Tuesday, December 15, 2009

Titah KDYMM sempena Hari Raya Aidiladha 1430H / 2009M

Photo (c) Infofoto 2009

Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1430 Hijriah / 2009 Masihi pada 27 November 2009.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Walillahilhamd

Aidiladha datang lagi. Setinggi-tinggi syukur kita rafakan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengurniakan rahmat-Nya menemukan kita lagi dengan hari yang mulia ini.

Hari ini, seluruh umat Islam menyambutnya dengan riang gembira.

Di masjid-masjid atau di tanah-tanah lapang di seluruh dunia, sedang menyaksikan kegembiraan dan kemeriahan itu. Mereka berkumpul beramai-ramai untuk sama- sama bergembira dengan melakukan Sembahyang Sunat Aidiladha.

Apakah yang lebih membahagiakan lagi dari suasana seperti ini?

Bagi dada-dada yang penuh dengan iman, akan lebih merasakan lagi perkara tersebut, kerana iman itu adalah suluh hati. Orang yang hatinya bersuluh dengan iman, adalah orang yang dapat melihat, betapa indahnya Islam itu.

Agama Islam agama silaturahim, agama ramah mesra, agama muafakat. Islam tidak mengajar umatnya mementingkan diri, tetapi sebaliknya menyuruh, untuk komited dengan masyarakat.

Inilah ajaran Islam. Ia tergambar dalam sistem peribadatannya. Lihat sajalah kepada ibadat sembahyang, yang sangat-sangat digalakkan berjemaah, sehingga dijanjikan dengan pahala berlipat ganda, berbanding dengan sembahyang bersendirian.

Sekali dalam seminggu, diwajibkan pula berkumpul untuk Sembahyang Jumaat, sementara dua kali dalam setahun, digalakkan beramai-ramai untuk melakukan Sembahyang Sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Kemuncak dari perkumpulan paling besar pula, dilakukan di Mekah Al-Mukarramah pada Musim Haji.

Ini semua, adalah isyarat-isyarat jelas, betapa Islam itu menggalakkan pertemuan - pertemuan mesra di antara umatnya, bukan pertemuan-pertemuan kosong yang sia-sia, tetapi bertemu sambil beribadat kepada Allah Ta’ala.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd

Melihat indahnya Islam itulah, menjadikan kita bertambah-tambah sayang kepadanya. Melihat ajaran-ajarannya yang sempurna itulah, membawa kita lebih bersemangat dan lebih ghairah lagi untuk melihatnya berkembang dan terus maju.

Semua pihak dari kalangan orang Islam tidak boleh berkecuali dalam memajukan Islam. Semua kita adalah sama-sama berkewajipan untuk berbuat yang demikian itu.

Dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini, bermacam-macam rancangan untuk melemahkan Islam, di antaranya yang paling merbahaya sekali ialah, berupa fitnah-fitnah terhadapnya dan juga terhadap dan juga terhadap orang-orang Islam sendiri.

Kita hanya mampu, untuk meminta supaya berhenti, tetapi mengharapkan orang berhenti adalah mustahil, berdasarkan, usia agama Islam yang dibawa oleh Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjangkau lebih dari 1,400 tahun, namun hingga sekarang, fitnah-fitnah itu terus saja mekar dalam bentuknya yang bermacam-macam.

Di saat baik dan bulan baik ini, marilah kita samasama berdoa, semoga Allah terus memelihara agama-Nya dan memelihara kita semua hingga ke akhir hayat, berada di dalam selamat dan sejahtera dan terhindar daripada sebarang fitnah dunia Akhirat. Amin.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd

Akhirnya, beta dan keluarga beta, dengan ingatan penuh muhibah, sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Al- Mubarak kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang beragama Islam, di mana saja mereka berada. Tidak lupa juga kepada mereka yang sedang berada di Tanah Suci Mekah pada ketika ini. Semoga Allah memberikan kita semua kebahagiaan berupa perlindungan, kesihatan dan kemakmuran. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room, Information Department

Sunday, November 22, 2009

characteristics of Laila rice (BDR1)

