Thursday, April 29, 2010

Say No to Corruption

Extracted from the Borneo Bulletin today, 29th April 2010, page 3:


Government servants, who accept bribes and are found guilty of corruption, will not only face a fine and imprisonment but will also lose their jobs.

If any government servants are charged, they will be suspended (from their jobs) during the proceedings and they will only receive half of their salary. And if found guilty, normally government servants will be slapped with a more severe punishment of both a fine and imprisonment.

Once the government servants are sent to prison even for a day, they will lose gratuities and their jobs. Don’t make the wrong move of accepting bribes.

Any government servant or staff who receives or tries to get a bribe for himself/herself or another party in a dishonest manner with an official relationship, can face a fine up to $30,000 and seven years of imprisonment.


Hotline to report corruption = 143

Monday, April 19, 2010

Reminder for Civil Servants

Extracted from website of Jabatan Perkhidmatan awam (JPA):


KELAKUAN DAN TATATERTIB

Setiap warga perkhidmatan akan bertanggungjawab mentaati semua peraturan dan arah yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Peraturan dan arahan ini dihasratkan untuk mewujudkan warga perkhidmatan awam yang bersih, jujur, cekap dan amanah selaras dengan rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam.

Antara peraturan dan arahan termasuk:

  • Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83);
  • Peraturan-Peraturan Kewangan 1983;
  • Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri;
  • Surat Keliling Kementerian Kewangan; dan,
  • Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam.

KEHADIRAN BEKERJA
(Peraturan 4, 6 dan 8)
Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)
Bentuk Sektor Swasta

Setiap warga perkhidmatan awam:

  • Dikehendaki bekerja setiap hari, kecuali pada hari-hari kelepasan am dan awam serta semasa bercuti;
  • Bertanggungjawab mematuhi peraturan waktu bekerja iaitu minimum 7 ½ jam sehari;

Waktu Bekerja
7.45 pagi – 12.15 tengah hari
1.30 petang – 4.30 petang

(Setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, kecuali dengan khas ditentukan)

Warga perkhidmatan awam juga:

  • Dikehendaki berada di pejabat / tempat bekerja setiap masa;
  • Dikehendaki mendapat kebenaran ketua jabatan atau pegawai atasan, jika meninggalkan pejabat / tempat bekerja;
  • Dimestikan mencatat waktu keluar dan masuk pejabat / tempat bekerja;


Warga perkhidmatan awam akan diambil tindakan tatatertib, jika:

  • Tidak mematuhi peraturan waktu bekerja;
  • Meninggalkan pejabat / waktu bekerja semasa waktu bekerja tanpa kebenaran ketua jabatan atau pegawai atasan; dan
  • Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran bertulis daripada ketua jabatan.

PERMOHONAN KELUAR NEGERI
(Peraturan 9)
Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib),
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83)

Setiap warga perkhidmatan awam:

  • Dimestikan berada dalam negeri setiap masa.
  • Dimestikan menghadapkan permohonan secara bertulis kepada ketua jabatan masing-masing, jika berhajat untuk keluar negeri.
  • Dimestikan mendapat kebenaran permohonan sebelum keluar negeri.
  • Tidak dibenarkan keluar negeri semasa:

Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.
Sambutan Hari Keputeraan KDYMM
Sambutan Hari kebangsaan
Majlis-Majlis Adat Istiadat Beraja
(Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 11/1999)

Warga perkhidmatan awam yang keluar negeri tanpa kebenaran bertulis daripada ketua jabatan adalah menyalahi peraturan dan boleh diambil tindakan tatatertib.


PENYALAHGUNAAN DADAH

Setiap warga perkhidmatan awam ditegah keras melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah setiap masa termasuk pengedaran, penjualan, pemprosesan atau sebarang aktiviti yang menghasilkan dadah.

Pusat Pemulihan Al-Islah dan Biro Kawalan Narkotik adalah agensi Kerajaan yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Warga perkhidmatan awam yang dilaporkan terlibat akan diambil tindakan tatatertib.


KEWANGAN
(Peraturan-Peraturan Kewangan 1983)

Setiap warga perkhidmatan awam yang bertugas secara langsung atau tidak dengan perkhidmatan awam dan pengurusan kewangan adalah dikehendaki:

  • Mengetahui dan memahami peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

  • Melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh jujur, amanah, cekap, titih dan lutanan.

