Tuesday, February 22, 2011

Titah KDYMM sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1432H

Image (c) Infofoto 2011


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1432 Hijriah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een,Waba'du.




Beta bersyukur, kerana kita umat Islam dapat lagi menyambut dan memperingati sejarah keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Rasul utusan Allah dan selaku rahmat bagi alam seluruhnya.




Telah menjadi ristaan, bahawa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam diutus ke tengah-tengah masyarakat jahiliah yang rosak segala-galanya : rosak akhlak dan rosak nilai-nilai hidup.




Pada ketika itu tidak ada keluhuran undang-undang dan tatasusila. Semuanya berhakim dengan hati dan hawa nafsu. Namun setelah Baginda diutus, cahaya kebenaran mula memancar, menyinari masyarakat dan bumi yang gelap-gelita.




Apakah faktor yang membawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berjaya membentuk masyarakat dan negara yang sempurna? Jawabnya : kerana Baginda terlebih dahulu, mengambil kira pembinaan insan, sebelum lagi soal-soal kenegaraan.




Baginda telah menanam iman, menggilap jiwa dengan tauhid dan menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji, sebelum lagi yang lain-lain itu.




Inilah satu keteladanan yang sayugia jangan diabaikan. Kerana di sana, pada hemat beta, ada rahasia besar, mengapa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam mengutamakan lebih dahulu pembangunan insan dari yang lain-lain.




Di antara rahasianya yang dapat dikesan ialah, kerana insan itu adalah jentera. Dia juga penggerak dan dia juga tonggak untuk melakukan sebarang pembangunan. Kalau jentera, penggerak dan tonggak berfungsi dengan elok, bukankah apa-apa jua yang dibangun nanti, akan mengikut elok juga?




Oleh itu, bagi umat Islam di mana saja, yang ingin berjaya seperti kejayaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam membangun, termasuk membentuk negara sejahtera, mereka itu diperlukan mengikut formula Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini.




Dan ini, selaras dengan perintah Allah sendiri kepada kita, seperti firman-Nya dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21, tafsirnya:“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (reda) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta dia itu pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”




Ayat ini sangat terang memberi isyarat, supaya kita mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, apa jua yang ada dan datang dari Baginda, kita contohi, barulah ada makna kita menjadikan Baginda itu pemimpin dan penghulu kita dan baru juga ada harapan untuk kita menjawat berkat dan rahmat di dalam kehidupan.




Dalam makna, ayat ini juga, menghendaki kita supaya berpegang kuat kepada ajaran yang dibawa oleh Baginda, sebagaimana Baginda sendiri juga berbuat yang sedemikian itu. Dengan pegangan yang kuat ini, kita akan menjadi umat yang sempurna, yang taat kepada Allah yang berakhlak mulia lagi bermaruah.




Jadi amat sesuai tema sambutan kita pada tahun ini mengungkap : 'Membina Sahsiah Dengan Ajaran Rasulullah'.




Ia lebih relevan lagi dengan fenomena hari ini, di mana dunia sedang meratap kerana dilanda oleh pelbagai gejala buruk, terutama gejala sosial yang menular, yang mengheret semula dunia memasuki era gelap-gelita yang bernama jahiliah.




Beta percaya, hanya dengan menguatkan pegangan agama serta menghayati sunnah-sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja, penyakit menular ini akan dapat dibanteras.




Beta berharap, sahsiah mulia acuan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan tumbuh dengan suburnya di negara ini, menjadi tunjang kepada kemajuan dan pembangunan sepanjang zaman.




Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




(Source: Pressroom, Information Department)

Friday, February 11, 2011

new Speaker to the Legislative Council (Majlis Mesyuarat Negara)

By command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Prime Minister's Office hereby announces that His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to the appointment of Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim as Speaker to the Legislative Council to replace Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin.


Photo (c) Information Department

The date of the said appointment will take effect from Thursday, 7th of Rabiulawal, 1432 corresponding to 10th of February, 2011.

(Source: RTB News, 9th February 2011)

Wednesday, January 12, 2011

Board members of Brunei Darussalam Monetary Authority

Official photograph of the board members of the Brunei Darussalam Monetary Authority or Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) in Malay, taken on 10th January 2011.