From the website of Department of Agriculture and Agrifood:


Photo (c) A Jennifer Mok


Ciri-Ciri Padi / Beras Laila

Ketinggian Pokok (cm) 95-100
Tempoh Kematangan (hari) 105-110
Kelas Kematangan Matang Awal
Timbangan 1000 butir/biji (g) 26.2
Purata Hasil (tan/ha) 5.0 - 6.8
Bentuk & Saiz biji Beras Panjang
Ketahanan Terhadap Zat Besi Sederhana Rintang
Reaksi terhadap fotokala Tidak peka terhadap fotokala


Beras Laila ini mempunyai nutrien mikro yang lebih berpatutan, kandungan karbohidrat dan serat (nutrien makro) yang rendah dan kandungan protein yang lebih tinggi berbanding dengan beras Hom Mali (Thai). Beras Laila ini juga setanding dengan beras tempatan yang lain seperti beras Pusu dan beras Adan dalam kandungan tenaga, lemak, karbohidrat dan serat manakala kandungan proteninya lebih tinggi berbanding kandungan protein beras tempatan.



Kandungan Nutrien
(Per 100g bahagian yang dimakan)

Tenaga (Kcal) 353
Air (g) 11.3
Protein (g) 8.2
Lemak (g) 1.0
Karbohidrat (g) 77.8
Serat (g) 0.2
Abu (g) 1.5

Titah KDYMM di Expo Pertanian & Agrimakanan 09

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI MAJLIS PEMBUKAAN RASMI EKSPO PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN 2009 BERTEMPAT DI KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN TUNGKU, GADONG PADA HARI KHAMIS 1 ZULHIJAH 1430/19 NOVEMBER 2009


(c) Infofoto, Information Department


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta ingin mengajak, supaya kita terus-menerus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah mengurniakan nikmat-Nya berupa penghidupan yang selesa dan bahagia. Salah satu punca nikmat itu ialah bumi yang subur, yang sesuai untuk bercucuk tanam.

Di samping nikmat bumi subur, kita juga menikmati suasana dan keadaan yang aman, terlepas dari pelbagai musibah yang berat-berat, seperti bencana-bencana alam yang merosakkan bumi dan harta benda.

Sangat banyak bumi yang subur di dunia ini, tetapi banyak juga yang tidak dapat dimanfaatkan oleh warganya, kerana terhalang oleh pelbagai kejadian atau musibah. Lain lagi, setengahnya itu, ada yang memang tidak memiliki tanah dan iklim yang sesuai untuk pengeluaran makanan.

Di negara kita alhamdulillah, bumi dan iklim serta keadaan, adalah cukup-cukup memberangsangkan untuk mencari penghidupan dengan cara mengusahakan tanah.

Pekerjaan bertani dan bercucuk tanam bukanlah satu kerja lekeh, tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama, kerana manfaatnya bukan untuk individu tertentu saja, malahan bagi sekalian makhluk Allah Taala, sebagaimana ada hadis yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim yang bertanam itu, kemudian hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang dan burung, semuanya itu akan jadi sedekah baginya sehingga hari kiamat.”

Tidakkah ini petunjuk yang jelas betapa bercucuk tanam itu suatu pekerjaan yang mulia?

Jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia bukan saja mampu untuk menjamin pemakanan rakyat, malahan juga boleh membantu mengatasi pelbagai kesulitan, termasuk mengurangkan pengangguran.

Krisis global yang berkaitan dengan perubahan iklim, yang diburukkan lagi dengan berkurangnya kawasan-kawasan yang boleh dijadikan kawasan pertanian, memberikan kita kepercayaan bahawa bidang pertanian, khasnya di akhir-akhir ini, adalah suatu bidang yang amat penting, merupakan salah satu tunggak utama dalam perekonomian negara.