Warga perkhidmatan awam yang melanggar peraturan dan prosedur yang ditetapkan akan diambil tindakan tatatertib.


KERAHSIAAN MAKLUMAT KERAJAAN
(Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2/2000 – Akta Rahsia Rasmi Bab 5 Penggal 153)

Setiap warga perkhidmatan awam yang bertugas secara langsung atau tidak dengan perkhidmatan dan pengurusan pejabat adalah dikehendaki:

  • Mengetahui, memahami dan mematuhi setiap masa Akta Rahsia Rahmi seperti yang ditandatangani semasa memulakan perkhidmatan dengan Kerajaan;

  • Menjaga kerahsiaan dokumen Kerajaan setiap masa termasuk setelah meninggalkan perkhidmatan Kerajaan.


JENAYAH DAN KESALAHAN SYARIAH

Setiap warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan rukun akhlak dan etika kerja yang mulia, serta menjadi role model kepada warga perkhidmatan awam yang lain.

Warga perkhidmatan awam perlu menghindar diri daripada terlibat dengan kes-kes seperti:

  • Judi;

  • Curi;

  • Khalwat;

  • Zina;

  • Persetubuhan haram;

  • Makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan.

Warga perkhidmatan awam yang terlibat dalam kes-kes jenayah dan / atau kesalahan syariah, jika sabit kesalahan, akan dihukum di mahkamah dan sekali gus diambil tindakan tatatertib.


TINDAKAN TATATERTIB

Tindakan tatatertib yang dikenakan kepada warga perkhidmatan awam menurut kesalahan:

  • Diberi teguran (amaran lisan)

  • Diberi amaran bertulis

  • Digantung kerja

  • Ditahan kerja

  • Ditahan kenaikan gaji

  • Diturunkan pangkat

  • Dipersarakan

  • Ditamatkan perkhidmatan

  • Dibuang kerja

Thursday, March 18, 2010

Functions of the Legislative Council

Photo (c) Infofoto, 2010

According to the Brunei Resources.com, there are 5 Councils formed under the Constitution 1959 of Brunei Darussalam:
  1. Council of Ministers (Majlis Mesyuarat Menteri Cabinet) - advises His Majesty in the exercise and performance of his duties.
  2. Legislative Council (Majlis Mesyuarat Negera) - advises His Majesty on the enactment of legislations.
  3. Privy Council (Majlis Mesyuarat Diraja) - advises His majesty in relation to the exercise of the prerogative of mercy
  4. Council of Succession (Majlis Mesyuarat Menangkat Raja) - advises His Majesty on matters related to the succession of the throne.
  5. Council of Islamic Religion (Majlis Mesyuarat Agama Islam) - advises His Majesty on matters of Islamic Religion.
I guess a lot of us are unaware or curious with what are the functions of the Legislative Council. RTB news highlighted this last Thursday during the opening of the 1st meeting of 6th session of the Legislative Council:

Among the functions of the Legislative Council are to deliberate and approve legislation, impose financial restrictions, review government policies and other related matters pertaining to the Legislative Council.

The Brunei Legislative Council was established by the late Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, father of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. He ascended the throne as Brunei's 28th ruler at the age of 35. On May 12th, 1953, Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien first expressed his desire to have a constitution for Brunei Darussalam and establish a constitutional government for his rakyat. The Brunei Written Constitution was formally endorsed and signed on September 29, 1959. Signing for Brunei was the architect of Modern Brunei himself, Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, while Great Britain was represented by the British Commissioner General for Southeast Asia, Sir Robert Scott.

The constitution was amended in 1971 and 1984 to include provisions that enabled Brunei to function as an independent sovereign nation state. The motto of the legislative council is to uphold justice in decision-making for the happiness and prosperity of the people and rakyat of Brunei Darussalam. The legislature held its last sitting on December 27, 1983.

On the 15th of July, 2004, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to reinstate the Legislative Council of Brunei Darussalam after a 21 year suspension. The reinstatement of the Legislative Council reflects the wisdom of His Majesty in ensuring that the country's future is well-planned towards the future.

