Source: www.jpm.gov.bn
Tuesday, November 17, 2009
New CSPS Chairman
Source: www.jpm.gov.bn
Monday, November 16, 2009
Guide to common plants and animals in Brunei
Saturday, November 7, 2009
Titah KDYMM di Majlis Sambutan Hari Guru ke-19

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhamaddin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Marilah kita sama-sama bersyukur kerana dapat berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang ke-19.
Pada kesempatan ini, beta mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru di negara ini.
Tema pada tahun ini berbunyi: ‘Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan’.
Guru berkualiti memanglah diperlukan untuk mendididk dan memperkaya para pelajar dengan ilmu serta kemahiran melalui cara-cara penyampaian yang menarik lagi berkesan.
Guru adalah ejen yang melahirkan insan-insan inovatif yang mempunyai daya fikir yang hebat lagi tinggi serta serba boleh. Guru seperti inilah yang kita harapkan untuk membawa perubahan sehingga tercapainya Wawasan Negara 2035.
Guru seperti inilah yang kita perlukan untuk menghadapi dunia yang banyak berubah dan akan terus berubah. Guru pada hari ini adalah digital immigrants, manakala para pelajar pula adalah digital natives. Dalam makna, guru-guru itu perlulah bekerja lebih keras serta mendepani segala perkembangan.
Seterusnya, guru-guru perlu sampai kepada satu standard yang diperlukan. Sudah tiba masanya kita mempunyai standard guru, yang boleh dijadikan penyukat selaku guru berkualiti, sebagaimana jua negara-negara maju yang lain memilikinya.
Hari ini, negara-negara maju dan membangun di seluruh dunia sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk sistem pendidikan mereka, dan majoriti negara-negara tersebut telah membuat reformasi pendidikan masing-masing.
Alhamdulillah, kita juga sedang di landasan yang sama apabila kita membuat anjakan paradigma dalam sistem pendidikan kita. Sebagai sebuah negara walaupun kecil, kita juga tidak boleh mengasingkan diri daripada terlibat dalam arus perubahan yang menuju ke arah kemajuan itu. Sebaliknya kita perlu terus memfokuskan perhatian dan usaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, serta mengorak langkah untuk menjadikannya realiti, kerana masa tidak akan menunggu kita.
Walau bagaimanapun, dalam kepantasan dan keghairahan kita mengejar kemajuan, beta ingin berpesan supaya segala perancangan dan perlaksanaan pendidikan itu, kita hendaknya tidaklah akan tergelincir dari tunggak kekuatan kita, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah ini amatlah penting dipelihara sebagai paksi kita mempersiapkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa.
Semua ini, pada hemat beta, di samping ia tertakluk kepada sistem pendidikan yang betul, peranan guru juga adalah paling utama. Jika ini diabaikan, maka sukarlah untuk kita mencapai sasaran-sasaran negara secara optima. Oleh itu, usaha-usaha ke arah menyediakan guru-guru yang berkualiti adalah langkah tepat dan wajar.
Menyentuh kualiti keseluruhan pendidikan negara, alhamdulillah, beta telah menyaksikan negara kita mencapai satu kedudukan yang sangat baik di arena antarabangsa.
Pada misalnya, kejayaan negara melaksanakan tanggungjawabnya bagi memberikan Pendidikan Untuk Semua atau Education For All (EFA). Di dalam EFA GLOBAL MONITORING REPORT 2009, yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam berada dalam kelompok negara yang mencapai High EFA Development Index (EDI), dan berada di kedudukan teratas di antara negara-negara ASEAN, dan di tempat yang ke-36 daripada 129 negara di dunia.
Kejayaan kita dalam melaksanakan EFA di negara ini telah memastikan penduduk negara menjadi penduduk yang berpendidikan. Ini, membawa negara berada di kelompok negara yang mempunyai Very High Human Development bersama-sama dengan negara-negara maju, seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Kenyataan ini dimuatkan dalam Human Development Report 2009, yang disediakan oleh United Nations Development Programme (UNDP), dan negara kita berada di tempat ke-30 di antara 182 buah negara di dunia.
Kejayaan-kejayaan tersebut bukanlah hasil usaha satu pihak sahaja, malah usaha semua pihak daripada kita, dan yang pastinya, sebahagian daripada pihak tersebut ialah para guru sekalian.
Akhirnya, kepada penerima-penerima Anugerah Hari Guru pada tahun ini, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Kita berharap anugerah ini akan memberi motivasi dan sumber ilham kepada semua warga guru, bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan, dan semoga para guru akan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wataala jua hendaknya.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(Source: Press Room)
Wednesday, November 4, 2009
Titah KDYMM sempena Majlis Konvokesyen ke-21 UBD
(c) Infofoto, Information DepartmentBismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada pagi ini.