Oleh itu memandangkan usaha-usaha penyediaan bahan makanan adalah melibatkan secara langsung bidang pertanian, maka beta terpanggil untuk menjadikan Jabatan Pertanian sekarang ini menjadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan ini, memerlukan peralihan dan pertanian jenis tradisi kepada pertanian berteknologi tinggi; dari pertanian jenis kecil-kecilan kepada pertanian berunsurkan komersil berskala besar; dan dari jenis pertanian sambilan kepada jenis pertanian sepenuh masa.

Ini memerlukan pendekatan baru, terutama dalam hal-ehwal pengurusan, tenaga manusia, kemudahan kewangan dan pemasaran.

Bidang pertanian di merata dunia sudah mengalami perubahan yang deras. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan prasarana yang sesuai bagi menghadapi segala kemungkinan. Maka atas asas inilah, kerajaan beta, melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama akan terus menyediakan bantuan, bimbingan dan prasarana bagi membolehkan pertanian di negara ini berdaya maju.

Para petani, peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian, digalakkan untuk menyertai usaha-usaha penghijauan bumi ini, kerana tanpa penglibatan mereka, usaha-usaha kerajaan akan kurang berjaya.

Sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha dan sumbangan para petani, peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian di negara ini, beta dengan sukacita mengisytiharkan, bahawa pada setiap 1 haribulan November sebagai Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan bagi Negara Brunei Darussalam. Semoga dengan pengiktirafan ini, para petani, peladang, penternak dan nelayan serta pengusaha pertanian akan meneruskan usaha murni mereka untuk membantu kerajaan dan juga membantu diri mereka sendiri.

Dengan amat sukacita dan bersyukur serta iringan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahumma Salli ‘Alaa Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aali Sayyidina Muhammad, beta rasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 dan juga melancarkan pembukaan Taman Agroteknologi Brunei.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source: Press Room, Information Department)

Friday, November 20, 2009

Agriculture Dept is now Agriculture & Agrifood Dept

from Pelita Brunei, 20th November 2009

Jabatan Pertanian kini jadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

TUNGKU, GADONG, Khamis, 19 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalan bertitah mengumumkan bahawa, Jabatan Pertanian kini menjadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.


Perubahan ini, tegas baginda, adalah memandangkan usaha-usaha penyediaan bahan makanan adalah melibatkan secara langsung bidang pertanian.


Di samping itu, pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan sendiri amat memerlukan peralihan dari pertanian jenis tradisi kepada pertanian berteknologi tinggi; dari pertanian jenis kecil-kecilan kepada pertanian berunsurkan komersial berskala besar dan dari jenis pertanian sambilan kepada jenis pertanian sepenuh masa, titah baginda.


Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan dan Melancarkan Pembukaan Taman Agroteknologi Brunei di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, di sini.


Titah baginda, bidang pertanian sejak akhir-akhir ini adalah satu bidang yang amat penting dan merupakan salah satu tonggak utama dalam perekonomian negara.


Perkara ini lebih penting lagi, tegas baginda, memandangkan kepada krisis global yang berkaitan dengan perubahan iklim, di mana diburukkan lagi dengan berkurangnya kawasan-kawasan yang boleh dijadikan kawasan pertanian.


Menyentuh mengenai sejarah penubuhan Jabatan Pertanian, ia yang diwujudkan pada tahun 1932 melalui pentadbiran Dr.H.Tempany, Pengarah Pertanian Malaya merangkap Penasihat kepada Brunei Darussalam.


Pada tahun 1946, jawatan Pegawai Pertanian diwujudkan bagi urusan pertanian Negara Brunei Darussalam, yang sebelum ini ditadbirkan Kerajaan Penjajah British di Malaya, Awang Hamidon bin Awang Damit yang merupakan anak Brunei pertama dilantik memegang jawatan Pegawai Pertanian bagi tempoh 1949 hingga 1968.


Perkhidmatan Pertanian di negara ini seterusnya mendapat taraf jabatan penuh pada tahun 1968 dengan pelantikan K.G.Malet sebagai Pengarah Pertanian. Sehingga pada tahun 1980, jawatan Pengarah Pertanian disandang oleh anak Brunei iaitu Dato Paduka Hamid bin Jaafar.


