty-five minute long Titah, His Majesty touched on celebrations for his birthday anniversary, the National Education System for the 21st Century, tithe issues and more stringent measures towards preventing the spread of the A H1N1 Influenza pandemic.


His Majesty stated that although floods and high tides seldomly occurred before in Brunei, they had recently touched areas never before affected. Incidents of landslides on such a wide scale, His Majesty said, had never been a problem until recently, where they damaged houses, buildings and even claimed lives. His Majesty underlined that vigilance and preparation was required as opposed to waiting around until incidents happen. On A H1N1, His Majesty talked of how the current pandemic plaguing the country, represented a fearful scourge as it disrupted social activities, including His Majesty's own birthday celebrations. Nevertheless, the monarch was sure that the spirit of 15th July would remain high and vibrant.


In expressing gratitude to everybody involved in preparing for the birthday celebrations, His Majesty also expressed displeasure in some of the initiatives made to mark the event. His Majesty believed that some of the government's initiatives were viewed as a burden to society. He noted that the celebration's committees in arranging huge events, lobbied the public for donations and mainly targetting large companies, prompting widespread news coverage and publicity by the print media and television covering the donation ceremonies. In the forefront, to receive these donations, said His Majesty, are ministers and high ranking officials, making it look as though the birthday celebration serves as a front for lobbying and campaigning to get donations.


His Majesty questioned if this lobbying and campaigning was the right way, as it prompted people to compete to donate. His Majesty believed that by name of the royal birthday celebrations, donations pour in, prompting the questions: if it is right, and were the donors sincere or were they forced to donate? All these issues, said His Majesty, need to be looked at closely and not made an annual trend, as frankly, said His Majesty, he does not like for his birthday to be made a tool to accumulate donations. His Majesty went on to ask if whether the allocated budget was not sufficient? His Majesty also questioned as to how glorious and grand the celebration needed to be - adding that he does not want it to be wasteful or bring hardship to the rakyat. It is adequate for the celebration to run properly and not to go all out in excessive fashion.


On the A H1N1 Influenza pandemic, His Majesty states that while steps are taken to contain the disease, based on advice of health authorities, such as maintaining cleanliness and cutting down on social events, it's more important and effective to include measures to restrict overseas travel for Bruneians. His Majesty states that travel should be temporarily prohibited to affected countries. This move was not enforced until the Prime Minister's Office issued a circular to this effect on July 7th 2009. Prior to that, ministries and departments continued to send officers overseas, including to affected countries, even though those officers are said to have put forward their views against being sent abroad, as it meant endangering themselves as well as their family upon returning home. Nevertheless, said His Majesty, their superiors insisted on going through with sending them overseas until the Prime Minister's circular put a stop to it. This, said His Majesty, is an example of always waiting for instruction, even though these superiors have their own mandate to make their own decisions and take appropriate steps towards protecting the safety of their charges.


His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam continued on the subject of the A H1N1 pandemic, noting that as a country with strong faith, Brunei Darussalam had confronted the pandemic with special prayers as well as tackled it through normal procedures, with the Health Ministry's guidance. His Majesty said, the spiritual weapon was more important now that we seem to have lost physical control and flu cases continue to rise. His Majesty said, spiritual efforts should be multiplied, as His Majesty noted a lack of effort in that respect. His Majesty noted that the hajat prayers at mosques on Friday were not as prominent as they should be. And Qunut Nazilah were only held on Fridays, while in fact they could be performed during other prayers without being guided or led. While religious officers are many in number, said His Majesty, none have come forward to conduct special programs on radio or television to inform and guide the public on the importance of doa and zikir as means of protecting the country from the pandemic. The monarch expressed disappointment in waiting, as although the ministry is capable of taking such action, none has been taken. His Majesty pointed out television's usefulness in screening quranic verses and zikir at this testing time. Although schools are now re-opened - the initiative to lead school children to read a doa for protection against the pandemic before entering class, hasn't been witnessed noted the ruler. His Majesty believes that religious people know the effectiveness of prayers on young children.


His Majesty in his titah also pointed at some other examples of major weaknesses that are often overlooked, such as food shortage. His Majesty asked the question as to who should be thinking about the issue seriously?


His Majesty said that though the country had been independent for some time now, only a three point one percent level of self sufficiency in the basic food has been achieved - as though nothing had been done. No one, said His Majesty, has pointed this figure out to the ministers, and the monarch questioned as to why it had not been emphasized. His Majesty suggested it might be because, we are afraid to make plans and take action until His Majesty himself repeats it many times, and what if, by the will of Allah the Al-Mighty, there suddenly occurs a worldwide food shortage crisis and we have only achieved three point one percent food self sufficiency. His Majesty asked the Council, to just imagine if suppliers did not want to supply Brunei, in the case of a crisis. His Majesty mentioned how our neighbouring countries which although have still to achieve 70 percent self sufficiency, still continue to make plans towards a one hundred percent self sufficiency goal. His Majesty reiterated how it was only after His Majesty himself repeats this point over and over, that the ministries concerned rise to respond. By the grace of Allah, said the Monarch, it is heartening to hear that Brunei will achieve twenty percent self sufficiency in basic food by the year 2010, and sixty percent by the year 2015. His Majesty summarised that the way to look at something is with vision and not with a "wait and see" approach.