The 25th of September 2004, marked another momentous day for the country with the convening of the first meeting of the first session of the Legislative Council after 21 years. This marks yet another moment in history in what has been regarded as a 'ground breaking' step or beginning in the formation of the Legislative Council with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam himself becoming an ex-officio member.

Also becoming ex-officio members are His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Officer at the Prime Minister's Office,
and His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, the Minister pf Foreign Affairs and Trade.

Other ex-officio members are;
  • the Minister of Education, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman;
  • the Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Doktor Ustaz Haji Awang Mohamad Zain;
  • the Minister of Culture Youth and Sports, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Doktor Awang Haji Ahmad;
  • the Minister of Communication, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar;
  • the Minister of Home Affairs, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan;
  • the Minister of Health, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi;
  • the Minister of Development, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah;
  • the Minister of Energy at the Prime Minister's Office, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Retired Major General Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad;
  • the Minister of Industry and Primary Resources, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya;
  • the Second Minister of Finance, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman ;
  • the Second Minister of Foreign Affairs and Trade, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Meanwhile, two appointed titled persons are;
  • Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Doktor Haji Mohamad Yusof;
  • Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Retired Colonel Dato Seri Paduka Haji Awang Mohamad Yasmin

Members also comprise those who have achieved distinction:
  • Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin;
  • Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking,
  • Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas,;
  • Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai,
  • Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin;
  • Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mohamad Yunos bin Mohamad Noh.

Appointed members for Districts are:
  • Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin Mansor , Brunei Muara District;
  • Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Shafiee bin Ahmad for the Belait District;
  • Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Mohamad Taha bin Abdul Rauf for the Tutong District;
  • Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad for the Temburong District.

To strengthen the role of the legislative council as part of the nation building machinery, His Majesty has consented to the construction of a magnificent new building for the council in Jalan Kebangsaan. The new Legislative Council Building was constructed on a 10.7 hectare site at a cost of about 62-million dollars under the 8th National Development Plan.


References:
Brunei Resources.com http://www.bruneiresources.com/civilservicebackground.html
RTB News (online) http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=6521

Good read:
Brunei Times, March 11, 2010. "Brunei's State Legislative Council"
http://www.bt.com.bn/en/news-national/2010/03/11/bruneis-state-legislative-council

Councils of State (
website)
http://www.councils.gov.bn/

Friday, March 12, 2010

Titah KDYMM di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-6 Majlis Mesyuarat Negara

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari Khamis, 25 Rabiulawal 1431 / 11 Mac 2010.

Photo (c) Information Department, 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan kita dapat berkumpul di Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Keenam Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini.

Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Persidangan ini seperti lazimnya akan dijadikan saluran bagi menyampai dan membahaskan pandangan-pandangan ahli yang dilihat sebagai cara untuk menjana perkembangan dan kemajuan.

Dari sinilah suara-suara akan didengar dan sampai kepada pihak-pihak dalam kerajaan. Semuanya itu akan dinilai dan diteliti jika didapati bersesuaian ia akan menjadi asas kepada perancangan-perancangan negara.

Pihak-pihak dalam kerajaan pula sentiasa berkewajipan untuk mendekati rakyat dan penduduk dengan maklumat-maklumat yang berguna supaya mereka dapat sama-sama merasakan betapa mustahaknya negara merancang dan membangun untuk kemajuan.

Setiap perkara yang dibincang hendaklah benar-benar mengambil kira kemasylahatan rakyat dan negara, bukannya perkara-perkara yang tidak penting. Ia mesti dilihat dengan serius bukan dengan sikap sambil lewa.

Sebarang kenyataan atau pendangan perlulah disokong dan kajian dengan fakta supaya perbincangan mampu terarah dengan baik tidak kucar-kacir atau tersasar daripada tujuan.

Sebagai misal kita kadang-kadang mendapati ada projek-projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh tertentu yang ditetapkan, apa alasannya maka berlaku yang demikian itu. Inilah yang perlu kita kaji dan dalami sebab-sebabnya sama ada dari pihak kerajaan sendiri mahupun pihak pengusaha.

Mengapakah kegagalan itu boleh berlaku dan apa puncanya, mustahak dibutirkan selengkapnya faktor-faktor kegagalan tersebut, kerana ini sangat besar kegunaannya, di antaranya kita dapat belajar dari kesilapan dan juga dengan mengetahui kesilapan dan punca-puncanya kegagalannya. Kita pada masa-masa akan datang tidak lagi akan mengulanginya.