Photo (c) Infofoto, Information Department, Prime Minister's Office


Ahli-ahli Lembaga AMBD seperti berikut:

Chariman (Pengerusi) = Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,

Deputy Chairman (Timbalan Pengerusi) = Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan

Other board members are:
  • Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Minister of Finance II at the Prime Minister's Office,
  • Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Apong, Deputy Minister at the Prime Minister's Office,
  • Yang Mulia Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Permanent Secretary at the Ministry of Finance,
  • Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Awang Metussin bin Haji Baki, Syarie High Court Judge (Hakim Mahkamah Tinggi Syarie),
  • Yang Mulia Datin Paduka Magdalene Chong, Solicitor General (Peguamcara Negara),
  • Yang Mula Dato Paduka Dr Haji Ismail bin Haji Duraman, Executive Director of Centre for Strategic and Planning Studies (CSPS) / Pengarah Eksekutif, Pusat Pengajian Strategik dan Polisi (CSPS),
  • Managing Director & ex-officio member = Yang Mulia Awang Haji Mohd Rosli bin Haji Sabtu, Timbalan Setiausaha Tetap (Monetari) di Kementerian Kewangan dilantik sebagai Pengarah Urusan AMBD.

Monday, January 10, 2011

new Princess in the Bruneian Royal Family

Photo (c) Infofoto 2011 (Masri)



6th January 2011 -- His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to bestow the name of his new granddaughter, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Her Royal Highness Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah delivered the new princess on Sunday, 2nd January 2011, 10.47pm.

From the Pelita Brunei:

Berkenan mengurniakan nama cucunda baginda

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Januari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain, mengumumkan bahawasanya:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda yang telah selamat diputerikan pada hari Ahad, 28 Muharam, 1432 bersamaan 2 Januari 2011 jam 10.47 malam dengan nama:

YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN ANAK MUNEERAH MADHUL BOLKIAH BINTI DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan selamatnya meluaran tersebut.

Poster of Cabinet Minister (updated Nov 10)

This is the latest poster of the cabinet minister of Brunei Government released by the Information Department, Prime Minister's Office. This is to replace the existing poster (29 May 2010) with two noticeable updates:

(1) The appointment of Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong as the Deputy Minister at the Prime Minister's Office, with effect from 18th November 2010 (who previously was the deputy minister of development).

(2) The Datoship (DPMB) conferred to Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (Deputy Minister of Finance) on 15th July 2010.

Copies of poster can be obtained from the Information Department during office hours (Mon-Thu & Sat, 7.45am - 12.15pm; 1.30pm - 4.30pm). While the soft copy is available online at http://www.information.gov.bn/VER2/images/Book/Poster_Menteri_-_Menteri_Nov10.jpg

click to enlarge

(Source: Information Department, Prime Minister's Office)

Tuesday, January 4, 2011

Titah KDYMM sempena Awal Tahun Masehi 2011

Image (c) Infofoto 2011


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim


Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.


Kita baru saja meninggalkan dekad pertama, kurun kedua puluh satu. Sekarang kita memasuki tahun baru Masihi 2011 yang memulakan dekad kedua bagi kurun ini.


Tahun Masihi 2010 telah melakar untuk kita kejayaan dan cabaran. Usaha bagi mengukuhkan masa depan ekonomi kita, telah menampakkan hasilnya dengan bermulanya pengeluaran methanol untuk eksport. Ini ditambah lagi dengan usaha-usaha meningkatkan penanaman padi yang berterusan, di samping langkah mempromosi dan menghasilkan produk-produk makanan di bawah jenama ‘Brunei Halal’, juga semakin menggalakkan.

Namun dengan prospek ini, tidaklah akan melalaikan kita dari terus memantapkan langkah-langkah pencegahan dan perlindungan dari impak pelbagai krisis, antaranya krisis kewangan, harga minyak, makanan, kesihatan dan cuaca.

Bagi kepentingan ini, kita juga sentiasa membuat penilaian ke atas dasar-dasar kerajaan, perancangan pembangunan jangka panjang, tatacara untuk memenuhi keperluan orang ramai dan kemudahan pelaburan, demi kesejahteraan dan kestabilan negara.

Menyentuh mengenai kestabilan ini, kita insya-Allah akan memulakan dekad baru dengan penubuhan sebuah organisasi yang sangat penting iaitu Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) pada esok hari, 1 Januari 2011. Autoriti ini akan sentiasa memastikan sektor monetari dan kewangan negara berfungsi dengan stabil dan teratur. Ini termasuklah mengekal dan meneruskan Perjanjian Kesalingbolehtukaran matawang Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang dilihat sebagai banyak mendatangkan kemanfaatan kepada kedua-dua buah negara.