Di samping itu perkembangan pertanian di negara ini mempunyai sejarah pembangunan yang membanggakan, bukan sahaja dari segi kepentingan ekonomi, tetapi juga pembangunan sosial dan budaya bangsa.


(Oleh : Zabaidah Haji Salat)

Tuesday, November 17, 2009

New CSPS Chairman

By consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Centre for Strategic and Policy Studies, CSPS officially announced that the Permanent Secretary at Prime Minister's Office, Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, has been appointed as the Chairman of CSPS Board of Directors. The appointment takes effect from the 1st October 2009. The Centre for Strategic and Policy Studies was officially established on July 1st, 2006. It is a Corporate Body and is governed by the 'Centre for Strategic and Policy Studies' Act 2006, Brunei Darussalam. The Centre is governed by Chairman and Board of Directors. Members of the Board are drawn from the public and private sector organisations.

Source: www.jpm.gov.bn

Monday, November 16, 2009

Guide to common plants and animals in Brunei

I found a very resourceful guide two days ago while I want to do some photocopy services at Ezy Printing, Manggis. This book entitled Some Common Plants and Animals in Brunei Darussalam published by Joan Thurman & I. Poh-Ai Cheong from University of Brunei Darussalam. I appreciate the effort of this publication and was so attracted to the vast diversified flora and fauna that we might not aware in our environment. Some of the plants and animals come with their scientific name and even Bahasa Brunei. This handy guide is indispensable for field trips.


ferns

bugs

basing, orang belanda, etc

Grab a copy of this now at Ezy Printing Manggis at only B$4.00 each.
Align Center

Saturday, November 7, 2009

Titah KDYMM di Majlis Sambutan Hari Guru ke-19

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-19 bagi tahun 1430 Hijrah / 2009 Masihi pada hari Khamis 17 Zulkaedah 1430 / 5 November 2009

(c) Infofoto, Information Department

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhamaddin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita sama-sama bersyukur kerana dapat berkumpul pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang ke-19.

Pada kesempatan ini, beta mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru di negara ini.

Tema pada tahun ini berbunyi: ‘Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan’.

Guru berkualiti memanglah diperlukan untuk mendididk dan memperkaya para pelajar dengan ilmu serta kemahiran melalui cara-cara penyampaian yang menarik lagi berkesan.

Guru adalah ejen yang melahirkan insan-insan inovatif yang mempunyai daya fikir yang hebat lagi tinggi serta serba boleh. Guru seperti inilah yang kita harapkan untuk membawa perubahan sehingga tercapainya Wawasan Negara 2035.

Guru seperti inilah yang kita perlukan untuk menghadapi dunia yang banyak berubah dan akan terus berubah. Guru pada hari ini adalah digital immigrants, manakala para pelajar pula adalah digital natives. Dalam makna, guru-guru itu perlulah bekerja lebih keras serta mendepani segala perkembangan.

Seterusnya, guru-guru perlu sampai kepada satu standard yang diperlukan. Sudah tiba masanya kita mempunyai standard guru, yang boleh dijadikan penyukat selaku guru berkualiti, sebagaimana jua negara-negara maju yang lain memilikinya.

Hari ini, negara-negara maju dan membangun di seluruh dunia sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk sistem pendidikan mereka, dan majoriti negara-negara tersebut telah membuat reformasi pendidikan masing-masing.

Alhamdulillah, kita juga sedang di landasan yang sama apabila kita membuat anjakan paradigma dalam sistem pendidikan kita. Sebagai sebuah negara walaupun kecil, kita juga tidak boleh mengasingkan diri daripada terlibat dalam arus perubahan yang menuju ke arah kemajuan itu. Sebaliknya kita perlu terus memfokuskan perhatian dan usaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, serta mengorak langkah untuk menjadikannya realiti, kerana masa tidak akan menunggu kita.

