Thursday, July 22, 2010

new Dato's and Datin in the Brunei Government

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer datoship in the Investiture Ceremony at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, 15th July 2010
Image (c) Infofoto 2010


Among the recipients of datoship awarded by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam on his 64th birthday, most of them serve in the Brunei Government:






  1. Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin - Commander of the Royal Brunei Armed Forces


  2. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah - Deputy Minister of Finance


  3. Yang Mulia Dato Paduka Awang Mahadi bin Haji Ibrahim - Auditor General, Audit Department, Prime Minister's Office


  4. His Excellency Dato Paduka Awang Haji Abd Ghafar bin Haji Ismail - Brunei High Commissioner to Singapore


  5. His Excellency Dato Paduka Awang Haji Sidek bin Ali - Brunei High Commissioner to India


  6. His Excellency Dato Paduka Awang Janin bin Erih - Permanent Representative of Brunei Darussalam at Geneva, Switzerland


  7. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Murni bin Haji Mohamed - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  8. Yang Mulia Dato Paduka Awang Sa Bali bin Abas - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  9. Yang Mulia Dato Paduka Haji Omar bin Haji Abd Rahman - Permanent Secretary at the Prime Minister's Office


  10. Yang Mulia Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yussof - Permanent Secretary at the Ministry of Foreign Affairs and Trade


  11. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Daud bin Haji Mahmud - Permanent Secretary at the Ministry of Education


  12. Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd Taha - Permanent Secretary at the Ministry of Communications


  13. Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah - Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources


  14. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman - Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs


  15. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Rosli bin Haji Mustafa - Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Health


  16. Yang Mulia Pengiran Datin Paduka Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin - Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources


  17. Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Omar bin Haji Khalid - Vice Chancellor of Institut Teknologi Brunei (ITB)


  18. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu - Deputy Commissioner of Police, Royal Brunei Police Force, Prime Minister's Office


Note: When one is conferred with 1st class The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang or Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.), the title awarded is Dato Paduka Seri.

For 2nd class The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei or Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.), he or she will be addressed as Dato Paduka (for male) or Datin Paduka (for female).





Reference: Senerai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, by Jabatan Adat Istiadat Negara

Nisfu Syaaban

[Islamic content]
I was searching for info on Nisfu Syaaban (15 Syaaban), and came across with this article "Kelebihan bulan Syaaban" in Menuju Keredaan Allah column, Pelita Brunei, 29th July 2009 issue. There are some interesting tips on how to benefit from this special occassion, which is just 5 days away:
  • Pengertiaan Syaaban = Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak dan Cahaya.
  • Antara peristiwa utama yang berlaku di dalam bulan Syaaban adalah pertukaran kiblat untuk menunaikan sembahyang daripada Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis kepada Kaabah di Mekah.
  • Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Yusuf Alaihissalam di dalam Syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti Nabi Ayub Alaihissalam dan Nabi Daud Alaihissalam. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah keaibannya di Hari Kiamat dan diwajibkan Syurga baginya."
  • "Syaaban adalah bulan-Ku dan Ramadhan adalah bulan umat-Ku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
  • Disebutkan di dalam Kitab Iqna' bahawa Malaikat Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat
  • Allah tidak akan mengampunkan dosa pada Malam Nisfu Syaaban enam orang:
  1. Orang yang kekal minum arak.
  2. Orang yang derhaka kepada dua ibu bapanya.
  3. Orang yang kekal dalam zina.
  4. Orang yang banyak berkelahi.
  5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
  6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
[Source: Pelita Brunei online.]
So, to all the Muslims out there, please grab this golden opportunity to earn extra pahala by fasting [Puasa Sunat], reading the holy Quran, zikir, taubat and berdoa. :-)