Beta juga berharap usaha-usaha akan diteruskan lagi untuk merealisasikan visi kita menjadikan negara ini sebagai salah sebuah pusat kewangan Islam terkemuka di dunia.

Dalam bidang kesihatan, kerajaan beta, selain meningkatkan kapasiti perkhidmatan perubatan di peringkat pakar, usaha-usaha kesihatan secara intensif juga adalah diambil, melalui pencegahan dan kesedaran.

Ini termasuklah, menguatkan lagi usaha membanteras tabiat merokok yang amat berbahaya itu, melalui pindaan duti eksais bagi rokok, tembakau dan produk-produk tembakau.

Kerajaan beta juga memperkenankan Skim Baru Perkhidmatan Kedoktoran pada 9 Oktober 2010, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan doktor-doktor berkualiti tinggi dari dalam dan luar negeri. Bagi anak-anak tempatan pula, skim baru ini diharapkan mampu untuk menyuntik semangat mereka menceburi pelbagai bidang perubatan sehingga ke peringkat kepakaran.


Turut termasuk, ialah usaha bersepadu kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan kita bebas dari pencemaran racun dan bahan-bahan yang membahayakan, demi semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk jua.

Termasuk juga untuk kesejahteraan ini, kerajaan beta telah pun merebiu Peraturan Cuti Beranak, yang baru-baru ini ada beta timbulkan, iaitu sebagai langkah menyelaras keperluan dan kepentingan kesihatan bagi ibu-ibu, sebelum dan selepas mereka itu melahirkan.

Mulai 1 Januari 2011, kerajaan beta akan mula menguatkuasakan peraturan baru, yang diberi nama Peraturan Cuti Beranak 2011, yang pada pokoknya, menaikkan cuti beranak bagi kesemua pegawai dan kakitangan wanita di dalam Perkhidmatan Awam dari 56 hari kepada 105 hari.

Peraturan ini adalah juga dilaratkan kepada pekerja wanita di sektor swasta yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap sebagai tambahan dan pindaan kepada Perintah Pekerjaan 2009 yang ada pada masa ini.

Di samping kita bersyukur atas segala nikmat yang ada, kita juga perlu berpijak di bumi nyata untuk tidak leka dari bersiap siaga bagi menangani sebarang kesulitan dan cabaran yang tidak diduga.

Beta adalah menghargai serta gembira, dengan sifat keprihatinan rakyat dan penduduk negara ini terhadap pihak-pihak yang kurang bernasib baik, khasnya mereka yang ditimpa musibah-musibah berat.

Beta memuji sifat murah hati dan ringan tangan menghulurkan bantuan-bantuan bersesuaian kepada pihak-pihak negara sahabat yang ditimpa musibah, seperti banjir besar, gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan seumpamanya.

Ini semua merupakan nilai-nilai positif yang perlu dikekalkan sehingga bila-bila.

Akhirnya, beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, di atas usaha-usaha ikhlas mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing di sepanjang tahun 2010.

Beta dan kaum kerabat beta juga tidak lupa merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada seluruh rakyat dan penduduk. Marilah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala terus melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya berupa kemakmuran dan perlindungan kepada kita semua dan negara.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Source: Press Room, Information Department




------------------------




Intisari Titah (Pelita Brunei, bil.2, Edisi Isnin, 3 Januari 2011)




  • Negara Brunei Darussalam melakar banyak kejayaan dan mendepani cabaran 2010


  • Pengeluaran metanol untuk eksport mengukuhkan masa depan ekonomi negara


  • Penanaman padi dipertingkatkan


  • Langkah mempromosikan dan menghasilkan produk-produk makanan di bawah jenama "Brunei Halal" semakin menggalakkan


  • Negara terus mantapkan langkah pencegahan dan perlindungan dari impak pelbagai krisis dunia


  • Dasar-dasar kerajaan, perancangan pembangunan jangka panjang, tatacara memenuhi keperluan orang ramai dan kemudahan pelaburan demi kesejahteraan dan kestabilan negara terus dinilai


  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) ditubuhkan pada 1 Januari 2011


  • AMBD pastikan sektor monetari dan kewangan negara berfungsi dengan stabil dan teratur


  • Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang Brunei-Republik Singapura dikekalkan dan diteruskan


  • Negara akan merealisasikan Brunei sebagai pusat kewangan Islam yang setanding dengan pusat-pusat kewangan terkemuka dunia