UBD dalam usianya baru menjangkau hampir suku abad, sudah dapat kita banggakan hasil perkembangannya, terutama dalam aspek sumbangan kepada perkembangan sumber tenaga manusia di Negara Brunei Darussalam. Beta sangatlah gembira kerana semakin ramai anak tempatan memperolehi kelulusan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Beta ingin melihat lebih ramai lagi mereka itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lepasan ijazah, terutama jika mereka menjadikan Universiti Brunei Darussalam sebagai salah satu universiti pilihan.
Di UBD sekarang ada ditawarkan satu program dikenali sebagai Program GenNext. Beta percaya langkah ini perlu untuk melengkapkan lagi para pelajar kita bagi menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.
Beta juga mahu melihat peningkatan jumlah tenaga akademik tempatan yang berjawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya. Namun dalam pada itu, kita tidak menggalakkan hanya untuk meningkat semata-mata, tetapi peningkatan itu mestilah betul-betul menepati criteria kelayakan, sebagaimana yang diamalkan oleh universiti-universiti yang berprestij di dunia.
Maka untuk itu, calon-calon Pensyarah Kanan dan Profesor Madya itu hendaklah betul-betul memenuhi syarat-syarat yang diperlukan, di antaranya mesti kreatif dan gigih melakukan penyelidikan-penyelidikan serta menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu.
Semua ini akan turut menjadi sukat-sukat kepada tahap kualiti mereka. Tanpa penyelidikan dan hasil-hasil kreatif itu, maka akan sukarlah untuk kita bercakap mengenai kualiti.
Khusus mengenai penyelidikan, beta ingin melihat warga universiti, sama ada tenaga akademik mahupun para pelajarnya, akan bergiat aktif dalam penyelidikan. Kerana itu beta turut berbangga manakala UBD menubuhkan kelompok kajian atau research clusters dalam pelbagai bidang. Beta yakin, dengan adanya kelompok ini, akan dapat menarik para pengkaji yang berkaliber, yang meliputi dari dalam dan luar negara. Ia juga diharapkan dapat menyuntik minat pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa untuk mengikuti program pasca ijazah di UBD dan akan mengmbil salah satu dari kelompok ini untuk jadi bahan kajian mereka.
Demikian juga seperti beta dimaklumkan, bahawa satu usaha untuk mendedahkan para pelajar kepada pendidikan di luar kampus akan diperkenalkan pada ‘Tahun Penemuan’ atau ‘Discovery Year’ pada tahun 2011. Ia akan berjalan sama ada melalui khidmat masyarakat, projek inovasi, penempatan kerja di dalam dan di luar negara, ataupun pengajian selama satu atau dua semester di universiti atau institusi luar negeri yang tersohor.
Malah beta sangatlah bersetuju dengan langkah UBD menubuhkan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan, pada Januari tahun ini, supaya ia dapat menawarkan program-program latihan yang berhubung kait dengan aspek-aspek kepimpinan, inovasi, perubahan minda dan pembangunan eksekutif.
Beta difahamkan, program-program ini dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli-ahli profesional yang prominen, dalam dan luar negeri.
Langkah UBD ini sama maknanya, dengan kita sedang menyiapkan diri untuk memperolehi pemimpin-pemimpin yang baik lagi berwibawa di masa depan.
Beta melihat UBD ini sedang berkembang dengan rancaknya, dan salah satu perkembangannya yang menarik ialah penaikan taraf Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah kepada sebuah institut pasca ijazah atau Graduate School pada awal tahun ini. Semoga ini juga akan jadi wadah untuk melahirkan guru-guru yang lebih berilmu dan matang.
Untuk akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua para graduan dan penerima sijil pada hari ini di atas kejayaan mereka dalam pengajian masing-masing dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi.
Beta juga ingin mengmbil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Naib Canselor, pegawai-pegawai utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka, semoga Allah jua yang akan mengurniakan ganjaran-Nya berupa rahmat dan taufiq.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(Source: Press Room, Information Department)
New website of Housing Development Department
http://www.perumahan.gov.bn
Now the public can lodge an online application of the national housing scheme... Cool ya!!!
Sunday, October 25, 2009
Press Freedom Index 2009
Check here:
http://www.rsf.org/en-classement1003-2009.html
Who are they?
Reporters Without Borders:
Before taking action, Reporters Without Borders researchers, who each handle a region (Africa, the Americas, Asia/Pacific, Europe and the former Soviet bloc, Middle East/ North Africa) or a topic such as the Internet, compile reports of press freedom violations. After checking the information, the researchers and the organisations’ correspondents send protest letters to the authorities to put pressure on governments which do not respect the right to inform and to be informed, and send releases to the media to drum up support for the journalists under attack.
Sometimes gathering information is not enough. A Reporters Without Borders fact-finding mission is then sent to investigate on the spot the working conditions of journalists, as well as cases of imprisoned or murdered journalists, and also to meet with the authorities in the country concerned.