Monday, July 19, 2010

interesting terms in name & title

Extracted from the book "Adat Istiadat Diraja Brunei" published by the Jabatan Adat Istiadat Negara (2002) (launched 31st March 2009), page 704, I found the following terms (which are part of the title of our Sultan and members of the Royal Family) are worth knowing:
Mu'izzaddin Waddaulah - orang yang memuliakan dan mengukuhkan ugama Islam dan Negara.
Sa'adul Khairi Waddien - kebahagian bagi kebajikan dan ugama Islam.
Sahibul Himmah Wal-Waqar - yang mempunyai cita-cita dan kerajinan, kehormatan dan kesopanan serta kehebatan.
Permaisuara - Raja yang tinggi, orang yang didengar, diikut cakap atau perintahnya; suara yang indah atau merdu; dalam bahasa Dalam bermaksud kata-kata yang diambil berat untuk diikut.
Sahibul Irshad - yang mempunyai panduan dan petunjuk.
Sahibul Kahar - yang mempunyai kegagahan.
Sahibul Karib - yang mempunyai hubungan dekat.
Sahibul Mal - yang mempunyai (menguasai) harta.
Sahibul Najabah - yang mempunyai asal keturunan bangsawan dan mempunyai kecerdikan sejati, serta perangai yang terpuji.

Saturday, July 17, 2010

Titah KDYMM sempena Hari Keputeraan Baginda Yang ke-64 tahun

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64 Tahun pada Hari Khamis 3hb Sya’aban, 1431 15hb Julai, 2010

image (c) Infofoto 2010
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, istiadat pada pagi ini, dapat berlangsung dengan baik dan sempurna.


Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu khas Beta, yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang Ke-64.



Kita juga bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepada negara dan rakyat serta penduduk dengan pelbagai nikmat, berupa keamanan dan kemakmuran.



Ini semua, memerlukan kita menanai dan memeliharanya dengan konsisten.



Bagaimanakah kita menanai dan memelihara itu? Tentu saja dengan berusaha, demi kelangsungan dan kemantapannya.



Keamanan yang bertahan lama dan mantap adalah segala-galanya. Demikian juga kemakmuran yang berterusan adalah menjadi idaman kepada semua.



Kedua-dua ini adalah asasi, akan menentukan rebah-bangun negara. Negara yang aman adalah negara yang selesa : selesa untuk berkembang dan membangun. Ditambah lagi kalau ia makmur, akan menjadikannya lebih mudah pula untuk melakar kemajuan.



Inilah rahasia keamanan. Kerana itu, adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk menggambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula, hendaklah memberikan kerjasama yang padu.



Didalam usaha untuk mengekalkan kemakmuran pula, kita boleh memakai dasar dan kaedah-kaedah biasa. Kalau orang lain bersaing, kita pun juga bersaing. Orang lain melabur, kita juga melabur. Orang lain mempelbagaikan ekonomi, kita juga mempelbagaikan ekonomi. Pendeknya, kita boleh saja mengharung apa jua cara yang sesuai untuk kelangsungan kemakmuran itu.



Tetapi dalam pada itu, elakkan cara dan tabi’at yang tidak sihat, seperti tabi’at suka berhutang, tanpa menghiraukan risiko bebanan hutang.



Tahukah kita, ada kajian menunjukkan, bahawa krisis kewangan dunia turut dilihat sebagai berpunca daripada bebanan hutang. Satu fenomena yang menggerunkan telah dapat dikesan, bahawa bukan saja individu, keluarga dan syarikat perniagaan menanggung beban hutang, malah terdapat juga negara yang membuat pinjaman berlebihan, sehingga menjadikan kestabilan ekonomi dan kewangan negara tersebut tergugat, dan bahkan kestabilan ekonomi dan kewangan dunia juga.



Menyedari lebih awal akan bahaya inilah, makanya Kerajaan Beta semenjak beberapa tahun kebelakangan lagi, telah pun mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat didalam berbelanja, dengan menekankan value for money serta menabung lebihan pendapatan kerajaan, demi, agar kemakmuran yang ada sekarang dapat terus dinikmati oleh generasi demi generasi.



Alhamdulillah, satu berita memberangsangkan berdasarkan The World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report 2008-2009, negara kita telah menduduki tempat teratas dari sudut pengurusan hutang kerajaan, dengan mengambil kira negara ini tidak mempunyai hutang awam. Sementara itu, negara juga menempati kedudukan kedua daripada 134 buah negara dari aspek kekukuhan makroekonomi.



Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal kewangan, dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang digelar Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011. Badan ini akan bertanggungjawab, termasuk keatas dasar-dasar monetari, pengawalseliaan institusi kewangan dan pengurusan matawang.



Di arena antarabangsa, kita akan terus mengamalkan dasar saling hormat menghormati serta bekerjasama bagi kebaikan semua pihak.