His Majesty spent a lot of time on the issue of tithe, recapping that at the meeting of the Brunei Islamic Council six months ago, he had raised the issue regarding the huge balance in the tithe fund which was in excess of one hundred million dollars. His Majesty questioned how such a large balance could accumulate, whether it was because there were no more poor people who needed it or they were just illegible to receive it. His Majesty threw focus on three groups of poverty in brunei, comprising the poor, the poorer and those in debt and asked if it was true that this group of people no longer existed in Brunei. The answer is they do still exist said His Majesty, who then questioned how such a large balance of tithe can still exist as it is obligatory for zakat to be given to those eligible. Zakat must not be with held, stated His Majesty, as poverty can drive an individual to disaster, illustrating this, by pointing out the various crimes committed because of poverty which can even drive an individual to suicide. Furthermore, stated the ruler, poverty can force individuals to change religion, which is a major disaster. Many evil things can happen to those in debt. This is why, says His Majesty, that Allah the Al-mighty places these people in the poverty category. It is a welcome move that the islamic religious council recently approved to settle arrears in tithe to 190 people who were in debt, under housing programmes amounting to more than two million dollars.


Touching on the policy of assigning officers and staff to overseas assignments such as conferences, His Majesty said that some ministries and departments were being insensitive to the welfare and well-being of their employees. The ruler pointed out how lower ranking officers or staff, were sent overseas on their own to attend conferences and seminars, while higher ranked officials such as directors, ministers and deputy ministers, were accompanied by other officers, whose work could be done by diplomatic mission staff in the countries concerned. When His Majesty questioned the purpose of sending so many - the answer received was "to assist", as well as excuses of bringing more officers for "discussion purposes" and so on. Why then, asked His Majesty, is there no such need for the lower ranked officers? His Majesty suggested that such decisions were based on self interest and not for the welfare and well-being of employees. His Majesty questioned who could the lower ranking officers hold discussions with? If such officers get into difficulties or become ill, where do they turn to? Another issue that senior officers have neglected to think of, is regarding the sending of two people, a male and a female who are unrelated to each other, overseas, which goes against islam. His Majesty questioned the possibility that such procedure might destroy homes, break up marriages or at least, cause disturbances and asked why this had not crossed the minds of the wise administrators and managers?


On the national education system for the 21st century, His Majesty pointed out an obvious flaw in the system - religious education is not included as a compulsory core subject. The compulsory core subjects only comprise of the Malay language, English language, mathematics and science. His Majesty said it was surprising that the islamic religious subject was placed in the same group as complementary subjects such as music and drama, and questioned why Ugama was not one of the compulsory core subjects? As malay is the official language according to constitution and therefore a compulsory core subject, then so should Islam be, as the official religion of the country according to the constitution. His Majesty expressed his opinion, that Ugama should be a compulsory core subject and studied by all muslims, as it is a sin not to, and a potential burden to the country. Another disastrous flaw of the new education system said His Majesty, is that Ugama is placed in the same group as music and drama. In this respect, said the monarch, even a psychologist would agree, that it would lead to music and drama being more popular, while leaving Ugama behind. His Majesty questioned the whereabouts of the nation's vision to produce a generation well versed in the holy al-qur'an if this teaching is disrupted.


Source: RTB News

Sunday, July 12, 2009

Re-appointed CSPS Board of Directors

The Prime Minister's Office, in a press release, announces that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to the re-appointment of the Board of Directors for the Centre of Strategic and Policy Studies (CSPS) for a period of two years commencing July 1, 2009.

As of that date, the Chairman of CSPS is Tuan Haji Omar bin Haji Abd Rahman, Permanent Secretary at the Prime Minister's Office and Deputy Chairman is Dato Paduka Mohd Alimin bin Haji Abd Wahab.

Members of the Board of Directors of CSPS are Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong, Permanent Secretary at the Ministry of Finance, Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Haji Mohiddin, Dato Paduka Malai Haji Ali bin Malai Haji Osman, Mr Stephen Ong, Fauziah bte Dato Talib and Awg Haji Salleh Bostaman bin Zainal Abidin.

Meanwhile, the Board Secretary of CSPS is Dato Paduka Dr Haji Ismail bin Haji Duraman, Executive Director of CSPS.

The press release also stated that the centre was set up as a corporate body on July 1, 2006 with the objective of the advancement and dissemination of knowledge and the promotion of research on Brunei Darussalam and on all matters pertaining to Brunei Darussalam's interests.

The centre was established under the 'Centre for Strategic and Policy Studies Order 2006'.

Source: Borneo Bulletin, 12th July 2009

Sunday, July 5, 2009

HM's birthday celebrations postponed

BY the command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam all events and ceremonies in conjunction with His Majesty's 63rd birthday have been postponed as a precautionary measure against the Influenza A (H1N1) pandemic.

This was announced yesterday by Minister of Home Affairs Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Hj Adanan Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Hj Md Yusof, who said that His Majesty's titah stated that such steps were taken to prevent further spread of the pandemic, maintain public safety, health and peace in the country.

However, mass Maghrib and Sunat Hajat prayers, the recital of Surah Yassin, Tahlil and thanksgiving prayers will be held as scheduled on July 14 (Tuesday afternoon), with the main gathering at Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah Mosque followed by other mosques and religious centres throughout the country.

During the press conference, the Minister of Home Affairs did not specify when the birthday celebrations would resume.