  • Duti eksais bagi rokok, tembakau dan produk-produk tembakau dinaikkan bagi membanteras tabiat merokok yang amat membahayakan kepada kesihatan


  • Kerajaan perkenalkan skim baru perkhidmatan kedoktoran pada 9 Oktober 2010 bagi mendapatkan perkhidmatan doktor-doktor berkualiti tinggi dari dalam dan luar negara


  • Kerajaan terus berusaha secara bersepadu bagi memastikan keselamatan makanan bebas daripada pencemaran racun dan bahan-bahan membahayakan


  • Kerajaan menguatkuasakan Peraturan Cuti Beranak 2011


  • Pegawai dan kakitangan wanita dalam Perkhidmatan Awam dan swasta menikmati cuti beranak 105 hari


  • Sentiasa bersiap siaga bagi menangani sebarang kesulitan dan cabaran yang tidak diduga


  • Baginda menghargai sifat keprihatinan rakyat dan penduduk terhadap mereka yang ditimpa musibah


  • Baginda memuji sifat murah hati dan ringan tangan menghulurkan bantuan negara-negara sahabat yang ditimpa musibah

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) Board Member

By command of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Ministry of Finance has announced that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to the enactment of the Authoriti Monetari Brunei Darussalam Order, 2010 (AMBD Order, 2010), which commences today, January 1, 2011.

The AMBD Order, 2010, amongst other things, provides for the establishment of the Monetary Authority of Brunei Darussalam (Autoriti Monetari Brunei Darussalam, AMBD), its Board and matters connected to the objects, operation, administration, functions, powers and duties of AMBD that include relations between AMBD and the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; relations between AMBD and the banks and financial institutions; and consequential and related amendments to other written laws that govern the activities supervised by AMBD.

AMBD is a corporate body that acts as the central bank of Brunei Darussalam in matters including the formulation and implementation of monetary polices, supervision of financial institutions and currency management.

In accordance with Section 12 of the AMBD Order, 2010, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has also consented to the appointment of AMBD Board Members as follows:
1. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, as Chairman.
2. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Suyoi bin Hj Osman, Minister of Development, as Deputy Chairman.
3. Other members of the AMBD are:
i) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Hj Abdul Rahman bin Hj Ibrahim, Second Minister of Finance at the Prime Minister's Office;
ii) Yang Mulia Dato Paduka Hj Ali bin Haji Apong, Deputy Minister at the Ministry of Development;
iii) Yang Mulia Awg Hj Mohd Roselan bin Hj Mohd Daud, Permanent Secretary at the Ministry of Finance;
iv) Yang Mulia Dato Seri Setia Ustaz Hj Metussin bin Hj Baki, Syariah High Court Judge;
v) Yang Mulia Datin Paduka Magdalene Chong, Solicitor General;
vi) Yang Mulia Dato Paduka Dr Hj Ismail bin Hj Durman, Executive Director, Centre for Strategic and Policy Studies, CSPS; and
vii) Yang Mulia Awang Haji Mohd Rosli bin Haji Sabtu, The Managing Director of AMBD as ex-officio
In line with the introduction of the AMBD Order, 2010, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has also consented to the amendment of the Currency and Monetary Order, 2004, cited as the Currency and Monetary (Amendment) Order, 2010, which also commences today.

The Currency and Monetary (Amendment) Order, 2010, amongst other things, provides for the transfer of the powers of the Brunei Currency and Monetary Board to AMBD, including its assets and liabilities. It also provides for the establishment of the Currency Fund for the purpose of currency management.

Following the establishment of AMBD, the Ministry of Finance has reaffirmed that the Currency Interchangeability Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Government of the Republic of Singapore will remain intact.
Adapted from Borneo Bulletin online, 1st January 2011:

Maternity Leave Regulation 2011

"By consent of the Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Prime Minister's Office hereby announces the Maternity Leave Regulation 2011.

The Regulation underlines the eligibility conditions, whereby Maternity Leave is granted to women officers and staff in the Civil Service who are legally married under the Brunei Darussalam Law. This refers to Women officers and staff on Permanent Service, Contract, Site-staff, Month-to-month basis, Open Vote and Daily Paid.

The Overall Maternity Leave Duration granted is 15 weeks or 105 days; 2 weeks are to be taken before the expected date of delivery.

The General Condition also underlined is that the Leave must be confirmed by the Government Medical Officer. Apart from that, Maternity Leave is to be spent in Brunei Darussalam only, except for Officers working outside Brunei Darussalam. Officers who have to deliver outside Brunei Darussalam owing to midwifery complications or those who need to undergo post-natal treatment outside the country.