Di peringkat ASEAN, komitmen kita adalah dipandu oleh halatuju Piagam ASEAN sendiri. Sementara diperingkat lebih jauh melalui keahlian kita didalam pertubuhan antarabangsa yang lain, termasuk APEC, OIC, Commonwealth dan lain-lain, kita juga akan mengekalkan peranan membina di dalamnya.



Beralih kepada perkara yang tidak kurang utamanya, iaitu Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan peningkatan, baik disegi produktiviti mahu pun etika kerjanya. Beta mahu Perkhidmatan Awam itu, secara berterusan, akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasaskan Key Performance Indicators yang telah ditetapkan.



Dengan cara ini, dapatlah kita menyukat setakat mana Perkhidmatan Awam itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya pada memenuhi harapan negara dan orang ramai.



Sejajar dengan keperluan-keperluan utama, Kerajaan Beta telah dan sedang menangani, bagaimana untuk mempercepatkan lagi penyediaan perumahan awam yang bersesuaian. Kearah ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, akan menetapkan sasaran dan langkah untuk memenuhi pemintaan, termasuk rancangan pembinaan rumah-rumah yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei. Melalui langkah-langkah berkesan, Beta berharap pengagihan perumahan itu akan lebih dapat dipercepatkan.



Kita juga bergerak dalam pembangunan yang lebih kondusif bagi pelaburan, dengan meningkatkan pemeliharaan alam sekitar dan kualiti kehidupan. Sehubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengungkayahkan pembangunan Bandar Seri Begawan melalui penyediaan Plan Induk Bandar Seri Begawan.



Di bidang perkhidmatan kesihatan, Kementerian yang berkaitan amatlah perlu untuk mengukuhkan lagi dasar-dasarnya, menilai sistem dan pengurusan kesihatan, khasnya kapasiti dan kualiti sumber tenaga kedoktoran dan professional lain. Kita tidak mahu rumahsakit kita menjadi bayang-bayang yang menakutkan, hanya kerana doktor-doktor selalu gagal dalam memberikan khidmat mereka.



Di bidang permakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, akan terus melipatgandakan usaha, untuk menghampiri sasaran sara diri yang kita cita-citakan itu. Disamping jangan juga lupa tentang keselamatan makanan, sama ada yang bersumber daripada dalam, mahu pun luar negara.



Langkah-langkah penilaian dan kawalan perlu dipastikan, meliputi semua aspek : kehalalan, kebersihan dan keselamatan makanan. Walaupun hanya bahan-bahan, yang biasanya dianggap selamat, seperti sayur mayur dan ikan, namun kita juga pernah mendengar tentang sayur mayur yang beracun dan ikan yang diawit dengan bahan pengawit yang memudaratkan.



Ini belum lagi bahan-bahan daging yang tidak halal, yang dibawa masuk melalui jalan penyeludupan dan lain-lain.



Ini semua turut menjadi tanggungjawab kita memedulinya.



Bidang paling utama lagi mencabar pula, ialah pendidikan. Kementerian berkenaan, melalu system pendidikan, akan menangani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah-kaedah baru yang maju, tetapi bukanlah dengan mengabaikan kepentingan-kepentingan besar nasional, Subjek-subjek teras dan pengisiannya hendaklah terus diutamakan.



Ini juga turut menyangkut pendidikan ugama dibawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kita mesti melihat kepentingan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama selaku keperluan dan tuntutan zaman.



Keperluan disini ialah untuk menjadikan semua anak-anak orang Islam dinegara ini celik ugama.


Bagaimanakah caranya?



Tentu saja melalui system pendidikan yang dominan mendaulatkan ugama.



Di mana tempatnya? Bukanlah di rumah atau dilain-lain tempat, tetapi di Sekolah Ugama itu sendiri.



Kita melihat ini bukanlah untuk masa setahun dua, tetapi bagi jangka panjang, demi survival bangsa. Kerana tanpa ugama atau lemah ugama, akan menghumbankan kita kepada bencana.



Lihat saja kepada beberapa episod permasalahan dalam masyarakat, yang menjangkiti banyak peringkat, terutama peringkat muda mudi dan juga anak-anak sekolah. Mereka terjerumus kedalam pelbagai kancah, seperti kancah pergaulan bebas, jenayah dan dadah, sehingga ada yang telah ditangkap dan dipenjarakan di negara asing kerana terlibat dengan sindiket dadah.