Kita perlu mengorak langkah lebih pantas untuk mengatasi jika ada sebarang kelambatan atau kegagalan kita mencapai sasaran. Kerana kelambatan atau kegagalan itu sangat buruk akibatnya kepada negara.

Sekarang negara sedang rancak dengan pembangunan ekonominya, setelah menyaksikan kesan-kesan krisis ekonomi dunia yang parah. Alhamdulillah berkat dasar kita yang mantap dan sikap sihat dalam berbelanja tanpa bergantung dengan hutang maka sosioekonomi kita terus kukuh dan stabil. Ditambah lagi dengan adanya peningkatan tahap keyakinan di pasaran kewangan dunia dan peningkatan dalam bentuk permintaan bagi produk minyak mentah. Ini sedikit sebanyak dapat memastikan bahawa hasil pendapatan negara, insya-Allah akan terus mampu untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan.

Sebagi contoh bagi Tahun Kewangan 2009/2010 ini sahaja, kerajaan beta telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak $626.8 juta dengan hasrat supaya operasi perkhidmatan kerajaan dan perlaksanaannya projek-projek pembangunan tidak terjejas di samping untuk merangsang aktiviti-aktiviti perekonomian yang berdaya saing. Ini semua tentu sahaja memerlukan mekanisma yang ligat, cekap dan tidak ketinggalan zaman, kerana pengurusan ekonomi itu bukanlah berundur ke belakang walau setapak.

`Ditambah lagi ekonomi kita juga sedang bergerak kepada kepelbagaian ekonomi serta tidak lagi terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas yang kita lihat sebagai antara objektif asas wawasan negara.

Namun dalam perkara pembangunan ini kita perlu memahami bahawa pembangunan yang lengkap itu bukan semata-mata difokus kepada infrastruktur fizikal tetapi juga mesti memberikan penekanannya kepada bidang rohani. Sudah tidak rahsia lagi semua negara di dunia ini rata-rata membangun tetapi pembangunan itu kelihatannya melebihkan fizikal. Betul mereka itu mungkin maju tetapi dalam maju itu ada yang tidak senang duduk, tidak merasa nikmat tidur kerana negara asyik bergelut dengan huru-hara dan peperangan dengan pergaduhan-pergaduhan sesama sendiri dengan jenayah, dengan dadah, dengan rasuah dan lain-lain.

Ini semua boleh membuat kemajuan yang dicapai tidak bermakna. Kerana itu beta tidak bosan-bosan menyebut mengenai pendidikan. Pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat yang tidak boleh diabai-abaikan. Dasarnya mesti sihat dan sistemnya mesti betul. Dasar dan sistem yang baik ialah dasar dan sistem yang mampu untuk membangunkan rohani bukan yang melemahkannya. Sebab itu beta berkali-kali memberi isyarat bahawa pendidikan ugama daripada bawah lagi sewajarnya wajib bukan 50 tahun sebagai pilihan.

Akhirnya beta menyeru kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat supaya akan dapat lebih peka dengan segala permasalahan yang dialami oleh rakyat dan penduduk negara ini termasuklah yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan membawa permasalahan tersebut untuk dibincangkan di dalam dewan yang mulia ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source : Press Room, Information Department, Prime Minister's Office

-------------
from RTB News Room, www.rtbnews.rtb.gov.bn:

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddin Wadaullah, the Sultan and Yang Di-pertuan of Brunei Darussalam reiterated the need for the country to move swiftly in overcoming any delay or failures towards achieving targets. In his inaugural Titah at the opening of the first meeting of the sixth session of the Legislative Council this morning, His Majesty also underscored the importance of achieving a balance between physical and spiritual developments. The meeting is taking place at the Dewan Majlis at Jalan Kebangsaan. The Monarch pointed that the Legislative Council is a channel for bringing forth views so they can be discussed and brought forward to the Government as a means of generating progress and development. His Majesty also reminded that, for their part, government authorities have the responsibility of always keeping in touch with the people bringing useful information so that they too feel the importance of together planning and developing for progress.