Maternity Leave will not be deducted from any remaining Annual Leave. During the course of the Maternity Leave an officer is not entitled to an Annual Leave. Maternity Leave will be a fully-paid leave for a service of more than 180 days; half the monthly salary for a service of 90 to 180 days, and no pay for a service of less than 90 days.

In the case that involves Miscarriage at less than 24 weeks, the woman officer will be allowed a Sick Leave. In the case involving Still-born babies, the woman officer will be given Maternity Leave of 8 weeks only. In these cases, the Sick Leave and Maternity Leave Certificates are to be endorsed by the Government Medical Officer. The Prime Minister's Office Circular number 17/1993 dated 4th September 1993 is hereby invalid. Meanwhile, this new regulation took effect on the 1st of January 2011. "

Extracted from RTB News, 3rd January, 2011.

Original text (Malay) of the circular is available online at Prime Minister's Office website:
http://www.jpm.gov.bn/pmo1/images/download/circulars/circulars2011/skjpm1_2011.pdf

Tuesday, December 14, 2010

Titah KDYMM sempena Awal Tahun Hijrah 1432

Image (c) Infofoto 2010


Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sempena Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah / 2010 Masihi

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Kita bersyukur, kerana dapat lagi menyambut Aidiladha yang mulia, hari yang penuh berkat lagi sarat dengan pengajaran ini.

Di mana saja umat Islam berada akan mengalami getaran takbir mengagungkan Ilahi. Takbir pada hari ini, biasanya amat berpengaruh kepada hati, kerana ia diucapkan dengan beramai-ramai dalam suasana yang penuh harmoni.

Tempatnya pula di masjid, iaitu Rumah Allah yang suci, suatu faktor yang turut menambah lagi keakraban kita kepada-Nya dan kepada Islam.

Inilah yang sepatutnya berlaku kepada kita, iaitu sentiasa hampir kepada Allah dan kepada agama-Nya, Islam.

Tetapi dunia sekarang, tidak menyediakan lebih banyak ruang untuk manusia dapat bertaqarrub kepada Allah dan Islam, malah adalah sebaliknya. Gejala-gejala kehidupan yang melekakan sahaja sudah cukup untuk memalingkan kita dari mendekati Allah, dan kerana itu pula, tidaklah hairan, jika dunia sering menangis dilanda bencana.

Mengapa bencana datang?

Ramai orang melihatnya dari sudut lahir semata-mata, tanpa mempedulikan sebarang hikmah di sebalik kejadian. Apabila terjadi satu-satu bencana atau tragedi, orang akan menganggap, bahawa ini adalah kemujuran biasa sahaja, tidak lebih dari itu.

Apakah ini betul?

Tentunya tidak! Kerana setiap kejadian itu adalah berlaku dengan kehendak Allah, bukan terjadi dengan sendirinya.

Menurut pendekatan Al-Qur’an, terjadinya kerosakan atau bencana di muka bumi ialah kerana dosa-dosa manusia.

Jadi, jika seseorang itu mendekati Allah, sudah barang tentu dia dapat memahami kedudukan ini.

Inilah pentingnya mendekatkan diri kepada Allah itu. Orang yang dekat dengan Allah imannya subur, keinsafannya tinggi dan akhlaknya luhur. Kalau ramailah orang-orang macam ini, insya-Allah, negara aman dan dunia pasti akan sentosa.

Itulah makanya, Allah sendiri telah melatih kita, bagaimana hendak mendekatkan diri kepada-Nya. Di antara latihan itu ialah melalui ibadat korban.

Dengan melakukan ibadat ini, bererti satu langkah ke hadapan mendekati Allah. Binatang yang kita sembelih, adalah untuk Allah, yakni semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung titiah perintah-Nya, kerana mengharapkan reda-Nya.

Itulah dia ibadat korban.

Orang yang jauh dari Allah, tentu sahaja tidak komited dengan ibadat ini, kerana ia bersifat pengorbanan, dan setiap pengorbanan itu berat untuk dilakukan, kerana melakukannya ialah dengan tenaga, masa dan harta benda.