Ini tidak boleh dipandang sepi. Selaku bangsa yang sedar, kita mestilah mengubatinya, dan satu-satunya ubat itu ialah ugama.



Akhirnya, Beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta, yang telah memberikan pelbagai khidmat dan sumbangan mereka kepada Kerajaan dan negara.



Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan disemua peringkat, atas usaha padu mereka menjayakan perayaan Hari Ulang Tahun Beta ke-64 ini. Semoga Allah memberkati semua. Amin.



Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Source: Pressroom of the Information Department

Friday, July 16, 2010

List of Recipients at Investiture Ceremony 15th July 2010

Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama:

  1. Isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia, Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir
  2. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri:

  1. Panglima Tentera Nasional Indonesia, Yang Terhormat Jeneral Tentera Nasional Indonesia Djoko Santoso

  2. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin

  3. Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) yang membawa gelaran Dato Seri Laila Jasa:

  1. Mr. Rodman R. Bundy

  2. Professor Alan Vaughan Lowe.


Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka:

  1. Timbalan Menteri Kewangan, Awang Haji Bahrin bin Abdullah,

  2. Juruaudit Agong, Awang Haji Mahadi bin Haji Ibrahim,

  3. Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Awang Haji Abd. Ghafar bin Haji Ismail;

  4. Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke India, Tuan Yang Terutama Awang Haji Sidek bin Ali

  5. Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Geneva, Tuan Yang Terutama Janin bin Erih
  6. Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri Awang Haji Murni bin Haji Mohamed,

  7. Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri Awang Sa Bali bin Abas,

  8. Setiausaha Tetap Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman;

  9. Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yussof ,

  10. Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Daud bin Haji Mahmud.

  11. Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha;

  12. Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Doktor Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah;

  13. Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

  14. Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Doktor Awang Haji Omar bin Haji Khalid;

  15. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Rosli bin Haji Mustafa;

  16. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin

  17. Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

  18. Awang Haji Mohd. Nur Lubis bin Abdul Razak,

  19. Awang Haji Abu Bakar bin Haji Samad,

  20. Pengiran Maun bin Pengiran Haji Said,

  21. Awang Lim Seng Kok,

  22. Dayang Hajah Seri binti Haji Simpun

  23. Dayang Hajah Zasia binti Sirin.


Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B):

  1. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar;

  2. Awang Haji Johar bin Haji Mohammad,

  3. Awang Haji Kamis bin Haji Ali,

  4. Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin,

  5. Pengiran Haji Yunus bin Pengiran Haji Mohd. Salleh,

  6. Awang Haji Zaidin bin Haji Ibrahim,

  7. Datin Dayang Hajah Maliha binti Haji Sanif,

  8. Dayang Hajah Salmiah binti Mohd. Yusof,

  9. Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Musa

  10. Dayang Hajah Nora'aini binti Haji Abu Bakar.


Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B):



  1. Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Dayang Hajah Adina binti Othman;

  2. Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking,

  3. Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos;

  4. Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim;

  5. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Awang Haji Mohd. Rosli bin Haji Sabtu;

  6. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohamad Zin bin Haji Salleh;

  7. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohd. Daud.

  8. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan;

  9. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Awang Bahrin bin Mohd. Noor;

  10. Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Pengiran Haji Abdul Wahab bin Pengiran Haji Omar;

  11. Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Haji Mohammad Ali bin Pengiran Haji Othman;

  12. Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Marzuke bin Haji Mohsin;

  13. Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar;

  14. Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Muhammad Husain;

  15. Pegawai Daerah Belait, Awang Metusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba
  16. Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Awang Haji Mohd. Zakaria bin Haji Sarudin;

  17. Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh;

  18. Juruukur Agong, Awang Haji Mohd. Jamil bin Haji Mohd. Ali;

  19. Ketua Pos Agong, Awang Haji Abdul Kadir bin Tengah;

  20. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohamad bin Pengiran Asgar Dato Paduka Haji Abdullah.