Walau bagaimanapun, dalam kepantasan dan keghairahan kita mengejar kemajuan, beta ingin berpesan supaya segala perancangan dan perlaksanaan pendidikan itu, kita hendaknya tidaklah akan tergelincir dari tunggak kekuatan kita, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah ini amatlah penting dipelihara sebagai paksi kita mempersiapkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa.

Semua ini, pada hemat beta, di samping ia tertakluk kepada sistem pendidikan yang betul, peranan guru juga adalah paling utama. Jika ini diabaikan, maka sukarlah untuk kita mencapai sasaran-sasaran negara secara optima. Oleh itu, usaha-usaha ke arah menyediakan guru-guru yang berkualiti adalah langkah tepat dan wajar.

Menyentuh kualiti keseluruhan pendidikan negara, alhamdulillah, beta telah menyaksikan negara kita mencapai satu kedudukan yang sangat baik di arena antarabangsa.

Pada misalnya, kejayaan negara melaksanakan tanggungjawabnya bagi memberikan Pendidikan Untuk Semua atau Education For All (EFA). Di dalam EFA GLOBAL MONITORING REPORT 2009, yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam berada dalam kelompok negara yang mencapai High EFA Development Index (EDI), dan berada di kedudukan teratas di antara negara-negara ASEAN, dan di tempat yang ke-36 daripada 129 negara di dunia.

Kejayaan kita dalam melaksanakan EFA di negara ini telah memastikan penduduk negara menjadi penduduk yang berpendidikan. Ini, membawa negara berada di kelompok negara yang mempunyai Very High Human Development bersama-sama dengan negara-negara maju, seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Kenyataan ini dimuatkan dalam Human Development Report 2009, yang disediakan oleh United Nations Development Programme (UNDP), dan negara kita berada di tempat ke-30 di antara 182 buah negara di dunia.

Kejayaan-kejayaan tersebut bukanlah hasil usaha satu pihak sahaja, malah usaha semua pihak daripada kita, dan yang pastinya, sebahagian daripada pihak tersebut ialah para guru sekalian.

Akhirnya, kepada penerima-penerima Anugerah Hari Guru pada tahun ini, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Kita berharap anugerah ini akan memberi motivasi dan sumber ilham kepada semua warga guru, bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan, dan semoga para guru akan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wataala jua hendaknya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source: Press Room)

Wednesday, November 4, 2009

Titah KDYMM sempena Majlis Konvokesyen ke-21 UBD

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen ke-21 Universiti Brunei Darussalam bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Sabtu, 12 Zulkaedah 1430 / 31 Oktober 2009

(c) Infofoto, Information Department


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada pagi ini.

UBD dalam usianya baru menjangkau hampir suku abad, sudah dapat kita banggakan hasil perkembangannya, terutama dalam aspek sumbangan kepada perkembangan sumber tenaga manusia di Negara Brunei Darussalam. Beta sangatlah gembira kerana semakin ramai anak tempatan memperolehi kelulusan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Beta ingin melihat lebih ramai lagi mereka itu dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lepasan ijazah, terutama jika mereka menjadikan Universiti Brunei Darussalam sebagai salah satu universiti pilihan.

Di UBD sekarang ada ditawarkan satu program dikenali sebagai Program GenNext. Beta percaya langkah ini perlu untuk melengkapkan lagi para pelajar kita bagi menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.

Beta juga mahu melihat peningkatan jumlah tenaga akademik tempatan yang berjawatan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya. Namun dalam pada itu, kita tidak menggalakkan hanya untuk meningkat semata-mata, tetapi peningkatan itu mestilah betul-betul menepati criteria kelayakan, sebagaimana yang diamalkan oleh universiti-universiti yang berprestij di dunia.

Maka untuk itu, calon-calon Pensyarah Kanan dan Profesor Madya itu hendaklah betul-betul memenuhi syarat-syarat yang diperlukan, di antaranya mesti kreatif dan gigih melakukan penyelidikan-penyelidikan serta menghasilkan karya-karya penulisan yang bermutu.

Semua ini akan turut menjadi sukat-sukat kepada tahap kualiti mereka. Tanpa penyelidikan dan hasil-hasil kreatif itu, maka akan sukarlah untuk kita bercakap mengenai kualiti.