Every subject discussed must take into account the problems of the people and country and not merely trivial matters. These subjects must be viewed seriously and not lightly. Every statement or opinion must be supported by studies and facts so that discussions can go in an orderly manner and not haphazardly or deviate from their objectives. For example, sometimes we find projects that cannot be completed according to the stipulated schedule. The reasons for these situations occurring should be looked into in detail, whether the cause of the failure comes from the government or from the entrepreneurs. These causes need to be detailed out comprehensively, as they are very useful in that we can learn from these mistakes and that the same mistakes are not repeated in the future. We need to move faster in overcoming any delay or failure in our move to achieve targets. Delays and failures bring adverse consequences to the country.

By the grace of Allah the Al-Mighty, due to our firm policies and healthy spending styles without relying on debts, our socio-economy continues to be strong and stable. This is supported by the improvement in the level of financial confidence in global markets and an increase in the demands for crude oil products. To some extent, this has ensured that the national revenue would continue to be able to bear government expenditures. For example, for the 2009/2010 fiscal year alone, my government had approved an additional budget of $626.8 million with the aspiration that government services operations and the implementation of development projects are not affected, aside from stimulating competitive economic activities. This certainly requires a dynamic, efficient and up-to-date mechanism as management of economy should not move backwards, not even by one step. Furthermore, our economy is moving towards diversification and does no longer depend solely on oil and gas, which we see as among the fundamental objectives of the Brunei vision.


It is no longer a secret that countries around the world are developing, but such developments are more focused on physical development aspects. True, they may be advancing, but with these advancements the population do not live in comfort or sleep well, because these countries are struggling with chaos and wars with fighting amongst themselves and against crimes, drugs, corruption and others. All these can render meaningless the progress which has been achieved. That is why I tirelessly speak on education. Education is a life-long investment which cannot be neglected. Its policies must be healthy and its system right. Good policies and system can bring about spiritual development and not weaken it. That is why I, over and over again, point out that it must start from the bottom. Finally, I call on members of the council to be more sensitive with all the problems of the country's rakyat and people, including those living in the interior areas, and to bring such problems to be discussed in this noble assembly.

Saturday, March 6, 2010

H1N1 Vaccination passes QA inspection!

Glad to hear from the RTB News that the Ministry of Health has confidently announced the safety of H1N1 vaccines.

It will resume this Monday, 8th March at all vaccination centres.

From the Ministry of Health's website:


Kementerian Kesihatan sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa program suntikan vaksin Influenza A H1N1 adalah kini dibukakan semula kepada orang ramai pada 6 Mac 2010

Penilaian keatas semua kumpulan vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalkan ke Negara Brunei Darussalam telah pun dijalankan. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalkan adalah memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan. Syarikat pembuat vaksin berkenaan juga telah memberikan jaminan kualiti vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalnya ke Negara Brunei Darussalam.

Vaksin Influenza A H1N1 yang digunakan di Negara Brunei Darussalam masih terus digunakan di 19 negara-negara lain. Agensi regulatori ubat-ubatan di luar negeri juga mengesahkan mengenai keselamatan vaksin Influenza A H1N1 yang mana sehingga kini, sebanyak tujuh puluh lima (75) juta dos vaksin Influenza A H1N1 yang sama telah digunakan di seluroh dunia dengan selamat. Di Negara Brunei Darussalam sendiri sejak program suntikan dimulakan, sebanyak 40,000 dos vaksin Influenza A H1N1 telahpun diberikan kepada rakyat dan penduduk negara ini dengan selamat.

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mendapatkan suntikan vaksin Influenza A H1N1 di pusat-pusat suntikan yang telah ditetapkan pada waktu-waktu pejabat, iaitu:

Daerah Brunei Muara

  • Pusat vaksinasi Stadium Tertutup, Berakas (juga dibuka pada hari kelepasan awam)

  • Pusat vaksinasi - Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan, Jalan Ong Sum Ping

  • Pusat Kesihatan Berakas “A”, Kg Anggerek Desa

  • Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong

  • Hospital RIPAS


Daerah Belait

  • Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

  • Pusat Kesihatan Sg Liang


Daerah Tutong

  • Hospital PMMPMHAMB


Daerah Temburong

  • Hospital PIHM



Hotline: 145(office hours) or 7180991

Package offers from the State's Mufti (Brunei)

From the website of the State's Mufti:

Pakej Wakaf Buku Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan


Pendahuluan

Dalam usaha untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan bagi memberi peluang umat Islam di semua peringkat untuk berwakaf dan beramal jariah, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri kini menyediakan Pakej Wakaf Buku Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Skim ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Matlamat

  • Memberi peluang beramal dengan niat kerana Allah.