  21. Pengiran Haji Mohd Tahir bin Pengiran Haji Yusof
  22. Awang Lim Jock Jin;

  23. Awang Haji Mohammad Husin bin Metassan;

  24. Awang Song Kin Koi;

  25. Awang Haji Umar bin Haji Mohd. Tahir;

  26. Awang Haji Abd. Wahab bin Haji Tuah;

  27. Haji Awang bin Haji Mat Daud;

  28. Awang Mohidin bin Haji Daud;

  29. Pengarah Awang Haji Mokti bin Md. Salleh;

  30. Pengarah Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Naim;

  31. Pengarah Awang Haji Abdullah Sunny bin Haji Bakar;

  32. Mejar (B) Awang Haji Tahamid bin Haji Kula;

  33. Awang Haji Abd. Aziz bin Abd. Latif;

  34. Awang Ang Swee Chuan

  35. Dayang Hajah Rosliah binti Haji Hasbollah.

  36. Pengarah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Mohd. Jamil;

  37. Datin Dayang Hajah Shireen binti Haji Mustapha;

  38. Dayang Emaleen binti Abdul Rahman Teo;

  39. Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan;

  40. Dr. Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abd. Hamid

  41. Dayang Hajah Asmah bin Haji Saman

Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J.):


  1. Mr. Kichinosuke Sada.


Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Pangkat Pertama (P.H.B.S) sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun:



  1. Menteri Kesihatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof;

  2. Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim;

  3. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng;

  4. Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Awang Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

  5. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman;

  6. Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned;

  7. Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal

  8. Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Awang Ibrahim.

  9. Timbalan Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof;
  10. Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin,
  11. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar,
  12. Setiausaha Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar
  13. Dato Setia Awang Davinder Singh.

Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj 1431

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1431 Hijrah pada 27 Rejab 1431/10 Julai 2010

Image (c) Infofoto 2010

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita memperingati lagi peristiwa Israk dan Mikraj Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat agung. Peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada malam Israk dan Mikraj itu, merupakan iktibar penting untuk dijadikan panduan dan suluh kehidupan. Namun berapa ramaikah orang yang betul-betul mahu mengambil iktibar tersebut?

Manusia memang ramai yang lalai, sementara iblis pula sentiasa berusaha untuk menggoda dan memperdayakan manusia yang lalai itu.

Ini, akan berlaku sampai Hari Kiamat. Dalam makna, usaha iblis untuk menyesatkan manusia itu, tidaklah ada penghujungnya.

Cara iblis memperdaya dan menyesatkan ialah dengan menghias atau memperelok segala macam maksiat, supaya maksiat itu kelihatan bagus atau cantik kepada manusia.

Namun alhamdulillah, dengan adanya panduan-panduan syarak dan Al-Qur’an, maka dapatlah dibezakan, mana-mana yang bagus adalah daripada Allah, sementara yang keji atau buruk pula adalah daripada syaitan.

Kecuali, bagi siapa yang memang – dengan pilihannya sendiri – mahukan kepada yang buruk-buruk itu, maka orang yang seperti itu, akan tetaplah dia menjadi pengikut syaitan.

Peristiwa Israk dan Mikraj merakamkan pelbagai pengajaran. Di antaranya ialah anugerah Allah berupa ‘ibadat sembahyang’. Anugerah ini adalah paling istimewa, mampu untuk mencegah segala macam kekejian dan kemungkaran, sebagaimana maksud firman Allah di dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 45.

Bersabit dengan sembahyang ini, beta sangatlah gembira, kerana pada tahun ini, kita ada mengubah sedikit format acara sambutan, dari Anugerah Takmir Masjid kepada Anugerah Imam dan Bilal pula.

Ini adalah wajar, kerana yang penting dinilai itu ialah ibadat kita, kemudian barulah di mana kita beribadat.

Ibadat mestilah kemas, bagus dan sahih. Adapun Imam dan Bilal, berkewajipan untuk melurus dan mencantikkan ibadat itu.

Khasnya Imam, mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Mereka turut menentukan ibadat orang-orang Islam di belakang mereka. Jika mereka betul, maka makmum yang mengikut mereka pun akan turut betul juga. Tetapi sebaliknya, jika mereka salah atau cacat bacaan, maka para makmum akan turut menerima risikonya juga.

Kerana itu, skim anugerah kepada Imam dan Bilal, sewajarnya dianggap penting selaku motivasi, bagi melahirkan imam-imam dan bilal-bilal yang berkualiti.

Beta berharap, dengan skim ini, akan semakin makmurlah masjid, surau dan balai ibadat, serta imam-imam dan bilal-bilal pula akan lebih menyerlah dan dihormati.