Khusus mengenai penyelidikan, beta ingin melihat warga universiti, sama ada tenaga akademik mahupun para pelajarnya, akan bergiat aktif dalam penyelidikan. Kerana itu beta turut berbangga manakala UBD menubuhkan kelompok kajian atau research clusters dalam pelbagai bidang. Beta yakin, dengan adanya kelompok ini, akan dapat menarik para pengkaji yang berkaliber, yang meliputi dari dalam dan luar negara. Ia juga diharapkan dapat menyuntik minat pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa untuk mengikuti program pasca ijazah di UBD dan akan mengmbil salah satu dari kelompok ini untuk jadi bahan kajian mereka.

Demikian juga seperti beta dimaklumkan, bahawa satu usaha untuk mendedahkan para pelajar kepada pendidikan di luar kampus akan diperkenalkan pada ‘Tahun Penemuan’ atau ‘Discovery Year’ pada tahun 2011. Ia akan berjalan sama ada melalui khidmat masyarakat, projek inovasi, penempatan kerja di dalam dan di luar negara, ataupun pengajian selama satu atau dua semester di universiti atau institusi luar negeri yang tersohor.

Malah beta sangatlah bersetuju dengan langkah UBD menubuhkan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan, pada Januari tahun ini, supaya ia dapat menawarkan program-program latihan yang berhubung kait dengan aspek-aspek kepimpinan, inovasi, perubahan minda dan pembangunan eksekutif.

Beta difahamkan, program-program ini dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli-ahli profesional yang prominen, dalam dan luar negeri.

Langkah UBD ini sama maknanya, dengan kita sedang menyiapkan diri untuk memperolehi pemimpin-pemimpin yang baik lagi berwibawa di masa depan.

Beta melihat UBD ini sedang berkembang dengan rancaknya, dan salah satu perkembangannya yang menarik ialah penaikan taraf Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah kepada sebuah institut pasca ijazah atau Graduate School pada awal tahun ini. Semoga ini juga akan jadi wadah untuk melahirkan guru-guru yang lebih berilmu dan matang.

Untuk akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua para graduan dan penerima sijil pada hari ini di atas kejayaan mereka dalam pengajian masing-masing dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

Beta juga ingin mengmbil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Naib Canselor, pegawai-pegawai utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka, semoga Allah jua yang akan mengurniakan ganjaran-Nya berupa rahmat dan taufiq.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Source: Press Room, Information Department)

New website of Housing Development Department

Check this out: The newly revamped and impressive website of Housing Development Department which was launched last Monday.

http://www.perumahan.gov.bn

Now the public can lodge an online application of the national housing scheme... Cool ya!!!

Sunday, October 25, 2009

Press Freedom Index 2009

The Reporters Without Border has just ranked Brunei the 155th on Press Freedom Index 2009.

Check here:
http://www.rsf.org/en-classement1003-2009.html


Who are they?

Reporters Without Borders:
- defends journalists and media assistants imprisoned or persecuted for doing their job and exposes the mistreatment and torture of them in many countries.
- fights against censorship and laws that undermine press freedom.
- gives financial aid each year to 100 or so journalists or media outlets in difficulty (to pay for lawyers, medical care and equipment) as well to the families of imprisoned journalists.
- works to improve the safety of journalists, especially those reporting in war zones.

Before taking action, Reporters Without Borders researchers, who each handle a region (Africa, the Americas, Asia/Pacific, Europe and the former Soviet bloc, Middle East/ North Africa) or a topic such as the Internet, compile reports of press freedom violations. After checking the information, the researchers and the organisations’ correspondents send protest letters to the authorities to put pressure on governments which do not respect the right to inform and to be informed, and send releases to the media to drum up support for the journalists under attack.


Sometimes gathering information is not enough. A Reporters Without Borders fact-finding mission is then sent to investigate on the spot the working conditions of journalists, as well as cases of imprisoned or murdered journalists, and also to meet with the authorities in the country concerned.