  • Menyediakan peluang berwakaf dan beramal jariah bagi semua lapisan umat Islam dalam bentuk buku (ilmu), kepada institusi-institusi masjid, sekolah dan pusat-pusat rujukan awam.

  • Sebagai langkah Jabatan Mufti Kerajaan ke arah memandu masyarakat Islam pada sama-sama mengembang dan menyebarkan ilmu Islam yang lebih luas skop dan bentuknya.

Cara Pengendalian

  • Isi borang yang disediakan

  • Pilih Pakej Wakaf yang dikehendaki

  • Tentukan tempat berwakaf yang dikehendaki

  • Bayar tunai atau masukkan ke akaun Tabung Jabatan Mufti Kerajaan.

  • Hantar borang yang telah lengkap diisi ke Bahagian Penerbitan dan Penerangan , JMK dan fax ke 2237699 atau 2235120

Keterangan lanjut, hubungi :

Bahagian Penerbitan dan Penerangan,
Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
DarulIfta Brunei Darussalam,
Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja,
Negara Brunei Darussalam.

Email:
mufti@brunet.bn
fatwa@brunet.bn
penerbitanjmk@netkad.com.bn







Sunday, February 28, 2010

Titah KDYMM Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tahun 1431H / 2010M

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi pada hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1431 / 27 Februari 2010.

(c) Infofoto 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat lagi pada tahun 1431 Hijriah ini, meraikan Maulud Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Di kesempatan ini, sudah sepatutnya kita isikan ia dengan selawat dan salam ke atas Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dan juga jangan lupa untuk mengambil contoh teladan dari sunnah-sunnah Baginda sebagai tanda cinta dan penghormatan kita terhadap Baginda. Bagindalah pembawa cahaya, yang menerangi alam maya ini, di mana sebelum itu, dunia terjerumus ke dalam kancah kegelapan dan kesesatan. Cahaya tersebut ialah agama Islam.

Dalam usaha menyebar dan memperjuangkan agama Islam itu, Baginda berhadapan dengan pelbagai rintangan dan ujian. Bukan saja rintangan daripada musuh, malahan juga dari kaum keluarga Baginda sendiri. Namun segala percubaan, dihadapi oleh Baginda dengan sabar dan tabah. Baginda tidak undur, malah terus menyebarkan agama Allah dengan keyakinan, bahawa Allah pasti menolong Baginda.

Dari manakah datangnya kekuatan dalam diri Baginda untuk menghadapi semua ini?

Jawabnya dari keimanan dan keikhlasan kepada Allah. Iman dan ikhlaslah yang membuat kuat itu. Kalau ada iman dan ikhlas, semua rintangan mampu dihadapi.

Kemampuan itu bukan saja datangnya dari kita sendiri,malahan juga ditambah dengan pertolongan Allah, kerana kita menolong agama-Nya, sebagaimana janji-Nya dalam surah Muhammad, ayat 7 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong Allah yakni membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong (membela) kamu juga (pada mencapai kemenangan) dan (Dia juga) akan meneguhkan pendirian kamu."

Ini janji kepada orang yang ikhlas kerana Allah. Ikhlas kepada agama-Nya. Rahsia ikhlas itu amatlah agung, dalam apa saja perkara. Ia sangat berkat lagi dituntut, bukan saja dalam beribadat, malahan juga dalam semua keadaan: dalam belajar, dalam mencari nafkah, dalam kehidupan berkeluarga dan bernegara, semuanya menghendaki ikhlas. Jika tanpa ikhlas, akan pahitlah natijahnya.

Ikhlas adalah penawar atau ubat segala kepincangan. Khasnya dalam bidang pekerjaan atau tugas, jika seseorang itu sungguh-sungguh ikhlas, maka sudah barang tentu dia akan bersih dari segala macam sifat buruk, seperti tamak, dengki, tidak amanah, rasuah dan seumpamanya. Inilah dia kepentingan ikhlas itu.