Tetapi jika hati dekat dengan Allah dan dengan Islam, maka semua yang berat akan menjadi ringan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Marilah kita sama-sama berazam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Islam, serta berdoa semoga negara kita sentiasa diberkati dengan pemeliharaan-Nya, beroleh keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Akhirnya, beta dan keluarga beta, dengan tulus ikhlas serta sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang beragama Islam, di mana sahaja mereaka berada. Tidak lupa juga kepada mereka yang sedang berada di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah, semoga Allah mengurniakan kepada mereka haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Source: Press Room, Information Department

Friday, November 26, 2010

Titah KDYMM di Majlis Perasmian Maktab Turus ABDB

Image (c) Infofoto 2010

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Perasmian Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada Hari Khamis, 18 Zulhijah 1431 / 25 November 2010




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bismillahir Rahmanir Rahim




Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.




Beta bersyukur, kerana Angkatan Bersenjata Diraja Brunei – sekali lagi – dapat dianggap telah menempa sejarahnya dalam pembangunan.




Kali ini berjaya menubuhkan sebuah institusi pengajian tertinggi tentera: Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Staff College of the Royal Brunei Armed Forces.




Beta sangatlah bangga, kerana Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus bergerak ke arah meningkatkan lagi perkhidmatannya.




Sebagai usaha yang berterusan, maktab ini akan memantapkan lagi pengurusan dan perkembangan sumber tenaga, serta insya-Allah, akan melahirkan pegawai-pegawai peringkat tertinggi yang berkemahiran dan berpengetahuan.




Dalam era global, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak terlepas dari turut berhadapan dengan pelbagai keadaan rumit, yang memaksanya mesti bersikap lebih beranai dan waspada. Ia perlu terus peka dengan setiap pergolakan, dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.




Objektif ini tidaklah boleh dicapai dengan bersikap pasif dan berpeluk tubuh.




Kita perlu proaktif dan dinamik dalam menyesuaikan diri dengan keadaan.




Maka untuk itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei haruslah pandai mengambil pendekatan praktikal, dengan penekanan kepada inter-agency dan multi-national operations, terutama dalam konsep ‘operasi bersama’ atau ‘jointly’ dan Joint Operational Planning.




Dalam konteks ini, Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei perlu menanamkan kefahaman tentang keutamaan dan kualiti kepimpinan, serta juga mempunyai kesedaran terhadap keadaan sekeliling yang ada kaitan dengan kepentingan strategik.




Konsep operasi bersama atau ‘jointry’, bukan saja perlu dimiliki, malahan mesti dikembangluaskan terus-menerus, demi pencapaian menyeluruh, dan juga untuk memenuhi hasrat seluruh stakeholders.




Atas kepentingan inilah, kita juga menghargai penyertaan pegawai-pegawai daripada negara-negara sahabat dan agensi keselamatan negara lain. Mereka ini akan turut menghidangkan perspektif dan pengalaman mereka yang tersendiri dalam menangani isu-isu keselamatan dan latihan serta pengajian.




Interaksi di antara mereka akan turut memperkaya pembelajaran dan pengalaman serta pertukaran idea secara timbal balik, dan juga akan lebih mempereratkan lagi kerjasama pertahanan atau networking di antara negara-negara peserta.




Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan yang sesuai bagi peserta-peserta kursus yang berjaya.




Sebagai hasil kerjasama dengan University Massey dari New Zealand, para peserta akan dianugerahkan Post Graduate Diploma dalam bidang Defence and Strategic Studies, di samping diberikan juga peluang untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat Ijazah Lanjutan.




Ini adalah merupakan satu pendekatan yang baik lagi menguntungkan untuk para peserta kursus.




Dalam aspek lain pula, penubuhan Maktab Turus Tentera ini juga akan membuka jalan kepada pembentukan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.




Beta juga ingin melihat, kursus ini akan menjadi sebuah kursus yang berprestij, yang akan membantu Akademi Pertahanan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perkembangan profesional ketenteraan, setanding dengan institusi lain di rantau ini.




Setiap kursus yang dijalankan oleh Akademi Pertahanan, seharusnya akan sentiasa dipantau dengan melaksanakan validasi yang bersesuaian demi untuk menentukan ianya sentiasa relevan mengikut perkembangan masa dan keadaan. Beta percaya jika ini dilaksanakan, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan mencapai matlamatnya dengan baik.




Untuk akhirnya, beta mengucapkan syabas kepada semua pegawai yang telah terpilih bagi menghadiri Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang pertama ini.




Dengan kalimah agung lagi berkat: Bismillahir Rahmanir Rahim, beta rasmikan Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.




Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




Source: Press Room, Information Department