Saturday, October 10, 2009
updated list of Permanent Secretaries & deputy at PMO
- Economy, Finance, Research and Development - Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong
- Law & Welfare - Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof
- Planning and Economic Development - Yang Mulia Awang Haji Murni bin Haji Mohamed
- Corporate and Governance - Yang Mulia Awang Haji Sa Bali bin Abas
- Security and Enforcement - Yang Mulia Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman
- Media and Cabinet - Yang Mulia Pengiran Abdul Haris bin Pengiran Haji Shahbuddin
Deputy Permanent Secretaries at Prime Minister's Office
- Security and Enforcement - Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor
- IT & E-Government - Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Yusof
- Energy - Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim
- Law & Welfare, Corporate & Governance - Yang Mulia Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Awang Abidin
- Economy, Media, Cabinet, Finance, Research - Yang Mulia Haji Mahrub bin Awang Haji Murni
As of 25th September 2009
Complete List of Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries in all ministries available here.
(Reference: Official website of the Prime Minister's Office)
Titah KDYMM sempena Majlis Penyerahan Dokumen Agihan Baki Wang Zakat
(c) Infofoto, Information DepartmentBeta melihat, majlis ini bukan sahaja indah pada tujuannya, malahan juga merupakan satu ‘sejarah’ penting lagi penuh bermakna kepada kita semua dan kepada negara.
Pada hari ini, lembaran sejarah negara sedang ditulis dengan tinta emas, bahawa kita sekarang sedang bergerak ke arah pembebasan diri dari kemiskinan.
Ini bukanlah satu kemujuran, tetapi perancangan dengan memerah otak, serta juga ditambah lagi dengan keyakinan, bahawa kita adalah mampu untuk berbuat demikian.
Beta berpendapat, sekiranya apa yang akan dilaksanakan sebentar lagi benar-benar menepati senarai rasmi Asnaf Fakir Miskin, maka apabila beta telah menyempurnakan penyerahan dokumen agihan baki wang zakat kepada mereka itu, maka negara, dari saat tersebut adalah wajar untuk dilabel sebagai bebas dari kemiskinan.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengiktirafnya sebagai satu kenyataan dan bukan impian. Allah Taala mengetahui niat kita, dan begitu juga dengan kehendak-Nya, akan menyampaikan niat kita itu, lebih dari apa yang diduga.
Kalau ada individu-individu yang masih tercicir, sedang mereka menganggap diri mereka juga berhak, maka perkara itu perlulah dirujukkan kepada pihak berkenaan untuk diteliti. Pihak yang berkenaan akan melihat sama ada mereka menepati kategori fakir miskin ataupun sebaliknya.
Jika masih ada selepas majlis ini dakwa-dakwi oleh individu-individu seperti di atas, maka itu adalah perkara biasa, dan tidaklah akan jadi dakwat hitam untuk memadamkan sejarah baru yang sedang kita tempuh ini.
Dalam pada itu, pihak berkuasa yang menangani kutipan dan agihan zakat, hendaklah bersikap lebih peka dan proaktif dalam memantau dan menilai keadaan masyarakat yang dianggap berhak kepada zakat.
Bukanlah setakat menunggu pemohon-pemohon datang, kerana bukan semua orang mampu untuk datang, atau setengahnya itu mungkin sahaja tidak tahu siapa dan di mana hendak dituju.
Ini, tentulah akan turut pula mencabar peranan dan kepimpinan para pemimpin masyarakat, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik, Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung.
Kepada mereka yang dipantau dan dinilai pula, sama ada yang datang sendiri memohon ataupun bukan, perlulah mematuhi dan menerima setiap penilaian oleh pihak yang berwajib, kerana penilaian yang dibuat itu adalah berasaskan kepada sukat-sukat atau garis panduan yang sempurna.
Kepada bakal-bakal penerima Dokumen Agihan Baki Wang Zakat yang berjumlah lebih 4,000 orang pula, diharapkan akan memanfaatkan bahagian mereka masing-masing dengan bijaksana dan berhemah, dengan mengelakkan gaya hidup boros atau membazir.
Bahagian masing-masing itu boleh membantu mereka untuk mengatur kehidupan yang lebih baik lagi selesa.
Mereka sekarang bukan lagi di bawah label fakir miskin, sekurang-kurangnya untuk beberapa tempoh tertentu.
Dan tidaklah mustahil, dari jumlah seramai itu, akan ada juga mereka yang tidak mahu lagi untuk berpaling ke belakang, tetapi dengan azam kuat serta disertai dengan ikhtiar-ikhtiar bijaksana, akan terus bertahan di bawah label ‘tidak lagi memerlukan agihan zakat’.
Akhir kalam, marilah kita sama-sama merafakkan syukur serta doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga kita dan negara sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya, hidup dalam aman, selamat dan makmur, berhias dengan keimanan dan ketaqwaan buat selama-lamanya.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Source: Press Room, Information Department
Titah KDYMM sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M
Photo (c) Infofoto 2009TITAH PERUTUSANKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAMSEMPENAHARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1430 HIJRAH/2009 MASIHI