Beta sangat berharap, dalam keghairahan kita menyambut Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini, seluruh rakyat dan penduduk, tanpa mengira kedudukan dan peringkat, akan mengamalkan sifat ikhlas itu dalam kehidupan, supaya kita benar-benar menjadi bangsa yang dirahmati oleh Allah, yang dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan kelebihan.

Kita mesti mencari untung dengan kebajikan, bukan sebaliknya. Keuntungan yang diraih dengan kebajikan, nilainya adalah tinggi, berbanding yang didapat melalui kerja- kerja curang, akan mengundang dan menghumbankan kita kepada kecelakaan di dunia mahu pun di akhirat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memakai 'pakaian ikhlas' yang cantik lagi suci ini, dihadapan Allah dan juga dihadapan sesama insan, supaya hidup kita penuh berkat, dikasihi serta disenangi oleh Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan makhluk-Nya.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Source: Press Room of Information Department

Saturday, February 27, 2010

Pesta Buku 2010


The annual Book Fair (in conjunction with National Day celebration) is still going on until next Tuesday, so far I have visited 5 times and each visit I have gained something from it. I would say the book fair is predominantly religious books, which I personally think it is a response to His Majesty's call for strengthening religious education (26th Jan 2010) and Maulidur Rasul celebration as well. I love this book fair as I have always been eager to buy kid's religious books, Quran & Iqro software and religious songs.

Besides, there are some dictionaries at good bargain. I've got a new Oxford English-English-Malay Dictionary (2007) at B$10 only (Orig price B$20) from Pustaka Remaja, and a Kamus Bahasa Melayu Brunei at B$13.50 (Orig price B$15) from Dewan Bahasa dan Pustaka. Not only the local bookstores are participating, there are ASEAN publishers, our government agencies such as State Mufti Dept, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei History Centre, Museums Dept, etc.

Quoting from Islamia, Brunei Times, 29th January, 2010 issue:
Prophet Muhammad (pbuh) called on Muslims to obtain and then share the knowledge they have obtained: "Acquire knowledge, for he who acquires it in the way of Allah performs an act of piety; he who speaks of it, praises the Lord; he who seeks it, adores Allah; he who dispenses instruction in it, bestows alms; and he who imparts it to others, performs an act of devotion to Allah." (Sahih Bukhari and Muslim)

If you haven't visited the book fair, it's highly recommended that you should grab this golden opportunity. 4 more days...


click on the image to enlarge

(scanned) Images from
official website of 26th National Day of Brunei Darussalam.

For more activities or events on National Day celebration, click on www.nationalday.org.bn

Happy Maulidur Rasul

My favourite food for thought Islamia from the Brunei Times, 26th February, 2010:
Available online: http://www.bt.com.bn/en/files/digital/Islamia/Issue87/SP26Feb.1.pdf

click on the image to enlarge and read :-)

Summary:

  • Prophet Muhammad (PBUH) was the most perfect human being on Earth
  • Follow the teachings of our Prophet (PBUH) in every sphere of life
  • "He who obeys the Messenger (Muhammad) has indeed obeyed Allah, but he who turns away, then we have not sent you (Muhammad) as a watcher over them." (An-Nissa/ 4:80)

Tuesday, February 23, 2010

Titah KDYMM sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD ke-26

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-26 pada Hari Selasa 9hb Rabiulawal, 1431 bersamaan 23hb Februari, 2010


(c) Infofoto 2010



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua, atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-26 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Kesyukuran kita ini adalah sebagai respon kepada peringatan Allah, ayat 7 surah Ibrahim, tafsirnya:

“Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”

Ni'mat ini, semoga berkekalan, sehingga kegenerasi demi generasi. Itulah harapan kita.

Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini berbunyi: “Negaraku Brunei Darussalam.”

Ramai orang beranggapan, tema seperti ini, hanyalah tertentu untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara semata-mata. Kalau inilah saja, maka ianya belum lengkap lagi.

Turut lebih penting lagi ialah, apakah sumbangan kita untuk 'mengekalkan' ni'mat Allah, yang dikurniakan-Nya selama ini kepada kita dan negara?