Agensi yang berkaitan pula, janganlah diam, hanya menunggu hasil yang diharap-harapkan itu sahaja, tetapi perlu proaktif dengan program-program peningkatan, seperti mengadakan kursus-kursus ulang kaji atau kelas-kelas membaca kitab, atau seminar yang berkaitan dengan pengurusan dan pemakmuran masjid dan lain-lain.

Ini semua dapat dianggap akan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran para imam dan lain-lain petugas masjid.

Masjid adalah wadah tarbiah dan dakwah. Ia perlu cergas dan berkesan. Istilah ‘takmir masjid’ adalah untuk kita melihatnya sebagai fokus masyarakat bagi melakukan ibadat, dan juga sebagai tempat untuk mendapatkan bimbingan-bimbingan keugamaan.

Kerana itu, masjid tidaklah boleh malap dan lemah. Jika ia malap dan lemah, masyarakat akan tarik diri daripadanya.

Jadi kewajipan kita, kewajipan pentadbir dan pengurus, tidak terkecuali juga para imam sendiri, adalah untuk memastikan, bahawa masjid-masjid kita adalah terus makmur, terus hidup, terus gemerlap dengan ilmu dan dakwah, dan khasnya, fungsi mimbar juga, hendaklah sentiasa berkesan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Extracted from Press Room of Information Department

Tuesday, July 13, 2010

Majlis Ilmu 2010

This year's Majlis Ilmu 2010 (Knowledge Convention) will be held from 26th July to 1st August, 2010. According to the official website, these are the programmes arranged for this Convention:

Acara Kandungan - Tarikh - Tempat

  • Majlis Perasmian - 26 Julai, 2010 (9 pagi) - Dewan Plenary ICC
  • Persidangan Pakar Melayu - 26 Julai (2.30 petang) – 28 Julai, 2010 (tengahari) - Dewan Persidangan Utama, ICC
  • Ceramah Perdana - 27 Julai 2010 (pagi) - Dewan Plenary ICC
  • Forum Perdana - 28 Julai 2010 (pagi) - Dewan Plenary ICC
  • Pameran Majlis Ilmu 2010 - 26 Julai – 1 Ogos 2010 - Dewan Serbaguna ICC (9 pagi hingga 5 petang kecuali hari Jumaat dibuka hanya 2 petang hingga 5 petang)
  • Program Ceramah Motivasi - 26 – 31 Julai 2010

- Dewan Persidangan Utama ICC
- Dewan Chanceller UBD
- Dewan KUPUSB
- Dewan Sekolah yang dipilih

  • Forum Daerah (Belait, Tutong dan Temburong) - 28 Julai 2010 (serentak 2.30 petang)

- Dewan Santap Belait
- Dewan Seri Kenangan Tutong
- Dewan Belalong Temburong

For further information, please contact:

URUS SETIA MAJLIS ILMU,

DARULIFTA BRUNEI DARUSSALAM,

SPG. 26 Jalan Pengiran Babu Raja,

Bandar Seri Begawan BA2112,

Negara Brunei Darussalam.

TEL: 673-2237697 / 2224955-6 ext 1146/1157

Fax : 2235120

Email : sekretariat@majlisilmu.org.bn

Meanwhile, the official website for Royal Birthday celebration is now online at

http://www.royalbirthday.org.bn

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!!!

Friday, July 9, 2010

64th Royal birthday celebrations

The schedule for this year's Majlis Junjung Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Rakyat between His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam with his subjects are as follows:-

17th July, Sat - Belait District

20th July, Tue - Temburong District

22nd July, Thu - Tutong District

25th July, Sun - Brunei Muara District

Meanwhile, in conjunction with the Royal birthday celebrations, all the citizens and residents of Brunei Darussalam are required to flag the national flag from 1st July 2010 to 31st July 2010. For the nobles and titled persons, they are to fly their personal flags.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!!! Long Live Your Majesty!!!

Thursday, July 8, 2010

Additional hotlines for the Electrical Services

The Department of Electrical Services announces additional hotlines when the hotline 144 is unreachable:

719 0001
719 0002

The public can send SMS to the Department for blackout complaints.

Thursday, July 1, 2010

HSBC Serusop extends banking hours


Hooray!!! Effective 1st July 2010, the HSBC Serusop extends its banking hours:

Week days - 9am to 9pm

Saturdays - 9am to 4pm

Public holidays - 11am to 4pm

HSBC - The World's Local Bank
http://www.hsbc.com.bn