Patriotisme dan cintakan negara, sering dilihat orang dari kulitnya saja, berupa ikrar-ikrar dan upacara-upacara kesukaan. Jarang orang melihatnya sampai ke lubuk-lubuk rahsia : bahawa ni'mat itu ditanai dengan syukur dan digilap dengan kerja-kerja takwa kepada Allah. Jika ini ada, maka barulah ada harapan untuk ni'mat itu berkekalan, sebagaimana janji Allah Subhanahu Wata'ala sendiri.

Maka bersukut dengan sa'at bersejarah ini, marilah kita sama-sama menghayati amal syukur dan amal takwa itu.

Selebihnya, kita adalah memerlukan prestasi perlaksanaan yang berterusan. Kita mahu, apa yang dirancang itu dilaksanakan dengan menepati jadual, bukan sekadar rancangan di atas kertas saja. Dan adapun anak kunci kepada semua ini, ialah “cara” kita melaksanakannya.

Diantara cara paling efektif ialah, perundingan yang berkesan diantara agensi-agensi berkaitan, misalnya ada rancangan untuk membangun sekolah atau masjid, kadang-kadang yang dijadikan alasan mengapa 'lambat', ialah, kerana ada halangan berkaitan dengan syarat-syarat tanah, atau tanah belum digezit dan seumpamanya.

Jika inilah alasannya, bukankah semua itu dari kerajaan jua? Sepatutnya kalau kerajaan sendiri yang berkehendak, tentu saja masalah itu tidak akan jadi sukar lagi. Tetapi kelambatan tetap juga berlaku, mengapa? Adakah kita betul-betul serius ataupun tidak? Jika lambat diperingkat bawah, adakah peringkat atas mahu turun padang berunding? Inilah masalah kita.

Dan inilah makanya mekanisme penyukat prestasi (key performance indicators) telah dibentuk untuk dipakai sebagai panduan oleh setiap agensi kerajaan.

Satu lagi keperluan dalam usaha kita membangun negara ialah keadaan alam sekitar. Tidak ada maknanya pembangunan pesat jika alam sekitar terjejas teruk. Kerana kita juga terus memerlukan tanah yang subur, udara yang bersih, air minum yang bersih, malah air laut yang bersih yang tidak tercemar. Kerana inilah sumber kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita menyegerakan penggubalan undang-undang atau peraturan bagi pembangunan lebih terkawal. Pada misalnya kita perlu menguatkuasakan mekanisme 'Environmental Impact Assesment' dan lain-lain seumpamanya bagi projek-projek pembangunan.

Turut penting juga untuk disebut ialah hal ehwal kewangan. Baru-baru ini Kerajaan Beta telah melaksanakan peraturan pengawalan penggunaan kad kredit. Langkah ini menarik perhatian pelbagai pihak dan menjadi satu perkara yang diperkatakan ramai.

Tujuan Kerajaan ialah supaya kita sama-sama memahami, bahawa kemewahan hidup yang disandarkan kepada hutang yang bertumpuk-tumpuk merupakan kemewahan yang rapuh, dan malah, akan banyak mendatangkan kerugian pada jangka panjang.

Walaupun pada peringkat awalnya, perkara ini mungkin sedikit sebanyak mempersulit sebilangan rakyat atau institusi yang mempunyai kepentingan, namun pihak Kerajaan adalah percaya, tindakan ini sungguh tepat, demi menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini pada jangka waktu yang jauh.

Ini, adalah satu dari strategi kita dalam menjadikan ekonomi sebagai salah satu dari 3 tiang utama Wawasan Brunei 2035.

Negara memerlukan dasar-dasar ekonomi yang lebih teratur, mantap dan menarik, serta juga iklim pelaburan yang kondusif yang berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perekonomian secara keseluruhan.

Demikian juga, usaha-usaha adalah perlu, bagi membolehkan kita mengimbangi kekurangan dalam pasaran domestik, serantau mahupun global, serta menukarkannya kepada situasi yang lebih positif dan menguntungkan.

Pada akhirnya, Beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat serta penduduk negara ini termasuk semua peringkat, ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara.

Ucapan yang sama juga Beta tujukan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-26 Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Marilah kita sama-sama menadah tangan dan memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, supaya negara dan kita semua, sentiasa dilimpahkan dengan berkat dan rahmat-Nya, amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalaamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Source: Press Room, Information Department